Geografi Ting 1

24
1.0 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya Nabihah bt Abdul Kadir ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan Pengetua sekolah iaitu Pn. Che Sham bt Abdul yang memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn. Noraini bt Salim kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Ibrahim dan Pn Hajjah Norzilayati Chik yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada sahabat-sahabat saya. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa orang penduduk di Taman Koperasi Polis Fasa 2 yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini. 1

Transcript of Geografi Ting 1

Page 1: Geografi Ting 1

1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya Nabihah bt Abdul Kadir ingin merakamkan ucapan penghargaan

saya kepada Puan Pengetua sekolah iaitu Pn. Che Sham bt Abdul yang memberikan kebenaran

kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn. Noraini bt Salim kerana

telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi

Tempatan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-

dua ibu bapa saya iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Ibrahim dan Pn Hajjah Norzilayati Chik yang

telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur

kerana mendapat kerjasama daripada sahabat-sahabat saya. Akhir sekali, tidak lupa juga terima

kasih diucapkan kepada beberapa orang penduduk di Taman Koperasi Polis Fasa 2 yang telah

sudi menjadi responden saya dalam kajian ini.

1

Page 2: Geografi Ting 1

2.0 PENDAHULUAN

Saya merupakan pelajar Tingkatan 1 KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Selayang, Selangor telah menjalankan kajian tentang “Potensi Bentuk Muka Bumi Terhadap

Aktiviti Ekonomi Penduduk di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur”. Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawasan ini

berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian

ini ialah selama 1 bulan atau 4 minggu. Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan yang

lengkap secara individu.

2

Page 3: Geografi Ting 1

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

3.1 Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri bentuk muka bumi di Taman Koperasi Polis Fasa 2

3.2 Mengetahui potensi bentuk muka bumi di Taman Koperasi Polis Fasa 2

3.3 Mengkaji kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap bentuk muka bumi di Taman Koperasi

Polis Fasa 2

3.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap

Bentuk muka bumi di Taman Koperasi Polis Fasa 2

3

Page 4: Geografi Ting 1

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. Kedudukan

kawasan perumahan ini ialah ke utara dari Kuala Lumpur kira-kira 30 kilometer dari Kuala

Lumpur. Taman Koperasi Polis Fasa 2 juga terletak berhampiran dengan sempadan negeri

Selangor dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya memilih taman ini kerana rumah

saya berada di kawasan tersebut. Taman Koperasi Polis Fasa 2 terletak di kawasan tanah yang

beralun yang dikelilingi oleh kawasan berbukit. Ketinggian permukaan bumi di sini lebih

kurang 200 meter dari paras air laut. Suhu di waktu siang sekitar 30˚C, sementara itu, pada

waktu malam pula ialah sekitar 25˚C. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah dalam sektor

perkhidmatan dan perindustrian.

4

Page 5: Geografi Ting 1

5

Page 6: Geografi Ting 1

PETA 1 : Kedudukan Taman Koperasi Polis Fasa 2 dalam peta negeri.

6

Page 7: Geografi Ting 1

Peta 2 : Kedudukan Taman Koperasi Polis Fasa 2 dalam kawasan kejiranan.

7

Page 8: Geografi Ting 1

Peta 3: Peta kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya jalankan ialah :

5.1 Pemerhatian

Saya bersama rakan-rakan yang lain telah melakukan pemerhatian terhadap jenis

8

Page 9: Geografi Ting 1

bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2.

5.2 Temu bual

Bagi mendapatkan maklumat tentang jenis dan ciri-ciri rumah yang terdapat di Taman

Koperasi Polis Fasa 2, saya bersama rakan-rakan telah menemubual seramai 20 orang

responden yang menetap di situ.

5.3 Rujukan

Saya telah membuat rujukan dengan mencari peta di dalam buku peta Kuala Lumpur

dan kawasan sekitarnya bagi mengetahui kedudukan sebenar Taman Koperasi Polis

Fasa 2 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya juga telah membuat rujukan

melalui Internet.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Jenis-jenis kegiatan ekonomi Terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi di

Taman Koperasi Polis Fasa 2 ialah :

6.1.1 Perindustrian

9

Page 10: Geografi Ting 1

Antara kegiatan perindustriaan yang wujud di sekitar Taman Koperasi Polis Fasa 2

ialah industri ringan seperti kilang membuat makanan dan minuman contohnya kilang Ramly

Burger, kilang membuat tin iaitu Kian Joo Can Factory, kilang membuat komponen jentera,

kilang pewter dan lain-lain.

Antara kilang yang terdapat di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2.

10

Page 11: Geografi Ting 1

6.1.2 Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai jenis seperti pelancongan, perdagangan,

pengangkutan dan perhubungan, kewangan dan perbankan, pendidikan dan lain-lain.

