Full Politik Muafakat (1)

15
PENGENALAN Politik muafakat merupakan satu sistem politik yang digunakan oleh kebanyakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia. Politik muafakat merupakan satu perjanjian dalam kalangan pemimpin dalam pelbagai kelompok etnik yang majmuk untuk berkongsi kuasa. Tokoh teori politik muafakat, ada menyatakan bahawa politik muafakat dapat mewujudkan kestabilan politik kerana mengutamakan pengagihan sumber politik dan ekonomi kepada kelompok yang berbeza. Perkongsian kuasa ini dapat memberi kepuasan kepada pelbagai kaum walaupun tidak semaksimumnya. Politik muafakat telah lama mula di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan Parti Perikatan pada tahun 1953 dengan menggabungkan dua parti daripada dua kaum di Tanah Melayu. Antara tiga parti yang bergabung ialah United Malay National Organisation (UMNO), dan Malaysian Chinese Association (MCA). Parti Perikatan ini telah dimulakan oleh orang Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Setelah beliau menyedari bahawa untuk mencapai kemerdekaan, mereka harus bersatu antara satu sama lain. Oleh yang demikian, tertubuhlah Parti Perikatan. Parti Perikatan telah diuji keberkesanannya pada tahun 1952 iaitu semasa Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila menyedari keberkesanan kaedah tersebut, Malaysian Indian Congress (MIC) pula menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955 dan bertanding dalam Pilihan Raya yang pertama pada tahun 1955 dan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Politik muafakat ini telah menunjukkan satu kesan yang sangat tinggi terhadap pembentukan politik di Malaysia. Dengan adanya gabungan antara parti kaum seperti Parti Perikatan ini, kerjasama antara kaum amat berkesan dan dapat diterima oleh semua sehingga parti ini merupakan kekuatan baru bagi pemerintahan demokrasi. Semua pemimpin menyedari bahawa mereka mempunyai matlamat yang sama dan tidak akan memperoleh apa yang menjadi matlamat mereka sekiranya penyatuan pelbagai kaum tidak dilaksanakan. Apabila menyedari hakikat sebenar politik muafakat ini, pihak pembangkang pada masa kini sudah mula menubuhkan satu parti yang menyatukan 3 parti iaitu, parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Democratic Action Party (DAP). Gabungan antara parti-parti tersebut juga mendatangkan kesan dan bersesuaian dengan revolusi 1

description

politik

Transcript of Full Politik Muafakat (1)

PENGENALANPolitik muafakat merupakan satu sistem politik yang digunakan oleh kebanyakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia. Politik muafakat merupakan satu perjanjian dalam kalangan pemimpin dalam pelbagai kelompok etnik yang majmuk untuk berkongsi kuasa. Tokoh teori politik muafakat, ada menyatakan bahawa politik muafakat dapat mewujudkan kestabilan politik kerana mengutamakan pengagihan sumber politik dan ekonomi kepada kelompok yang berbeza. Perkongsian kuasa ini dapat memberi kepuasan kepada pelbagai kaum walaupun tidak semaksimumnya. Politik muafakat telah lama mula di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan Parti Perikatan pada tahun 1953 dengan menggabungkan dua parti daripada dua kaum di Tanah Melayu. Antara tiga parti yang bergabung ialah United Malay National Organisation (UMNO), dan Malaysian Chinese Association (MCA). Parti Perikatan ini telah dimulakan oleh orang Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Setelah beliau menyedari bahawa untuk mencapai kemerdekaan, mereka harus bersatu antara satu sama lain. Oleh yang demikian, tertubuhlah Parti Perikatan. Parti Perikatan telah diuji keberkesanannya pada tahun 1952 iaitu semasa Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila menyedari keberkesanan kaedah tersebut, Malaysian Indian Congress (MIC) pula menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955 dan bertanding dalam Pilihan Raya yang pertama pada tahun 1955 dan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.Politik muafakat ini telah menunjukkan satu kesan yang sangat tinggi terhadap pembentukan politik di Malaysia. Dengan adanya gabungan antara parti kaum seperti Parti Perikatan ini, kerjasama antara kaum amat berkesan dan dapat diterima oleh semua sehingga parti ini merupakan kekuatan baru bagi pemerintahan demokrasi. Semua pemimpin menyedari bahawa mereka mempunyai matlamat yang sama dan tidak akan memperoleh apa yang menjadi matlamat mereka sekiranya penyatuan pelbagai kaum tidak dilaksanakan. Apabila menyedari hakikat sebenar politik muafakat ini, pihak pembangkang pada masa kini sudah mula menubuhkan satu parti yang menyatukan 3 parti iaitu, parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Democratic Action Party (DAP). Gabungan antara parti-parti tersebut juga mendatangkan kesan dan bersesuaian dengan revolusi kebangkitan rakyat dan membuktikan bahawa politik muafakat sangat besesuaian digunakan pada masa kini.Pada suatu masa dahulu, politik muafakat merupakan satu benda yang sangat asing bagi parti-parti politik yang ada di Malaysia. Apabila zaman berganti zaman, ramai yang sudah mulai sedar akan kepentingan politik muafakat ini. Dalam membentuk politik muafakat, perlu ada yang memberi dan menerima. Pendekatan tersebut dapat mewujudkan suasana menang-menang didalam parti itu sendiri. Sebagai contoh, dalam setiap parti politik muafakat akan ada kuasa mereka sendiri. Setiap daripada kelompok masyarakat mengenepikan kepentingan dan perbezaan masing-masing demi mencapai kebaikan bersama.Didalam politik muafakat ini, terdapat beberapa implikasi daripada permuafakatan yang telah dibuat oleh organisasi-organisasi politik di Malauysia ini. Selain itu, terdapat juga isu-isu yang boleh dikaitkan dengan kemunculan politik muafakat ini di Malaysia. Antara isu yang dimainkan ialah mengenai isu perkauman dan juga keagamaan.

