GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis...
Transcript of GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN …jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2012] Garis...
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI
DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
- Garis panduan ini disediakan untuk tujuan rujukan kepada Pegawai Farmasi (PF) dan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dalam mempraktikkan amalan pendispensan Methadone oleh PPF.
- Selain daripada itu, program ini membolehkan perluasan dan penambahan pusat pendosan Methadone di mana lebih ramai pesakit akan lebih mudah untuk meneruskan program MMT dan seterusnya boleh meningkatkan kadar pengekalan pesakit dalam program Rawatan Terapi Gantian Methadone, KKM.
- Program ini juga secara tidak langsung akan dapat meluaskan dan mengembangkan skop tugas PPF, KKM.
- Penggunaan terma pendispensan Methadone dan administrasi methadone perlulah difahami dengan sebaiknya untuk memudahkan program ini dilaksanakan.
1. SKOP
1.1 Garis panduan ini diguna pakai oleh semua fasiliti Methadone Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang telah diluluskan oleh BPF, KKM sahaja.
1.2 Hanya melibatkan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang telah diiktiraf oleh Bahagian
Perkhidmatan Farmasi (BPF), KKM.
1.3 Pendispensan oleh PPF adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952, Peraturan 32,
Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
1.4 PPF hanya boleh mendispen di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan pada Sijil Pengiktirafan PPF
yang dikeluarkan oleh BPF, KKM.
1.5 PPF diiktiraf di Fasiliti yang tidak mempunyai PF hanya dibenarkan melakukan pendosan
bagi pesakit stabil yang sahaja.
1.6 PPF diiktiraf di Fasiliti yang mempunyai PF dibenarkan melakukan pendosan bagi pesakit
stabil dan juga pesakit yang tidak stabil.
2. TERMINOLOGI
2.1 Pendispensan Methadone – proses penyediaan, pembungkusan, pelabelan, perekodan
dan administrasi methadone kepada pesakit.
2.2 Administrasi Methadone – Pembekalan methadone kepada pesakit oleh PPF dalam
bentuk pre-prepared unit dos yang telah disediakan oleh Pegawai Farmasi.
2.3 Dos Methadone Pre-prepared – sediaan methadone dalam bentuk unit dos (sama ada
dalam kepekatan asal atau dicairkan) dan disediakan mengikut dos pesakit dan lengkap
berlabel.
2.4 Unit dos – kaedah penyediaan ubat di mana dos individu ubat pesakit yang disediakan
oleh farmasi dan dibungkus secara individu dengan label yang lengkap bagi tujuan
administrasi.
2.5 PF - Pegawai Farmasi
2.6 Pegawai Farmasi Tetap – Pegawai Farmasi yang bertugas sepenuh masa di fasiliti
Methadone berkenaan.
2.7 Pegawai Farmasi Y/M - Pegawai Farmasi yang menjaga klinik walaupun tidak sepenuh
masa di klinik tersebut.
2.8 PPF - Penolong Pegawai Farmasi
2.9 PPF diiktiraf - PPF yang telah diiktiraf untuk melakukan aktiviti
pendispensan/administrasi methadone selaras dengan akta dan sijil pengiktirafan
dikeluarkan oleh BPF.
2.10 Fasiliti MMT – Fasiliti MMT sedia ada yang menawarkan perkhidmatan rawatan terapi
gantian methadone.
2.11 Fasiliti Bukan MMT / Pusat Pendosan - Fasiliti yang tidak menjalankan program MMT
tetapi menerima rujukan SPUB pesakit stabil daripada Pegawai Farmasi Fasiliti MMT
untuk pendosan secara berterusan di fasiliti berkenaan. Walau bagaimanapun, pesakit
masih mengikuti temujanji rawatan dengan Pegawai Perubatan di Fasiliti MMT asal.
Fasiliti tersebut mesti mempunyai PF atau PPF yang diiktiraf.
2.12 Pegawai Farmasi Kesihatan – Pegawai Farmasi yang menjaga daerah
2.13 Akta Racun 1952, Peraturan 32, Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 -
Pengecualian pendispensan oleh Penolong Pegawai Farmasi dalam pendispensan bahan
psikotropik.
2.14 SPUB Methadone – Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu untuk rawatan Methadone
3. POLISI
3.1 PF masih lagi bertanggungjawab sepenuhnya dalam program pendispensan methadone
iaitu melakukan pendispensan dan kaunseling Methadone.
3.2 PPF yang diiktiraf perlu merujuk kepada PF yang menjaga sekiranya terdapat sebarang
masalah atau keraguan.
3.3 PPF yang diiktiraf dibenarkan mendispens dengan pengawasan terus peribadi (immediate
personal supervision) oleh PF. Contoh: ketika waktu puncak.
