Garis Panduan Permohonan ICE

19
Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN, PROJEK 4D OUTREACH IYRES COMMUNITY Enumerator (ICE)

Transcript of Garis Panduan Permohonan ICE

Page 1: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 1

GARIS PANDUAN PERMOHONAN,

PROJEK 4D OUTREACH IYRES

COMMUNITY

Page 2: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 2

GARIS PANDUAN PERMOHONAN, PROJEK 4D OUTREACH IYRES

COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

Garis panduan permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) bertujuan untuk memberi panduan kepada pemohon untuk pelaksanaan projek/program komuniti bagi membangunkan budaya “Inquiry Mind” menerusi platform komuniti enumerator dalam membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia berasaskan kepada isu dan permasalahan setempat.

Projek ini akan menawarkan “ICE Fund” sebanyak RM3,000.00 sebagai dana untuk para belia menjalankan projek/ intervensi dan penyelidikan di peringkat komuniti setempat (in-situ) bagi menangani isu-isu atau permasalahan yang berlaku di peringkat komuniti.

“Pelaksanaan projek ini akan menggunakan kaedah 4D “APPRECIATIVE INQUIRY (AI)”. Projek ini dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan budaya “Inquiry Mind dalam membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia berdasarkan kepada isu

dan permasalahan setempat”

PENGENALAN

MATLAMAT PROJEK

Page 3: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 3

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan projek ini. Antaranya seperti berikut:-

i. Meningkatkan budaya “inquiry mind” menerusi platform komuniti enumerator serta membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia;

ii. Mengiktiraf peranan enumerator dalam konteks integriti dan kualiti penyelidikan;iii. Menjalankan aktiviti-aktiviti intervensi yang bersesuaian yang berasaskan dapatan

kajian bagi tujuan permasalahan di peringkat komuniti akar umbi;iv. Menyerlahkan potensi belia dan penyelidikan sebagai bidang kerjaya,

kesukarelawanan dan inovasi;v. Menyebarluaskan peranan dan fungsi ICE dalam komuniti setempat;vi. Memperkasakan pengurusan data berasaskan realiti di peringkat komuniti

berorientasikan “in-situ approach”.

TUJUAN

KONSEP PROJEK

Pengiktirafan (3 kumpulan akan dinilai sebagai pemenang utama berdasarkan impak program yang dilaksanakan )Tempat Pertama : RM5,000.00 + Sijil Penghargaan + PialaTempat kedua : RM3,500.00 + Sijil Penghargaan Tempat ketiga : RM2,500.00 + Sijil Penghargaan

PenyelidikanMelaksanakan penilaian bagi melihat impak terhadap pelaksanaan projek

Melaksanakan Intervensi Berdasarkan Program/Aktiviti Di Peringkat Komuniti Menggunakan Pendekatan 4d ‘ICE Fund’ Sebanyak RM3000.00 Akan Diberikan Sebagai Dana Bagi Pelaksanaan Projek

Mengenalpasti Isu/ Permasalahan Di Peringkat Komuniti1

2

3

4

Page 4: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 4

Saringan permohonan akan dibuat diperingkat Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek, status permohonan akan dimaklumkan melalui satu surat rasmi sebagai makluman kepada pemohon dalam tempoh masa tujuh (7) hari penerimaan permohonan Projek.

i. Permohonan terbuka kepada ahli yang mendaftar sebagai ICE (IYRES Community Enumerator) Sahaja;

ii. Warganegara Malaysia;iii. Berumur antara 15-40 Tahun;

1. Mengenal pasti isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat komuniti setempat;2. Menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada 5 hingga 10 orang.3. Mengisi dan menghantar Borang permohonan projek (Lampiran 1), kertas

cadangan projek (lampiran 2), Borang Senarai Semak (Lampiran 3) yang lengkap kepada pihak IYRES. Dokumen tersebut boleh diperoleh di laman web rasmi IYRES;

4. Hanya sekali permohonan sahaja dibenarkan;5. Permohonan yang tidak lengkap atau di luar bidang keutamaan akan dikembalikan;6. Kertas cadangan projek perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa

Inggeris sahaja; 7. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada pihak IYRES sebelum

tarikh tamat tawaran/iklan;

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

PROSEDUR PERMOHONAN

CADANGAN ISU-ISU YANG BOLEH DIRUNGKAI DIPERINGKAT KOMUNITI

Mengambil kira konsep Sustainable Development Goal (17 area)

