fpk soalan 2

download fpk soalan 2

of 37

description

FPK

Transcript of fpk soalan 2

BINCANGKAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR). HURAIKAN ASPEK-ASPEK YANG TERDAPAT DALAM PERUBAHAN TRANSFORMASI KSSR SEPERTI BERIKUT: I) BENTUK KURIKULUM II) ORGANISASI DAN PERUNTUKAN MASA III) PEDAGOGIIV) KANDUNGAN KURIKULUM V) KAEDAH PENTAKSIRAN VI) BAHAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasikan pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011)

MATLAMAT KSSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistic perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.

KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalu tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player, dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku, internet dan sebagainya.

Hasrat Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cabaran Abad Ke-21 Dasar Pendidikan Kebangsaan Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020 Teori Pembelajaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 4 Pillars of Education

Global Player:Daya Saing Daya TahanKemahiran Berkomunikasi Jati DiriMurid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi: Berilmu Pengetahuan Berketerampilan Percaya kepada Tuhan Berakhlak Mulia Berkeyakinan Independent learner

Pekerja Berilmu: Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi Creator of TechnologyBelajar Sepanjang Hayat

Warganegara Bertanggungjawab : Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang Berbakti

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu Perkembangan individu secara menyeluruh Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid Pendidikan seumur hidup

AspekKBSRKSSR

BentukKomunikasiManusia Dengan Alam SekelilingnyaPerkembangan Diri IndividuKomunikasiKerohanian, Sikap dan NilaiKemanusiaanKeterampilan DiriPerkembangan Fizikal dan EstetikaSains dan Teknologi

OrganisasiBerasaskan mata pelajaranTahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul ElektifTahap II Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

KandunganBerlaku perubahankandungan kepada semua mata pelajaran

Pedagogi Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara BelajarPenegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut: Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Peruntukan MasaBerlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kaedah PentaksiranPenekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatifDijalankan secar a berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaranMenggunakan kaedah pentaksiran pelbagaiBersifat autentik dan holistik

BahanSukatan PelajaranHuraian Sukatan Pelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti P&PBuku TeksDokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard PembelajaranBuku Teks

Pengurusan KurikulumSemua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

i. BENTUK KURIKULUM

Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang.

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan

PerkembanganSains dan TeknologiKeterampilan Diri Fizikal dan Estetika

Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Sains & Teknologi

- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat negara dan global- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

ii. ORGANISASI DAN PERUNTUKAN MASA

ORGANISASI KSSR

Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu, Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Efektif

Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul Efektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul

MODUL TERAS ASASMODUL TERAS TEMAMODUL ELEKTIF

Bahasa MalaysiaBahasa InggerisBahasa Cina (SJKC)Bahasa Tamil (SJKT)Pendidikan Islam Pendidikan MoralPendidikan JasmaniPendidikan Kesihatan MatematikSeni Visual dan MuzikDunia Sains dan TeknologiMalaysia Negaraku

Bahasa ArabBahasa Cina (BCSK)Bahasa Tamil (BTSK)Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif

Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompok berdasarkan enam tunjang.

Mata Pelajaran Teras

Tunjang Komunikasi : Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Tunjang Sains & Teknologi : Matematik Sains Reka Bentuk & Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tunjang Perkembangan Fizikal : Pendidikan Jasmani& Estetika Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual

Tunjang Kerohanian, Sikap : Pendidikan Islam& Nilai Pendidikan Moral

Tunjang Kemanusiaan : Sejarah

Mata Pelajaran Elektif

Tunjang Komunikasi Elektif : Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban, Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun

Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum

PERUNTUKAN MASA

Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti berikut:

Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

BILMODULMASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SKSJKCSJKT

MODUL TERAS ASAS

1Bahasa Malaysia 360300300

2Bahasa Inggeris300150150

3Bahasa Cina360

Bahasa Tamil360

4Pendidikan Islam 180120120

Pendidikan Moral

5Pendidikan Jasmani 606060

6Pendidikan Kesihatan303030

7Matematik180180180

MODUL TERAS TEMA

8Dunia Seni Visual606060

Dunia Muzik 303030

Dunia Sains dan Teknologi 606060

MODUL ELEKTIF

9BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*90

Perhimpunan303030

Jumlah138013801380

III. PEDAGOGI

Elemen pedagogi dalam KSSR adalah elemen kreatif dan inovatif, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Sungguhpun, sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global.

Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

IV. KANDUNGAN KURIKULUM

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perpektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. Melalui konsep EMK, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.

Fokus KurikulumDalam KSSR selain kesepaduan, fokus kepada 3M iaitu membaca, mengira dan menulis terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Di samping itu, KSSR juga memberi tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Bahasa MalaysiaMendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

Bahasa MalaysiaMendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa InggerisAble to express personal response to literary texts

Bahasa InggerisAble to respond to:a. Book coversb. Pictures in booksc. Characters with guidance

MatematikMenama dan menentukan nilai nombor

MatematikMenamakan nombor hingga 100:a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

Mengapa Standard?

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

V. KAEDAH PENTAKSIRAN

Pentaksiran sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari. Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.

Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan.

BAND

STANDARD PRESTASI TERASPENGOPERASIAN STANDARD

BAND 4CemerlangBoleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan tepat, cekap dan konsisten semasa menjalankan aktiviti dari pelbagai tema tanpa memerlukan bantuan. Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan sendiri dengan: Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan Cekap: Dapat melaksanakan dalam masa yang ditetapkan Konsisten: Sentiasa, selalu atau kerap mempamerkan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri

BAND 3Baik/ KepujianBoleh melakukan aktiviti pelbagai tema dengan tepat sehingga selesai tanpa memerlukan bantuanBoleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan sendiri dengan: Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri

BAND 2SederhanaKerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti dari pelbagai tema namun masih boleh melakukannya sehingga selesaiBoleh melakukan aktiviti/tugasan/ arahan dengan: Kerap memerlukan bantuan tetapi masih boleh melakukannya sehingga selesai

BAND 1Perlu BimbinganSukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dari pelbagai tema, oleh itu bimbingan bantuan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesaiMasih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan dengan baik sehingga selesai walaupun Bimbingan bantuan sentiasa diberikan

Kerangka Asas Standard Prestasi

Band 6Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali

Band 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji

Band 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

Band 3Tahu, faham dan boleh buat

Band 2Tahu dan faham

Band 1 Tahu

VI. BAHAN

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.

1. Dokumen Kurikulum

2. Buku Teks

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Berpendekatan Modular

Pelaksanaan KSSR melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).

Dokumen Standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.

Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik, guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan bagi topik ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.

Buku teks ialah bahan bercetak yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1999, KPM, memneri garis panduan yang khusus tentang penggunaan buku teks serta buku latihan dan aktiviti. Hanya buku teks yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan.

Ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti. Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan. Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti. Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan. Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna. Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan. Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan. Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.