Teori Ekologi

download Teori Ekologi

of 21

description

teori

Transcript of Teori Ekologi

PENGENALAN

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran..

PROFIL BRONFENBRENNERUrie Bronfenbrenner (April 29, 1917 - September 25, 2005) adalah ahli psikologi terkenal di Rusia kelahiran Amerika, terkenal kerana karyanya dalam pembangunan kanak-kanak. Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia, beliau adalah anak kepada pasangan Dr Alexander Bronfenbrenner dan Eugenie Kamenetski Bronfenbrenner. Apabila Urie berumur 6 tahun, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat. Setelah beberapa tahun tinggal di Pittsburgh, mereka membuat keputusan berpindah dan menetap di Letchworth Village, rumah Institusi Negeri New York Orang Terencat Akal, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar Patologi klinikal dan pengarah penyelidikan.

Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menghadiri Cornell University, di mana beliau telah menyempurnakan dua pengkhususan utama dalam psikologi daa muzik pada tahun 1938. Dia pergi untuk bergraduat kerja- kerja dalam psikologi perkembangan, menyiapkan MA di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari University of Michigan pada tahun 1942. Dua puluh empat jam selepas menerima kedoktoran beliau, beliau telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar psikologi dalam pelbagai tugasan untuk Kor Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik. Selepas menamatkan latihan pegawai beliau berkhidmat dalam Kor Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja secara ringkas sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Pentadbiran dan Penyelidikan bagi Pentadbiran Veteran, sebelum memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan. Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan profesor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di Cornell University. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli fakulti dilantik Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Urie Bronfenbrenner dan isterinya dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Soll Beth Bronfenbrenner, Stambler Ann Bronfenbrenner, Mary Bronfenbrenner, Michael Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner, dan Steven Bronfenbrenner. Beth Soll menjadi koreografer, penari, penulis, dan guru di Hofstra Universiti, Universiti Columbia, dan Manhattanville Kolej. Anak perempuannya, Ann Stambler menjadi seorang pekerja psikiatri sosial di Newton, Massachusetts. Mary Bronfenbrenner menjadi seorang guru Jerman dalam sistem Sekolah Awam Ithaca. Michael Bronfenbrenner berpindah ke Seal Beach, California, bekerja sebagai artis video profesional. Kate Bronfenbrenner telah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan Pendidikan Buruh di Cornell University School Perhubungan Perindustrian dan Buruh. Steven Bronfenbrenner menjadi pengarah sebuah syarikat pentadbiran kesenian di San Francisco, California.

Pada masa kematiannya, Bronfenbrenner adalah seorang Emeritus Schurma Profesor Yakub Gould Pembangunan Manusia dan Psikologi di Kolej Universiti Cornell Ekologi Manusia. Bronfenbrenner meninggal dunia di rumahnya di Ithaca, New York, Pada 25 September 2005, akibat komplikasi kencing manis, ketika itu umurnya telah mencecah ke usia 88 tahun. Sewaktu beliau masih bernafas, beliau juga dikenali sebagai pengasas bersama program Mula Ketua di Amerika Syarikat untuk kanak-kanak pra-sekolah yang kurang bernasib baik. Bronfenbrenner adalah salah satu psikologi yang pertama untuk mengamalkan perspektif yang holistik kepada pembangunan insan. Selain itu sumbangan yang meluas diterbitkan Bronfenbrenner adalah beliau menang kepujian dan anugerah cemerlang di rumah dan luar negara. Beliau mengadakan enam darjah kehormat, tiga daripada mereka dari universiti-universiti Eropah. Sesuatu award Amerika yang diberikan kepadanya pada tahun 1996, dan selepas itu diberikan setiap tahun namanya, adalah untuk "Sumbangan Sepanjang Hayat Psikologi Perkembangan dalam perkhidmatan Sains dan Masyarakat," juga dikenali sebagai "The Bronfenbrenner Award." Lain anugerah dan kedudukan termasuklah Cattell James McKeen Anugerah daripada Persatuan Psikologi Amerika Kerusi, 1970 Rumah Putih Persidangan Kanak-kanak TEORI PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

a) Mikrosistem

mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak mempunyai interaksi berlaku dalam persekitaran yang kecil. Contoh interaksi kanak-kanak dalam keluarga seperti interaksi antara ibu dan anak. Interaksi antara rakan sebaya, jiran tetangga. Dalam keluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak. Faktor persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di sekeliling kanak-kanak sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal dan emosi. Disini , kanak-kanak mula meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ahli di sekkeliling mereka.