Page 5: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 5

8. Semua permohonan akan ditapis terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Penilaian Projek.

Nota: Semua borang permohonan mestilah disertai dengan kertas kerja yang lengkap untuk menyokong permohonan tersebut

1. Projek yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka masa panjangkepada kumpulan sasar;

2. Projek yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar, komuniti dan negara;3. Projek yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak

menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan danmenggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;

1. Tempoh penilaian mengambil masa 7 hari selepas tamat tempoh tawaran projek;2. Satu surat rasmi akan dikemukakan sebagai pemakluman kepada pemohon yang

berjaya;3. Keputusan permohonan oleh Panel Penilai Projek adalah muktamad, sebarang

surat rayuan tidak akan dilayan;4. Kumpulan yang berjaya perlu membentangkan kertas pelaksanaan projek kepada

pihak pengurusan IYRES;5. Dokumen Perjanjian Kontrak yang disediakan dalam dua (2) salinan akan

ditandatangani berserta pengesahan duti setem. Kos duti setem perlu ditanggung oleh kumpulan berkenaan;

6. Pembayaran ICE FUND akan disalurkan kepada Ketua kumpulan menggunakan sistem perbankan Electronic Fund Transfer (EFT) setelah Surat Setuju Terima dan dokumen kontrak;

7. Tempoh pelaksanaan projek 3 Bulan;8. Perlu melaksanakan penyelidikan/penilaian terhadap program yang dilaksanakan

bagi melihat kesan/outcome hasil daripada intervensi yang dilaksanakan9. Perlu menghantar laporan projek kepada pihak IYRES untuk tujuan penilaian.10.Satu Jawatankuasa penilai akan menilai laporan hasil projek, dan 3 kumpulan akan

dipilih sebagai pemenang dan diumumkan semasa Majlis Penutupan dan Pengiktirafan pada Disember 2016.

PROJEK YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

PROSEDUR SELEPAS PERMOHONAN DILULUSKAN

Page 6: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 6

CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK

Page 7: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 7

1. Pembelian harta modal atau aset seperti contoh di bawah :i. Bangunan;ii. Komputer;iii. Mesin Jahit; iv. Seterika dan lain-lain aset.

2. Geran Modal / Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan / Biasiswa / Dermasiswa;

3. Kos Bayaran utiliti seperti :i. Bil Air; danii. Elektrik;iii. Sewa Rumah;iv. Bangunan; danv. Peralatan.

4. Bagi tujuan lawatan di dalam atau di luar negeri.

1. Setiap pelaksanaan projek perlu memberi pengiktirafan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Penyelidikan pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan menyatakan bahawa program tersebut adalah anjuran bersama IYRES, Kementerian Belia dan Sukan dalam segala urusan yang melibatkan pelaksanaan Projek.

SENARAI PERBELANJAAN YANG TIDAK DIBENARKAN DI BAWAH “ICE FUND”

PENGIKTIRAFAN TERHADAP KBS DAN IYRES

Page 8: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 8

BORANG PERMOHONAN PROJEK ENUMERATOR 4D OUTREACH IYRES COMMUNITY (ICE)

A) MAKLUMAT PROGRAM 1. Nama Program

..........................................................................................................

2. Tarikh Program..........................................................................................................

3. Cadangan Tempat Pelaksanaan Program ..........................................................................................................

4 Ringkasan Projek

B) MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN5 Nama Ketua kumpulan

...........................................................................................................

...........................................................................................................

6 Alamat Surat Menyurat..........................................................................................................

...........................................................................................................

...........................................................................................................

7 No. Telefon..........................................................................................................

8 No. Faks..........................................................................................................

9 Bilangan Keahlian..........................................................................................................

10 Jawatankuasa Kerja JAWATAN NAMA NO. HP

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

AJK (1)

AJK (2)

AJK (3)

AJK (4)

AJK (5)

AJK (6)

Lampiran 1:

Page 9: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 9

C. MAKLUMAT MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN11 Nama Pertubuhan

(Sekiranya ada)

12 Akaun Semasa / Simpanan Pertubuhan

* Sila tandakan X mana yang berkenaan

AKAUN AKAUNSEMASA SIMPANAN

13 Nama Bank / Cawangan.........................................................................................................

14 No. Akaun.........................................................................................................

Adalah disahkan bahawa semua keterangan yang diberikan di atas adalah benar.

Nama Pemohon : ...................................................

No. Telefon Bimbit :...................................................

Alamat Emel Pemohon :...................................................

Tarikh :........................................................