6.1.2.1 Perlancongan

Terdapat satu kawasan pelancongan berhampiran dengan Taman Koperasi Polis Fasa 2

iaitu Batu Caves yang merupakan pusat beribadat bagi penganut beragama Hindu.

Salah satu kegiatan pelancongan di kawasan Taman koperasi Polis Fasa 2.

11

Page 12: Geografi Ting 1

6.1.2.2 Sektor Perdagangan

Sektor perdagangan yang terdapat di Taman Koperasi Polis Fasa 2 ialah perniagaan

runcit yang banyak terdapat di kawasan perumahan. Terdapat juga pasaraya-pasaraya besar

seperti Pasaraya Yu Vin, Pasaraya Giant dan Pasaraya Soon Hin. Selain itu, terdapat juga

perniagaan berasaskan makanan seperti restoran-restoran dan warung-warung contohnya

Restoran Thaqwa, Kafeteria Unikop dan Restoran Maju Jaya.

Antara sektor perdagangan yang terdapat di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2.

12

Page 13: Geografi Ting 1

6.1.2.3 Kewangan Dan Perbankan

Perkhidmatan kewangan di Taman Koperasi Polis Fasa 2 melibatkan perbankan,

insurans dan pajak gadai. Contohnya terdapat bank-bank seperti Bank Muamalat, Bank Rakyat,

Bank Simpanan Nasional, Insurans Etiqa dan pelbagai kedai pajak gadai.

Kepesatan kegiatan perindustrian dan perkhidmatan menggambarkan kemajuan

ekonomi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan kajian. Saya sangat

bersyukur kerana dapat menikmati segala kemudahan yang terdapat di Taman Koperasi Polis

Fasa 2.

Kegiatan perbankan yang terdapat di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2

13

Page 14: Geografi Ting 1

6.1.2.4 Pendidikan

Terdapat 2 jenis pendidikan di Taman Koperasi Polis Fasa 2 iaitu pendidikan awam dan

swasta. Terdapat 2 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Taman Koperasi

Polis Fasa 2. Di kawasan kajian juga terdapat 2 buah IPTS iaitu Kolej Unikop dan Kolej

Universiti Islam Antarabangsa(IIC).

Salah satu kemudahan institusi pendidikan swasta yang terdapat di kawasan Taman Koperasi

Polis Fasa 2.

14

Page 15: Geografi Ting 1

6.2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi

Kemajuan dan pembangunan sektor perindustriaan dan perkhidmatan di kawasan Taman

Koperasi Polis Fasa 2 telah memberi beberapa sumbangan seperti :

6.2.1 Peluang Pekerjaan

Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan kawasan di sekitarnya

dalam sektor kerajaan, sektor swasta dan bekerja sendiri. Misalnya bekerja sebagai guru,

pensyarah, pengurus, pegawai bank, peniaga dan lain-lain. Begitu juga dengan Singapura,

kegiatan ekonomi di negaranya yang berkembang pesat turut serta menyediakan pekerjaan

seperti di kawasan Jurong, Woodlands, dan Geyland.

6.2.2 Peningkatan Pendapatan Dan Taraf Hidup

Perkembangan sektor perindustriaan dan perkhidmatan telah meningkatkan sektor

pendapatan dan taraf hidup penduduk di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2. Rata-rata

penduduk mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Rakyat Singapura juga

mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi dan mereka juga berpeluang menikmati

kemudahan jaringan pengangkutan dan infrastruktur yang lengkap dan moden.

15

Page 16: Geografi Ting 1

6.2.3 Kemudahan Infrastruktur

Perkembangan sektor perindustriaan dan perkhidmatan telah membawa kepada

perkembangan jaringan pengangkutan dan perhubungan di kawasan ini lengkap dengan jalinan

jalan raya dan lebuh raya seperti MRR2 dan Lebuh Raya Karak. Sistem perhubungan di sini

juga lengkap seperti telefon, jaringan internet dan lain-lain. Begitu juga negara Singapura yang

telah pun menikmati perkembangan pengangkutan dan perhubungan yang tidak kurang

modennya. Penggunaan internet di negara Singapura juga sangat meluas. Kemajuan dan

kemakmuran yang terdapat di negara Taman Koperasi Polis Fasa 2 telah menyebabkan

penduduk kekal menetap di kawasan ini. Kami berbangga kerana kegiatan ekonomi di Taman

Koperasi Polis Fasa 2 turut menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara.

6.3 Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Pelbagai kesan kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan Taman Kopersi Polis Fasa 2.

Antaranya :

6.3.1 Perubahan Pandang Darat Fizikal

Kemajuan dan perkembangan kegiatan ekonomi telah mengubah landskap asal kawasan

Taman Koperasi Polis Fasa 2 dari kawasan lombong bijih timah dan ladang getah kepada

kawasan perindustrian, petempatan , rekreasi dan jaringan jalan raya. Manakala Singapura pula

berlaku perubahan landskap daripada kawasan perkampungan dan pekan kepada kawasan

pusat perindustrian dan perdagangan entrepot seperti di Jurong.

