Garis Panduan Calon PPT
Click here to load reader
Transcript of Garis Panduan Calon PPT
GARIS PANDUAN CALON
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) 2011
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.
http://www.dsd.gov.my
KANDUNGAN
KANDUNGAN i
SENARAI KEPENDEKAN ii
SENARAI LAMPIRAN ii
1. TUJUAN 1
2. LATAR BELAKANG 1
3. TARIKH KUATKUASA 1
4. TAFSIRAN 1
5. CALON PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) 2
6. PENILAIAN KETERAMPILAN CALON 4
7. PERSIJILAN 9
8. PENUTUP 10
i
SENARAI KEPENDEKAN
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
DKM - Diploma Kemahiran Malaysia
DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
PPT - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
SPKM - Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
PP-PPT - Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PPL-PPT - Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
SKPK - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran
PC - Penyata Pencapaian
KPPK - Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A - Panduan Pembangunan Portfolio
Lampiran B - Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Bertulis (WIM)
Lampiran C - Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek DKM/DLKM
JPK/PPT/1002A - Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT
JPK/PPT/1002B - Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT
JPK/PPT/1002 - Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
JPK/PPT/1003(P1) - Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
JPK/PPT/1009(P1) - Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM
JPK/PPT/1014(P1) - Laporan Pra-Penilaian Teknik Mengajar Program VTO
JPK/PPT/1015(P1) - Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO
6
ii
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini bertujuan memberi penerangan kepada calon mengenai kriteria, peranan dan tanggungjawab serta prosedur penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
2.0 LATAR BELAKANG
Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam panduan ini.
3.0 TARIKH KUATKUASA
Garis panduan ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.
4.0 TAFSIRAN
Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“calon” ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil;
“Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran;
“kaunseling” ertinya suatu proses membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon;
“Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)” ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;
“Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)” ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan,
1
ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT;
“Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)” ertinya satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki;
“penilaian” ertinya suatu proses menyemak, menilai dan menentusahkan bukti-bukti keterampilan calon memenuhi keperluan Standard termasuklah sesi kaunseling, lawatan tempat kerja, temuduga dan verifikasi;
“program” ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam daftar Standard;
“projek” ertinya suatu projek yang dibangunkan oleh calon bagi membuktikan kekompetenan yang dimiliki kepada panel penilai semasa sesi penilaian dilaksanakan;
“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah iaitu SKM, DKM, DLKM atau PC;
“Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia” ertinya polisi, mekanisme Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran;
“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];
“Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)” ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut;
“temuduga” ertinya aktiviti penilaian yang dilaksanakan oleh panel penilai (PP-PPT & PPL-PPT) terhadap calon yang dinilai melalui kaedah PPT; dan
“verifikasi” ertinya suatu proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT.
5.0 CALON PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (CALON PPT)
5.1 Calon ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil;
5.2 Kriteria calon adalah seperti berikut, iaitu:
a) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang dipohon;
b) Mempunyai kemahiran dalam bidang dipohon;
2
c) Mampu mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh
percaya dan mencukupi; dan
d) Mampu menterjemah keperluan yang digariskan dalam Standard bagi penyediaan bukti-bukti keterampilan.
5.3 Peranan dan tanggungjawab calon adalah seperti berikut, iaitu:
Terima dan Semak Tugasan
a) Menyemak notis pendaftaran yang diterima dengan meneliti nama/alamat/no. telefon, program, tempoh penilaian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan; dan
b) Menghubungi Pegawai Penilai (PP-PPT) bagi menentukan masa dan lokasi perjumpaan.
Pelaksanaan Sesi Kaunseling
a) Memahami keperluan Standard berdasarkan kemahiran yang dimiliki;
b) Menyediakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi bagi pembangunan portfolio dengan merujuk kepada Standard;
c) Mendapatkan khidmat nasihat PP-PPT bagi penyediaan bukti-bukti
keterampilan;
d) Membuat perbandingan di antara bukti-bukti keterampilan yang dimiliki dengan Standard yang ditetapkan berdasarkan notis pendaftaran yang
dikeluarkan oleh Jabatan;
e) Merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian; dan
f) Bekerjasama dengan PP-PPT sepanjang tempoh penilaian.
Pelaksanaan Penilaian
a) Memaklumkan kepada PP-PPT apabila telah sedia untuk dinilai;
b) Mengaturkan sesi lawatan PP-PPT ke tempat kerja bagi tujuan
pengesahan keterampilan;
c) Mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi kepada PP-PPT untuk dinilai; dan
d) Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan pembentangan.