b)MesosistemMesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

Oleh itu guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem tersebut dapat mempengaruhi interaksi dan hubungan dengan yang lain. Sistem meso bagi seseorang dewasa ialah hubungan di antara keluarga, kerjaya serta kehidupan sosialnya. Manakala, bagi golongan kanak-kanak pula sistem mesonya terdiri daripada perhubungan dengan individu di rumah, jiran dan sekolah. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang ketika berada di sekolah di mana individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawanya ke sekolah. Keadaan seumpama ini menyebabkan menyebabkan emosi dan pemikiran mereka terganggu yang secara tidak langsung dapat mempengaruhi tahap pembelajaran di dalam kelas.

Oleh yang demikian, golongan ibu bapa yang bertindak sebagai salah satu komponen dalam sistem meso untuk anak-anak mereka haruslah peka terhadap perkembangan dan emosi anak-anak. Setiap permasalahan yang wujud sama ada di antara suami isteri atau di tempat kerja tidak seharusnya dilepaskan secara membuta tuli di dalam rumah sehingga menjejaskan emosi anak-anak. Pihak sekolah turut memainkan peranan serta tugas untuk membentuk tingkah laku dan personaliti seseorang individu. Hal ini kerana rumah dan sekolah berfungsi sebagai antara tempat untuk kanak-kanak berkembang dan situasi ini menuntut persekitaran yang positif. Keadaan yang sama juga perlu dilakukan bagi golongan dewasa atau orang yang lebih tua untuk memastikan mereka mendapat pengaruh yang baik dalam sesuatu norma kehidupan. Secara kseluruhannya, dapatlah disifatkan bahawa perkembangan seseorang individu adalah berkait rapat dengan pengaruh persekitaran di mana ia diterjemahkan oleh Urie Bronfenbrenner sebagai mesosistem. c)EksosistemEksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah, pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Eksosistem mempunyai kaitan rapat di antara pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan murid itu. Keadaan ini bererti bahawa pengalaman seseorang individu akan turut mempengaruhi orang di sekelilingnya. Misalnya, peraturan-peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti dan waktu kerja serta keputusan untuk berpindah rumah dilakukan tanpa meminta persetujuan daripada anak-anak. Apabila hal seumpama ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah kerana kanak-kanak tersebut tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal. Keadaan ini membuktikan bahawa kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat oleh ibu bapa, namun keputusan itu turut memberi kesan ke atas diri mereka. Eksosistem turut merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang berperanan untuk membantu keluarga.

Bagi seseorang pelajar khususnya, sistem-ekso mereka termasuklah persekitaran sekolah, pasar raya dan sebagainya. Keadaan pengurusan, kemudahan yang disediakan dan juga peraturan yang dikuat kuasakan di tempat membeli belah akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Ia jelas menunjukkan berlakunya hubungan yang rapat antara kawasan pasar raya dan sekolah walaupun ia berlaku secara tidak lagsung.

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana potensi yang dimiliki oleh pelajar dalam bilik darjah adalah berbeza diantara satu sama lain.

d)MakrosistemMakrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.

Aspek persekitaran makrosistem juga menyatakan bahawa perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagaimana contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

e)KronosistemKonsep terakhir yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner berkaitan pembangunan seseorang individu ialah kronosistem di mana ia berkaitan dengan perubahan sesuatu keadaan dalam suatu tempoh masa. Keadaan ini selaras dengan arus perubahan serta perkembangan teknologi maklumat (IT) yang dicapai oleh sesebuah negara. Contohnya, kanak-kanak pada zaman global ini lebih berfokus kepada permainan yang diperolehi daripada media elektronik seperti komputer danvideo games.Berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka lebih terdedah dengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak, layang-layang, gasing dan sebagainya. Berhubung dengan teori ekologi tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa pengajaran pada zaman ini seharusnya berasaskan teknologi moden sesuai dengan peredaran masa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pengajaran berasaskan teknologi moden ini sebenarnya sangat penting dan boleh diguna pakai dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya literasi bahasa.Literasimenurut kamus dewan edisi keempat mendukung maksud kebolehan menulis dan membaca atau celik huruf.Bahasapula didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, percakapan yang baik atau bersopan santun. Oleh itu, literasi bahasa boleh didefinisikan sebagaikebolehan menguasai kemahiran menulis dan membaca sebagai medium perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang menggunakan bahasa yang sama.