CIRI-CIRI POLITIK PERMUAFAKATANPolitik permuafakatan adalah satu langkah dan kaedah yang terbaik diamalkan dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk. Di Malaysia, politik permuafakatan telah diamalkan semenjak kemerdekaan lagi kerana kemajmukan masyarakat memperlahankan pendemokrasian. Politik permuafakatan juga dijadikan teras dalam pembentukan kerajaan dan digunakan sebagai sesuatu yang sepatutnya dan mana-mana pihak yang mempertikaikannya secara terbuka dianggap sebagai pesalah perkauman.Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di malaysia iaitu UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Parti gabungan memperlihatkan bahawa tidak ada kaum yang benar-benar mendominasi dan dalam konteks demokrasi perwakilan, tidak ada satu kaum pun yang membentuk majoriti untuk membentuk kerajaan. Hal yang demikian kerana, setiap segmen etnik mempunyai parti politik tersendiri yang mewakili kepentingan mereka. Namun begitu, kerana struktur yang terlalu terbahagi, maka tidak ada parti yang dominan untuk menguasai dewan perundangan dan membentuk kerajaan. Oleh itu, beberapa parti terpaksa berunding dan bekerjasama untuk membentuk satu gabungan atau kerajaan campuran.Walaupun begitu, gabungan ini tidak kekal sifatnya dimana anggota komponen boleh bertindak keluar dari gabungan dan menerima parti komponen lain atau bergabung dengan parti lain. Faktor yang menjadi asas kepada pembentukan sesuatu gabungan ialah demokrasi permuafakatan dalam kalangan elit politik yang mewakili parti komponen. Misalnya Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai Perikatan pada tahun 1963 tetapi keluar pada 1965, kemudian masuk kembali gabungan baru Barisan Nasional pada 1976 dan keluar sekali lagi pada 2004. Akhirnya SNAP menyertai Pakatan Rakyat pada 20 April 2010. Begitu juga dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menjadi anggota Barisan Nasional sejak dari penubuhannya sehingga pengundurannya pada 1990. Parti itu menyertai kembali gabungan itu pada tahun 2002 (Wikipedia).Di Malaysia, kemajmukan masyarakat memaksa gabungan dibentuk kerana setiap kaum tidak berupaya membentuk majoriti disebabkan sokongan yang tidak mencukupi sekiranya tidak mendapat sokongan dari kaum yang lain. Sebarang percubaan untuk membentuk gabungan yang bersifat berbilang kaum pasti tidak akan berjaya dan tidak bertahan lama kerana berbalik semula kepada asas perkauman.Antara ciri lain politik permuafakatan ialah kuasa veto. Kuasa veto menyatakan bahawa setiap segmen masyarakat mempunyai kuasa veto masing-masing dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan hak dan kepentingan bersama seperti dalam konsep perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan. Melalui perkongsian kuasa setiap kaum yang diwakili perlu mendapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.Dalam konteks kuasa veto, konsep give and take adalah asas dalam konsensus ini kerana mereka terpaksa memberi untuk menerima. Contohnya, hegemoni UMNO menerusi penciptaan parti saingan dalam gabungannya banyak diselaraskan menerusi amalan setia kawan. Terdapat di mana kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada calon MCA atau MIC. Malah, uniknya, walaupun UMNO memiliki majoriti di Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Gerakan diberikan kepercayaan untuk memerintah selama dua penggal (1999 sehingga 2008).Tambahan pula, setiap kelompok atau segmen masyarakat hendaklah mengenepikan kepentingan dan perbezaan masing-masing demi mencapai kebaikan bersama. Elit Politik juga perlu bertoleransi dan bekerjasama untuk mengesahkan pemerintahan majoriti. Sebaliknya, kelompok minoriti tidak mungkin akan berjaya menyekat majoriti. Contohnya, Pelan Transformasi Ekonomi disokong oleh semua golongan elit tersebut.Dengan itu, kuasa veto juga dapat difahami bahawa setiap kaum berhak untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang diwakili tidak dipenuhi. Elemen seterusnya ialah perkadaran seimbang. Nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap pemerintahan hendaklah seimbang mengikut jumlah penduduk. Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya diskriminasi terhadap kaum tertentu dapat dielakkan. Elit politik telah bersepakat mengatakan bahawa perkadaran seimbang perlu dilaksanakan mengikut jumlah penduduk atau pembahagian kaum.Kes perwakilan kaum adalah seimbang mengikut bilangan ahli dewan, kabinet dan perkhidmatan awam dengan jumlah penduduk. Contohnya, majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dalam permuafakatan adalah 60% maka jumlah peratusan itu hendaklah seimbang di dalam dewan, kabinet dan jawatan-jawatan kerajaan.Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan menurut Arendt Lijphart ialah pembahagian autonomi iaitu setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang diwakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti kelompok kaum. Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara kaum dan politik permuafakatan dapat diaplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun yang dikatakan berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan termasuk Pakistan dan India. Walaupun begitu, demokrasi permuafakatan dikatakan runtuh apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969 semasa pemerintahan Tun Abdul Razak. Tragedi tersebut berlaku disebabkan pemimpin pada masa itu telah menukar hala tuju demokrasi permuafakatan dan lebih kepada hegemoni Melayu. Hegemoni ini dimanifestasikan menerusi pengambilan jawatan Menteri Kewangan yang tradisinya disandang MCA (orang Cina) kepada UMNO (orang Melayu). Pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir demokrasi di Malaysia banyak dicorakkan mengikut gaya dan acuan Tun. Dr. Mahathir yang sangat kritis terhadap demokrasi acuan Barat. Hampir keseluruhan landskap politik Malaysia didominasi oleh Tun Dr. Mahathir sehinggakan era beliau dikenali sebagai Mahathirism. Walaupun begitu, kejayaan Tun Dr. Mahathir jelas dapat dilihat pada hari ini tindakan-tindakan yang bersifat memaksa dan dominan menerusi undang-undang bersifat autoritarian telah mengurangkan masalah perkauman dalam pentadbiran negara.

