Get-get logik

6
GET-GET LOGIK ASAS Get-get logik adalah elemen asas untuk membentuk suatu litar sistem digital. Get logik mempunyai satu terminal keluaran dan satu atau lebih terminal masukan. Keluarannya ialah logik ‘1’ atau logik ‘0’ bergantung kepada keadaan masukan. Sebelum memulakan unit ini, beberapa istilah yang perlu kita tahu dan fahami ialah : GET DAN ( AND GATE ) Litar skematik, rajah 10.1 menunjukkan idea asas get DAN. Lampu Y akan menyala hanya apabila kedua-dua suis A dan B di’ON’kan. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan kedudukan suis A dan B yang memungkinkan lampu bernyala. A B Lampu Y + - 5V Rajah 1 Jadual1 - GET DAN Rajah 2 ialah simbol get DAN yang menunjukkan 2 masukan A dan B dengan satu keluaran Y. Jadual kebenaran, Jadual 10.2 untuk 2 masukan get DAN menggunakan digit-digit perduaan ( logik 1 atau 0 ). Cuba anda perhatikan bahawa hanya apabila kedua-dua masukan A dan B berlogik 1 menghasilkan keluaran ‘1’. A B Lampu Y OFF OFF OFF OFF ON OFF ON OFF OFF ON ON ON Suis

description

kertas penerangan berkaitan dengan get logik asas

Transcript of Get-get logik

Page 1: Get-get logik

GET-GET LOGIK ASAS

Get-get logik adalah elemen asas untuk membentuk suatu litar sistem digital. Get

logik mempunyai satu terminal keluaran dan satu atau lebih terminal masukan.

Keluarannya ialah logik ‘1’ atau logik ‘0’ bergantung kepada keadaan masukan.

Sebelum memulakan unit ini, beberapa istilah yang perlu kita tahu dan fahami

ialah :

GET DAN ( AND GATE )

Litar skematik, rajah 10.1 menunjukkan idea asas get DAN. Lampu Y akan

menyala hanya apabila kedua-dua suis A dan B di’ON’kan. Jadual 10.1 di bawah

menunjukkan kedudukan suis A dan B yang memungkinkan lampu bernyala.

A B Lampu Y + - 5V

Rajah 1

Jadual1 - GET DAN

Rajah 2 ialah simbol get DAN yang menunjukkan 2 masukan A dan B dengan

satu keluaran Y. Jadual kebenaran, Jadual 10.2 untuk 2 masukan get DAN

menggunakan digit-digit perduaan ( logik 1 atau 0 ). Cuba anda perhatikan

bahawa hanya apabila kedua-dua masukan A dan B berlogik 1 menghasilkan

keluaran ‘1’.

A B

Lampu Y

OFF OFF OFF

OFF ON OFF

ON OFF OFF

ON ON ON

Suis

Page 2: Get-get logik

** Logik ‘0’ menunjukkan masukannya RENDAH ( Low Voltage ) .

** Logik ‘1’ menunjukkan masukkannya TINGGI ( High Voltage ).

Rajah 2 Simbol Get DAN

A B Y

0 0 0

0 1 0

1 0 0

1 1 1

Jadual 2 - Jadual Kebenaran Get DAN 2 masukan

Get DAN boleh mengandungi lebih daripada 2 masukan. Rajah 3 menunjukkan

Get DAN 3 masukan . Jadual kebenaran bagi get DAN 3 masukan adalah seperti

yang ditunjukkan pada Jadual 10.3 .

Rajah 3 - Simbol get DAN 3 masukan

A B C Y

0 0 0 0

0 0 1 0

0 1 0 0

0 1 1 0

1 0 0 0

1 0 1 0

1 1 0 0

1 1 1 1

Jadual 3 - Jadual kebenaran get DAN 3 masukan

Y = ABC

A

B

C

Y A

B

Page 3: Get-get logik

GET ATAU ( OR GATE )

Get ATAU boleh digambarkan dengan litar skematik seperti pada rajah 10.4 di

mana suis A dan B disambungkan secara selari. Lampu Y akan menyala hanya

apabila suis A atau suis B di’ON’kan atau kedua-dua suis di’ON’kan.

A B Lampu Y

OFF OFF OFF

ON OFF ON

OFF ON ON

ON ON ON

+ 5 V -

Rajah 5 ialah simbol untuk get ATAU 2 masukan beserta dengan jadual kebenarannya.

A B Y

0 0 0

0 1 1

1 0 1

1 1 1

Rajah 5

Keluaran get ATAU akan TINGGI ( logik 1) jika kedua-dua masukannya adalah

TINGGI ataupun salah satu masukannya ( A atau B ) TINGGI.

A

B

B

A

B

Y A

B

Rajah 4

Page 4: Get-get logik

GET TAK ( NOT GATE )

Get TAK dikenali juga sebagai ‘INVERTER’. Get TAK mempunyai hanya

satu masukan dan satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan

isyarat digital. Jika masukan ‘0’ keluaran akan dialikkan ke ‘1’ dan

sebaliknya. Simbol dan jadual kebenaran bagi get TAK ditunjukkan pada

rajah 6

A A atau

A Y

0 1

1 0

Rajah 6

GET TAK DAN ( NAND GATE )

Get TAK DAN berfungsi sebagai get TAK dan get DAN atau dikenali

sebagai get DAN diikuti oleh get TAK. Operasi get TAK DAN sama seperti

get DAN kecuali keluarannya adalah terbalik. Simbol serta jadual

kebenarannya adalah seperti pada rajah 7

Y = AB

A

B

Y = AB = NOT ( A AND B )

A

B

Page 5: Get-get logik

A B Y

0 0 1

0 1 1

1 0 1

1 1 0

Rajah 7

GET TAK ATAU ( NOR GATE )

Get TAK ATAU adalah gabungan get ATAU dan get TAK. Operasi bagi get

TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali keluarannya adalah

terbalik. Simbol dan jadual kebenaran adalah seperti rajah 10.8.

Jadual Kebenaran Get TAK ATAU

A B Y

0 0 1

0 1 0

1 0 0

1 1 0

GET EXCLUSIVE-OR ( EX-OR )

Y = A + B

A

B

Y = A + B

A

B

Page 6: Get-get logik

Get EX-OR menghasilkan keluaran tinggi jika hanya salah satu

masukannya tinggi. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti yang

di bawah. Cuba anda lihat perbezaan keluarannya dengan get ATAU ( OR

GATE ).

A B EX – OR OR

0 0 0 0

0 1 1 1

1 0 1 1

1 1 0 1

Rajah 9

RINGKASAN : GET LOGIK GANTIAN