Gema Sepi Gadis Genius

download Gema Sepi Gadis Genius

of 9

Transcript of Gema Sepi Gadis Genius

Gema Sepi Gadis Genius(Anak penggunting rambut)

~Raja muhd. Shahqir~ ~Mohd. Multazim husnain~ ~2 cerdas~

~Sinopsis~Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang bapa yang mencari pendapatan sampingan sebagai tukang gunting rambut. Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia walaupun tanpa seorang ibu. Manisah atau Manis merupaka anak perempuan tunggal dalam keluarga. Lantaran itu, bapanya sentiasa menggunting rambut Manis seperti seorang lelaki. Tujuannya supaya senang menguruskan rambut Manis serta mahu membentuk Manis menjadi anak yang kuat dan tidak manja. Apabila meningkat remaja dan melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, Manis jarang pulang ke kampung. Akhirnya bapa Manis mendapat berita tentang Manis yang terlantar di hospital. Rupa-rupanya Manis menghidap leukemia. Rambut Manis mulai gugur dan hampir botak.Manis akhirnya meniggal dunia di pangkuan bapanya. Sejak itu, bapa Manis berhenti daripada menjadi tukang gunting.

~TEMA~Cerpen ini membawa tema kasih sayang dua beranak, iaitu bapa kepada anaknya, dan anak kepada bapanya. Bapa, iaitu seorang penggunting rambut amat menyayangi anaknya. Bpa itu, iaitu Uda Ahmad, sentiasa menjaga anaknya ketika berada bersama-samanya dan mengingati anknya apbila anaknya itu berjauhan daripadanya setelah beljar di universiti. Manis juga amat sayang kepda bapanya dan masih mampu tersenyum walaupun menghidap penyakit leukemia demi membahagikan bapanya. Bapa itu sangat berdukacita apabila anaknya itu meninggal dunia.

~PERSOALAN~a) Setiap bapa hendaklah menyayangi anaknya. -Uda Ahmad masih menyayangi Manis walaupun Manis sudah meninggal dunia sebagai akibat penyakit leukemia. b) Pengorbanan seorang bapa demi membesarkan anak. -Selepas kematian isterinya, Uda Ahmad melakukan semua tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya. c) Ketabahan tukang gunting rambut dalam mencari rezeki. -Sewaktu tinggal di kampung, Uda Ahmad hidup susah. Walaupun dia mengambil upah bekerja di kebun kelapa, namun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa. Oleh itu, Uda Ahmad mencari pendapatan sampingan dengan kerja menggunting rambut. d) Kesedihan yang dialami apabila kehilangan orang yang disayangi. -Uda Ahmad amat sedih apabila anak yang sangat disayanginya itu, iaitu Manis meninggal dunia sebagai akibat penyakit leukemia.

e) Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. -Pekerjaan meggunting rambut nyang dilakukan oleh Uda Ahmad yelah banyak membantunya sebelum die merantau sebelum dia merantau ke tanah FELDA.

~WATAK~a) Watak utam cerpen ini ialah aku atau Uda Ahmad atau Mat Gunting. b) Watak sampingan yang dominan ialah Manisah atau Manis.

~perwatakan~

Aku/Mat Gunting/Uda Ahmada) b) c) d) e) f) g) h) Beliau berusia 65 tahun. Beliau merupakan peneroka FELDA. Beliau mempunyai empat orang anak, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. Beliau memanjakan anak perempuannya, Manis. Isterinya meniggal dunia ketika usia Manis tiga tahun. Beliau bapa yang bertanggungjawab dan menjaga anak-anak dengan baik. Beliau pernah hidup susah ketika tinggal di kampung. Beliau pernyabar orangnya.

Manisah/Manisa) b) c) d) e) f) g) h) Dia anak yang manja dengan bapanya. Dia comel, berwajah manis, dan selalu tersenyum. Dia sentiasa berambut pendek. Dia sering pening kepala ketika kecil. Dia rajin membantu bapanya. Dia agak degil. Dia tidak mahu menyusahkan bapanya. Dia menghidap penyakit leukemia dan meninggal dunia kerana penyakit itu.

~PLOT~Binaan PlotPlot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana banyak peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan tektik imbas kembali. a) Permulaan: Aku melamun dan teingat akan anak manjanya, Manis. Anaknya itu digambarkan sebagai anak yang berambut pendek. Anaknya itu amat comel dan selalu tersenyum. Namun begitu, sejak kecil Manis selalu sakit kepala sehingga kadang-kadang Manis pitam.Oleh itu, aku menggunting rambut Manis sehingga pendek. b) Perkembangan: Aku teringat akan peristiwa semasa Manis pertama kali pergi ke tadika. Manis sedih dan menangis setelah diejek kerana berbapakan seorang penggunting rambut. Namun, Manis mulai menyukai rambutnya yang pendek apabila dia berjaya memberikan kemenangan kepada kumpulannya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di tadikanya. Manis masih mahu berambut pendek walaupun telah melangkah kea lam persekolahan. Manis banyak menolong bapanya itu dalam hal menggunting rambut. Manis akhirnya telah memahami pekerjaan bapanya itu dan berasa bangga berbapakan seorang penggunting rambut. Kini, Manis telah dewasa dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, Manis sudah semakin jarang-jarang pulang ke kampung. Aku terlalu merinduinya.

c) Klimaks: Lamunan panjang aku terhenti apabila mendapat panggilan telefon daripada rakan Manis. Manis sakit dan kini terlantar di hospital. Aku bergegas ke Kuala Lumpur. Di hospital, aku sangat sedih melihat kepala Manis yang separuh botak. Manis disahkan menghidap penyakit leukemia. Manis meninggal dunia di ribaan aku . d) Peleraian: Aku yang berasa pedih sudah tidak mahu menggunting rambut lagi. Tambahan pula, aku sudah terlalu tua.