CABARAN POLITIK MUAFAKATa) AgamaAgama turut memainkan peranan dalam politik. Agama juga boleh mempengaruhi sesuatu keputusan atau tindakan dalam politik. Isu agama seringkali dikaitkan dengan parti perkauman di mana isu agama selalunya melibatkan sensitiviti kaum dan agama. Hal ini dapat dilihat apabila timbulnya isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam dan isu pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Dua isu utama ini kerap diperkatakan dan dipersoalkan pada masa kini disebabkan oleh perbezaan pendapat serta pandangan setiap pemimpin parti. Isu penggunaan kalimah Allah seharusnya tidak wajar dipolitikkan atau menjadi modal untuk memperoleh pengaruh dalam parti oleh pihak tertentu. Namun, dalam demokrasi permuafakatan, isu ini dilihat sebagai satu cabaran di mana ia dilihat boleh memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia dan gabungan parti politik. Permintaan orang bukan Islam mengenai penggunaan kalimah Allah semestinya mendapat penentangan daripada orang Islam, tetapi masih terdapat juga umat Islam yang membenarkan atau menyokong mereka dalam penggunaan kalimah Allah ini. Misalnya, Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghalang dan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menyalahgunakan kalimah tersebut. Hal ini telah mendapat kritikan daripada tokoh agama lain dan begitu juga dengan kepimpinan UMNO yang menetang keras dengan keputusan Pas, DAP serta PKR itu. Malah Tuan Guru Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam kerana berpendapat bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin parti politik itu sendiri walaupun mempunyai suatu ideologi politik yang sama namun tetap mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Walaupun akhirnya keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah berpihak kepada umat Islam, dan golongan bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali menggunakan kalimah Allah, masih terdapat golongan yang cuba untuk memprovokasikan isu tersebut. Hal ini juga menjelaskan bahawa politik permuafakatan di antara pihak kerajaan dan parti pembangkang tidak dapat dicapai disebabkan oleh perbezaan pendapat dan pandangan serta berlakunya sedikit pertelingkahan sekiranya timbul sesuatu isu atau masalah yang melibatkan masyarakat terutamanya kepentingan kaum dalam parti politik itu sendiri. Isu pelaksanaan hukum hudud sedang hangat diperkatakan dan dipersoalkan kini. Hal ini disebabkan oleh kegagalan untuk melaksanakan hukum Hudud berikutan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kemajmukan ini sekaligus dijadikan sebagai suatu halangan bagi pihak yang ingin segera melaksanakan hukum Hudud di negara ini. Malah isu hudud ini dikatakan sebagai alat untuk menentukan hala tuju politik Malaysia di mana isu ini akan menjadi sebagai kayu ukur atau pencetus kematangan setiap parti politik kerana faktor utama isu hudud hendak dilaksanakan adalah untuk menuntut hak rakyat dan menegakkan hukum Allah dan bukannya mengejar populariti politik. Isu pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia mendapat perhatian setiap pemimpin parti. Seperti yang diketahui, setiap parti politik di Malaysia adalah bersifat perkauman. Oleh itu, apabila hukum Hudud diperkatakan, setiap pemimpin parti mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza untuk menolak cadangan pelaksanaan tersebut apatah lagi setiap parti menjaga kepentingan kaum tersendiri.Pelaksanaan hukum hudud ini telah lama diperkatakan namun tidak dapat dilaksanakan kerana kebanyakan pemimpin percaya bahawa hukum Hudud hanya boleh dilaksanakan apabila orang Islam mempunyai iman yang kuat. Namun kini isu ini dibangkitkan semula apabila terdapat pemimpin parti politik yang ingin melaksanakan hukum hudud ini walaupun terdapatnya perbezaan pendapat yang ketara antara pempimpin parti politik. Hal ini dapat dilihat menerusi wawancara yang disiarkan melalui Wacana Sinar Harian siri ke 27 berjudul Hudud: Bersediakah Kita? yang turut disertai oleh Datuk Dr Ir Wee Ka Siong iaitu Timbalan Presiden MCA yang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan hukum Hudud kerana melihat bahawa hukuman yang diberikan di antara kepada orang Islam dan bukan Islam sebagai tidak langsung menjaga keadilan sejagat apatah lagi beliau ada menyebut bahawa hukum Hudud yang akan dilaksanakan adalah hukum Hudud Pas. Tambahan pula, beliau juga menegaskan bahawa jika UMNO menyokong Hudud, MCA perlu berbincang semula kedudukan parti bersama koponen BN yang lain sebelum membuat sebarang keputusan dan berpendapat bahawa tindakan Pas adalah lebih kepada percaturan politik daripada tujuan agama, manakala MCA, MIC dan Umno masih berpegang pada apa keadilan sosial yang telah dicapai, dan menghormati agama Islam serta sistem perundangan yang sedia ada. Jelaslah bahawa isu hukum Hudud ini mempunyai pengaruh ke atas politik muafakat apatah lagi apabila pemimpin MCA sendiri menyatakan kebimbangan akan kedudukannya bersama komponen BN apabila isu ini dibangkitkan.

