Gentian Asli 8989809

11
JENIS GENTIAN ASLI GENTIAN TUMBUHAN Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur. Terdapat 2 jenis gentian tumbuhan iaitu : KAPAS Pada peringkat awal bunga bewarna kuning muda dan selepas tiga hari bunga akan menjadi merah serta gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehinggasebesar telur ayam.terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur dan akan merekah apabila buah kapas matang. Kapas dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kapas Sea Island dan kapas Mesir untuk membuat benang kapas dan febrik yang ringan seperti betiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan febrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menghasilkan febrik yang berkualiti rendah. CIRI-CIRI GENTIAN KAPAS i. KEKUKUHAN Kapas ialah gentian yang kukuh. Gentian kapas bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan berhablur di dalam selulosa. Kekukuhan ini membolehkan kapas direbus dan diperah ketika dicuci tanpa merosakkan gentian. Kekotoran juga dapat dikeluarkan dengan mudah. ii.KEKENYALAN Kapas adalah gentian yang tidak kenyal. Ini membolehkan pakaian

description

1213213

Transcript of Gentian Asli 8989809

Page 1: Gentian Asli 8989809

JENIS GENTIAN ASLI

GENTIAN TUMBUHANGentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

Terdapat 2 jenis gentian tumbuhan iaitu :

KAPAS

Pada peringkat awal bunga bewarna kuning muda dan selepas tiga hari bunga akan menjadi merah serta gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehinggasebesar telur ayam.terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur dan akan merekah apabila buah kapas matang.

Kapas dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kapas Sea Island dan kapas Mesir untuk membuat benang kapas dan febrik yang ringan seperti betiste.Kapas Amerika sesuai dijadikan febrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menghasilkan febrik yang berkualiti rendah.

CIRI-CIRI GENTIAN KAPAS

i. KEKUKUHANKapas ialah gentian yang kukuh. Gentian kapas bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan berhablur di dalam selulosa. Kekukuhan ini membolehkan kapas direbus dan diperah ketika dicuci tanpa merosakkan gentian. Kekotoran juga dapat dikeluarkan dengan mudah.

ii.KEKENYALANKapas adalah gentian yang tidak kenyal. Ini membolehkan pakaian atau artikel mengekalkanbentuknya, tetapi jika diregang melebihi had,gentian kapas tidak akan kembali ke bentuk asal. Ini menyebabakan.

iii.PENYERAPAN LEMBAPANGentian kapas adalah bersifat hidrofilik.ini bermakna gentian tersebut mudah menyerap lembapan. Febrik kapas mengandungi tujuh peratus lembapan dan dapat menyerap sehingga 21% air. Kebolehan menyerap lembaapn seperti peluh menyebabkan febrik ini selesa dipakai.Gentian kapas sesuai dibuat tuala dan pembalut.

Page 2: Gentian Asli 8989809

iv.PENGALIR HABAKapas adalah pengalir haba yang baik kerana dapat memindahkan haba tubuh ketika panas dan membuatkan kita merasa sejuk. Ciri-ciri ini membuatkan febrik kapas diseterika pada suhu yang tinggi.

v.TINDAKAN ASIDAsid pekat seperti asid hidroklorik dan sulfuric akan melen]mahkan dan merosakkan febrik. Asid lemah seperti asid astetik dalam cukadan asid buah-buahan tidak meninggalkan kesan kepada febrik sekiranya pakaian dicuci segera.

vi.TINDAKAN ALKALIGentian kapas tahan kepada alkali seperti sabun dan agen pencuci.tetapi febrik kapas perlu dibilas sehingga bersih untuk mengelakkan perubahan warna. Pakaian kapas yang bewarna putih akan bertukar menjadi kuning jika tidak dibilas dengan bersih.

vii.KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARICahaya matahari tidak memberi kesan kepada gentian kapas. Sekiranya warna pakaian menjadi pudar selepas dijemurianya kerana pewarna yang tidak berkualiti.

PROSES PEMBUATAN KAPAS

I. PENGASINGANSelepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenal sebagai pengasingan.

Kapas berbiji dimasukkan di dalam mesen yang mempunyai gigi gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji.

