gmga2023

download gmga2023

of 12

description

pentadbiran

Transcript of gmga2023

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN 2GMGA 2023

DASAR AWAM

DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH

XXXXXXXXXXXXXXXXX

TARIKH SERAHAN

Xxxxxxxxxxxxxxxxxx

KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA

1.0PENGENALAN

Kenaikan harga barangan makanan di peringkat global telah memberikan kesan secara langsung kepada negara-negara membangun di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya produk makanan atas alasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan berlebihan.

Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi fenomena ini di mana suatu langkah inisiatif segera telah diambil Kerajaan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang beroperasi berlandaskan konsep pasar mini mesra bajet yang menyediakan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang rendah dan mampu milik. Inisiatif ini telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak di atas keprihatinan beliau terhadap golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan yang juga telah dicetuskan oleh beliau sendiri.KR1M mensasarkan kumpulan pengguna yang mempunyai bajet yang terhad serta keperluan yang paling asas. Matlamat utama KR1M bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untuk meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan tersebut. Namun demikian KR1M tidak menghadkan kepada sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh melangkah masuk ke KR1M dan mendapatkan produk 1Malaysia. Kewujudan KR1M juga bakal menjadi medium kepada Kerajaan dalam mengawal harga dan mengurangkan monopoli produk atau barangan yang telah sekian lama didominasi oleh pengeluar syarikat multinasional. Ini dapat mengawal syarikat multinasional dari menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah. Matlamat utama KR1M akan menyediakan perkhidmatan kepada segmen pelanggan yang serupa seperti pasar raya besar, pasar mini dan lain-lain tetapi penumpuan utama adalah terhadap pengguna yang memerlukan barangan keperluan asas pada perbelanjaan yang terhad (KPDNKK, 2014).2.0LATAR BELAKANG KR1M

'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden (KPDNKK, 2014).Langkah Tepat Atasi Kenaikan Harga BarangMenerusi Bajet 2012, Kerajaan telah memberi fokus kepada kebajikan sosial dan sekaligus memberikan impak kepada perbelanjaan industri swasta yang mana selama ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan penurunan cukai korporat, cukai barangan dan perkhidmatan, ternyata lebih bertujuan membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup selain merangsang perbelanjaan pengguna. Biarpun tumpuan kepada kebajikan sosial dijangka memberikan kesan kecil kepada pasaran tetapi ia bakal semarakkan oleh kesan perlaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang sedang dilakukan.

Sekiranya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawal kenaikan harga barang, Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dan permasalahan apabila harga barangan dan komoditi global meningkat sekaligus membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. Pengukuhan ekonomi domestik merupakan benteng utama bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global.

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah tetapi tetap berkualiti. Pada masa hadapan, akan lebih banyak lokasi-lokasi baru berdekatan kediaman penduduk akan dipilih untuk pembukaan cawangan baru KR1M kerana ianya akan diperluaskan ke seluruh Negara. Sehingga kini, matlamat untuk membuka 25 buah KR1M sebelum penghujung tahun 2011 telahpun tercapai mengikut sasaran dan rakyat kini sedang menikmati faedah daripada pembukaan kedai KR1M ini. Malah, kemudahan untuk memperolehi produk-produk KR1M ini telah diperluaskan ke kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar menerusi kedai-kedai runcit milik persendirian yang sedia ada ekoran daripada desakan permintaan yang tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah yang mahukan lebih banyak produk-produk KR1M di pasaran (KR1M, 2014). Pada tahun 2012 sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan untuk program ini, sebagai satu insentif kepada penambah baik kualiti barangan dan mutu perkhidmatan kedai KR1M (Laporan Ekonomi 2012/13).2.1MYDIN SEBAGAI PENGENDALI KR1M

Perlantikan syarikat peruncitan dan pemborongan tempatan iaitu Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) selaku pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia adalah amat bertepatan sekali. Pengalaman dan penglibatan syarikat milik anak watan ini selama 54 tahun dalam bidang peruncitan telah memenuhi segala ciri-ciri yang dicari.

Dalam konteks ini MYDIN berperanan dalam memastikan bahawa setiap KR1M beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu Rakyat. Pemilikan rangkaian rantaian pembekalan yang ekstensif dalam industri peruncitan memberikan kelebihan kepada pihak MYDIN kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam memantapkan aspek operasi malahan mengekalkan kos operasi pada kadar yang sangat minimum.