Sebelum mencapai penguasaan dalam peringkat yang tertinggi dalam penguasaan bahasa iaitu penulisan wacana, kanak-kanak terlebih dahulu haruslah menguasai kemahiran literasi bahasa yang seterusnya akan membawa mereka menguasai peringkat yang lebih tinggi dalam tingkat penguasaan bahasa. Dalam menguasai kemahiran ini, guru harus memainkan peranan untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar telah menguasai kemahiran tersebut. Dalam proses pengajaran tersebut, pelbagai kaedah harus diketengahkan agar pelajar benar-benar menguasai kemahiran itu. Jika kita imbas kembali pendidikan literasi bahasa pada masa kini, kita sebenarnya masih lagi terikat dengan cara lama yang kurang merangsang pemikiran pelajar untuk menguasai tahap kemahiran dalam peringkat umur mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mahzan Arshad iaitu pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, beliau menyatakan bahawa teknologi yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu kini masih kelihatan kurang berkesan seperti yang dikehendaki. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal dan kurangnya pengalaman dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa.

Oleh yang demikian, guru-guru harus menaik taraf cara pengajaran dengan menggunakan teknologi dengan cara menitikberatkan prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran literasi bahasa.

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju.

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini.PEMBELAJARAN BERASASKAN EKOLOGI : MANFAAT YANG DIPEROLEH DALAM DUNIA PENDIDIKAN Melalui proses pembelajaran berasaskan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner, banyak yang dapat dirungkaikan mengenai perkaitan antara pembelajaran dan persekitaran sosial. Bermula daripada interaksi monolog yang melibatkan intuisi kanak-kanak dengan dirinya sendiri sehinggalah pembelajaran berasaskan ahli keluarga dan persekitaran sekolah. Selain itu, budaya dan norma masyarakat juga mampu menjadi panduan dalam proses pembelajaran. Hal ini membuktikan bahawa pembelajaran boleh berlaku dimana-mana, tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran di bilik darjah sahaja.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, guru boleh memanfaatkan pelbagai teknik pembelajaran dan lebih belajar memahami pelajar dan persekitaran yang dilalui oleh mereka. Kesediaan mental dan fizikal pelajar untuk mempelajari suatu pembelajaran di dalam kelas bergantung kepada keadaan persekitaran yang telah dan sedang mempengaruhi pelajar. Persekitaran dan latar belakang keluarga yang berbeza juga menjadi faktor kepada penerimaan pelajar terhadap suatu mata pelajaran yang diajarkan di bilik darjah. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai ayah seorang doctor lebih menggemari matapelajaran sains dan biologi. Ini tidak tertakluk kepada keadaan sedemikian sahaja, selain ibu bapa, rakan , jiran dan persekitaran juga dapat memupuk minat pelajar untuk terus mempelajari suatu bidang. Contohnya seperti seorang pelajar lelaki yang begitu meminati kelas amali teknik dan vokasional . Setelah diselidiki, pelajar tersebut sering menolong orang kampung dalam menyiapkan barang-barang pertukangan . Hal ini kerana persekitaran telah memupuk minatnya terhadap suatu matapelajaran.