Untuk memudahkan memudahkan pengangkutan ke kilang tekstil, gentian kapas dimampatkan menjadi bebrapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang berasasakan purata panjang, kebersihan, pemutihan, kehalusan, kekuatan dan kematangan.

II. PENYERAPAN LEMBAPANDi kilang bendela dibuka dan dimasukkan ke dalam mesin khas supaya jenis kapas dapat diadun bersama. Gentian kapas dileraikan menjadi lapisan nipis yang dinamakan lap. Pada masa yang sama, benda asing seperti pasir, cebisan daun dan butir-butir biji dikeluarkan.

III. PESYISIRANLap ini dimasukkan ke dalam sebuah silinder berputar yang bergigi yang akan menarik lapisan tersebut. Proses ini adalah untuk meluruskan gentian yang panjang. Gentian yang pendek dikeluarkan dan disisir semula untuk dijadikan spun kapas.

Page 3: Gentian Asli 8989809

IV. PENIPISANProses penipisan ini melibatkan penyusunan gentian mengikut susunan selari melalui penggelek yang menipiskan gentian untuk dijadikan yan.

V. PEMINTALANYan dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

LINENGentian linen ialah selulosa batang fleks. Gentian yang baik didapati semasa pokok merbunga atau ketika batangnya bewarna hijau.Gentian fleks menghasilkan urai dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, berkilat dan ia digunakan untuk membuat febrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga dan pakaian.Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas apabila dipegang dan ia digunakan unutk membuat pakain, cadar dan tuala.

CIRI-CIRI GENTIAN LINEN

• KEKUKUHANLinen merupakan gentian yang paliang kukuh antara gentian asli yang lain. Kekukuhannya bertambah semasa basah kerana permukaan selnya yang berpoligon.

• KEKENYALANGentian linen tidak kenyal dan gentian dengan ini fabric linen dapat mengekalkan bentuk. Ciri ini juga menyebabkan pakaian lebih mudah renyuk dan pakaian tidak tergantung dengan elok. Pereka fenyen mengatasi masalah ini dengan menggunakan stail pakaian yang ringkas.

• PENYERAP LEMBAPANKebolehan linen menyerap lembapan menjadikan fabrik linen selesa dipakai. Linen dapat menyerap hingga 20% air. Gentian linen akan kering dengan lebih cepat berbanding dengan kapas kerana gentian linen kurang mempunyai ruang berongga.

• PENGALIR HABAGentian linen adalah pengalir haba yang baik kerana permukaan linen yang tidak licin menggasilkan sentuhan maksima dengan kulit. Oleh itu, haba dapat dialirkan bagi mengimbangkan suhu tubuh.

Oleh kerana linen adalah pengalir haba yang baik, fabric linen diseterika pada suhu yang tinggi. Walaupun linen tahan pada tindak balas haba tetapi penggunaan air panas dan wap yang terlalu kerap dapat memecahkan lilin dang am yang terdapat dalam sel gentian dan merosakkannya.

Page 4: Gentian Asli 8989809

• TINDAKAN ASIDLinen mudah dirosakkan oleh asid pekat tetapi asid lemah tidak member sebarang kesan padanya.

• TINDAK BALAS ALKALIGentian linen tahan dengan tindakan alkali, tetapi sekiranya fabrik linen terlalu kerap dicuci, bahan alkali akan memecahkan kandungan linen dan gam pada gentian. Ini menyebabakan warna gentian menjadi pudar. Sekiranya bahan alkali digunakan sebagai agen pencuci, fabric perlu dibilas dengan bersih untuk mengelakkan gentian daripada bertukar warna.

• KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARIGentian line tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari.

PROSES MEMBUAT YEN LINEN

I. PEREPUTANPokok fleks yang matang dicabut dan bahagian batang direputkan untuk mendapatkan gentian. Proses meputkan ini dapat dijalankan dengan menggunakan satu daripada tiga cara berikut:• Mengembunkan batang fleks• Merendamnya di dalam tangki dalam keadaan yang terkawal• Menggunakan bahan kimiaWarna dan kualiti linen bergantung kepada cara dan keadaan rendaman.jika gentian fleks direndam terlalu lama, gentian akan rosak.

