GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

4
Gejala Samseng Jalanan: Suatu Pandangan Umum Hakcipta terpelihara [email protected] GEJALA SAMSENG JALANAN: SUATU PANDANGAN UMUM Oleh: Zalmizy Hussin, phD Universiti Sains Malaysia, June 2012 GEJALA mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini. Ramai ahli akademik berpendapat, gejala ini kian menular disebabkan oleh beberapa faktor termasuk penggunaan motosikal sebagaipengangkutan utama di Malaysia berbanding negara asing. "Di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia misalnya, ramai berkereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Tidak ramai yang bermotosikal. Peluŵba ŵotosikal haraŵ atau lebih dikeŶali sebagai ŵat reŵpit bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala ini telah wujud sekian lama di jalan raya di negara iŶi.Gejala reŵpit seriŶg kita lihat tertuŵpu di ibu kota,baŶdar raya,kaŵpuŶg daŶ haŵpir keseŵua negeri di Malaysia.Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terlibat adalah remaja berusia belasan tahun dan awal 20-an menunggang motosikal dengan cara berbahaya dengan mempamerkan aksi berani mati mereka yang dirakam,dimuat turun di laman web internet seperti aksi wheelie,berdiri,terbaring terlentang selagak superman dan sebagainya yang amat dibanggakan oleh mereka.Walau bagaimanapun,bukan sahaja mat rempit menjadi peragut,kaki lepak,perogol,penagih dadah,malahan, gadis belasan tahun juga turut terjebak sebagai minah rempit, pelacur dan sebagainya. Persoalan yang sering bermain diminda penulis, Apakah mat rempit sudah semakin berani untuk melanggar undang-undang? Gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung masalah ini? Selepas reda dengan isu bohsia,buli,meledak pula isu mat rempit ini diikuti isu penyalahgunaan dadah,pil khayal,rogol,gangsterisme dan sebagainya.Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangani.Sebagaimana isu sosial yang lain,mencari kesalahan dan meletakkan

Transcript of GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

Page 1: GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

Gejala Samseng Jalanan: Suatu Pandangan Umum

Hakcipta terpelihara [email protected]

GEJALA SAMSENG JALANAN: SUATU PANDANGAN UMUM

Oleh:

Zalmizy Hussin, phD

Universiti Sains Malaysia,

June 2012

GEJALA mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang

pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini. Ramai ahli akademik berpendapat, gejala ini

kian menular disebabkan oleh beberapa faktor termasuk penggunaan motosikal

sebagaipengangkutan utama di Malaysia berbanding negara asing. "Di Eropah, Amerika Syarikat dan

Australia misalnya, ramai berkereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Tidak

ramai yang bermotosikal.

Peluマba マotosikal haraマ atau lebih dikeミali sebagai けマat reマpitげ bukanlah merupakan

satu isu yang baru memandangkan gejala ini telah wujud sekian lama di jalan raya di negara

iミi.Gejala けreマpitげ seriミg kita lihat tertuマpu di ibu kota,baミdar raya,kaマpuミg daミ haマpir keseマua

negeri di Malaysia.Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terlibat adalah remaja

berusia belasan tahun dan awal 20-an menunggang motosikal dengan cara berbahaya dengan

mempamerkan aksi berani mati mereka yang dirakam,dimuat turun di laman web internet seperti

aksi けwheelieげ,berdiri,terbaring terlentang selagak superman dan sebagainya yang amat dibanggakan

oleh mereka.Walau bagaimanapun,bukan sahaja mat rempit menjadi peragut,kaki

lepak,perogol,penagih dadah,malahan, gadis belasan tahun juga turut terjebak sebagai minah

rempit, pelacur dan sebagainya.

Persoalan yang sering bermain diminda penulis, Apakah mat rempit sudah semakin berani

untuk melanggar undang-undang? Gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung masalah ini?

Selepas reda dengan isu bohsia,buli,meledak pula isu mat rempit ini diikuti isu penyalahgunaan

dadah,pil khayal,rogol,gangsterisme dan sebagainya.Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang

mudah untuk ditangani.Sebagaimana isu sosial yang lain,mencari kesalahan dan meletakkan

Page 2: GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

Gejala Samseng Jalanan: Suatu Pandangan Umum

Hakcipta terpelihara [email protected]

kesilapan itu pada individu tertentu tidak dapat mengatasi masalah remaja yang timbul akibat

tekanan dan permasalahan yang wujud di persekitaran.

