Gejala Lumba Motosikal Haram

3
5/14/2018 GejalaLumbaMotosikalHaram-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/gejala-lumba-motosikal-haram 1/3 Baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk menemu ramah Ketua Polis Daerah Batu Gajah iaitu DSP Lee di pejabatnya. Dalam sesi wawancara tersebut, saya telah mengajukan beberapa soalan tentang gejala lumba motosikal haram untuk dimuatkan ke dalam Majalah Yussufian. Berikut merupakan sesi temu ramah saya yang selengkapnya. C: Selamat sejahtera, DSP Lee. Saya Chen dari sidang redaksi Majalah Yussufian ingin menemu ramah tuan mengenai gejala lumba motosikal haram yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sebagai permulaan bagi bicara kita, bolehkah tuan menerangkan serba-sedikit mengenai gejala lumba motosikal haram? L: Selamat sejahtera. Lumba motosikal haram boleh kita takrifkan sebagai suatu kegiatan yang kebanyakkannya dilakukan oleh golongan muda dan menyalahi undang-undang jalan raya . Remaja pada zaman kini sememangnya pantang dicabar. Pada peringkat awal, mereka tidak berminat untuk berlumba. Tetapi, apabila dikatakan tidak jantan, cara yang paling baik untuk membuktikannya adalah dengan berlumba motosikal haram. C: Hasil daripada pemantauan pihak polis, apakah faktor perdana yang menyebabkan golongan remaja mudah terjebak ke dalam gejala yang kurang sihat ini? L: Pada realitinya, rakan-rakan sebaya yang merupakan dalang utama untuk menyebarkan pengaruh kuning ke dalam minda remaja yang rata-ratanya masih bersih. Hal ini demikian kerana, sikap remaja itu sendiri yang gemar menghabiskan sebahagian besar masa mereka bersama rakan-rakan. Dalam skop lumba motosikal haram pula, rakan-rakan jugalah yang berperanan menarik remaja ke dalam gejala ini. Contohnya, apabila melihat rakan-rakan mempunyai motosikal, maka mereka akan berasa iri hati. Justeru, mereka akan mendesak orang tua mereka untuk membelikan sebuah motosikal agar tidak dilabel bagai ‘katak di bawah tempurung’. Sebagai kesimpulannya, pengaruh rakan seb aya terhadap golongan remaja pada hari ini sememangnya amat berkuasa sehinggakan mampu merosakkan bangsa dan negara. C: Di samping pengaruh rakan sebaya, apakah punca lain yang mendorong terhadap masalah ini? L: Bukan itu sahaja, kesibukan ibu bapa dalam mengejar impian dan kerjaya juga mempengaruhi masalah ini. Ibu bapa pada zaman kini lebih cenderung mengejar tuntutan kebendaan berbanding meluangkan masa untuk melihat proses perkembangan anak-anak mereka. Oleh sebab terlalu sibuk bekerja, mereka melepaskan tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak-anak mereka kepada orang gaji yang diupah. Secara ringkasnya, ibu bapalah yang bertanggungjawab melengkapkan anak-anak yang masih suci dan bebas daripada sebarang keaiban dengan ilmu-ilmu dunia. Maka secara logiknya, apabila remaja-remaja pada masa kini terlibat dengan gejala seperti lumba motosikal haram, secara tidak langsung perkara ini mencerminkan didikan ibu bapa yang kurang sempurna. C: Apakah kesan-kesan yang akan tercetus akibat gejala lumba motosikal haram? L: Lumba motosikal haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan pelumba-pelumba. Terdapat juga beberapa kes langgar lari yang berpunca daripada kegiatan lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya aktiviti lumba haram menjadisalah ssatu punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Gejala ini turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, selain menyediakan hadiah wang, penganjur perlumbaan turut

description

Karangan Jenis Wawancara Bahasa Melayu.

Transcript of Gejala Lumba Motosikal Haram

Page 1: Gejala Lumba Motosikal Haram

5/14/2018 Gejala Lumba Motosikal Haram - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/gejala-lumba-motosikal-haram 1/3

Baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk menemu ramah Ketua Polis Daerah Batu Gajah

iaitu DSP Lee di pejabatnya. Dalam sesi wawancara tersebut, saya telah mengajukan beberapa soalan

tentang gejala lumba motosikal haram untuk dimuatkan ke dalam Majalah Yussufian. Berikut

merupakan sesi temu ramah saya yang selengkapnya.

C: Selamat sejahtera, DSP Lee. Saya Chen dari sidang redaksi Majalah Yussufian ingin menemu ramahtuan mengenai gejala lumba motosikal haram yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sebagai

permulaan bagi bicara kita, bolehkah tuan menerangkan serba-sedikit mengenai gejala lumba motosikal

haram?

L: Selamat sejahtera. Lumba motosikal haram boleh kita takrifkan sebagai suatu kegiatan yang

kebanyakkannya dilakukan oleh golongan muda dan menyalahi undang-undang jalan raya . Remaja pada

zaman kini sememangnya pantang dicabar. Pada peringkat awal, mereka tidak berminat untuk

berlumba. Tetapi, apabila dikatakan tidak jantan, cara yang paling baik untuk membuktikannya adalah

dengan berlumba motosikal haram.