16

Page 17: Geografi Ting 1

6.3.2 Kesan Pencemaran

Kegiatan perindustrian dan perkembangan sektor pengangkutan telah menyumbang kepada

pencemaran seperti pencemaran udara, bunyi, dan air. Kandungan udara di Taman Koperasi

Polis Fasa 2 telah tercemar dan mengandungi partikel terampai, habuk dan asap dari kawasan

perindustrian. Air Sungai Batu juga tercemar dari segi rasa dan baunya kerana sisa buangan

kilang, restoran dan kawasan perumahan. Di Singapura juga mengalami masalah yang sama

terutama dari segi pencemaran bunyi dan udara.

6.3.3 Pulau Haba

Di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2 suhu mikronya telah meningkat kerana terdapat

banyak bangunan kilang, petempatan yang menghalang aliran udara. Di samping itu, terdapat

juga jalan raya berturap yang memerangkap haba. Bilangan kenderaan yang banyak turut

menyumbang kepada suhu yang tinggi kerana kandungan karbon monoksida yang

memerangkap haba hasil daripada pelepasan asap daripada eksos kenderaan. Di Singapura juga

keadaan ini berlaku kerana di negara tersebut juga mempunyai banyak kilang perindustrian dan

bilangan kenderaan yang banyak.

Bagi mengelak masalah ini dari terus berleluasa, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah

bertanggung jawab dalam menangani masalah ini.

17

Page 18: Geografi Ting 1

6.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap Alam Semulajadi

Pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap

kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2. Antaranya :

6.4.1 Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan dari kilang atau kawasan perumahan boleh dikitar semula untuk

mengelak pencemaran. Di kawasan Taman Koperasi Polis Fasa 2 terdapat pihak kerajaan

seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggung jawab untuk mengitar

semula barang-barang buangan seperti kertas, tin aluminium dan kaca. Begitu juga dengan

Singapura, langkah-langkah ini giat di jalankan untuk menjaga alam sekitar. Selain itu,

Singapura juga mengitar semula airnya untuk digunakan semula.

6.4.2 Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak kerajaan telah menguatkuasaan undang-undang untuk mengawal pencemaran alam

sekitar. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan agensi yang

menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Selain itu, terdapat juga akta dan peraturan

alam sekitar yang lain iaitu Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984, Peraturan Kenderaan

Bermotor(kawalan asap dan gas) 1977, Peraturan Alam Sekitar(sisa buangan industri) 1979.

Peraturan Alam Sekitar(pembuangan sisa pepejal) 1989 dan Arahan Kualiti Alam

Sekitar(penilaian impak alam sekitar) 1987. begitu juga dengan negara Singapura yang turut

melaksanakan pelbagai undang-undang Alam usaha menjaga alam sekitar mereka. Langkah-

18

Page 19: Geografi Ting 1

langkah yang telah dilaksanakan ini telah berjaya mendidik penduduk di kawasan kajian untuk

menjaga dan menghargai alam sekitar.

19

Page 20: Geografi Ting 1

7.0 RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati bahawa jenis kegiatan

ekonomi penduduk di Taman Koperasi Polis Fasa 2 ialah dalam sektor perkhidmatan dan

perindustrian. Kegiatan ekonomi menyumbang kepada peluang pekerjaan, pendapatan yang

lebih baik, peningkatan taraf hidup, meningkatkan kemudahan infrastruktur, mempercepatkan

proses pembandaran dan sebagainya. Walaubagaimanapun kegiatan ekonomi ini telah memberi

kesan terhadap alam sekitar seperti kepupusan sumber, hakisan tanih, perubahan landskap,

pencemaran dan kesan rumah hijau.

Oleh itu, pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah mengambil

beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti

menjalankan perhutanan semula, kitar semula, pendidikan alam sekitar, penguatkuasaan

undang-undang alam sekitar dan penggunaan sumber tenaga mesra alam. Setelah menjalankan

kajian ini kami berasa bersyukur kerana Taman Koperasi Polis Fasa 2 ini maju dan mempunyai

persekitaran yang selesa untuk didiami.

20

Page 21: Geografi Ting 1

8.0 LAMPIRAN

21

Page 22: Geografi Ting 1

9.0 RUJUKAN

1. Rujukan

a) Buku peta

Street Director Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam , Subang dan Klang,

dikeluarkan dan diterbitkan oleh UBD & RIMMAN INTERNATIONAL

SDN.BHD.

b) Internet

www.asiamaya.com

www.streetdirectory.com

2. Responden

a) En. Mat Nor bin Amat.

TSS Security Service

3 tahun pengalaman

22

Page 23: Geografi Ting 1

23