Garis panduan pbs

15
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. 2. OBJEKTIF Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat (i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (ii) menghayati kerjaya seorang guru; (iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; (iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; (vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; (viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; (ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan; (x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan (xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. 1

description

wow

Transcript of Garis panduan pbs

Page 1: Garis panduan pbs

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat

(i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(ii) menghayati kerjaya seorang guru;

(iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;

(iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;

(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;

(ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;

(x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan

(xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

1

Page 2: Garis panduan pbs

3. STRATEGI PELAKSANAAN

(i) Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Semester Tempoh Penempatan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

1 1 MingguSekolah Rendah

2 1 MingguSekolah Rendah

3 1 MingguSekolah Rendah

4 1 MingguSekolah Rendah

(ii) Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPGM dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

(iii) Prosedur Pelaksanaan

a) IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

b) IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS.

c) IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.

d) IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.

e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

2

Page 3: Garis panduan pbs

Jadual 2.2: Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

SemesterMata Pelajaran

1 Pengajian Profesional

2 Major

3 Elektif 1

4 Elektif 2

(iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

a) Pelajar dikehendaki memperoleh maklumat umum tentang sekolah di mana mereka

menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang

dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif

masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran

elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang

dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

d) Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

4. KEHADIRAN

a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan

doktor/pegawai perubatan.

c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGM.

d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

3

Page 4: Garis panduan pbs

5. STATUS PELAKSANAAN PBS

Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

a) Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)

b) Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

c) Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)

d) Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar:

a) Menghadiri taklimat PBS;

b) Memahami objektif PBS;

c) Melaksanakan aktiviti PBS;

d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;

e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah;

f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah;

g) Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;

h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;

i) Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu;

j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k) Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

4

Page 5: Garis panduan pbs

LAMPIRAN 1-1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHPANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

2. Tujuan Pernyataan Profesional

2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas 2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

dengan sistematik2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti

yang difokuskan 2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/

penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS

• Kenal pasti fokus utama aktiviti• Tujuan aktiviti• Merancang strategi pelaksanaan• Instrumen penilaian kendiri

3.2 Semasa PBS

• Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang• Mengumpul data• Merekod

3.3 Selepas PBS (refleksi)

• Menganalisis data• Menilai• Melapor

4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional • Pencapaian objektif• Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

5

Page 6: Garis panduan pbs

LAMPIRAN 1-2PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:

1.1.1 Pengetahuan1.1.2 Kemahiran1.1.3 Pengalaman1.1.4 Kelayakan1.1.5 Matlamat dan pencapaian

1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992).

2. Tujuan Portfolio

2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS

2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai

2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.

2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.3.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan

penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

6

Page 7: Garis panduan pbs

LAMPIRAN 1-3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Bil Tajuk ItemTandakan

1Biodata (ditulis dalam helaian berasingan)

1.1) Nama

1.2) No. Kad Pengenalan

1.3) Major dan Ambilan

1.4) Tarikh PBS

1.5) Gambar

2Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1)

2.1) Penyataan sebelum PBS

2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

3

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan)

3.1) Pemerhatian

3.2) Senarai semak

3.3) Temu bual

3.4) Soal selidik

4Kolaborasi (Lampiran 1-4)

4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui

5.1) Pemerhatian

5.2) Senarai Semak

5.3) Temu bual

6 Refleksi (Lampiran 1-6) 6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

7 Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: ____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Tandatangan _________________ Nama ___________________________Tarikh _________

7

Page 8: Garis panduan pbs

LAMPIRAN 1-4PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________________

Nama Guru Yang Ditemui: ______________________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ____________________________________

Page 9: Garis panduan pbs

LAMPIRAN 1-5PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi

• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

• Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih

strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2. Tujuan Refleksi

• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan

inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3. Ciri-ciri Refleksi

• Bermula dengan mengingat kembali• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu• Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

• Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

• Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Page 10: Garis panduan pbs

4.2 Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

Page 11: Garis panduan pbs

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)LAMPIRAN 1-7A

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil Perkara Catatan/data

1 Nama dan Alamat SekolahSJK(T) PERMATANG TINGGI

14100 SIMPANG AMPAT PULAU PINANG

2 No. Telefon Sekolah 04-5884898

3Alamat e-mail/Web Sekolah

4Lokasi (Bandar/Luar Bandar)

LUAR BANDAR (SEBERANG PERAI UTARA TENGAH)

5 Nama Guru Besar EN. AN. VEERASAMY

6 Nama GPK 1 PN. N. PUSPAVATHY

7 Nama GPK HEM PN. K. PATHMAVATHI

8 Nama GPK Kokurikulum EN. S. NATHAN

9 Nama Penyelia Petang PN. K. ANANTHI

10 Gred Sekolah

11 Bilangan Guru Lelaki:

Perempuan:

12Kelayakan Profesional Guru

Siswazah:

Bukan Siswazah:

13 Bilangan Kelas

14 Purata Saiz Kelas

15 Jumlah Murid Melayu Cina IndiaLain-lain

Lelaki

Perempuan

16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini

Page 12: Garis panduan pbs

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid?

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT ?

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu

Page 13: Garis panduan pbs

Lampiran 1-7B

FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang

ditawarkan pada setiap semester

2 Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

3 Kandungan aktiviti yang dicadangkan

3.1 Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan harian yang perlu

dijalankan semasa PBS

3.2 Fokus aktiviti ialah :

• berkaitan sukatan pelajaran

• ada unsur pemerhatian terhadap P & P

• melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

• mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan

budaya

sekolah)

• meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran

• meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/kemahiran

mengajar

4. Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS

4.1Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)

- Font Arial

- Saiz huruf ialah 12

- Langkau satu setengah baris

- Rujukan mengikut format A.P.A.

- Lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan

(3 hingga 5 muka surat)

4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti (2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

Nota: Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

Page 14: Garis panduan pbs

LAMPIRAN1-8INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BORANG KEHADIRANPENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah : _________________________________________________________

Alamat Sekolah : _________________________________________________________

Tarikh PBS : ______________________ hingga ____________________________

Bil Nama Pelajar No. KP MajorTarikh

1

2

3

4

5

6

Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum

IPGM selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGM

Tandatangan Ketua Kumpulan : _____________________

Nama : _____________________________________________

Tarikh : __________________________

Pengesahan Guru Besar:

Page 15: Garis panduan pbs

Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

Cop SekolahLAMPIRAN1-9

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHLAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : _________________

Major : _____________________________________Ambilan : _________________

Tandakan ()

Aspek

Lemah

Sederhana

Baik Ulasan

Sahsiah dan Perwatakan

a) Penampilan diri

b) Pekerti

c) Keprihatinan

d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik

Komunikasi Berkesan:

a) Berinteraksi secara beretika

b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi

c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan

Budaya Profesional Guru:

a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah

b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain

c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGM

Tandatangan Guru Besar ________________________ Tarikh _____________________