Melalui teori ini juga,guru dapat memperbetulkan kesilapan mereka yang paling besar iaitu dengan melabelkan tahap pelajar sama ada mereka dengan istilah bodoh , kurang cerdik, pandai ataupun kurang pandai. Seorang guru tidak berhak melabel pelajar. Sebagai seorang guru, mendidik dan mengajar adalah suatu tanggungjawab yang mulia dan memerlukan keikhlasan yang tinggi. Teori ini menggambarkan bahawa setiap pelajar mempunyai keistimewaan masing-masing. Sebagai contoh, seorang pelajar yang gagal dalam suatu matapelajaran tidak bereti ia gagal dalam matapelajaran yang lain. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai keistimewaan dan potensi yang berbeza bergantung kepada diri mereka mahupun kehendak persekitaran. Guru perlu bijak menangani emosi supaya tidak menjatuhkan maruah pelajar dengan melabel mereka dengan panggilan dan gelaran yang menyakitkan hati.

Walaubagaimanapun adalah mustahil seorang guru untuk memahami setiap kehendak , minat dan jenis kebolehan yang dimiliki oleh pelajar satu persatu dengan teliti. Dengan ini lah rekod pelajar memainkan peranan. Melalui simpanan rekod pelajar, guru boleh memeriksa graf matapelajaran yang sering maningkat dan menurun untuk mengenal pasti subjek yang pelajar minati. Menetapkan subjek alektif dan pilihan adalah jalan terbaik untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati bermula dari peringkat pertengahan persekolahan.

Terdapat pelbagai kaedah pengukuhan dan penambahbaikan. Di samping itu, guru mesti membuat penilaian ke atas pelajar melalui pemerhatian , sesi soal jawab , perbincangan, kerja bertulis dan kerja rumah. Guru juga perlu membuat pemerhatian terhadap tindak balas pelajar selepas sesi pembelajaran berlaku . Guru perlu menyoal murid berkaitan topik yang telah dibincangkan pada hari tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada murid faham ataupun tidak . Selain itu, perbincangan antara guru dan murid berkaitan sesuatu topik yang diajar boleh mengukuhkan lagi pemahaman murid.

Hubungan sosial di dalam kelas juga perlu di ambil perhatian. Suasana di dalam bilikdarjah amat penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dan efektif. Guru dapat mengkaji suasana sosial sesebuah bilik darjah melalui pemerhatian biasa dan juga dengan teknik sosiometri. Sosiometri adalah teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu pelajar dengan pelajar yang lain. Ujian Sossiometri Moreno biasanya digunakan dalam kajian sosiometri bilik darjah dan menentukan sama ada seseorang pelajar itu ialah seorang pelajar itu ialah ahli bagi suatu kumpulan atau pelajar tersebut boleh diterima sebagai ahli kumpulan tersebut.

Sebagai contoh, apabila semua pelajar dikehendaki memilih atau menyatakan nama seorang rakan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan ataupun rakan yang duduk di sebelahnya. Walaubagaimanapun , teknik ini ada kelemahannya iaitu perhubungan yang dinyatakan oleh pelajar adalah perhubungan yang dianggap atau dilihat dan dijangka oleh perspektif pelajar itu sendiri. Perhubungan ini mungkin tidak ada respon daripada rakan pilihannya sehingga menyebabkan interaksi diantara mereka tidak berlaku. Ini dapat menunjukkan perhubungan sehala sahaja.

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MERUPAKAN PROSES PEMBELAJARAN PENTING

Nilai yang dipegang oleh masyarakat bukanlah suatu peraturan yang tertulis. Ia merupakan suatu yang tidak formal. Namun, melanggar dan mengingkarinya adalah suatu perkara yang boleh memberikan implikasi dan impak yang besar kepada kehidupan individu dan keluarga yang melanggari undang-undang masyarakat tersebut. Nilai yang dipegang juga adalah berbeza bagi setiap kelompok masyarakat mengikut faktor sosiohistorikal, faktor topografi muka bumi mahupun gaya hidup masyarakat tempatan seperti pengambilan jenis pemakanan, adat dan tradisi mahupun cara mereka berpakaian.