C: Hasil daripada pemantauan pihak polis, apakah faktor perdana yang menyebabkan golongan remajamudah terjebak ke dalam gejala yang kurang sihat ini?

L: Pada realitinya, rakan-rakan sebaya yang merupakan dalang utama untuk menyebarkan pengaruh

kuning ke dalam minda remaja yang rata-ratanya masih bersih. Hal ini demikian kerana, sikap remaja itu

sendiri yang gemar menghabiskan sebahagian besar masa mereka bersama rakan-rakan. Dalam skop

lumba motosikal haram pula, rakan-rakan jugalah yang berperanan menarik remaja ke dalam gejala ini.

Contohnya, apabila melihat rakan-rakan mempunyai motosikal, maka mereka akan berasa iri hati.

Justeru, mereka akan mendesak orang tua mereka untuk membelikan sebuah motosikal agar tidak

dilabel bagai ‘katak di bawah tempurung’. Sebagai kesimpulannya, pengaruh rakan sebaya terhadap

golongan remaja pada hari ini sememangnya amat berkuasa sehinggakan mampu merosakkan bangsa

dan negara.

C: Di samping pengaruh rakan sebaya, apakah punca lain yang mendorong terhadap masalah ini?

L: Bukan itu sahaja, kesibukan ibu bapa dalam mengejar impian dan kerjaya juga mempengaruhi

masalah ini. Ibu bapa pada zaman kini lebih cenderung mengejar tuntutan kebendaan berbanding

meluangkan masa untuk melihat proses perkembangan anak-anak mereka. Oleh sebab terlalu sibuk

bekerja, mereka melepaskan tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak-anak mereka kepada orang

gaji yang diupah. Secara ringkasnya, ibu bapalah yang bertanggungjawab melengkapkan anak-anak yang

masih suci dan bebas daripada sebarang keaiban dengan ilmu-ilmu dunia. Maka secara logiknya, apabila

remaja-remaja pada masa kini terlibat dengan gejala seperti lumba motosikal haram, secara tidak

langsung perkara ini mencerminkan didikan ibu bapa yang kurang sempurna.

C: Apakah kesan-kesan yang akan tercetus akibat gejala lumba motosikal haram?

L: Lumba motosikal haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan

pelumba-pelumba. Terdapat juga beberapa kes langgar lari yang berpunca daripada kegiatan lumba

haram. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya aktiviti lumba haram menjadisalah ssatu punca peningkatan

kadar kemalangan jalan raya. Gejala ini turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat

dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, selain menyediakan hadiah wang, penganjur perlumbaan turut

Page 2: Gejala Lumba Motosikal Haram

5/14/2018 Gejala Lumba Motosikal Haram - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/gejala-lumba-motosikal-haram 2/3

menyediakan ganjaran berseronok bersama perempuan muda. Bukan itu sahaja, kegiatan lumba haram

  juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes kecurian kenderaan terutamanya

kereta dan motosikal. Segelintir pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan

kenderaan perlumbaan serta mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah. Hal ini demikian kerana,

dalam sesetengah kes, pelumba haram terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang.

C: Apakah cara yang paling efektif bagi mencari jalan keluar untuk masalah ini?

L: Pada pendapat saya, pihak polis harus memperbanyakkan rondaan serta pemantauan. Untuk

mengekang gejala lumba motosikal haram dengan lebih berkesan, pihak polis seharusnya menggunakan

kereta yang lebih laju dan berkuasa agar dapat mengejar pelumba haram. Selain itu,, pihak kerajaan

boleh menganjurkan kempen-kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan awam.

Pihak kerajaan juga patut menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta menjatuhkan

hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lumba haram.

C: Sebagai kesimpulan, apakah harapan tuan terhadap anak muda yang terlibat dalam aktiviti tidak

berfaedah ini?L: Saya berharap agar anak-anak muda menyayangi diri dan juga keluarga. Ketika bangsa-bangsa lain di

dunia ini sibuk mengejar kejayaan, anak-anak muda kita sibuk mengukur jalan raya. Keseronokan

berlumba hanya untuk sementara waktu sahaja, tetapi penderitaannya harus ditanggung sepanjang

hayat. Ketika itu kita hanya boleh menyesal dan meratap. Justeru, semua pihak wajarlah berganding

bahu dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk membanteras

gejala ini daripada terus berleluasa demi masa depan negara yang cerah

C: Terima kasih saya ucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi serba-sedikit

maklumat yang baharu dengan kami. Semoga semua pesanan tuan dapat dijadikan sebagai teladan

untuk anak-anak muda di luar sana.

L: Sama-sama.

 _____________________________________________________________________________________

Page 3: Gejala Lumba Motosikal Haram

5/14/2018 Gejala Lumba Motosikal Haram - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/gejala-lumba-motosikal-haram 3/3