Geseran Sebagai Sumber Elektrik

3
GESERAN SEBAGAI SUMBER ELEKTRIK Apabila dua bahan yang berlainan digosok atau digeserkan antara satu sama lain, elektron di dalam suatu bahan akan keluar dari atomnya dan berpindah ke bahan yang satu lagi. Ini menyebabkan bahan yang menerima kelebihan elektron akan bercas negatif dan bahan yang kehilangan elektron bercas positif. Sebagai contoh, jika sebatang kaca digeserkan dengan kain sutera pada satu arah, elektron yang berada di batang kaca itu akan berpindah ke kain sutera dan menjadikan batang kaca itu bercas positif sementara kain sutera yang menerima elektron akan bercas negatif. Walaupun penghasilan tenaga elektrik secara geseran ini kecil, ia masih digunakan oleh sesetengah alat elektrik. Misalnya dalam alat pembersih kotoran, penapis udara, mesin fotostat, proses mengecat dan janakuasa Van de Graaff. Jana Kuasa Van De Graaf.

description

teknologi elektrik

Transcript of Geseran Sebagai Sumber Elektrik

Page 1: Geseran Sebagai Sumber Elektrik

GESERAN SEBAGAI SUMBER ELEKTRIK

Apabila dua bahan yang berlainan digosok atau digeserkan antara satu sama lain, elektron di dalam suatu bahan akan keluar dari atomnya dan berpindah ke bahan yang satu lagi. Ini menyebabkan bahan yang menerima kelebihan elektron akan bercas negatif dan bahan yang kehilangan elektron bercas positif. Sebagai contoh, jika sebatang kaca digeserkan dengan kain sutera pada satu arah, elektron yang berada di batang kaca itu akan berpindah ke kain sutera dan menjadikan batang kaca itu bercas positif sementara kain sutera yang menerima elektron akan bercas negatif.

Walaupun penghasilan tenaga elektrik secara geseran ini kecil, ia masih digunakan oleh sesetengah alat elektrik. Misalnya dalam alat pembersih kotoran, penapis udara, mesin fotostat, proses mengecat dan janakuasa Van de Graaff.

Jana Kuasa Van De Graaf.

Page 2: Geseran Sebagai Sumber Elektrik

Janakuasa Van De Graaf adalah alat untuk menghasilkan beza keupayaan elektrostatik sehingga ke 50,000 V. Ianya telah dicipta oleh ahli sains Amerika bernama Robert Van De Graaf sekitar tahun 1930. Satu motor, tali sawat getah sentiasa bergerak ke atas di antara dua takal. Bila ianya dihidupkan, geseran dengan takal logam memindahkan elektron daripada tali sawat kepada takal. Selepas berberapa ketika cas-cas positif mula terkumpul pada tali sawat getah itu.

Geseran tali sawat getah dengan takal perspeks menyebabkan takal itu bercas positif dan tali sawat bercas negatif. Cas-cas negatif bergerak turun bersama-sama tali sawat itu. Ion-ion positif menutralkan cas-cas negatif pada tali sawat getah, sementara ion-ion negatif menutralkan cas - cas positif.

Jika proses ini berlaku terus menerus, cas-cas positif akan terkumpul dengan banyaknya pada sfera logam itu. Satu beza keupayaan yang tinggi akan dihasilkan dan bunga api boleh dihasilkan apabila molekul-molekul udara disekeliling kubah itu diionkan dan discas berlaku.