GEO PH Ekologi Tasik

4
Tarikh : 09.07. 2014 Hari : Rabu Geografi Alam Sekitar Fizikal Tingkatan 6 Atas 2 Tajuk : Sistem Ekologi Tasik Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mengenalpasti komponen utama Sistem ekologi tasik. 2. Memastikan draf laporan kajian mematuhi foramt yang ditetapkan. 3. Mengetahui cara-cara melukis peta lakar serta format yang perlu dipatuhi. Isi Pelajaran : Draf Laporan Kajian ( Individu ) Aktiviti : 1. Membuat draf laporan kajian 2. Menyemak format dan hasil dapatan yang dimasukan kedalam draf laporan kajian lapangan. 3. Melukis semula / mengemaskini peta lakar untuk disertakan dalam laporan. Nilai : Rajin dan bekerjasama KBKK: Pelajar dapat membuat draf laporan dengan berpandukan format yang telah diberikan. Refleksi : .

description

Geo

Transcript of GEO PH Ekologi Tasik

Pengajian Am II

Tarikh : 09.07. 2014

Hari : RabuGeografi Alam Sekitar FizikalTingkatan 6 Atas 2Tajuk : Sistem Ekologi TasikObjektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :

1. Mengenalpasti komponen utama Sistem ekologi tasik. 2. Memastikan draf laporan kajian mematuhi foramt yang ditetapkan.3. Mengetahui cara-cara melukis peta lakar serta format yang perlu dipatuhi.Isi Pelajaran : Draf Laporan Kajian ( Individu )Aktiviti : 1. Membuat draf laporan kajian

2. Menyemak format dan hasil dapatan yang dimasukan kedalam

draf laporan kajian lapangan.

3. Melukis semula / mengemaskini peta lakar untuk disertakan dalam laporan.Nilai : Rajin dan bekerjasamaKBKK:Pelajar dapat membuat draf laporan dengan berpandukan format yang telah diberikan.

Refleksi :.Berdasarkan kepada maklumat di dalam petikan di bawah , sediakan sebuah carta pai bertingkat bagi menunjukkan nilai eksport Malaysia mengikut jenis dan juga rakan dagang Malaysia pada tahun 2007.

Pendapatan keseluruhan eksport Malaysia pada tahun 2007 berjumlah RM41 036 juta. Jenis-jenis bahan eksport dikategorikan kepada enam jenis barangan eksport utama dan barangan lain.

Barang-barang eksport yang terdiri daripada alat-alat jentera pengangkutan dan perhubungan merupakan jumlah pendapatan eksport utama negara, iaitu menyumbang sebanyak RM10,669.36 juta atau 26% daripada jumlah eksport. Sumbangan pendapatan eksport yang kedua banyak ialah barang-barang bahan mentah yang tidak boleh dimakan seperti getah dan kayu balak, menyumbang sebanyak 23% daripada nilai eksport. Manakala barangan eksport yang ketiga banyak ialah bahanapi yang terdiri daripada petroleum dan gas asli, menyumbangkan sebanyak RM8,207.20 juta daripada jumlah hasil eksport. Ketiga-tiga barangan ini telah menyumbangkan hampir 69% daripada keseluruhan eksport Malaysia pada tahun 2007.

Sementara itu, eksport minyak binatang, sayur-sayuran, lemak dan barangan perkilangan perantaraan masing-masing menyumbangkan sebanyak 9%. Ini diikuti pula oleh eksport makanan, minuman dan tembakau sebanyak 6% dan bakinya adalah sumbangan daripada barang-barang lain.

Negara-negara pengimport bagi barangan keluaran Malaysia pada tahun 2007 merupakan rakan dagang Malaysia ,Jepun, Singapura dan Amerika Syarikar adalah di antara negara-negara pengimport yang terpenting bagi barangan keluaran Malaysia .

Daripada keseluruhan rakan dagang Malaysia , negara Jepun adalah pengimport utama, iaitu 20% keluaran eksport pada tahun 2007 diimport oleh negara Jepun. Ini diikuti oleh negara Singapura sebanyak 18% dan Amerika Syarikat sebanyak 17%.

Sementara itu, eksport Malaysia ke negara Jerman dan Belanda ; dan negara-negara lain E.C. masing-masing 7%. Manakala Korea Selatan merupakan pengimport barangan keluaran Malaysia sebanyak 5% .Bagi negara-negara ASEAN pula jumlah import keseluruhan hanya menyumbangkan 6% sahaja dan bakinya ialah pengimport dari negara-negara lain.

Pada keseluruhannya barangan eksport Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada bahanapi dan bahan mentah hasil pertanian pada tahun 2007. Manakala hasil eksport Malaysia pula masih lagi tertumpu kepada pasaran di beberapa buah negara seperti Jepun, Singapura dan Amrika Syarikat. Malaysia perlu memperluaskan pasaran eksportnya ke negara-negara lain pada masa akan datang.

(Sumber:Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi

2008/2009,Kementerian Kewangan Malaysia )

JUMLAH EKSPORT DAN HALUAN EKSPORT MALAYSIA TAHUN 2007

Jenis BaranganPeratusSudut

1. Alat jentera pengangkutan dan perhubungan2693.6

2. Barang-barang mentah tidak boleh dimakan2382.8

3. Bahanapi2072.0

4. Minyak binatang, sayur-sayuran dan lemak932.4

5. Barang perkilangan perantaraan932.4

6. Makanan, minuman dan tembakau621.6

7. Lain-lain725.2

Jumlah100360

Negara pengimport

1. Jepun 202.0

2. Singapura181.8

3. Amerika Syarikat171.7

4. Jerman 70.7

5. Lain-lain negara EC70.7

6. Lain-lain negara ASEAN60.6

7. Korea Selatan50.5

8. Negara-negara lain.202.0

Jumlah10010cm