Antara punca-punca kemelut sosial ini saling berkait rapat dan sukar untuk memastikan

punca sebenar yang menjadi dalang kepada isu ini.Antara yang menjadi punca kepada gejala rempit

ini ialah sikap individu itu sendiri dan pengaruh daripada rakan sebaya.Remaja merempit untuk

mencari keseronokan,kepuasan,kemahsyuran,wang dan perempuan dengan hanya berbekalkan RM

4 ringgit untuk minyak dan keberanian untuk beraksi sama ada untuk mendapat habuan lumayan

berupa wang dan perempuan.Kemalangan jiwa tidak menjadi halangan untuk mereka merempit

bahkan,bukan sedikit rakan yang telah cedera dan maut tetapi kerana seronok,bukanlah menjadi

masalah kepada mereka.Malah ada yang berbangga dengan parut dan berapa kerat tulang yang

patah.

Pada masa yang sama, era modenisasi kini juga merupakan faktor tercetusnya gejala ini dari

segi perubahan hidup,ekonomi,institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah

kemodenan.Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk turut

terlibat dalam isu ini.Dunia yang makin moden tanpa sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur

negatif diserap ke jiwa remaja.Kesibukan ibu bapa dalam mengejar kemewahan sehingga

mengabaikan anak-anak di rumah.Kasih sayang yang hilang,jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di

luar menawan remaja untuk merempit menjadi alternatif yang ada untuk menghilangkan kebosanan

dan ketegangan di rumah untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Selain itu, langkah proaktif yang perlu dilakukan untuk membanteras gejala ini bukanlah

tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata,malah pihak lain seperti badan bukan

kerajaan(NGO),parti-parti politik,ahli masyarakat dan ibu bapa haruslah berganding bahu dan perlu

memainkan peranan masing-masing.Antaranya ialah dengan memantapkan institusi keluarga dan

komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik seperti Program Latihan Khidmat

Negara(PLKN),Kursus Bina Insan, Program Rakan Muda dan sebagainya untuk menggalakkan amalan

Page 3: GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

Gejala Samseng Jalanan: Suatu Pandangan Umum

Hakcipta terpelihara [email protected]

hidup sihat dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek kepada remaja.Di samping itu,langkah terbaru

sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit tidak harus dipandang ringan.Ia bertujuan

untuk mendekati golongan mat rempit ini dengan mengenal pasti masalah mereka dan menyediakan

satu けplatforマげ aktiviti berfaedah yang menyeronokkan.Sebagai contohnya,Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Tempatan telah menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik untuk

membanteras gejala mat rempit di kalangan remaja yang berleluasa kini.

Di samping itu juga, tindakan tegas,hukuman dan denda yang setimpal perlu diberi kepada

mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram juga merupakan langkah efektif untuk

menangani masalah ini.Cadangan untuk merampas motosikal serta menggantung lesen mereka yang

terlibat dalam lumba haram merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan ke dalam pindaan

undang-undang memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius isu lumba haram

ini dan tidak teragak-agak mengambil langkah drastik untuk menangani masalah ini.Namun

demikian,peranan ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menjayakan usaha tersebut

dalam mendidik dan membina peribadi anak-anak mereka disamping pengajaran atau hukuman

yang setimpal kepada pelumba haram,penonton dan penganjur kegiatan berbahaya itu juga bakal

menerima hukuman sewajarnya seperti hukuman penjara dan mandatori kepada pelumba haram

tidak melebihi lima tahun atau denda antara RM 5000 hingga RM 15000 jika disabitkan kesalahan.

Sebagai kesimpulannya, pembabitan semua pihak bagi mengawal masalah yang tidak

berkesudahan ini daripada terus menular perlu dilaksanakan segera oleh semua pihak termasuklah

kerajaan,(NGO),ibu bapa dan ahli masyarakat harus berganding bahu dan perlu memainkan peranan

masing-masing dengan penuh rasa empati,mengambil pendekatan terbaik,penguatkuasaan yang

berterusan mampu membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi untuk memberikan kesedaran

kepada mereka yang terbabit daripada terjebak atau menjadi mangsa kepada keghairahan mereka

sendiri yang akan merosakkan masa depan serta akan memudarkan wawasan 2020

Page 4: GEJALA_SAMSENG_JALANAN-libre.pdf

Gejala Samseng Jalanan: Suatu Pandangan Umum

Hakcipta terpelihara [email protected]