b) Perpaduan KaumCabaran politik permuafakatan dapat dilihat melalui aspek perpaduan kaum. Politik permuafakatan tidak akan terjadi tanpa ada kerjasama antara kaum di negara ini tetapi persoalannya disini adalah konflik yang berlaku di antara politik berasaskan kaum dalam memperjuangkan politik kaum masing-masing. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik dalam setiap parti komponen namun pada umumnya politik perkauman masih lagi mewarnai politik Malaysia sehingga sekarang. Pelbagai tuntutan dan luahan hati oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil parti politik mereka.Bertitik tolak daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, politik permuafakatan pada masa tersebut dilihat berkurangan disebabkan terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu dalam kempen pilihanraya 1969 dimana Parti Perikatan kehilangan dua pertiga majoriti. Malah lebih teruk lagi terdapat beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong DAP dan Gerakan yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Walaupun kita lihat tertubuhnya Barisan Nasional untuk mengembalikan politik muafakat antara kaum tetapi masih jelas dilihat bahawa permuafakatan ini hanya sebagai medium untuk parti politik berasaskan kaum ini menyuarakan kepentingan mereka.Tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata dalam kebanyakkan aspek pentadbiran menyebabkan politik permuafakatan lebih kepada politik perkauman. Sebagai contoh, tuntutan kaum Cina yang mahu menghapuskan DEB iaitu Dasar Eknoomi Baru, pertikaian terhadap diskaun bagi bumiputera, kuota kemasukan ke IPTA dan pelbagai lain yang boleh menjurus kepada perbalahan kaum. Bagi melaksanakan tuntutan-tuntutan ini, pertubuhan pelbagai persatuan yang bertindak untuk memperjuangkan hak kaum-kaum ini dilihat sebagai cabaran dalam mewujudkan politik permuafakatan yang benar-benar berkesan. Penubuhan Dong Jiao Zong dan persatuan Hindraf yang ditubuhkan untuk menuntut hak supaya kerajaan memberi perhatian kepada kaum Cina dan kaum India yang berasa tersisih dari segi ekonomi dan tidak mendapat hak yang sama rata sebagai warganegara Malaysia. Perkara ini memberi cabaran kepada sistem politik permuafakatan untuk melahirkan satu bentuk aliran politik yang seragam kepada semua kaum bagi mewujudkan perpaduan tetapi dilihat masih belum utuh.Sistem pendidikan, persekolahan dan juga bahasa pengantar yang berlainan juga isu perpaduan kaum yang menjadi cabaran dalam politik permuafakatan. Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama iaitu pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum dan pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama dimana sistem kurikulum sekolah jenis kebangsaan berpusatkan sistem negara nenek moyang mereka serta tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Perkara ini menjadikan juga menjadi alat politik perkauman yang merebak dari permuafakatan politik yang dilakukan.Cadangan sekolah satu aliran pernah disuarakan oleh Profesor Emeritus. Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk menyatukan perpaduan kaum di negara ini. Tetapi perkara ini dibantah oleh tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu MCA, MIC dan Gerakan malah DAP juga membantah terhadap cadangan sekolah satu aliran ini. Perkara ini memperlihatkan bahawa politik permuafakatan hanya berlaku untuk menjaga hak politik kaum masing-masing. Sehingga kini orang Cina dan India kurang berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu dan Islam. Dengan mempersoalkan dan mempertikaian cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum iaitu kaum Cina dan India gagal untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka mengadakan pakatan politik muafakat dalam Barisan Nasional. Malah pakatan permuafakatan kaum pula yang terbentuk iaitu pakatan MCA, MIC, Gerakan dan DAP dalam menghadapi isu tersebut.Isu-isu yang menyentuh kepentingan kaum Cina hanya dibincangkan dalam akhbar Cina sahaja, begitu juga dengan kaum India hanya dibincangkan dalam akhbar tamil. Bangsa Melayu pula tidak faham dan tidak mempedulikan hal tersebut. Maka rakyat Malaysia terpisah dalam setiap lapangan politik, ekonomi dan sosial. Politik permuafakatan yang dijalankan tidak kira daripada parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sekalipun akan tetap menimbulkan konflik jika isu-isu yang menghalang perpaduan kaum dibangkitkan oleh parti-parti komponen berasaskan kaum dalam kedua-dua parti tersebut di negara ini.