D. PENGESAHAN (untuk kegunaan Pihak Pengurusan IYRES

Adalah dengan ini disahkan bahawa pihak IYRES telah menerima permohonan projek ini

Nama

TarikhCOP RASMI

Tandatangan

Tandatangan

Page 10: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 10

SENARAI SEMAK DAN SUSUNAN DOKUMENPERMOHONAN

PROJEK ENUMERATOR 4D OUTREACH IYRES COMMUNITY (ICE)

BIL PERKARA STATUS1 Borang Permohonan Projek

2 Kertas Cadangan Projek berserta anggaran peruntukan Projek

3 Salinan Kad Pengenalan setiap Ahli Kumpulan

4 Salinan Pendaftaran Ahli ICE ( IYRES Community Enumerator).Nota: Semua ahli perlu mengemukakan salinan tersebut.

Cth Salinan Pendaftaran ICE

5 Salinan Akaun Pertubuhan (Sekiranya ada)

Nota: Semua dokumen dalam senarai semak perlu dihantar kepada pihak pengurusan IYRES. Kegagalan melengkapkan dokumen tersebut akan menyebabkan permohonan anda di TOLAK.

Lampiran 3:

Page 11: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 11

CONTOH FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN

PROJEK ENUMERATOR 4D OUTREACH IYRES COMMUNITY (ICE)

Page 12: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 12

ISI KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL PERKARA MUKA SURAT1. TAJUK / PENGENALAN PROGRAM

2. TUJUAN

3. LATAR BELAKANG

4. OBJEKTIF

5. KOMPONEN PROJEK5.1 Cadangan Tarikh5.2 Cadangan Tempat5.3 Kumpulan Sasar5.4 Bilangan Peserta5.5 Kaedah Pelaksanaan5.6 Perincian Projek : Pelan Pelaksanaan Dan

Anggaran Perbelanjaan Projek

5.7 Kaedah Penilaian/penyelidikan6. FAEDAH PROJEK

7. KESIMPULAN

Lampiran 2:

Page 13: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 13

1. TAJUK / PENGENALAN PROGRAM

a) Nyatakan tajuk kertas kerja yang ingin dilaksanakan.b) Tajuk hendaklah mencakupi isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat

komuniti anda

Contoh:Projek Bebaskan Remaja Dari Amalan Merokok

2. TUJUAN

a) Nyatakan tujuan kertas kerja ini dihasilkan.

Contoh: Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan projek Bebaskan Remaja Dari Amalan Merokok.......

3. LATAR BELAKANG

a) Nyatakan pengenalan, latar belakang, hubung kait dan kepentingan program yang dicadang untuk dilaksanakan:

Contoh:

Pada masa kini, semakin banyak pihak yang membincangkan isu remaja merokok. Isu ini turut mendapat liputan yang meluas di kalangan pihak media. Menurut statistik kes remaja merokok yang diperolehi daripada (nama agensi), sebanyak (bilangan kes) kes telah dilaporkan dan sejumlah (bilangan kes) kes telah dibawa ke mahkamah. Daripada jumlah berikut, (bilangan kes) kes telah berjaya disabitkan. Mengikut data yang diperolehi daripada (nama agensi), hampir (jumlah peratusan) mangsa adalah terdiri dari kalangan kaum wanita. Menyedari peningkatan kes sebegini, maka pihak Pertubuhan (Nama Pertubuhan) menyedari tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan berkenaan remaja merokok, faktor-faktor penyumbang, cara-cara untuk menangani, peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi sama ada kerajaan mahupun swasta dalam membantu menangani kes remaja.

Page 14: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 14

4. OBJEKTIF

a) Jelaskan objektif-objektif program yang akan dianjurkan.

Contoh: Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

• Menggalakkan amalan cara hidup masyarakat sihat.

• Objektif (2)

• Objektif (3)

• Objektif (4)

5. KOMPONEN PROJEK

5.1 CADANGAN TARIKH

a) Cadangan tarikh hendaklah 1 bulan lebih awal dari tarikh memohon peruntukan. Ini bagi memastikan kertas kerja yang dihantar dapat diberi penilaian serta pertimbangan yang sewajarnya oleh Jawatankuasa Penilaian Projek.

Contoh:

Cadangan Tarikh :23 Julai 2016, Hari Sabtu.(sekiranya permohonan dibuat pada 23 Jun 2016)

5.2 CADANGAN TEMPAT

a) Cadangan tempat hendaklah bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar serta dapat membantu mencapai objektif pelaksanaan program. Ianya perlu mengambil kira lokasi pusat kumpulan sasar serta tidak bersifat mewah.