Justeru itu, bagaimanakah semua faktor di atas dapat memepengaruhi proses pembelajaran individu adalah merupakan suatu penerimaan yang harus diterima oleh guru. Pertama sekali adalah pengolahan nilai yang diterima dalam masyarakat. Sebagai contoh, sesetengah Negara barat menganggap menyediakan minuman keras adalah suatu yang diterima dalam masyarakat. Ia dianggap sebagai suatu penghormatan dalam majlis menyambut tetamu ataupun di najlis perkahwinan. Manakala berlainan pula dengan sesetengah budaya yang seratus peratus menolak pengambilan minuman keras. Bukankah ini suatu perbezaan yang ketara. Melalui pembelajaran, nilai yang diterima dalam masyarakat akan disemat dalam minda pelajar mengikut penerimaan persekitaran di tempat tersebut. Hal ini tidak menyalahi etika yang ditetapkan kerana sekolah dijadikan medan untuk menyebarkan peraturan masyarakat yang diterima pakai sebgai norma pada waktu itu.

Faktor historikal juga mempengaruhi proses pembelajaran individu. Bronfen Brenner menggambarkan faktor ini di dalam bahagian kronosistem. Hal ini berkaitan dengan sejarah dan faktor inggalan kesan sejarah lampau yang telah dilalui oleh individu , keluarga mahupun masyarakat setempat amnya. Sebagai contoh seorang pelajar yang menggemari matapelajaran seni kerana sewaktu kecil dia sering menerima dorongan keluarga untuk menyertai apa-apa pertandingan seni lukisan, nyanyian, tarian mahupun penggunaan alat musik.

Dorongan dan peneguhan dari masa lampau juga boleh menjadi faktor kepada perubahan minat seseorang. Sebagai contoh seorang pelajar yang dipaksa dan sering dipukul oleh guru matematik sekiranya melakukan sebarang kesalahan kiraan sewaktu di sekolah rendah. Apabila meningkat dewasa, pelajar tersebut cenderung untuk membenci matapelajaran tersebut. Hal ini disebabkan oleh trauma berpanjangan yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Justeru itu, pengalaman sosiohistorikal dapat mempengaruhi proses pembelajaran sama ada baik ataupun buruk bergantung kepada peneguhan yang diterima olehnya pada suatau masa dahulu. Sebagai seorang guru, adalah sangat penting untuk para pendidik bijak memberi peneguhan dalam matapelajaran yang diajar supaya dapat dielakkan sebarang kesan negatif dan trauma kepada pelajar pada masa akan datang.

IMPLIKASI DARIPADA TEORI PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN EKOLOGIMelaui teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner , banyak manfaat yang diperoleh dalam memperbaiki cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga pengajar. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga implikasi yang terkandung berdasarkan pemahaman individu yang menilainya. Pelbagai implikasi ini terjadi berlainan mengikut pandangan individu dan masyarakat mengikut perubahan zaman dan persekitaran.

Antara implikasi yang mungkin berlaku adalah penolakan khidmat guru di masa hadapan. Menurut Bronfenbrenner, masyarakat adalah tempat yang paling sesuai untuk seseorang individu menimba ilmu. Di dalam masyarakat terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kebolehan. Hal ini membuktikan bahawa memperoleh pendidikan dalam masyarakat lebih berkesan berbanding dengan pendidikan di sekolah. Sebagai contoh seorang kanak-kanak yang ingin mempelajari matematik tidak seharusnya mengikuti pembelajaran bersama guru. Mempelajari ilmu matematik daripada pakar matematik di taman perumahannya adalah lebih baik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Adakah ini relevan?

Sudah menjadi perdebatan buat kesekian lamanya mengenai fungsi guru yang tidak professional. Ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh menjadi pendidik. Benarlah, tetapi bukan semua orang boleh menjadi guru. Semua guru adalah pendidik, tetapi bukan semua pendidik boleh menjadi guru. Profesion guru adalah suatu pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Menolak fungsi guru dalam membentuk masyarakat adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Melalui pendidikan di sekolah, pelajar dapat mempelajari kaedah pelajaran yang teratur mengikut ketetapan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembelajaran akan bermula daripada subjek yang mudah kepada yang sudah, serta perkara yang abstrak kepada perkara yang lebih konkrit . Teknik ini memerlukan kepakaran daripada pihak guru. Mempelajarinya daripada masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran pedagogi adalah menyalahi etika pembelajaran yang teratur. Pembelajaran bersama pakar dalam masyarakat juga berkemungkinan besar tidak dapat diberika komitmen kerana proses pengajaran tidak dijadikan suatu profesion oleh individu yang mengajar.

