(Gitar II) Pismp Jan

5
TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : MZP3121G Alat Muzik Utama: Gitar II SEMESTER 1 TAHUN 2 (Ambilan Januari 2014) TARIKH MULA 05 FEBRUARI 2015 TARIKH HANTAR 19 MAC 2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Memainkan pelbagai teknik gitar tahap II dengan berkesan. 2. Memainkan pelbagai repertoire lagu mudah untuk menunjukkan penguasaan kemahiran bermain gitar tahap II. 3. Memainkan permainan semerta dengan mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari. 4. Mengiringi lagu-lagu KSSR dengan menunjukkan kemahiran memainkan iringan mudah. 5. Memainkan repertoire gitar dengan mengintegrasikan kemahiran teknik dalam permainan berterusan. Projek menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 4 dan 5 manakala Ujian Amali menilai 1,2,3 dan 5. Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengiringi sebuah nyanyian lagu KSSR dengan rentak mac, waltz, foxtrot atau masri dan merakamkan persembahan karya yang terpilih dalam format mpeg/mp4 dan dihantar dalam bentuk VCD/DVD. 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK

description

gitar

Transcript of (Gitar II) Pismp Jan

BA (Hons) in Primary Education

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA GURU PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MZP3121G Alat Muzik Utama: Gitar IISEMESTER 1 TAHUN 2(Ambilan Januari 2014)

TARIKH MULA 05 FEBRUARI 2015TARIKH HANTAR19 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Memainkan pelbagai teknik gitar tahap II dengan berkesan.

2. Memainkan pelbagai repertoire lagu mudah untuk menunjukkan

penguasaan kemahiran bermain gitar tahap II.

3. Memainkan permainan semerta dengan mengintegrasikan kemahiran-kemahiran

yang dipelajari.

4. Mengiringi lagu-lagu KSSR dengan menunjukkan kemahiran memainkan iringan

mudah.

5. Memainkan repertoire gitar dengan mengintegrasikan kemahiran teknik dalam

permainan berterusan.

Projek menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 4 dan 5 manakala Ujian Amali menilai 1,2,3 dan 5.Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengiringi sebuah nyanyian lagu KSSR dengan rentak mac, waltz, foxtrot atau masri dan merakamkan persembahan karya yang terpilih dalam format mpeg/mp4 dan dihantar dalam bentuk VCD/DVD.

2.Menuliskan refleksi kritikal bagaimana iringan pelbagai rentak dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar. .

Tugasan Projek Kursus Alat Muzik Utama-Gitar II ini adalah lanjutan daripada Gitar I. Semester ini anda didedahkan permainan iringan pelbagai rentak untuk gitar. Kemahiran permainan iringan pelbagai rentak untuk gitar merupakan satu kelebihan kepada guru muzik untuk mengiringi lagu-lagu KSSR dalam mengendalikan kelas muzik. Permainan iringan rentak merupakan sumber untuk meningkatkan kemahiran permainan gitar sepanjang hayat (PPPM:Aspirasi Pelajar-Kemahiran Berfikir).A.Rakaman Persembahan (100 markah, wajaran 20%)Secara individu, anda dikehendaki:mengiringi sebuah nyanyian lagu KSSR dengan rentak yang bersesuaian seperti mac, waltz, foxtrot atau masri dan merakamkan iringan rentak dan nyanyian dalam format mpeg / mp4.. Rakaman permainan perlu dihantar dalam bentuk VCD/DVD dan sesalinan karya lagu KSSR dipilih perlu disertakan.B.Refleksi Kritikal (100 markah, wajaran 10%)

Menuliskan refleksi kritikal bagaimana iringan pelbagai rentak dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar. (+ 600 patah perkataanPenulisan refleksi kritikal anda perlu merangkumi aspek yang berikut:

i.Persediaan dan latihan permainan iringan pelbagai rentak untuk gitar; danii. Sejauh mana pengalaman anda dalam permainan iringan pelbagai rentak

dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar anda. Ujian Amali Berpusat (100 markah, wajaran 70%)

i. Permainan skel, skel kromatik dan arpegios.

ii. Memainkan melodi secara plucking.

iii. Permainan gitar dengan iringan kord sambil menyanyi dan memainkan

melodi melalui repertoire lagu. iv. Permainan semerta Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali IPG-KPM Rujuk Jadual 3 terkini berkuatkuasa Jun 2014 Tarikh Ujian Amali ditetapkan oleh KJA/KUPP/IPG-KPM

Panduan Pelaksanaan Projek1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Bahagian kulit luar fail hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:2.1Nama Pelajar2.2Angka Giliran

2.3Nombor Kad Pengenalan

2.4Kumpulan/Unit

2.5Nama Pensyarah

2.6Tarikh Serahan

2.7Mengikut warna semester yang ditentukan.3.Borang maklumbalas dan salinan soalan tugasan projek disertakan selepas kulit fail.4.Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2. Fon Arial

3.3. Saiz huruf - 113.4. Langkau 1.5 baris3.5. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)

3.6 Lampiran adalah wajib

3.7. Disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja 5.Rakaman permainan dan penulisan akademik hendak diserahkan bersama.

6.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan

7.

Amalan plagiat tidak dibenarkan

8.

Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu mengikut tarikh.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:1.Rakaman Persembahan

a.Persembahan yang mantap

b.Persembahan yang menepati etika persembahan

c.Persembahan mempunyai tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, lancar dan berjaya menarik perhatian

d.Rakaman persembahan dalam format mp4 dan dihantar dalam cetakan DVD

2.Ulasan Kritis

a.Bahan kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.b.Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan:c.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiahd.Rujukan (sekurang-kurang lima) perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan. e.Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah dan kefasihan bahasa dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. Kriteria PentaksiranTugasan ini akan dinilai berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan. Markah akan diberi secara kerja individu.Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:___________________

___________________(EN.SHAMSIR ALAM B. HJ.MOHD ARSHAD)

(PN.BERNICE MONG)Pensyarah

Pakar Bidang (SME)Unit Muzik

Unit MuzikIPG Kampus Raja Melewar

IPG Kampus Raja MelewarDisahkan oleh: _____________________________(TN.HJ.YAAKOB B. ATAN)Ketua Jabatan

Jabatan Sains SosialIPG Kampus Raja Melewar1