Contoh:

Cadangan Tempat :Kompleks Belia dan Sukan(KOMBES)/ Padang Kota Lama / Pusat Komuniti / Dewan Masyarakat / Institusi Pendidikan / Nama Lokasi

Page 15: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 15

5.3 KUMPULAN SASAR

a) Nyatakan secara khusus kumpulan sasar yang terlibat dengan program ini.

Contoh:

• Kumpulan sasar: Kumpulan Belia dalam Komuniti di Felda Cahaya Baru, Masai

5.4 BILANGAN PESERTA

a) Nyatakan jumlah peserta yang terlibat.

Contoh: Bilangan kumpulan sasar : 500 orang peserta

5.5 KAEDAH PELAKSANAAN

a) Nyatakan kaedah dan format pelaksanaan program yang dirancang untuk dilaksanakan.

a. Nyatakan kaedah pelaksanaan projek/ intervensi yang dirancang untuk dilaksanakan.

b. Ianya boleh dalam bentuk bengkel, ceramah, dialog, forum dan lain-lain mengikut kesesuaian.

5.6 PERINCIAN PROJEK : PELAN PELAKSANAAN DAN ANGGARAN

PERBELANJAAN PROJEKi. Nyatakan secara terperinci tentatif projek yang akan dilaksanakan sehingga

selesai.

ii. Hendaklah mengandungi butiran seperti masa, tajuk slot/ceramah/bengkel, nama

dan kelayakan akademik setiap penceramah bagi setiap sesi.

Contoh Pelan Pelaksanaan dan Anggaran Perbelanjaan ProjekMinggu

Tarikh/ Hari Masa Aktiviti PerbelanjaanPertama 23 Julai

2016

(Sabtu)

9.00 pg –11.00 pg

Pendaftaran & saringan

kesihatan

Strips : RM10 x 100 peserta = RM1,000 Alat tulis : RM1 x 100 peserta = RM100 Banner : RM100

24 Julai 2016 (Ahad)

5.00 ptg – 7 mlm

Senamrobik Instruktor : RM100 x 2 orang = RM200 Makan & Minum : RM3 x 100 orang = RM300

Page 16: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 16

Minggu

Tarikh/ Hari Masa Aktiviti PerbelanjaanKedua 30 Julai 2016

(sabtu)8.30 mlm –10.30 mlm

Badminton Sewa dewan : RM200 (untuk 100 peserta) Makan & Minum : RM3 x 100 orang = RM30031 Julai 2016

(sabtu)9.00 pg –11.00 pg

Ceramah kesihatan & kuiz

kesihatan

Penceramah : RM200

(mengikut Pekeliling PekelilingPerbendaharaan Bil.2 Tahun 2005 atau Surat Pekeliling Perbendaharan Bil.19

5.7 PENILAIAN/ KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM:Bagi mengukur impak terhadap pelaksanaan program/intervensi tersebut,

diwajibkan untuk melaksanakan satu penilaian melalui penyelidikan.

6. FAEDAH

a) Jelaskan faedah yang akan diperolehi oleh peserta daripada progam yang dianjurkan ini.

Contoh:Lebih kurang 30 remaja yang menyertai projek ini mendapat faedah

seperti berikut:-

i. Memperolehi pengetahuan tentang bahaya merokok. .

ii. Pengetahuan yang diperolehi oleh peserta dapat disebarluaskan

kepada rakan-rakan mereka. Jaringan pengetahuan juga dapat

diperluaskan kepada remaja yang lain.

i. Dapat mededahkan kepada golongan remaja kepentingan

amalan hidup sihat.

7. KesimpulanJelaskan harapan pelaksanaan projek ini.

TAMAT

Page 17: Garis Panduan Permohonan ICE

Garis Panduan Permohonan Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 17

BORANG PERMOHONAN PROJEK 4D OUTREACH IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE).

Perhatian:Borang permohonan Projek 4D outreach IYRES Community Enumerator (ICE) boleh diperoleh di laman URL www.iyres.gov.my dan HENDAKLAH dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),Aras 10, Menara KBS,No 27, Persiaran Perdana, Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62570 Putrajaya, Malaysia.

(UP: Mohd Rizal Mohd Sham)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

No. Telefon: 03-8871 3389/3035/3331No. Faks : 03-8871 3342Emel :[email protected]

[email protected]

ALAMAT RASMI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)