Garis Panduan

17
KAEDAH MENCUCI TANGAN 1. Ambil sedikit bahan disinfektan cecair/ sabun ke tapak tangan 2. Gosok tengah tapak tangan dengan hujung-hujung jari 3. Gosok tapak tangan (jari rapat) 4. Gosok di celah-celah jari 5. Gosok di belakang tangan dan celah jari 6. Cuci hujung-hujung jari 7. Gosok di belakang tangan dan celah jari

description

ok

Transcript of Garis Panduan

KAEDAH MENCUCI TANGAN1. Ambil sedikit bahan disinfektan cecair/ sabun ke tapak tangan

2. Gosok tengah tapak tangan dengan hujung-hujung jari

3. Gosok tapak tangan (jari rapat)

4. Gosok di celah-celah jari

5. Gosok di belakang tangan dan celah jari

6. Cuci hujung-hujung jari

7. Gosok di belakang tangan dan celah jari

PENGENDALIAN KECEDERAAN AKIBAT PERALATAN TAJAMKecederaan akibat peralatan tajam seperti bur dan jarum yang telah digunakan hendaklah diambil tindakan segera kerana ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit.Kecederaan terjadi sekiranya anggota badan tercucuk atau luka.

Sekiranya kecederaan berlaku, ikut prosedur berikut:

1.Hentikan apa-apa aktiviti dengan serta-merta.

2.Buka sarung tangan getah.

3.Picitkan luka / bekas cucukan di bawah air mengalir selama sekurang-kurangnya 5 minit.

4.Bersihkan luka/ bekas cucukan dengan chlorhexidine jika ada.

5.Laporkan kejadian kepada pegawai atasan dengan menyatakan

• Haribulan dan waktu kejadian kecederaan berlaku

• Jenis tugas yang sedang dilakukan semasa kecederaan

• Nama dan butiran pesakit yang berkaitan dengan kecederaan tersebut

6.Isi borang WEHU A1 dan serahkan kepada pegawai yang menjaga.

7.Ambil surat rujukan ke hospital untuk pengawasan dan penilaian oleh pegawai perubatan.

KAEDAH PENSTERILAN DAN DISINFEKSIDisinfeksi adalah proses untuk mengurangkan bilangan kuman ke tahap yang selamat.

Pensterilan adalah proses di mana semua jenis kuman termasuk spora dapat dihapuskan.

Kaedah pensterilan dan disinfeksi yang betul hendaklah diikuti untuk mengawal jangkitan yang mungkin berlaku di klinik pergigian semasa rawatan dijalankan.

Sebelum proses disinfeksi/ pensterilan dilakukan,

• asing dan buangkan sisa-sisa klinikal mengikut prosedur

• gunakan ultrasonic cleaner untuk mencuci perkakas pergigian

1.PENSTERILAN DAN DISINFEKSI

a.Kenalpasti proses pembasmian kuman bagi kawasan kerja, perkakas dan peralatan pergigian.b.Steril dengan autoklaf disyorkan untuk perkakas kecil yang tahan haba panas.c.Disinfeksi kawasan kerja, perkakas dan peralatan yang tidak boleh disterilkan/ tidak tahan panas seperti peralatan jenis plastik, kaca dan getah.

2.PENGENDALIAN PERCIKAN DARAH DAN BENDALIR

a.Tutupkan percikan darah/ bendalir dengan tisu atau kertas penyerap.b.Tuangkan sodium hypochloride (Chlorox 1-10%)/ Gluteraldehyde2% ke atas percikan.c.Biarkan untuk selama 10 minit.d.Gunakan tisu atau kertas penyerap yang lain dan lapkan tempat percikan tadi.e.Buangkan tisu atau kertas-kertas tercemar ke dalam tong sisa klinikal.f. Bersihkan tempat percikan sekali lagi dengan menggunakan bahan disinfektan.

PERALATAN PERGIGIAN1.KERUSI PERGIGIANSemasa rawatan, pesakit akan duduk di atas kerusi pergigian dan seterusnya pegawai atau jururawat pergigian akan mengubah posisi kerusi mengikut kesesuaian rawatan yang dijalankan.Terdapat dua jenis kerusi pergigian yang digunakan di klinik-klinik pergigian.• Kerusi pergigian elektronik• Kerusi pergigian mudah alih1.1Kerusi pergigian elektronikTerdapat pelbagai jenama kerusi pergigian elektronik yang digunakan.