3.4 Semasa ketiadaan PF, PPF yang diiktiraf hanya dibenarkan melakukan administrasi
methadone yang telah disediakan dalam bentuk unit dos. Contoh:
3.4.1 PF menjalankan tugas rasmi di dalam atau luar pejabat
3.4.2 Tiada pengganti semasa ketiadaan PF
3.4.3 Kes di luar waktu pejabat
3.5 Semasa hari cuti umum / cuti hujung minggu, PF masih bertanggungjawab melakukan
pendispensan Methadone dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada PPF untuk
melakukan administrasi. Walaupun begitu penggiliran tugas oleh PPF boleh dilakukan
tetapi hanya untuk administrasi Methadone yang telah disediakan dalam bentuk unit dos
pada hari cuti umum / hujung minggu
3.6 Pendispensan methadone oleh PPF dibawah pengawasan PF (immediate personal
supervision) adalah dibenarkan tanpa had
3.7 Sesebuah Fasiliti Methadone KKM hanya boleh membenarkan PPF melakukan
administrasi methadone maksimum 10 hari sahaja dalam sebulan tanpa mengira
bilangan PPF yang telah diiktiraf. Walau bagaimanapun pengecualian dibenarkan dalam
kes-kes berikut:
3.7.1 Fasiliti KKM berkenaan tidak mempunyai Pegawai Farmasi tetap dan tiada
penggantian PF dari hospital / klinik kesihatan lain.
3.7.2 Pegawai Farmasi Tetap bercuti panjang (cuti bersalin, cuti belajar, cuti tanpa gaji dll)
dan tiada penggantian PF dari hospital / klinik kesihatan lain.
4. TANGGUNGJAWAB PF Y/M
4.1 Menumpukan perhatian di dalam aktiviti klinikal berkaitan perkhidmatan Methadone
4.2 Bagi fasiliti MMT, pegawai farmasi perlu memastikan semua pendispensan Methadone
kepada pesakit tidak stabil dilakukan oleh Pegawai Farmasi
4.3 Memastikan sentiasa boleh dihubungi oleh PPF sekiranya berlaku masalah.
4.4 Mengendalikan kes yang dirujuk oleh PPF dan membuat keputusan yang berkaitan.
4.5 Melakukan penyeliaan sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi pusat pendosan yang
tiada PF dan dikendalikan oleh PPF diiktiraf. Penyeliaan yang lebih kerap adalah
digalakkan. Semasa Lawatan penyeliaan dilakukan, PF bertanggungjawab menjalankan
perkara berikut:
4.3.1 mendispens methadone
4.3.2 menyedia dan membekalkan bekalan methadone (dalam bentuk dos
pre-prepared) kepada pusat pendosan
4.3.3 melakukan aktiviti klinikal berkaitan perkhidmatan Methadone
4.3.4 melakukan pemeriksaan stok methadone
4.3.5 melakukan penyeliaan aktiviti farmasi yang lain seperti kaunseling ubatan, MTAC,
HMR dan lain-lain
4.6 Memastikan keseluruhan program MMT berjalan lancar dan bertanggungjawab secara
terus kepada klinik yang merujuk seseorang pesakit
4.7 Mengendali perkhidmatan SPUB Methadone pesakit jika berkenaan.
4.8 Memastikan laporan-laporan berkaitan dihantar mengikut masa yang ditetapkan.
4.9 Memastikan stok methadone mencukupi dan disimpan dengan selamat
4.10 Memastikan semua rekod yang berkaitan mematuhi Akta Racun 1952, Peraturan 32,
Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989
4.11 Memastikan PPF di bawahnya sentiasa mendapat latihan serta maklumat
yang berterusan mengenai program MMT.
5. TANGGUNGJAWAB PPF
5.1 Membuat semakan stok dan memastikan stok Methadone disimpan dengan selamat
5.2 Memastikan rekod-rekod berkaitan diadakan, sentiasa dikemaskini dan mematuhi Akta
Racun 1952, Peraturan 32, Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989
5.3 Memastikan komunikasi berterusan dengan PF agar program MMT berjalan lancar dan
sentiasa merujuk kepada PF Y/M atau PF tetap bagi kes-kes bermasalah
5.4 Melakukan pendispensan dengan pengawasan terus peribadi oleh PF
5.5 Melakukan administrasi methadone mengikut garis panduan yang ditetapkan.
5.6 Memastikan hubungan baik dengan pesakit
5.7 Mengumpulkan data harian dan melaporkan kepada PF Contoh : PF 6.5, laporan bulanan
aktiviti methadone dan lain-lain.
5.8 Melaporkan insiden-insiden yang berlaku kepada PF (contoh : pesakit agresif, ugut,
ancam) dan didokumenkan dalam buku khas.
