gkk ref

3
NAMA PELAJAR : SHARVIND A/L PASUPATI NO.KAD PENGENALAN : 961218-02-5255 UNIT : SEJARAH KOD DAN NAMA KURSUS : GKK 1043 KESIHATAN DAN KECEGASAN DIRI TAJUK TUGASAN PROJEK : REFLEKSI NAMA PENSYARAH AKADEMIK : MISS LOH SIEW LEE TARIKH HANTAR : 28 OGOS 2015

description

gkk

Transcript of gkk ref

Page 1: gkk ref

NAMA PELAJAR : SHARVIND A/L PASUPATI

NO.KAD PENGENALAN : 961218-02-5255

UNIT : SEJARAH

KOD DAN NAMA KURSUS : GKK 1043

KESIHATAN DAN KECEGASAN DIRI

TAJUK TUGASAN PROJEK : REFLEKSI

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : MISS LOH SIEW LEE

TARIKH HANTAR : 28 OGOS 2015

Page 2: gkk ref

REFLEKSI

Nama saya Sharvind A/L Pasupati pelajar PPISMP ambilan Jun 2015. Dengan

jayanya saya dan rakan-rakan saya telah melaksanakan aktiviti program riadah dan

rekreasi. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam proforma kami.

Bagi melaksanakan program ini, kami telah tubuhkan satu jawatankuasa dimana Akmal

sebagai pengarah projek kami dan penolong pengarah projek kami M. Durgaiaambbal yang

banyak membantu kami dalam pelbagai aspek. Daripada program ini saya telah

mempelajari banyak perkara.

Melalui aktiviti program riadah dan rekreasi saya telah belajar banyak perkara dan

dapat mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah tolong menolong

antara kawan-kawan. Saya belajar nilai tolong menolong daripada kawan-kawan saya. Nilai

ini sangat penting dalam bidang perguruan kerana apabila kita tolong menolong kepada

pelajar atau guru-guru lain, kita dapat mengeratkan perhubungan baik antara satu sama

lain. Dengan ini, secara tidak langsung saya dapat meneyelesaikan masalah yang

dihadapinya. Saya mendapat satu pengajaran serta pegalaman melalui aktiviti riadah ini

iaitu melalui dorongan serta bimbingan kawan-kawan saya dapat melaksanakan aktiviti –

aktiviti dengan baik. Hal ini demikian, saya mendapati bahawa dengan bantuan dan

bimbingan daripada kawan-kawan, aktiviti yang susah pun dapat dilakukan dengan mudah

dan senang.

Seterusnya, saya mempelajari nilai tidak berputus-asa melalui aktiviti ini. Walaupun,

permainan-permainan yang dijalankan tersebut mempunyai pelbagai cabaran untuk

melalui ,saya tidak mudah menyerah serta tidak mudah berputu-asa, malah mendorong diri

saya untuk menang dalam permainan tersebut. Saya sedar bahawa nilai tidak mudah

berputus-asa ini sangat penting ketika saya menjadi seorang guru pada kelak nanti. Ha ini

kerana, sebagai seorang guru, kita tidak boleh senang menyerah kalah jika kita gagal

mencapai misi kita pada pertama kali. Sebagai contohnya, tidak berputus-asa jikalau gagal

membantu mengajar para pelajar agar lulus dalam peperiksaan, malah berusaha gigih

mengajar mereka supaya dapat lulus dalam peperiksaan denag cemerlang.

Tambahan pula, melalui aktiviti ini saya dapat mengenali tahap stamina badan saya,

iaitu pada tahap yang baik.Saya dapat berlari dengan cepat dan dapat merasai kadar

denyutan nadi yag stabil.Saya tidak berasa badan saya mudah letih semasa bermain.

Dengan ini, apa yang saya pelajari ialah, sebagai seorang guru saya harus mempunyai

tubuh badan yang sihat agar dapat menjadi teladan yang baik kepada murid-murid supaya

mereka dapat mengikutinya. Maka, saya haruslah setiap hari melakukan senaman bagi

Page 3: gkk ref

memastikan tahap stamina saya berada pada tahap yang sepatutnya. Tahap kesihatan dan

stamina yang baik sangat penting kepada seseorang guru jika, guru tersebut terutamanya

beliau seorang guru Pendidikan Jasmani.

Selain itu, saya mengamalkan sifat berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat. Hal

ini kerana, semasa aktiviti ini saya cuba berusaha sedaya upaya untuk mencapai

kemenangan dalam permainan tersebut.Sifat ini sangat membantu saya dalam masa

hadapan saya setelah saya menjadi seorang guru. Saya harus berusaha untuk

menyempurnakan tugasan-tugasan lain sebagai seorang guru pada masa hadapan. Secara

tidak langsung sifat ini dapat memberi peluang kepada saya untuk mencapai kejayaan

dalam beberapa perkara.

Kesimpulannya, daripada aktiviti ini saya dapat mempelajari pelbagai pengalaman

dan perkara penting yang amat berguna serta dapat digunakan pada masa yang akan

datang. Saya akan mengamalkan serta mengaplikasikan apa yang saya pelajari daripada

aktiviti ini semasa menjadi seorang pendidik. Aktiviti yang amat berguna ini telah mengajar

perbagai-bagai pengetahuan tentang diri kita, kawan-kawan dan alam sekitar yang sangat

berhijau.