II. PEMBANTINGANProses pembantingan bertujuan untuk mengasingkan bahagian kulit batang daripada gentian fleks dengan menggunakan mesin.

III. PENYISIRANGentian disisir untuk meluruskan dan mengeluarkan gentian yang pendek. Gentian panjang yang terbentuk hasil daripada proses ini dipanggil yan urai. Gentian yang pendek dinamakan tow dan digunkan untuk membuat fabrik yang kurang bermutu.

IV. PENIPISANYan urai dan tow ditipiskan dengan penggelek untuk mengurangkan ketebalan gentian.

V. PEMINTALANYan diwapkan bagi melonggarkan gan asli gentian. Ini akan memudahkan beberapa lembar yan dipintal dan dlilit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

Page 5: Gentian Asli 8989809

GENTIAN HAIWAN

Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

 SUTERA

Dalam jangka masa tiga hingga tujuh hari, telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein (fibrion) dan membentuk dua filament sutera yang akan kering apabila terdedah di udara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang melekatkan kedua-dua filament.

 Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan sehingga terbentuk kokun. Dalam proses membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompong menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera.

 

CIRI-CIRI FILAMEN SUTERA

KEKUKUHAN

Sutera adalah gentian yang kukuh. Tetapi ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya. Oleh itu sutera perlu diberi perhatian ketika dicuci .

KEKENYALAN

Kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti. Sutera yang baik tidak mudah renyuk. Kuasa memeri yang terdapat pada sutera menjadikan fabric sutera tergantung dengan elok.

PENYERAPAN LEMBAPAN

Fabric sutera adalah ringan, menyerap haba dengan baik dan membolehkan lembapan kering dengan cepat. Oleh kerana permukaan sutera licin dan berupaya menyerap 20% air menjadikan fabric sutera selesa dipakai.

Page 6: Gentian Asli 8989809

PENGALIR HABA

Sutera adalah pengalir haba yang kurang baik dan dapat mengekalka suhu tubuh normal walaupun suhu udara terlalu tinggi atau rendah. Permukaan fabric sutera yang licin member sentuhan yang maksima kepada kulit, menjadikan fabrik dirasai sejuk.

 Fabrik sutera amat sensitive kepada suhu yang tinggi. Sutera hanya memerlukan suhu yang rendah ketika diseterika. Suhu yang tinggi ketika mencuci akan memudarkan warna fabrik.

TINDAKAN ASID

Bahan yang mengandungi asid dan garam seperti peluh, buah-buahan, agen pencuci dapat merosakkan sutera. Fabric yang terkena bahan yang mengandungi asid dan garam mesti dicuci dengan segera. Elakkan daripada menggunakan agen pencuci yang mengandungi asid pekat.

TINDAKAN ALKALI

Tindakan alkali dapat melemahkan dan merosakkan sutera. Sutera memerlukan agen pencuvi yang lemut.

KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Sutera tidak tahan kepada dedahan cahaya matahari kerana cahaya matahari dapat menguningkan atau memudarkan warna sutera. Fabrik sutera perlu dikeringkan ditempat teduh.

PROSES MENBUAT YAN SUTERA 

PENGGULUNGAN

Kokun dimasukkan di dalam air panas untuk melembutkan serikin. Permukaan kokun direbus untuk mendapatkan hujung filament dan dilekatkan pada roda penggulung yang akan menggulunghingga habis. Filament yang diperolehi terus daripada kokun dipanggilsutera mentah.

NYAHGAM

Sutera yang licin dan berkilau diperolehi dengan mengeluarkanserikin daripada sutera mentah. Serikin ditinggalkan dengan cara merebusnya di dalam air beralkali. Proses ini mengurangkan berat sutera sehingga 20%.

Page 7: Gentian Asli 8989809

PEMINTALAN

Yan sutera dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterunya ditenun menjadi fabric.

BULU BIRI-BIRI

Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri daripada bulu biri-bir yang panjang dan lurus.

 Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih lembut dan kerinting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkapbanyak udara yang menjadikannya lebih panas.

 Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan, dan persekitaran. Bulu biri-biri biasanya terdiri daripda tiga jenis iaitu Merino (halus, lembut dansangan kerinting), Lincoin (panjang, kasar dan berkilau) dan Kacukan (panjang, tebal, kurang lemut dankurang kerinting)

 

CIRI-CIRI GENTIAN BULU BIRI-BIRI

KEKUKUHAN

Bulu biri-biri adalah gentian yang kurang kukuh dan kekukuhannya berkurangan sehingga 20% ketika basah. Dalamkeadaan basah, gentian menjadi lembut dan akan memeri jika tidak dikawal.

KEKENYALAN

Daya kekenyalan kepegasanbulu biri-biri adalah baik. Ini menjadikan fabric bulu biri tidak renyuk. Kerenyukan yang sedikit dapat dihilangakn dengan menggentungkan pakaian. Kerenyukan yang banyak dapat diatsi dengan menggunkan seterika stin atau kain lembap yang diletakkan di atas pakaian sebelum diseterika. Lipasan lesu pada fabric ini kekal jika diseterika.

PENYERAPAN LEMBAPAN

Bulu biri-biri adalah gentian asli yang dpat menyerap lembapan dengan baik. Ini kerana bulu biri-biriberupaya menyerap sehingga 30% air. Gentian bulu biri-biri dapat mengeluarkan haba apabila pakaian yang kering menyerap lembapan daripada udara pada musim sejuk.lembapan akan tersejat dengan perlahan.

Page 8: Gentian Asli 8989809

PENEBAT HABA

Sisik yang terdapat pada gentian bulu biri-biri dapat memerangkapudara. Ini membolehkan bulu biri-biri menjadi penebat haba yang baik. Gentian bulu biri-biri tidak mudah terbakar dan menyala perlahan dalam api yang kecil.

Semasa menseterika, febrik bulu biri-biri memerlukan haba ynag sedikit. Haba yang tinggi dan kekerapan menseterika dapat memudah dan memudarkan warna gentian.

TINDAKAN ASID

Asid lemah tidak merosakkan gentian bulu biri-biri. Penggunaan asid lemah, jus lemon dan cuka dalam bilasan terekhir semasa mencuci dapat memperbaiki warna dan member keselesaankepada pemakai.

TINDAKAN ALKALI

Alkali dapat merosakkan gentian bulu biri-biri. Oleh itu, fabrik bulu biri-biri

Perlu menggunakan agen pencuci yang khusus atau dibilas dengan sempurna jika menggunakan agen pencuci alkali.

KETAHANAN  TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Gentian bulu biri-biri yang terdedah lama kepada cahaya matahari akan menjadi kasar, kuning, keras dan reput.

PROSES MEMBUAT GENTIAN BULU BIRI-BIRI                                                                                      

PENGASINGAN

Bulu biri-biri dicukur dan diasingkan mengikut panjang, mutu, warna dan kehalusan. Kemudian bulu biri-biri tersebut dibungkus dan dihantar ke kilang unutk diproses.

PEMBERSIAHAN

Di kilang bulu-bulu yang kotor dibasuh dengan air suam bersabun dan dibilas bersih.

KORBONASI

Merupakan proses melakukan gentian bulu di dalam larutan dua peratus hingga lima peratus asid sulfuric untuk menghancurkan bahan tumbuhan. Gentian bulu kemudiannyadinutralkan di dalam alkali yang cair dan dikeringkan pada wap panas.

Page 9: Gentian Asli 8989809

PENIPISAN

Yan worstad ialah gentian panjang yang disisir dan disusun selari. Gentian dimasukkan ke dalam nmesin penggelek supaya menjadi lebih halus. Beberapa gentian dicampur dan dipintal unutk ditenun menjadi febrik yang halus dan licin.

Yan worsted adalah bermutu tinggi berbanding dengan yan bulu biri-biri.

PEMINTALAN   

Yan bulu biri-biri adalah gentian yang pendek, ditipiskan dan dipintal secra longgar unutk dibuat benang dan seetrusnya ditenun menjadi fabrik atau dikait untuk dibuat pakaian.