Melalui kurikulum sekolah pula, kebolehan pelajar dapat dikenalpasti di peringkat awal persekolahan. Tidak semua pelajar mempunyai kebolehan dalam memahami semua subjek. Dengan sukatan pelajaran dan peperiksaan berkala dapat menguji kebolehan pelajar secara individu. Melalui pembelajaran di dalam masyarakat pula, individu yang mengajar gagal menetapkan struktur soalan yang sesuai untuk menguji tahap kebolehan muridnya.Hal ini kerana penentuan struktur soalan memerlukan persetujuan pakar yang ramai dalam suatu subjek. Dan ia perlu menerima kelulusan daripada pihak jabatan berwajib terlebih dahulu.

Prinsip Standard Guru Malaysia menetapkan bahawa profesion guru menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Standard ini dijadikan garis panduan etika guru mengenai perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan. Masyarakat amnya tidak mempunyai standard dan piawaian yang khusus dalam mengatur proses pengajaran yang bakal diberikan. Bukan hanya sudut pengetahuan yang luas, sahsiah diri guru itu sendiri juga boleh menjadi sumber kepada pelajar.PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) DI SEKOLAH

Peranan ibubapa dalam PIBG amat penting untuk merealisasikan impian sekolah adalah sangat penting . Ini kerana kerjasama ibubapa dengan guru membawa banyak kebaikan dan faedah yang maksimum kepada perkembangan potensi pelajar.

Dapatan kajian fungsi PIBG disekolah mendapati bahawa peranan ibubapa sebagai ahli PIBG di sekolah adalah amat tinggi. Akan tetapi masalah timbul disini adalah apabila ibubapa tidak dapat memainkan peranan sebagai penyokong secara konsisten dan berterusan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramai ibubapa menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah setiap tahun. Pelbagai cadangan dan suara di lontarkan kepada pihak sekolah . Walaubagaimanapun, kebanyakannya terhenti disitu, mereka gagal untuk terus mendorong pihak sekolah dalam menjayakan matlamat yang mereka ingini untuk anak-anak mereka di sekolah tersebut.

Hal ini disebabkan oleh salah faham yang berlaku mengenai fungsi ibubapa untuk membantu perkembangan anak-anak mereka. Bagi ibubapa, tugas mereka dengan hanya memberi pendidikan asas, dan contoh sahsiah yang elok selain daripada keperluan fizikal dan rohani mereka. Tugas memberikan pendidikan khusus dilepaskan kepada pihak guru di sekolah sahaja. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa segelintir ibubapa berasa melibatkan diri bersama para guru dan anak-anak mereka bukan sebahagian daripada peranan ibubapa kepada anak-anak mereka. Amatlah penting untuk ibubapa terus mendokong segala aktiviti bersama pihak sekolah kerana penting untuk mereka mencapai matlamat bersama iaitu membina generasi adiwangsa gemilang.

KESIMPULAN

Dewasa ini, pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mapan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat Negara. Bagi mencapai kecemerlangan , peranan yang dimainkan oleh guru guru sangat penting dalam menjalankanpembelajaran yang berkesan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna supaya guru dapat mencungkil setiap potensi yang ada pada setiap orang pelajar.

Setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Disamping itu, mereka mempunyai latar belakang dan kehendak sosial yang berbeza. Tindak tanduk pelajar di sekolah merupakan proses penyesuaian dirinya dengan sahabat yang berasal dari latar belakang yang juga berbeza sama ada dari segi sosioekonomi, budaya dan juga taraf hidup. Setiap pelajar yang hadir ke sekolah membawa identiti mereka sendiri. Dengan peristiwa lalu, minat dan kebolehan tersendiri. Justeru melalui identiti inilah mereka dapat mengaplikasikan pembelajaran yang diperoleh di sekolah. Ada yang lebih gemar bersosial bersama guru, manakala ada yang hanya selesa dengan teman sekelas sahaja. Ia bergantung kepada kelainan mereka sendiri. Kekurangan pelajar bukanlah untuk diungkitkan, malah ia merupakan suatu keistimewaan yang menggambarkan siapakan diri mereka dan kehendak masyarakat di sekeliling amnya.