Cara penjagaan:Sebelum rawatanJalankan peralatan yang ada di unit (penyembur tiga laluan, hanpis, penyedut air liur, lampu tumpu dan scalers) dan pastikan kesemua boleh berfungsi.a.Meja braket (bracket table) hendaklah dibersihkan dengan bahan disinfektan sebelum diletakkan ceper (tray).b.Semasa pesakit berada di kerusi, pastikan kaki dan tangan berada diatas kerusi dan bukannya dibiar tergantung.c.Semasa mengendalikan kerusi jenis ini, kawasan-kawasan bertanda seperti yang terdapat di dalam gambarajah, semestinya bebas daripada apa jua bentuk halangan.Selepas rawatan setiap pesakitd. Pemegang lampu tumpu hendaklah dibersihkan dengan bahan disinfektan selepas rawatan setiap pesakit.e.Bersihkan kerusi dengan kain lembap. Jangan guna bahan sental.Pada akhir hari rawatanf. Kerusi unit hendaklah dikembalikan ke posisi rehat dan pastikan semua suis telah ditutup.g. Perangkap bahan buangan pada ketur (spittoon) hendaklah dicuci dan permukaan didisinfek.h. Hos penyedut air liur hendaklah dicuci dan didisinfek.i. Muncong penyembur tiga laluan (triple syringe) hendaklah dibuka daripada sarung pemegang dan dibasmi kuman dengan autoklaf.j. Tanggalkan hanpis daripada motor supaya hanpis dapat disteril dan motor diminyakkan.

1.2 Kerusi mudah alih ini digunakan dalam pasukan pergigian bergerak. Kerusi jenis ini senang dilipat untuk dibawa ke sekolah dan tadika.

2. AUTOKLAF

Autoklaf digunakan untuk pensterilan perkakas pergigian yang tahan panas dan gauze. Jenis yang biasa digunakan di klinik pergigian adalah autoklaf jenis table top.Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Masukkan air suling ke dalam tangki hingga ke paras maksima.

b. Susun peralatan yang telah dibersihkan di atas ceper dan masukkan ke dalam autoklaf (jangan padat).

c. Guna pemegang dulang untuk menggangkat muatan setelah proses pensterilan selesai.

d. Keringkan pintu gasket dan air lebihan dalam chamber pada akhir rawatan.

e. Cuci tangki dan tukar air suling setiap 2 minggu.

3. ALAT PENYEDUT AIR LIUR DAN DARAH (VACULYSER)

Vaculyser adalah sejenis peralatan pergigian yang digunakan untuk menyedut air liur, darah dan air semasa rawatan dijalankan.

Cara penggunaan dan penjagaan:a. Pastikan sebelum rawatan bekas kaca untuk air liur/ darah• Bersih dan berada dalam rangka besi• Diisi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5 % (chlorox)• Penutup getah ketatb. Apabila tekanan naik ke tahap lingkungan 12 mmHg vac – peralatan sedia untuk menyedut.

c. Tutup suis unit dan buka penutup getah bila bekas kaca penuh dengan air liur/ darah ke paras maksima.

d. Bersihkan bekas tersebut, isi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5 % (chlorox) dan masukkan ke dalam rangka besi semula.

e. Tukar penyedut liur pakai buang selepas setiap pesakit.

f. Cuci dan disinfek bekas kaca pada akhir hari rawatan.

g. Ganti hos getah bila perlu.

Contoh alat penyedut air liur dan darah (vaculyser): Thomas Medi Pump

4. AMALGAMATOR

Amalgamator adalah sejenis peralatan pergigian yang digunakan untuk membancuh bahan tampalan amalgam.

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Amalgamator hendaklah diletak atas dulang yang sesuai tanpa mengalas dengan kain atau kertas dan jauh daripada sumber api/ bahang.

b. Pastikan amalgamator sentiasa berkeadaan bersih. Gunakan kain yang lembut untuk membersih bahagian permukaan.

c. Kapsul amalgam yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam bekas sisa klinikal.

5. UNIT PENSKALERAN ULTRASONIK (ULTRASONIC SCALING UNIT)

Unit penskaleran ultrasonik adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk membuang plak dan karang gigi semasa rawatan penskaleran.

Cara penjagaan:

a. Tip skaler hendaklah diautoklaf selepas setiap pesakit.

b. Keadaan unit hendaklah sentiasa bersih.

6. HANPIS (HAND PIECE)

Hanpis adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk membuang tisu gigi yang rosak atau membentuk gigi semasa rawatan (drill).

Cara penjagaan:

Selepas rawatan setiap pesakit

a. Bur dikeluarkan.

b. Jalankan hanpis kelajuan tinggi (high speed hand piece) dan pastikan air keluar selama 20 saat.

c. Lap hanpis dengan bahan disinfektan untuk membersihkan sisa-sisa yang terlekat pada hanpis.

