forum peranan ibu bapa

11
1.PENGENALAN Waalaikumsalam saudari pengacara. Assalamualaikum kepada sidang dewan dan juga kepada penonton-penonton di luar sana. Selaku Naib Pengerusi PIBG SMK Dato’ Mustafa, Kuala Lumpur, saya ingin berkongsi sedikit latar belakang sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di bandar. Akan tetapi, kos hidup dan kemelesetan ekonomi individu sekeliling telah menyebabkan sekitar kawasan sekolah wujud tempat tinggal setingan. Bila disebut tempat setinggan atau lebih dikenali sebagai rumah setingan, mesti terbayang di kepala masing-masing cara hidup penduduknya yang serba daif. Ya, memang itulah kenyataannya. Penduduk di sekitar ini rata-rata bekerja sebagai pekerja kilang, berniaga kecil-kecilan, dan ada juga bekerja di rumah seperti menjahit dan sebagainya. Berdasarkan pengamatan saya sebagai naib pengerusi PIBG SMK Dato' Mustafa ini, saya mendapati bahawa anak-anak yang dihantar ke sekolah ini majoritinya dari penduduk sekitar. 2. PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL DARIPADA INSTITUSI KELUARGA DAN IBUBAPA Terima kasih saudari pengacara kerana memberi peluang kepada saya sebagai wakil ibu bapa untuk membincang dan mengupas sedikit sebanyak mengenai tajuk kita hari ini. Berdasarkan statistik yang dilakukan oleh pihak sekolah berkenaan dengan gejala sosial yang dilakukan oleh remaja pada hari ini, saya dapat membuat perbandingan dengan statistik beberapa tahun lalu bahawa saban tahun statistik gejala sosial ini semakin meningkat dan meruncing pada tahun lepas, 2014. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.

description

punca dan cara mengatasi masalah gejala sosial dari aspek ibu bapa

Transcript of forum peranan ibu bapa

1. PENGENALAN

Waalaikumsalam saudari pengacara. Assalamualaikum kepada sidang dewan dan juga kepada penonton-penonton di luar sana. Selaku Naib Pengerusi PIBG SMK Dato Mustafa, Kuala Lumpur, saya ingin berkongsi sedikit latar belakang sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di bandar. Akan tetapi, kos hidup dan kemelesetan ekonomi individu sekeliling telah menyebabkan sekitar kawasan sekolah wujud tempat tinggal setingan. Bila disebut tempat setinggan atau lebih dikenali sebagai rumah setingan, mesti terbayang di kepala masing-masing cara hidup penduduknya yang serba daif. Ya, memang itulah kenyataannya. Penduduk di sekitar ini rata-rata bekerja sebagai pekerja kilang, berniaga kecil-kecilan, dan ada juga bekerja di rumah seperti menjahit dan sebagainya. Berdasarkan pengamatan saya sebagai naib pengerusi PIBG SMK Dato' Mustafa ini, saya mendapati bahawa anak-anak yang dihantar ke sekolah ini majoritinya dari penduduk sekitar.2. PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL DARIPADA INSTITUSI KELUARGA DAN IBUBAPA

Terima kasih saudari pengacara kerana memberi peluang kepada saya sebagai wakil ibu bapa untuk membincang dan mengupas sedikit sebanyak mengenai tajuk kita hari ini. Berdasarkan statistik yang dilakukan oleh pihak sekolah berkenaan dengan gejala sosial yang dilakukan oleh remaja pada hari ini, saya dapat membuat perbandingan dengan statistik beberapa tahun lalu bahawa saban tahun statistik gejala sosial ini semakin meningkat dan meruncing pada tahun lepas, 2014. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera. Melalui pandangan mata kasar saya, dan melalui mesyuarat khas PIBG SMK Dato Mustafa tentang gejala sosial yang semakin parah menular dalam kalangan remaja ini, saya dapat kesimpulan bahawa semuanya bermula dari rumah. Masakan pokok bergoyang jika tiada ribut dan hujan. Bila disebut pelajar harian dan cuti sekolah, mesti terbayang di minda kita iaitu masa bersama keluarga dan anak-anak. Akan tetapi, perkara sebaliknya berlaku kepada beberapa golongan remaja yang malang ini.2.1 PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK masa/kasih sayangKesempitan hidup pada masa kini telah menghadkan masa untuk ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan sempurna. Keluar ke tempat kerja seawal 5 hingga 6 pagi dan balik ke rumah selewat 10 ke 11 malam. Malah ada juga ibu bapa yang hanya balik ke rumah sekitar jam 2, 3 pagi. Saudara, saudari dan penonton di luar sana, anda rasa adakah masa tersebut digunakan oleh ibu bapa untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak? Mesti tidak bukan? Kebanyakkan ibu bapa balik ke rumah untuk tidur dan menyediakan diri untuk pergi ke tempat kerja esok harinya. Keadaan ini menyebabkan anak-anak membesartanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapa. Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri anak tidak dihargai dan terabai. Sebagai manusia biasa, perasaan kasih dan sayang merupakan lumrah yang menjadi benih kebahagiaan dalam sesuatu hubungan terutamanya dalam hubungan keluarga. Ketandusan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak mencari kasih sayang tersebut di luar. Apa yang berlaku selepas itu? Maka esoknya, terpampanglah di dada-dada akhbar remaja mengandung tanpa bapa, remaja membuang bayi di dalam mangkuk tandas, remaja menanam hidup-hidup bayinya. Siapa yang patut dipersalahkan dalam konteks ini? Remaja yang dahagakan kasih sayang ibu bapa mencari kebahagiaan di luar dan menyalah gunakan hubungan dengan rakan sehingga berlakunya gejala seks bebas. Tidak kurang juga yang melakukan masalah sosial ini sebagai signal untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Anak diriba diletakkan, kera di hutan disusui begitulah keadaan ibubapa yang tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak sehingga mendorong anak-anak ini memberontak.2.2 KURANGNYA DIDIKAN AGAMA DAN MORAL REMAJADisuntik nilai tambahnya, kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaupun pada asasnya setiap manusia yang dilahirkan ke dunia perlu diberi didikan agama yang secukupnya sejak dari kecil lagi, tetapi lantaran kesibukan ibubapa yang membanting tulang siang dan malam menyebabkan berlakunya masalah kurang didikan agama dan sering dinyatakan dalam hal ini ibubapa perlu disalahkan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa akan tanggungjawab ke atas anak-anak. Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba haram. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabitjuga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapatbahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Akhbar Utusan Malaysia, 30 September 2002, menyatakan bahawa sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja. 2.3 IBU BAPA MENUNJUKKAN TELADAN YANG NEGATIF

Institusi keluarga yang rapuh memberi impak negatif terhadap perkembangan anak-anak. Hubungan yang tidak mesra antara ibu bapa menjadi salah satu faktor gejala sosial ini berlaku dalam kalangan remaja. Pergaduhan suami isteri atau ibu bapa di hadapan anak-anak serta penderaan yang berlaku sangat mengganggu emosi mereka. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan benci anak-anak terhadap pemangsa sehingga menyebabkan anak-anak mencari jalan untuk melempiaskan amarah. Sebagai contoh berkenalan dengan remaja liar dan akhirnya melakukan jenayah seperti vanderlisme, gensterisme dan tidak kurang pergaduhan sesama sendiri (remaja). Tidak kurang juga dengan ibu bapa yang menunjukkan amalan negatif semasa di rumah. Sebagai contoh, terdapat ibu bapa yang tanpa segan silu merokok di hadapan anak-anak. Yang paling menyedihkan, ada juga ibu bapa yang meminum arak di rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan dan tanggapan anak-anak terhadap rokok dan arak. Maka, timbullah isu remaja mabuk di sekolah dan remaja merokok. Jadi siapakah yang patut dipersalahkan? Tergamak! Sangat tergamak apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab merogol anak-anak sendiri. Kes ini banyak berlaku ke atas anak-anak tiri. Sekiranya adik beradik mangsa rogol menyaksikan hal demikian, maka perasaan marah, dendam dan benci pastinya akan terbuku dihati. Maka, berlakulah jenayah rogol dalam kalangan remaja kerana pada dasarnya untuk membalas dendam bagi pihak si adik.