5.4 Calon adalah dilarang untuk melakukan perkara-perkara berikut, iaitu:
a) Melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej Persijilan
Kemahiran Malaysia;
b) Enggan bekerjasama/menemui PP-PPT sepanjang tempoh penilaian;
c) Menangguhkan proses penilaian tanpa sebab;
d) Memberi keterangan palsu semasa sesi temuduga;
e) Memburuk-burukkan peribadi PP-PPT kepada orang lain;
3
f) Memberi wang/hadiah kepada PP-PPT atau PPL-PPT; dan
g) Mengemukakan bukti-bukti palsu.
5.5 Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mana-mana calon yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara tindakan yang
boleh dikenakan, iaitu:
a) Meminta penjelasan daripada calon secara bertulis;
b) Menarik balik penganugerahan Sijil; atau
c) Menamatkan tempoh penilaian.
6.0 PENILAIAN KETERAMPILAN CALON
6.1 Penilaian keterampilan calon dilaksanakan oleh PP-PPT dengan menyemak, menilai dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan oleh calon;
6.2 Calon hendaklah mengemukakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan kepada pengalaman terdahulu yang dimiliki kepada PP-PPT untuk dinilai dengan merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Bagi permohonan program VTO/DKM/DLKM, sesi pembentangan menjadi salah satu bukti utama keterampilan yang perlu dinilai;
6.3 Calon hendaklah menghubungi PP-PPT bagi menentukan lokasi dan masa bagi pelaksanaan penilaian keterampilan;
6.4 Penilaian keterampilan boleh dilaksanakan di tempat kerja calon atau mana-mana tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT;
6.5 Proses penilaian adalah merangkumi sesi kaunseling, temuduga, lawatan ke tempat kerja dan verikfikasi. Penilaian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 1 selepas notis pendaftaran diterima oleh calon. Permohonan pelanjutan tempoh penilaian hanya dibenarkan atas sebab masalah kesihatan dan bukti perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan pelanjutan tersebut;
Jadual 1 Tempoh Penilaian Maksimum
Tahap Persijilan Tempoh Penilaian Proses Penilaian
SKM Tahap 1 / 2 / 3 2 bulan Portfolio
SKM Tahap 3 (VTO) 2 bulan Portfolio + Pembentangan
DKM / VTE 5 bulan Portfolio + Projek +
Pembentangan
DLKM / VTM 5 bulan Portfolio + Projek +
Pembentangan
4
6.6 Penilaian terhadap keterampilan calon hendaklah dibuat melalui kombinasi
pelbagai kaedah penilaian seperti:
a) Pemerhatian;
b) Temuduga;
c) Lawatan ke tempat kerja calon;
d) Menyemak bukti bertulis seperti sijil kursus, lesen, buku log dan lain-lain;
e) Menilai hasil kerja/projek/produk; dan
f) Bukti-bukti lain yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.
6.7 Bukti-bukti keterampilan calon yang dinilai hendaklah:
a) Sahih – bukti yang menunjukkan tugasan yang dibuat oleh calon dan menepati keterampilan yang digariskan dalam Standard;
b) boleh percaya – bukti yang diperolehi adalah dari sumber yang boleh
dipercayai; dan
c) mencukupi – bukti keterampilan yang dikemukakan memenuhi keperluan Standard.
6.8 Bukti keterampilan ini boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut, iaitu:
a) Pengalaman di tempat kerja;
b) Kursus-kursus dalam bidang berkaitan yang telah dihadiri;
c) Pengalaman hidup seperti hobi dan kerja-kerja sukarela yang berkaitan; dan
d) Pencapaian lain termasuk penyertaan dalam pertandingan kemahiran.
6.9 Calon hendaklah mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi dengan merujuk kepada keperluan Standard. Jenis-jenis bukti yang boleh dikemukakan sebagai bukti keterampilan adalah seperti di Jadual 2 dan Jadual 3;
Jadual 2 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Kukuh
Jenis-Jenis Bukti Sumber Diperolehi /Syarat
A. BUKTI KUKUH
1. Sijil Kursus - Daripada agensi yang diiktiraf sama ada institut awam/swasta.
- Disertakan dengan transkrip/ jadual waktu/isi kandungan kursus dsbnya.
2. Senarai Tugas - Disahkan oleh pegawai atasan.
3. Lesen - Dikeluarkan oleh Badan Pelesenan Kerajaan.
4. Buku Log/Catatan - Rujuk kepada dokumen asal Buku Catatan/Buku Log.
- Disahkan oleh pegawai atasan.
5. Perakuan PP-PPT - Laporan hasil lawatan di tempat kerja calon.
- Laporan temuduga [Laporan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)]
5
6. Testimonial - Daripada majikan, Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta
yang diiktiraf.
7. Anugerah - Daripada Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta yang diiktiraf.
8. ROC/ROB/ROS - Daripada agensi yang diiktiraf
Nota:
i. Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan
ii. Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain
yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.