Pada akhir hari rawatan

d. Tanggalkan hanpis daripada motor supaya hanpis dapat disteril dan motor diminyakkan.

e. Sembur minyak hanpis ke dalam handpis sehingga keluar keladak yang terdapat di dalam kepala. Jangan rendam hanpis ke dalam larutan disinfektan atau apa jua larutan/ air. Hanpis boleh disteril dengan autoklaf.

7. ULTRASONIC CLEANER

Ultrasonic cleaner digunakan untuk membuang kekotoran pada perkakas pergigian sebelum proses pensterilan ataupun disinfeksi.

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Sediakan larutan dan masukkan ke dalam takungan Ultrasonic cleaner. Ikut brosur pengeluar.Contoh larutan ultrasonic cleaner ialah Biosonic General Purpose Cleaning Solution

b. Masukkan perkakas pergigian yang telah dicuci ke dalam takungan utrasonic cleaner. Bakul yang disediakan boleh digunakan untuk perkakas kecil.Pastikan perkakas tenggelam dalam larutan.

c. Mulakan pembersihan dengan memilih masa pembersihan antara 5-15 mins mengikut tahap kekotoran yang ada pada perkakas/ peralatan.

e. Apabila selesai pembersihan, keluarkan perkakas / peralatan dan cuci dengan air paip yang mengalir.

f. Perkakas / peralatan sedia untuk disteril ataupun didisinfeksi.

g. Gunakan larutan baru setiap hari. Tukar larutan jika perlu (bila berubah warna/ keruh) walaupun baru digunakan.

8. LIGHT CURE UNIT

Alat ini digunakan untuk curing/ pempolimeran (mengeraskan) bahan pergigian yang memerlukan cahaya ultra ungu.

Cara penjagaan:

a. Muncung dihalakan kepada bahan pergigian semasa penggunaan.

b. Gunakan pelindung cahaya semasa pancaran cahaya dinyalakan.

c. Lap muncung unit light cure dengan bahan disinfektan setiap kali selepas penggunaannya.

CARA PENGENDALIAN AMALGAM Amalgam adalah sejenis bahan tampalan yang digunakan untuk menampal gigi-gigi geraham dan

pra geraham. Tampalan amalgam yang dibuat adalah selamat dan tahan lama. Bahan tampalan amalgam merupakan campuran merkuri dengan aloi amalgam pergigian. Aloi

amalgam pergigian ini terdiri daripada argentum, stranum, kuprum dan kadangkala zink. Kod Amalan Merkuri Pergigian hendaklah dipatuhi untuk menjamin kesihatan dan keselamatan

semasa mengendali bahan ini.

Cara pengandalian:

a. Mendapat latihan mengenai cara pengendalian merkuri yang betul.

b. Bekerja di dalam ruang yang mempunyai kitaran udara yang baik dengan pertukaran udara segar. Tingkap/ pintu hendaklan dibuka setiap hari sebelum memulakan kerja dan selepas kerja selesai.

c. Meletakkan amalgamator di atas dulang yang sesuai tanpa mengalas dengan kain atau kertas dan jauh daripada sumber api/ bahang.

d. Mengguna kapsul yang tidak bocor sahaja semasa proses pengamalgaman.

e. Menyimpan merkuri di dalam bekas yang tidak mudah pecah, ditutup rapat dan ditempatkan di ruang yang mempunyai kitaran udara yang baik dan jauh dari sumber haba.

f. Mengumpul semua sisa amalgam di dalam bekas plastik yang ditutup rapat dan disimpan di dalam larutan pengekal fotografi (photographic fixer). Larutan alternatif ialah air dengan lapisan minyak.Bekas tersebut mestilah dilabel dan ditutup rapat semasa tidak diguna.

g. Elakkan sentuhan kulit dengan merkuri atau amalgam yang baru dicampur. Teknik tanpa sentuhan hendaklah sentiasa digunakan semasa mengendali merkuri dan amalgam.Pakai sarung tangan pakai buang.

h. Periksa, cuci dan gantikan penapis unit pergigian secara berkala untuk mengeluarkan sisa amalgam.

i. Merkuri yang tertumpah hendaklah dicuci serta merta dengan cara yang sesuai.• Jika merkuri yang tertumpah sedikit, serbuk aloi boleh dicampurkan untuk dijadikan amalgam dan dibuang ke dalam bekas yang disediakan• Titisan merkuri boleh dikumpul dengan menggunakan pita pelekat atau picagari hipodermik• Kit komersial untuk tumpahan merkuri juga boleh digunakanPenghawa dingin (atau kipas) perlu ditutup pada masa tersebut untuk mengurangkan peredaran wap merkuri keseluruh bangunan. Selepas tumpahan dibersihkan, tingkap hendaklah dibuka untuk mempastikan aliran udara. Jangan gunakan alat hampagas (vacuum cleaner).