IMPLIKASI POLITIK MUAFAKAT TERHADAP SISTEM DEMOKRASIDalam usaha kerajaan sedia ada mempertahankan ideologi politik permuafakatan yang didasari dengan perkauman ini secara langsung atau tidak langsung mendatang kesan atau implikasi terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Terdapat kesan-kesan sama ada positif mahupun negatif yang wujud rentetan ideologi politik muafakat yang diamalkan ini.

a. Kesan PositifKassim Thukiman (2002), menyatakan bahawa dalam amalan berpolitik, akan wujudnya persaingan dalam mendapatkan kuasa politik ini dan pada kebiasaannya ia melibatkan antara dua pihak atau lebih. Pendekatan yang digunakan untuk berkuasa akan melibatkan perspektif politik yang pelbagai seperti konflik, pengurusan konflik dan kaedah penyelesaian konflik berkenaan. Dalam kes Malaysia, kemajmukan ini memperlahankan pendemokrasian. Justeru itu, pengaplikasian politik permuafakatan dilihat sebagai pilihan yang terbaik dalam konteks tiada pilihan. Ini kerana pengaruh perkauman yang kuat menyebabkan perkembangan nilai demokrasi turut dipengaruhi aspek ini. Perkauman warisan penjajah ini telah mencipta sebuah masyarakat majmuk tanpa sebarang usaha mengintegrasi secara serius. Malah, ini dijadikan teras pembentukan negara dan diterima pakai sebagai sesuatu yang sepatutnya dan mana-mana pihak yang mempersoalkannya secara terbuka dianggap sebagai pesalah perkauman.Pembentukan BN menerusi gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di Malaysia memperlihatkan pelbagai bentuk masalah timbul berikutan penggabungan berkenaan. Kesan dari perbezaan yang wujud ini maka tidak ada mana-mana kaum yang benar-benar menguasai politik secara mutlak. Dalam konteks demokrasi berperwakilan, tiada satu kaum pun yang benar-benar membentuk majoriti dan berhasil membentuk kerajaan. Kemajmukan masyarakat di Malaysia ini memaksa gabungan antara parti politik dibentuk. Hal ini menyebabkan sistem demokrasi yang diguna pakai akan menjadi lebih teratur dan lebih menjadi matang dan adil bagi semua pihak.Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman bertindak menggunakan strategi dengan mengaplikasikan konsep asas demokrasi permuafakatan dalam membentuk suatu ikatan yang melibatkan pelbagai kaum dalam pentadbiran. Tunku menjadikan teras ini untuk membentuk kompromi dengan bergabung bersama-sama kaum yang lain. Dalam hal ini, gabungan berasaskan kaum ini akan kekal dengan identiti mereka yang tersendiri tanpa perlu mengorbankan kepentingan kaum masing-masing (Chamil Wariya, 1987). Gabungan ini bermula sejak dari Pilihan Raya Bandaraya Kuala Lumpur 1952 dengan kerjasama antara UMNO dan MCA. Kejayaan gabungan ini memenangi pilihan raya tersebut memikat MIC untuk menyertainya pada tahun 1954, di mana gabungan ini terus