Jadual 3 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Sederhana
Jenis-Jenis Bukti Sumber Diperolehi /Syarat
B. BUKTI SEDERHANA - memerlukan bukti tambahan, atau penyemakan melalui siasatan /
temuduga/lawatan ke tempat kerja calon
1. Hasil Kerja - Dihasilkan sebelum permohonan dikemukakan.
- Disahkan secara bertulis oleh pelanggan/majikan/pihak ketiga.
2. Gambar - Diambil sebelum permohonan dikemukakan.
- Disahkan secara bertulis oleh majikan/rakan sekerja/pihak ketiga.
3. Surat Akuan
(Pelanggan)
- Merupakan pelanggan tetap kepada calon tidak kurang dari 2
tahun.
4. Kertas Kerja - Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga.
5. Laporan - Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga.
6. Keratan Akhbar - Dokumen asal dan disahkan oleh majikan/pihak ketiga.
7. Artikel - Dokumen asal dan bertarikh serta disahkan oleh majikan/pihak ketiga.
8. Bil/Resit/Inbois - Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan
semakan PP-PPT
9. Sampel - Dilihat dan disahkan oleh PP-PPT.
10. Rekabentuk/
Blueprint - Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan
semakan PP-PPT
11. Video/CD - Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan
semakan PP-PPT
12. Dokumen ISO - Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT
13. Fail Meja - Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan
semakan PP-PPT
Nota:
i. Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan
ii. Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain
yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.
6.10 Sekiranya PP-PPT tidak berpuashati dengan bukti-bukti yang dikemukakan semasa penilaian, calon hendaklah berusaha mendapatkan bukti-bukti tambahan yang sesuai;
6
6.11 Calon hendaklah merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan bersama PP-PPT sepanjang proses penilaian di dalam Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1002]. Laporan aktiviti tersebut akan disahkan oleh PP-PPT sebagai bukti penilaian terhadap calon telah dilaksanakan;
6.12 Proses penilaian keterampilan calon adalah termasuk:
Sesi Kaunseling
a) Calon hendaklah menghubungi dan berjumpa PP-PPT bagi mendapatkan maklumat serta bimbingan berkaitan kaedah dan prosedur pembangunan portfolio, Standard yang digunakan, penyediaan bukti-bukti keterampilan
serta proses-proses yang dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian;
b) Calon hendaklah menyenaraikan semua bukti keterampilan yang dimiliki dengan menggunakan Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT
(JPK/PPT/1002A);
c) Calon hendaklah membuat perbandingan di antara bukti-bukti keterampilan yang dimiliki dengan Standard menggunakan Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B). Bagi tujuan perbandingan ini, calon hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada PP-PPT supaya bukti-bukti
keterampilan yang dimiliki memenuhi keperluan Standard;
d) Calon hendaklah membangunkan portfolio dengan merujuk kepada
Panduan Pembangunan Portfolio seperti Lampiran A;
e) Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada PP-PPT bagi setiap
bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan; dan
f) Proses kaunseling boleh dibuat berulang kali dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga calon dan PP-PPT bersedia untuk membuat keputusan tentang kelayakan Sijil.
Sesi Temuduga
a) Sesi temuduga adalah satu proses penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT untuk mendapatkan maklumat daripada calon bagi memastikan setiap bukti keterampilan dan pengalaman yang dimiliki memenuhi Standard. Semasa temuduga dilaksanakan, calon akan diminta memberi
maklumbalas berkaitan:
tahap pengetahuan dan kemahiran memenuhi keperluan Standard;
kemampuan menerangkan setiap tugasan yang dilaksanakan;
penampilan personaliti dan kemahiran berkomunikasi; dan
pematuhan amalan keselamatan di tempat kerja.
b) Proses temuduga boleh dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian yang ditetapkan sehingga calon dan PP-PPT bersedia untuk membuat keputusan tentang kelayakan Sijil.
7
Lawatan Ke Tempat Kerja Calon
a) Lawatan ke tempat kerja calon perlu dilakukan oleh PP-PPT bagi mengesahkan setiap kerja/tugasan yang dilaksanakan sesuai dengan program yang dipohon serta memenuhi keperluan Standard;
b) Calon hendaklah mengatur sesi lawatan ke tempat kerja;
c) Semasa lawatan, calon hendaklah membantu PP-PPT bagi mendapatkan maklumbalas:
daripada pegawai atasan berkenaan prestasi calon;
tugas-tugas yang dilaksanakan (senarai tugas);
kemampuan calon melaksanakan tugas;
pematuhan amalan keselamatan semasa di tempat kerja;
kerja yang dilakukan sesuai dengan program yang dipohon;
kebolehan mengendalikan peralatan kerja;
kebolehan pengurusan sumber, komunikasi di tempat kerja, penggunaan ICT, penyelesaian masalah serta pengurusan masa; dan
mendapat pengesahan dari pegawai atasan/penyelia calon
d) Sekiranya lawatan ke tempat kerja tidak dibenarkan atas arahan majikan, calon hendaklah mendapat dan mengemukakan surat arahan majikan yang menyatakan tidak dibenarkan membuat lawatan kepada PP-PPT untuk pengesahan.
