Futsal Pra

3
PERTANDINGAN FUTSAL PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2015 1. SYARAT PERTANDINGAN 1.1 Hanya satu kategori sahaja akan dipertandingkan iaitu untuk murid-murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun. 1.2 Hanya murid prasekolah LELAKI sahaja yang layak menyertai kejohanan ini. 1.3 Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain di dalam gelanggang dan dua (2) pemain simpanan yang dipilih dalam kalangan 20 peserta kontigen. 1.4 Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga kumpulan. 1.5 Masa untuk setiap permainan 5 : 2 : 5 ( 12 minit) 1.6 Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan diambilkira. 1.7 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir dan akhir. 1.8 Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kalah mati, sepakan penalti sebanyak 3 kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih seri maka sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang. 1.9 Sebarang bantahan berkaitan teknikal sahaja boleh dibuat dan hendaklah secara bertulis dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan kepada Jawatan Kuasa Penganjur beserta wang bantahan sebanyak RM300.Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya pihak juri mendapati ia mempunyai asas bantahan yang kukuh dan boleh diterima.Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh pihak juri maka wang bantahan tersebut tidak akan dikembalikan. 1.10 Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dalam peraturan-peraturan yang digunapakai untuk pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

description

aa

Transcript of Futsal Pra

Page 1: Futsal Pra

PERTANDINGAN FUTSAL PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2015

1. SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Hanya satu kategori sahaja akan dipertandingkan iaitu untuk murid-murid prasekolah

yang berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun.

1.2 Hanya murid prasekolah LELAKI sahaja yang layak menyertai kejohanan ini.

1.3 Setiap pasukan perlu mempunyai  lima (5) pemain di dalam gelanggang dan dua (2)

pemain simpanan yang dipilih dalam kalangan 20 peserta kontigen.

1.4 Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga kumpulan.

1.5 Masa untuk setiap permainan 5 : 2 : 5 ( 12 minit)

1.6 Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan

diambilkira.

1.7 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir dan akhir.

1.8 Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kalah mati, sepakan penalti sebanyak 3 kali

akan dijalankan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih seri maka sepakan

penalti akan diambil sehingga ada pemenang.

1.9 Sebarang bantahan berkaitan teknikal sahaja boleh dibuat dan  hendaklah  secara

bertulis  dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan kepada Jawatan Kuasa

Penganjur beserta wang bantahan sebanyak RM300.Wang bantahan akan dikembalikan

sekiranya pihak juri mendapati ia mempunyai asas bantahan yang kukuh dan boleh

diterima.Sekiranya  bantahan tersebut ditolak oleh pihak juri maka wang bantahan

tersebut tidak akan dikembalikan.

1.10 Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak

dinyatakan secara jelas dalam peraturan-peraturan yang digunapakai untuk

pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

2. PENGURUSAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum perlawanan bermula.

2.2 Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap tewas

dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan pada pasukan lawan dengan

jaringan 3-0.

3. UKURAN PADANG DAN ALATAN

3.1 Saiz padang : 15m x 25m

3.2 Tiang Gol : Gol Bola Baling (2m tinggi x 3m lebar)

3.3 Saiz Bola : 4

3.4 Jenis Bola : Bola Futsal

Page 2: Futsal Pra

4. PAKAIAN PEMAIN / BOLA PERLAWANAN

4.1 Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor.

4.2 Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua pasukan.

4.3 Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi yang berlainan warna.

4.4 Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan tuan rumah (yang disebut dahulu)

hendaklah menukarkannya.

4.5 Pihak penganjur akan menyediakan bola pertandingan sesuai dengan bola futsal saiz 4   

5. MEMULAKAN PERMAINAN

5.1 Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas separuh masa

dimulakan di bahagian tengah padang.

5.2 Jaringan gol secara terus boleh dibuat dari sepak mula.

5.3 Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan.

6. SEPAKAN KE DALAM

6.1 Sepakan ke dalam dilaksanakan mengikut undang-undang biasa.

6.2 Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain.