geo fizikal 2008 stpm

download geo fizikal 2008 stpm

of 2

Transcript of geo fizikal 2008 stpm

STPM 2008

CONTOH SOALAN:a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrient? Kitar nutrient bermaksud satu proses kitaran unsur -unsur kimia seperti nitrogen, karbon, kalsium dan sulfur dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dalam tiga fasa yang lengkap, iaitu fasa atmosfera, biosfera dan tanih. b) Jelaskan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian. Kitar nitrogen berlaku dalam tiga peringkat atau fasa, iaitu di dalam atmosfera, di dalam jasad hidupan(biosfera) dan di dalam tanah . Di dalam atmosfera, nitrogen adalah berbentuk gas yang terhasil daripada pembakaran hutan. Pembakaran hutan membebaskan kimia nitrogen ke dalam bentuk gas nitrogen. Pancaran kilat yang terkena gas nitrogen akan menghasilkan nitrogen oksida yang boleh bercantum dengan air yang membentuk nitrat. Di dalam jasad biosfera atau hidupan seperti tumbuhan, nitrogen masuk ke dalam tumbuhan melalui akar pokok. Akar pokok akan menyerap nitrat dan ammonia. Bahan kimia tersebut akan ditukarkan menjadi amino, protein dan vitamin melalui proses fotosintesis. Sementara itu, di dalam jasad manusia atau haiwan pula nitrogen dihasilkan melalui proses perkumuhan, iaitu nitrogen membentuk ammonia, urea, asid urik dan sebatian nitrogen. Proses pereputan organik seperti pr oses penghumusan juga dapat menghasilkan kimia nitrat. Di dalam tanih pula, nitrogen terhasil melalui proses pereputan bahan organik . Sel-sel organisma yang mati akan membentuk ammonia dan nitrat. Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian pula akan diserap oleh akar tumbuhan. Hidupan bakteria dan alga di dalam tanah juga akan mengeluarkan nitrogen. c) Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitar nitrogen. Kegiatan pertanian boleh mengganggu proses kitaran nitrogen. Sektor pertanian tertentu seperti tanaman sayuran dan buah-buahan jangka pendek memerlukan pengairan yang banyak dan kerap. Hal ini akan meningkatkan jumlah dan kekerapan aliran air permukaan atau dalam tanah. Akibatnya,unsur nitrogen dalam tanah akan dipindahkan dan mengurangkan unsur nitrogen di kawasan asal. Pengkhususan tanaman yang cita nitrat juga boleh menjejaskan proses kitar nitrogen dalam tanah. Kadar kehilangan nitrat yang cepat disebabkan oleh terlalu banyak tanaman cita nitrat akan mengganggu proses kitarannya. Contohnya ,tanaman jenis kekacang seperti kacang tanah,kacang soya dan kacang kuda.

Penggunaan baja kimia pula menyebabkan pertambahan nitrat dan ammonia dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan keseimbangan nitrogen semula jadi dalam tanah. Pembakaran sisa pertanian atau pembakaran hutan untuk kegiatan pertanian menyebabkan unsur nitrogen dibebaskan ke udara. Dalam hal ini, akan berlaku penambahan nitrogen dalam udara sementara tanah pula tidak lagi mendapat unsur nitrogen tersebut. Pereputan sisa tanaman seperti jerami dan batang jagung selepas dituai akan menggalakkan pembentukan nitrat melalui proses penghumusan. Oleh sebab kuantiti sisa tanaman yang banyak, maka proses kitar nitrogen menjadi lebih banyak daripada biasa. Ini mengganggu proses kitar nitrogen yang normal.