Verifikasi Bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT)
a) Calon hendaklah memastikan perkara-perkara berikut adalah lengkap bagi
tujuan verifikasi, iaitu:
Portfolio yang mengandungi bukti-bukti keterampilan yang telah disemak, dinilai dan disahkan oleh PP-PPT;
Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002A);
Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B);
Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1002]; dan
Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)].
b) Sekiranya salah satu perkara (a) di atas tidak dilengkapkan, PPL-PPT boleh menangguhkan sesi verifikasi sehingga dokumen yang berkenaan
dilengkapkan oleh calon;
c) Calon hendaklah berbincang dengan PP-PPT/PPL-PPT yang dilantik bagi menentukan tempat, tarikh dan masa verifikasi;
d) Calon hendaklah menghadirkan diri, memberi maklumbalas dan memberi
kerjasama kepada PPL-PPT sepanjang pelaksanaan sesi tersebut; dan
8
e) Calon hendaklah bertanggungjawab terhadap semua bukti yang dikemukakan.
6.13 Bagi penilaian program Pegawai Latihan Vokasional (VTO), calon hendaklah melaksanakan perkara-perkara tambahan berikut, iaitu:
a) Membangunkan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) yang merangkumi Pelan Mengajar, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja dengan merujuk Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Bertulis (WIM) seperti Lampiran ;
b) Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen
lain yang berkaitan bagi tujuan sesi pengajaran;
c) Melaksanakan sesi pengajaran (lesson practice) bagi tujuan penilaian PP-PPT. Calon hendaklah mengesahkan maklumat pada Laporan Pra-
Penilaian Teknik Mengajar Program VTO [JPK/PPT/1014(P1)]; dan
d) Membuat pembentangan bagi teknik mengajar semasa sesi verifikasi PPL-PPT dan mengesahkan maklumat pada Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO [JPK/PPT/1015(P1).
6.14 Bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), calon hendaklah melaksanakan perkara-perkara
tambahan berikut, iaitu:
a) Membangunkan projek dan menyediakan laporan projek menggunakan format Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek DKM/DLKM
seperti Lampiran C;
b) Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen
lain yang berkaitan bagi tujuan pembentangan; dan
c) Membuat pembentangan bagi projek yang dibangunkan semasa lawatan verifikasi PPL-PPT dan mengesahkan maklumat pada Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM [JPK/PPT/1009(P1)].
7.0 PERSIJILAN
7.1 Calon hanya akan dianugerahkan Sijil jika calon mencapai tahap keterampilan yang digariskan di dalam Standard serta syarat-syarat tambahan lain yang ditetapkan;
7.2 Bagi program SKM 1, 2 dan 3, calon layak dianugerahkan Sijil (SKM 1, 2 & 3) sekiranya terampil atau PC bagi mana-mana duti yang telah terampil sahaja;
7.3 Bagi program VTO/DKM/DLKM, calon layak dianugerahkan Sijil
(VTO/DKM/DLKM) sekiranya memenuhi syarat berikut, iaitu:
a) Terampil semua Duti (portfolio);
b) Terampil sesi pembentangan;
c) Terampil penulisan laporan projek bagi program DKM/DLKM; atau
9
d) Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal termasuk
Pelan Mengajar) bagi program VTO; dan
e) Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon dianggap gagal.
7.4 Calon hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat calon pada borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)] bagi tujuan penganugerahan Sijil; dan
7.5 Bagi calon yang gagal, calon hendaklah memohon semula dengan mengemukakan bayaran pendaftaran yang baharu;
7.6 Sebarang perubahan dan pindaan bagi garis panduan ini adalah tertakluk kepada Jabatan dari semasa semasa.
8.0 PENUTUP
Dengan adanya garis panduan ini, calon akan lebih memahami prosedur Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dan seterusnya mengiktiraf kemahiran yang dimililiki oleh setiap pekerja mahir di Malaysia.
Disediakan oleh:
Unit Pengiktirafan Permohonan Terdahulu (PPT)
Cawangan Perakuan Kemahiran
Bahagian MOSQ
10
PROSES KERJA CALON PPT
11
Hubungi JPK
Terima Notis Pendaftaran dan Penilaian PP-PPT
Semak maklumat pendaftaran
Maklumat lengkap?
Ya
Tidak
Hubungi PP-PPT Untuk Sesi Kaunseling & Penilaian
Hadir Sesi Kaunseling
Kumpul & Kemuka Bukti-Bukti Keterampilan Untuk Penilaian PP-PPT
Hadir Sesi Verifikasi PPL-PPT
Mula
Tamat
Terampil?
Ya
Tidak
Terima Sijil