dikenali sebagai Parti Perikatan yang muncul sebagai parti yang sangat dominan dalam politik Malaysia sejak merdeka hinggalah sekarang. Menurut Diane K. Mauzy (1983), walaupun UMNO menjadi satu-satunya parti yang mewakili kaum Melayu secara umumnya dalam gabungan BN, UMNO dilihat memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi pengagihan kerusi ketika pilihan raya. Terdapat di mana kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada calon MCA atau MIC. Walaupun UMNO memiliki undi majoriti di Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Gerakan diberikan kepercayaan untuk memerintah selama dua penggal (1999 sehingga 2008). Sikap setia kawan seiring dengan elemen Win Win Situation tetap kekal walaupun wujud sebagai perwakilan Melayu dalam gabungan BN yang menggantikan Parti Perikatan.Kita dapat lihat sendiri dalam barisan kepimpinan parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP yang masih lagi tidak dapat undi majoriti dalam mana-mana pilihan raya umum di negara ini kerana mereka masih lagi tidak berpegang kepada amalan politik permuafakatan ini. Namun hal dapat disedari apabila parti pembangkang berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum 2008. Kejayaan ini disebabkan konsep politik permuafakatan yang mula diamalkan dalam komponen parti pembangkang ini. Pada 2008, Pakatan Rakyat diwujudkan dan memperoleh kepercayaan daripada masyarakat umum. Kejayaan ini dilihat semakin meningkat apabila bilangan undi kepada Pakatan Rakyat ini semakin bertambah daripada jumlah pengundi baharu. Walau bagaimanapun, oleh kerana sistem kemenangan dalam pilihan raya yang digunakan pakai adalah dengan mengira jumlah kerusi yang dimenangi , bukannya berdasarkan jumlah undi popular menyebabkan BN masih lagi memegan tampuk pemerintahan. Dalam pilihan raya 2013, jelas sekali lagi Pakatan Rakyat memperoleh jumlah undi yang besar dan peratusannya semakin meningkat di beberapa negeri yang didominasi oleh Pakatan Rakyat. Walaupun BN telah lama menerapkan politik permuafakat ini, namun situasi sebegini membahayakan status parti berkenaan. UMNO, MCA dan MIC tidak akan berpecah walaupun terdapat masalah dalaman kerana parti komponen BN ini mengetahui bahawa survival parti mereka tidak akan dapat bertahan. Kejayaan itu banyak berkait rapat dengan amalan kompromi, tawar-menawar dan akomodasi yang digerakkan oleh golongan elit kaum utama sebagai satu formula mencapai kestabilan. Walaupun tiada jaminan bahawa kestabilan itu akan berkekalan, terbukti bahawa politik permuafakatan masih lagi menjadi platform terbaik untuk diamalkan dalam politik masyarakat berbilang kaum. Sekitar tahun 1950-an, politik permuafakatan dikenal pasti sebagai penyelesaian kepada masalah kerencaman kaum terutamanya di Malaysia.