2.4 KELUARGA TERLALU MEMBERI KEBEBASAN DAN MEMANJAKAN ANAK-ANAK DENGAN KEMEWAHANKeluarga yang terlalu memberi kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Tiada satu peraturan atau ketetapan kursus yang diamalkan dalam kehidupan rumahtangga. Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk keluar dari rumah tanpa mengira masa, membawa balik kawan berlainan jantina tanpa teguran dan tidak mengawal kegiatan anak-anak. Keadaan ini secara tidak langsung memberi satu tanggapan dalam diri anak-anak bahawa setiap perkara yang mereka lakukan adalah betul. Hal ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak anak-anak. Malah, sikap ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak juga merupakan salah satu punca anak-anak melakukan masalah sosial. Sikap bagai menatang minyak yang penuh menyebabkan anak-anak semakin hari semakin naik toncang. Mana tidaknya apabila anak-anak melakukan sesuatu yang kurang sopan, ibu bapa tidak mahu menegur keraa takut anak berkecil hati. Mereka mengikut semua kemahuan anak tanpa mengambil kira risiko yang akan ditanggung kelak. Anak-anak yang nakal akan menggunakan kesempatan ini untuk keperluan berseronok. Kemewahan yang disediakan kepada anak-anak juga merupakan faktor besar dalam menjerumuskan anak-anak ke dalam kancah gejala sosial. Sebagai contoh, ibu bapa memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anak dan tidak mengambil pusing di mana, ke mana dan apa yang anak-anak gunakan untuk membelanjakan wang tersebut. Kesempatan dan kemewahan ini akan mendorong anak-anak yang mudah terpengaruh untuk melakukan jenayah sosial seperti berhibur di kelab-kelab malam, berjudi, mengambil dadah dan juga berlumba haram bagi mereka yang disediakan oleh ibu bapa dengan motorsikal dan sebagainya. 2.5 KONGKONGAN DAN HARAPAN YANG TERLALU TINGGI TERHADAP ANAK-ANAK

Ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengamalkan sikap terlalu tertutup dan menetapkan suatu undang-undang yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi terhadap perasaan anak-anak akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan. Hal ini menyebabkan jiwa mereka memberontak. Jika berpeluang keluar dalam keadan itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang tambahan dengan keadaan darah muda yang meluap-luap. Secara tidak langsung, mereka menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti lari dari rumah, menggunakan dadah sebagai penenang dan sebagainya. Sementara itu, terdapat anak-anak yang tertekan dengan sikap ibu bapa yang terlalu memberi pengharapan yang tinggi terhadap mereka. Sebagai contoh, mengharapkan anaknya mendapat keputusan cemerlang melebihi keupayaan dirinya. Tekanan ini menyebabkan anak-anak mencari rakan yang dapat menghiburkannya. Ibu bapa tidak seharusnya sesuka hati membantah kemahuan anak dalam hal yang berkaitan dengan hak mereka. Ini adalah kerana proses para remaja untuk meningkat ke alam dewasa memerlukan ketenangan fikiran. Jika kemahuan mereka tidak dihiraukan ataupun dibantah oleh ibubapa dengan keras berkemungkinan besar akan berlaku pemberontakan di dalam jiwa anak-anak atau remaja tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan mereka merasa bosan dengan hidup sedemikian.Begitulah antara punca-punca yang dapat saya perhatikan dan hasil selidikan yang telah dilaksanakan oleh PIBG sekolah melalui bancian terhadap penduduk sekitar sekolah SMK Dato Mustafa ini. Keadaan ini benar-benar meruntun jiwa saya lebih-lebih lagi dengan mempunyai anak seramai 4 orang ini, saya menjadi semakin risau terhadap masa depan kita. Tapi saya percaya ya saudari pengerusi, bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tawakal dan berdoa kepada Allah, nescaya petunjuk dan hidayah diberikan pada kita. InshaAllah.3. CARA MENGATASI GEJALA SOSIALTerima kasih saudari pengerusi.

3.1 DIDIKAN AGAMA

Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan kepadakita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan moral. Di sini kita dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum agama, sudah pasti mereka tidak akan menjerumuskan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan. Selain itu, Nabi Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang. Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak menghayati ajaran agama. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.Ingatlah agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh3.2 KASIH SAYANG YANG SEPENUHNYA KEPADA ANAK-ANAK

Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.3.3 BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEBAJIKAN ANAK-ANAKBukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.3.4 TELADAN YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAKBukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.3.5 MEMANTAPKAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (kebaikan), menyuruh (manusia) kepada yang makruf (perbuatan baik) dan mencegah dari yang mungkar (perbuatan jahat); merekalah orang-orang yang beruntung.[Ali-Imran 104]

Marilah kita sama-sama mengembleng tenaga dalam menyelamatkan generasi remaja ini dalam membimbing mereka kearah akhlak yang terpuji supaya gejala sosial dikalangan remaja dapat diatasi daan seterusnya umat Islam terus maju di masa hadapan dan keamanan dapat di jaga.

Wallahualam.