TEKNIK PLOTa) Teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan punca pendapatan aku. Aku terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan. Pekerjaan menggunting rambut inilah yang sedikit sebanyak membantuku sebelum merantau ke tanah FELDA. b) Teknik dialog. Contohnya, dialog antara aku dengan anaknya, Manis. Kenapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah sampai ke sini? Abah meghargai setiap usaha yang abah lakukan. Kau tahu Manis, sewaktu kali pertama abah belajar menggunting rambut, abah bulatkan segala keyakinan. Abah yakin, dengan menggunting rambut, abah akan mendapat wang sampingan. Sekarang bagaimana abah harus meninggalkan rezeki yang Allah kurniakan menerusi jari-jari abah ini? c) Teknik saspens. Contohnya, panggilan telefon daripada kawan Manis menimbulkan tanda tanya. Abah, kawan Manis telefon, ujar anak lelaki sulungku cemas. d) Teknik imbas kembali. Contohnya, aku teringat akan kenangan ketika dia dan Manis sama-sama menyapu rambut yang bertaburan di tanah selepas aku selesai menggunting rambut pelanggan. Masih teringat kenangan itu.Aku menggunting rambut,kemudian kami bersama-sam menyapu rambut yang bertaburan di tanah. Kami kumpulkan hingga kelihatan rambut itu seperti busut hitam. Manis yang sudah faham tugas seterusnya, segera memberikan cangkul kepadaku. Manis akan menunggu aku menggali lubang .Gumpulan rambut itu tidak akan aku buang atau bakar. Aku tanam rambut yang mmbusut itu berhampiran dengan pokok pisang di belakan rumah kami.

~latar~

LATAR TEMPAT Tanah FELDA . Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Sekolah berasrama tempat Manis belajar. Hospital tempat Manis dirawat dan menghembuskan nafas yang terakhir.

LATAR MASA Zaman sekarang, buktinya terdapat pusat pengajian tinggi tempat Manis melanjutkan pelajaran. Pada waktu asar, iaitu masa jenazah Manis di kebumikan.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang mementingkan ikatan kasih sayang. Akuamat menyayangi Manis dan anak-anak lelakinya. Masyarakat yang tinggal di tanah rancangan. Aku merantau ke tanah rancangan FELDA lantaran kehidupannya di kampung yang agak susah.

~GAYA BAHASA~a) Peribahasa. Contohnya, titik peluh. b) Personifikasi. Contohnya, Jari-jemari abah niu seperti menari-nari sendiri,rasa rindu yang selalu mengganggu emosiku, ucapan terakhir Manis itu terakam kuat dalam sanubariku.

c) Smile. Contohnya, rambutnya pendek seperti rambut anak lelakiku yang lain, kelihatan rambut itu seperti busut hitam. d) Sinkope. Contohnya, ni, tu, kau, mu, ku, tak.

e) Repetisi. Contohnya. Kenapa aku tidak pernah maklum bahawa Manis menghidap leukemia? Patutlah Manis selalu kurang sihat. Patutlah Manis sudah lama tidak menjengah kampung. Patutlah Manis berbohong kepadaku. Manis akan mengikut jejak ibunya. Manis akan meniggalkan kami semua. Manis akan meninggalkan aku.

~nilai~1. Kasih sayang dalam Keluarga Bapa Manis sangat menyayangi akan Manis. 2. Pengorban Bapa Manis menguruskan hal ehwal keluarga selepas kematian isterinya. 3. Tolong-menolong Manis menolong bapanya menyapu rambut yang bertaburan di tanah selepas bapanya menggunting rambut pelanggan. 4. Gigih berusaha Manis berjaya meneruskan pelajarannya hingga ke peringkat universiti.

~pengajaran~a) Kita hendaklah melakukan apa-apa sahaja bentuk pekerjaan asalkan pendapatannya halal.Contohnya, akumembuat pelbagai pekerjaan demi menanggung keluarganya. b) Berusahalah dengan lebih gigih agar kehidupan kita akan bertambah senang.Contohnya,aku merantau ke tanah FELDA demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

c) Bapa hendaklah menyayangi dan bertanggungjawab mendidik anaknya. Contohnya, aku amat menyayangi Manis dan memberikan pendidikan kepada Manis sehingga Manis dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. d) Bapa hendaklah menegur dan menasihati anak yang telah berbuat salah. Contohnya, aku menegur perbuatan Manis yang mengambil wang di dalam bekas kelengkapan menggunting rambut tanpa kebenarannya.