j. Bersih peralatan yang tercemar dengan amalgam sebelum dimasukkan ke dalam ultrasonic cleaner, pensteril haba atau disinfeksi haba.

k. Kapsul aloi yang telah diguna sepatutnya ditutup semula. Kapsul yang telah digunakan, gigi yang ada tampalan amalgam yang telah dicabut, napkin yang telah diguna, sarung tangan dan kapas yang tercemar dengan amalgam mestilah dibuang sebagai sisa klinikal

NASIHAT SELEPAS RAWATAN

NASIHAT SELEPAS RAWATAN CABUTAN GIGI

Pesakit atau ibubapa perlu diterangkan dengan jelas tentang cara yang betul untuk dipatuhi setiap kali selepas cabutan gigi.

a. Setelah cabutan gigi dilakukan, pesakit dikehendaki mengigit kain kasa (gauze) yang diletakkan pada soket cabutan dan tidak dibenarkan pulang dahulu.

b. Jangan masukkan lidah/ jari ke dalam soket cabutan.

c. Jangan gigit lidah/ bibir semasa masih kebas.

d. Jangan berkumur-kumur dalam masa 6 jam selepas cabutan.

e. Elakkan melakukan kerja-kerja berat dan makan makanan panas sepanjang hari itu.

f. Jika soket cabutan masih berdarah setelah beberapa jam, gantikankan kain kasa baru ke atas soket dan gigit di atasnya dengan kuat.

Jika pendarahan masih tidak berhenti, datang segera ke klinik pergigian untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

NASIHAT SELEPAS RAWATAN TAMPALAN GIGI

a. Setelah gigi ditampal, pesakit hendaklah dinasihatkan supaya tidak menggunakan gigi tersebut dalam tempoh 24 jam.

b. Sekiranya tampalan yang dibuat pecah/ sakit , nasihatkan pesakit ke klinik semula untuk pemeriksaan.

NASIHAT PENJAGAAN GIGI PALSU/ DENTUR (DENTURE)

a. Gigi palsu hendaklah dibersihkan dengan berus.

b. Elakkan daripada menggunakan air panas untuk membersih atau merendam gigi palsu kerana ini boleh merosakkan gigi palsu tersebut.

c. Pada waktu malam atau bila-bila masa gigi palsu tidak digunakan, gigi palsu perlu direndam ke dalam air.

d. Gigi asli yang masih ada perlu dijaga dengan baik. Memberus gigi dengan berkesan, pengawalan makanan dan pemeriksaan pergigian berkala perlu diambil perhatian.

PENGENDALIAN PEMBUANGAN SISA-SISA KLINIKAL

Sisa klinikal hendaklah dibuang dengan cara yang betul untuk mengawal jangkitan penyakit yang berjangkit.

1. Asingkan sisa klinikal mengikut jenis.

• Sisa pepejal• Sisa bahan tajam• Sisa bendalir tubuh

2. Pembuangan sisa pepejal

Buang sisa pepejal ke dalam tong sampah yang ada beg plastik kuning.

• Klinik pergigianPastikan tong-tong sampah berplastik kuning ditutup rapat apabila penuh atau di akhir waktu pejabat untuk dipungut oleh syarikat yang dilantik• Pasukan pergigian bergerak/ Klinik pergigian sekolah:Pastikan beg-beg plastik kuning diikat dengan tali pengikat khas apabila penuh atau pada akhir waktu rawatanBawa beg-beg plastik kuning yang telah diikat ke klinik mengikut jadual untuk dipungut oleh syarikat yang dilantik* Gigi yang dicabut, sarung tangan, kapas dan gauze tercemar hendaklah dibuang sebagai sisa klinikal.

3. Pembuangan sisa tajam

a.Buangkan sisa tajam seperti jarum suntikan dan pisau surgikal ke dalam bekas khas sharps container.b. Tutupkan bekas sharps container apabila telah 2/3 penuh.

4. Pembuangan sisa bendalir

a.Kumpul bendalir tubuh dalam bekas yang mengandungi 5 % sodiumhypochloride (chlorox); sekiranya menggunakan portable vaculyser.b. Angkut bekas bendalir ke tandas dan buangkan bendalir ke dalammangkuk tandas atau longkang yang mempunyai pengaliran yang baik.c. Bersihkan bekas sebelum digunakan semula.