6. PROSES KERJA PENERIMAAN STOK METHADONE
1) Sila rujuk Garis Panduan Pendispensan Methadone bagi proses kerja penerimaan stok
Methadone di fasiliti MMT yang dikendalikan sepenuhnya oleh PF.
Bagi Fasiliti bukan MMT tetapi mempunyai PF, bekalan boleh diperolehi daripada fasiliti
terdekat dan jumlah simpanan stok maksimum adalah bagi penggunaan 1 bulan.
Bagi fasiliti bukan MMT yang hanya mempunyai PPF diiktiraf, bekalan methadone boleh
diperolehi daripada fasiliti terdekat dan PF Y/M perlu membekalkan kepada fasiliti terlibat
dalam bentuk pre-prepared unit dos berkepekatan asal. PEMBEKALAN STOK METHADONE
DALAM BENTUK ASAL (60ML/1L) ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. Bekalan maksimum
adalah bagi penggunaan 1 minggu.
2) Penyediaan pre-prepared unit dos methadone perlu dilakukan oleh PF untuk tujuan
administrasi methadone oleh PPF.
Jadual di bawah adalah ringkasan proses penerimaan stok methadone bagi fasiliti-fasiliti KKM yang
berikut:
BIL PROSES KERJA
FASILITI MEMPUNYAI
PEGAWAI FARMASI
FASILITI TIDAK MEMPUNYAI
PEGAWAI FARMASI
FASILITI MMT FASILITI
BUKAN MMT
ADA PPF
DIIKTIRAF
TIADA PPF
DIIKTIRAF
1. Terima kes rujukan pendosan
pesakit √ √ √
Pendispensan
dan
administrasi
methadone
adalah tidak
dibenarkan.
2. Maklumkan kepada Pegawai
Farmasi y/m √ √ √
3. Terima bekalan daripada fasiliti
terdekat
X
(guna stok
sedia ada)
√
(bekalan
dalam bentuk
stok asal,
maksimum 1
bulan)
√
(bekalan
dalam bentuk
kepekatan
asal- untuk
kegunaan PF,
pre-prepared
unit dos,
simpanan
maksimum 1
minggu)
4. Penyediaan pre-prepared unit
dos oleh Pegawai Farmasi
√
(sekiranya
administrasi
oleh PPF)
√
(sekiranya
administrasi
oleh PPF)
√
5. Pendispensan oleh Pegawai
Farmasi /administrasi
methadone kepada pesakit
√ √ √
Jadual 1 : Penerimaan stok methadone bagi fasiliti-fasiliti KKM
7. PROSES KERJA PENDISPENSAN METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI
7.1 Pendispensan oleh Penolong Pegawai Farmasi mesti dilakukan dengan pengawasan terus
peribadi (immediate personal supervision) oleh Pegawai Farmasi.
7.2 Prosedur pendispensan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk
Garis panduan Pendispensan Methadone )
7.3 PPF perlu mendokumenkan semua aktiviti yang dijalankan setiap kali selesai
pendispensan / administrasi.
7.4 PPF bertanggungjawab mengemaskini carta pengubatan pesakit (preskripsi) dan Buku
Daftar Psikotropik serta menyemak stok fizikal setiap kali selesai urusan pendispensan /
administrasi.
8. PROSES KERJA PENYEDIAAN DOS METHADONE PRE-PREPARED
8.1 Pegawai Farmasi bertanggungjawab menyediakan dos Methadone pre-prepared bagi
tujuan administrasi methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi.
8.2 Proses penyediaan ini boleh dibantu oleh PPF dengan kehadiran PF.
8.3 Dos pre-prepared perlu mematuhi keperluan perlabelan yang ditetapkan.
9. PROSES KERJA ADMINISTRASI METHADONE OLEH PENOLONG PEGAWAI FARMASI
9.1 Penolong Pegawai Farmasi hanya boleh melakukan administrasi methadone dalam
bentuk unit dos pre-prepared semasa ketiadaan Pegawai Farmasi (sila rujuk para 3.4)
9.2 Unit dos methadone pre-prepared mestilah disediakan oleh PF terlebih dahulu.
9.3 PPF perlu mendokumenkan semua aktiviti yang dijalankan serta mengemaskini preskripsi
setiap kali selesai administrasi.
9.4 Sekiranya terdapat kes-kes kecemasan (contoh: walk in) PPF perlu memaklumkan kepada
PF Y/M terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran membekal.
9.5 SPUB methadone tidak dibenarkan dibuat kepada fasiliti bukan MMT yang tidak
mempunyai PF
9.6 Bagi kes-kes pesakit mempunyai Dos Bawa Balik (DBB), pusat pendosan perlu mengikut
arahan daripada fasiliti asal yang merujuk.