b. Kesan Negatif.Parti yang menguasai tampuk pemerintahan utama negara ini berkemungkinan besar menyalahgunakan kuasa yang ada dalam mentadbir negara. Lustick (1979), berpendapat bahawa kekuatan politik permuafakatan ini sering kali tergugat terutamanya di negara-negara bermasyarakat majmuk disebabkan tiadanya satu bentuk kawalan yang kuat dalam menggerakkan permuafakatan itu. Lustick menjelaskan bahawa elemen kawalan itu perlu diwujudkan apabila ada usaha oleh kuasa besar dalam sesuatu kelompok ituuntuk mendominasi kelompok yang lain. Dalam model ini, Lustickmenjelaskan bahawa dengan mengenakan sekatan politik dan peluangke atas kelompok pesaing, kestabilan negara dapat dipertahankan apabilakelompok yang dominan akan sentiasa mengawal kelompok yang berada di bawah. Hal ini memerlukan kepada kewujudan negara yang benar-benarkuat. Di sini, peranan negara itu lebih kuat dan mendominasipercaturan politik supaya bergerak licin dan sistematik. Oleh sebab itu,tawar menawar dalam politik kawalan ini menjadi lebih sukardan kompleks kerana wujudnya kawalan kelompok yang lebih kuat ke atas kelompok yang lemah. Elemen kawalan dalam demokrasi permuafakatan di Malaysia menjadikannya bersifat separa demokrasi kerana walaupun wujud elemen-elemen demokrasi seperti pilihan raya, parti pembangkang, parlimen dan sebagainya. Namun terdapat kekangan dan kawalan dalam sistem-sistem berkenaan bagi mengekalkan keharmonian kaum. Ianya dapat dilihat menerusi pengenalan tempoh berkempen yang pendek, kewujudan akta-aktayang menyekat dan mengawal seperti penggubalan Akta Hasutan yangmelarang mana-mana pihak membangkitkan isu-isu yang sensitif sepertihak istimewa dan Raja-Raja Melayu, isu kewarganegaraan kaum lain danbahasa kebangsaan. Ini juga termasuk Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya. Akta-akta ini bukan sahaja dikenakan kepada parti pembangkang malah terhadap parti-parti gabungan dalam BN sendiri di mana selepas 1969, pengukuhan kuasa UMNO dalam BN itulah yang menyebabkan pengenalan akta-akta yang bersifat mengawal ini selepas pengalaman dari krisis kaum itu sendiri. Politik permuafakat yang diamalkan ini menjadikan kuasa politik parti komponen BN dilihat kebal dan mempunyai kuasa mutlak. Hal ini dapat dilihat menerusi zaman pemerintahan Tun Mathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir lebih menjadikan sistem demokrasi sebagai alat berbanding yang sepatutnya. Ini berbeza dengan pemimpin sebelumnya yang lebih berkompromi dan bertoleransi dalam demokrasi. Agaknya latar belakang Tun Dr. Mahathir dari masyarakat kelas menengah dan yang bukan peguam (beliau adalahseorang doktor) menyebabkan Tun Dr. Mahathir kurang faham tentang demokrasi dan doktrin pengasingan kuasa. Beberapa tindakan Tun Dr. Mahathir yang dianggap anti-demokrasi dan autoritarian seperti Operasi Lalang (1987), pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1998), penahanan aktivis-aktivis reformasi (1998-1999), pengawalan penerbitan Harakah (2000) memperihatkan ciri-ciri Mahathirisme yangmengawal sistem politik Malaysia menerusi penggunaan alat danjentera pentadbiran negara. Pengenalan beberapa akta dan undang-undang seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya mengecilkan ruang amalan demokrasi di Malaysia malah semua itu digunakan sebagai senjata sulit pemimpin terutamanya Tun Dr. Mahathir untuk mengawal kestabilan politik dan meredakan perasaan perkauman dengan member contoh penahanan beberapa pemimpin pembangkang pada tahun 1987 melalui Operasi Lalang di bawah ISA. Ia sebagai satu tindakan yang tidak demokrasi dalam konteks politik kerana pandangan Tun Dr. Mahathir berbeza dengan amalan demokrasi sebenar. Sistem demokrasi itu tidak akan menjadi matang walaupun negara sedang bergerak ke arah matlamat yang lebih kerana faktor begini menjadi batu penghalang kepada perkembangannya.Tambahan pula, faktor-faktor kepelbagaian kaum, agama, budaya dan bahasa sudah pasti meningkatkan cabaran besar terhadap usaha memupuk permuafakatan dan perpaduan. Permuafakatan dan perpaduan memerlukan pelbagai rancangan yang bersifat sejagat yang dapat diterima oleh semua pihak. Masyarakat harus bersatu dan saling bekerjasama bagi memupuk permuafakatan dan keharmonian dalam satu rumpun.