Sila rujuk Carta Alir Administrasi Methadone oleh PPF – rujuk kepada carta alir
10. LOKASI PENDISPENSAN/ADMINISTRASI
10.1 Aktiviti pendispensan perlu dilakukan di dalam bilik khas secara duduk (rujuk GP
Pendispensan Methadone KKM)
10.2 Walaubagaimanapun, bagi fasiliti bukan MMT, pendispensan boleh dilakukan dalam
bilik seperti bilik kaunseling atau bilik PF.
10.3 Sekiranya tiada kemudahan seperti para 10.2, fasiliti bukan MMT dibenarkan untuk
melakukan pendispensan melalui kaunter atau di lokasi lain yang bersesuaian.
11. REKOD
11.1 Fasiliti Methadone dikehendaki mewujudkan 2 Buku Daftar Psikotropik iaitu Buku Daftar
Preskripsi Psikotropik (unit rekod :mg atau ml) dan Buku Daftar Pembekalan Psikotropik
(unit rekod :botol).
11.2 Semua transaksi yang melibatkan pengendalian stok Methadone mesti direkodkan
dalam Buku Daftar Psikotropik mengikut keperluan undang-undang sedia ada.
11.3 Semua proses pembekalan Methadone kepada pesakit perlu menggunakan stok harian.
12. LAIN-LAIN
12.1 PPF bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengendalian stok dan pembekalan
Methadone serta tertakluk dengan undang-undang yang dikuatkuasakan.
13. AUDIT METHADONE
13.1 Semua fasiliti mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
13.2 Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM / JKN akan melakukan Audit Methadone pada bila-bila masa
yang difikirkan perlu untuk memastikan pematuhan kepada garis panduan ini.
13.3 Sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran garis panduan ini yang dikenalpasti boleh boleh
mengakibatkan fasiliti atau PPF berkenaan dibatalkan sijil pengiktirafan berkaitan.
14. PERLANJUTAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PENDISPENSAN OLEH PPF / FASILITI
Pembaharuan sijil pengiktirafan perlu melalui proses permohonan pengiktirafan yang terkandung di dalam Garis Panduan Pengiktirafan Pendispensan Methadone Oleh Penolong Pegawai Farmasi Di Klinik Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia 2010
15. PEMBATALAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PENDISPENSAN OLEH PPF / FASILITI
15.1 Pasukan audit bertanggungjawab dalam melaporkan semua hasil penemuan audit beserta
cadangan penambahbaikan / pembatalan kepada Jawatankuasa Pengiktirafan Pendispensan
Methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), KKM untuk
tindakan lanjut.
15.2 Semua pembatalan Sijil Pengiktirafan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengiktirafan
Pendispensan Methadone oleh Penolong Pegawai Farmasi BPF KKM.
Tiada
Tidak
Ya
Ya
Semak dos pre-prepared
Pastikan pesakit
yang betul
Pastikan dos telah
disediakan
Administer methadone
kepada pesakit
Pengesahan
Pegawai
Farmasi
Terima preskripsi dan verifikasi
pesakit
Hubungi
Pegawai
Farmasi
Sediakan dos
yang
diarahkan
Rekod dan fail
Pastikan pesakit telan
methadone dengan
sempurna
CCAARRTTAA AALLIIRR AADDMMIINNIISSTTRRAASSII MMEETTHHAADDOONNEE OOLLEEHH PPEENNOOLLOONNGG PPEEGGAAWWAAII
FFAARRMMAASSII
JADUAL RINGKASAN TANGGUNGJAWAB PPF MENGIKUT FASILITI
BIL PROSES KERJA
FASILITI MEMPUNYAI
PEGAWAI FARMASI
FASILITI TIDAK MEMPUNYAI
PEGAWAI FARMASI
FASILITI MMT FASILITI
BUKAN MMT
ADA PPF
DIIKTIRAF
TIADA PPF
DIIKTIRAF
1. Memesan Sirap Methadone X
X
√
Pendispensan
dan
administrasi
methadone
adalah tidak
dibenarkan.
2. Penyediaan Dos Methadone
Pre-prepared √
(hanya
dengan
kehadiran PF)
√
(hanya
dengan
kehadiran PF)
X
3. Administrasi Methadone √ √ √
4. Membuat rujukan SPUB X X X
5. Boleh menerima kes SPUB √ √ √
6. Mengemaskini preskripsi
methadone √ √ √
7. Mengemaskini Buku Daftar
Preskripsi Psikotropik √ √ √
8. Mendokumen insiden √ √ √
9. Kuota pendispensan oleh PPF
dengan kehadiran PF Tiada had Tiada had
Tidak
dibenarkan
mendispens
10. Kuota administrasi oleh PPF
(tertakluk pada para 3.7) 10 hari /
sebulan
10 hari /
sebulan
Tiada had
(penyeliaan
oleh PF sekali
seminggu)