KESIMPULANDaripada apa yang telah dijelaskan, politik muafakat dilihat semakin baik di Malaysia kerana tahap pendidikan yang semakin meningkat, pendapatan masyarakat yang makin bertambah, kemajuan teknologi yang sudah berada pada tahap yang canggih dan juga kewujudan generasi muda yang mempelopori politik pada masa kini. Mereka dapat menjadikan politik di Malaysia ini semakin berkembang dan diwarnai dengan politik yang baru yang diasaskan oleh anak muda. Politik muafakat ini dapat diterima dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan dengan kemenangan parti Perikatan pada Pilihan Raya Pertama, Barisan nasional dalam pilihanraya pada tahun 1974 sehingga sekarang dan Parti Pakatan Rakyat didalam pilihan Raya 2008 yang memenangi 5 buah negeri. Bertolak ansur antara kaum dapat mengelakkan tragedi 13Mei 1969 berulang. Apabila sesuatu kesepakatan berlaku, maka perbalahan antara kaum dapat dielakkan. Itulah pentingnya politik muafakat kerana didalam politik muafakat terdapat satu kekuatan bagi membentuk satu masyarakat yang harmoni dalam mencapai kesepakatan.

RUJUKANChamil Wariya (1987). Politik Kompromi: Satu Tinjauan Kerjasama Melayu Dengan Bukan Melayu Di Malaysia. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors Sdn. Bhd.Chamil Wariya. 2004. Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Diane K. Mauzy (1983). Barisan Nasional: Coalition Government In Malaysia. Selangor: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd.Demokrasi Permuafakatan. Diakses pada 11 Mei 2014 daripada http://mindapengarang.blogspot.com/2012/02/demokrasi-permuafakatan.htmlKassim Thukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah Dan Politik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Khoo Boo Teik. (1995). Paradoxes Of Mahathirism: An Intellectual BiographyOf Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press.Lustick, I. (1979). Stability In Deeply Divided Societies: Consociationalism Versus Control. Journal Of World Politics, Volume 31, No. 3.Mohd Rizal Yaakop (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail. 2008. Hudud: hukum dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Sekolah Satu Aliran Memupuk Perpaduan. Diakses pada 11 Mei 2014 daripada http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html.http://www.sinarharian.com.my/wawancara/wacana-sinar-perjelas-isu-hudud-1.278418Senarai Parti Politik Malaysia. Diakses pada 12 Mei 2014. http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia.

.

10