Selaku pengendali KR1M, MYDIN perlu bijak dalam menguruskan kos-kos yang terlibat seperti kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan dan pengambilan kakitangan, pengurusan sistem Point Of Sales (POS) dan pembekalan barangan yang bersesuaian. Satu perkara yang pasti, MYDIN akan mengekalkan harga yang rendah bagi produk-produk KR1M ini dan ini adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada Rakyat Malaysia.Kewujudan KR1M ini memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Antara kebaikan KR1M adalah barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Kualiti barangan yang dijual juga setanding dengan jenis barangan sama yang dijual dengan harga yang lebih tinggi di tempat lain. Melalui KR1M ini, rakyat dapat membeli barangan yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Selain itu juga, barangan keperluan harian juga sentiasa ditambah bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk bandar yang padat (KPDNKK, 2014).KR1M juga sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dari sektor industri Kecil dan Sederhana. Ini dapat menjenamakan lagi produk mereka dan meningkatkan jualan pengusaha industri ini yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha Bumiputera. Melalui KR1M ini, produk mereka akan sentiasa mendapat tempat di pasaran dan menambahkan lagi hasil jualan mereka.3.0PERDANA MENTERI MELIHAT PERANAN KR1M DALAM MEMBANTU PERBELANJAAN RAKYATKerajaan Barisan Nasional di bawah inisiatif Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, dalam misi untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar, telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). KR1M ini merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.Statistik menunjukkan bahawa sebuah keluarga dengan empat orang ahli membelanjakan lebih 20% dari purata bajet perbelanjaan keseluruhan isi rumah setiap bulan:Graf 1

Bagaimana peratusan itu boleh dikurangkan dalam menghadapi inflasi global dan harga barang yang sering meningkat saban tahun?Graf 2

Statistik hasil jualan yang mencecah lebih RM20,000 sehari di KR1M di seluruh negara memberikan satu justifikasi yang kukuh dan menunjukkan penambahan dan penubuhan lebih banyak kedai seperti ini menjadi satu keperluan. Justeru tidak hairanlah apabila dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan tambahan 57 KR1M terutamanya di Sabah dan Sarawak. Rakyat yang mula menyedari kelebihan dan keistimewaan KR1M dilihat semakin berselera membeli-belah di kedai ini terutamanya mendapatkan barang keperluan asas yang secara relatifnya lebih murah berbanding di pasar raya besar lain.Malah, dalam hal ini bukan saja soal harga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat rakyat untuk berbelanja di KR1M tetapi kualiti barangan yang dijual juga ternyata baik dan tidak mengecewakan. Ternyata penubuhan KR1M menjadi satu transformasi yang unik yang mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat kita. Menurut Najib yang mengilhamkan penubuhan KR1M ini, pembinaan KR1M bukanlah sesuatu yang diuar-uarkan tanpa asas tetapi adalah satu realiti dan telah terbukti berjaya kerana menawarkan barangan keperluan utama pada harga 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Tambah Najib, sekarang ini ke mana saja saya pergi, orang ramai akan minta di kawasan mereka dibina kedai KR1M.

Ini membuktikan betapa kedai ini mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada rakyat di seluruh negara. Rata-rata pengguna yang ditemu bual dan berpeluang membeli-belah di kedai terbabit pula menzahirkan ucapan penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada penubuhan kedai itu. Malah, ramai yang mencadangkan agar kedai ini bukan sahaja diperluaskan kepelbagaiannya agar boleh menyediakan lebih banyak lagi pilihan barang tetapi kedai serbaneka itu dibuka di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar. Ini mampu mempertingkatkan kebajikan masyarakat luar bandar yang rata-rata memiliki pendapatan yang rendah dan kurang berkemampuan di samping memberi fokus kepada golongan miskin bandar.

Cadangan ini wajar diperhalusi dan diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan agar nasib semua lapisan rakyat terbela dengan seadilnya serta penubuhan KR1M ini mencapai objektif dan menemui kumpulan sasarannya. Malah, kita percaya penubuhan lebih banyak kedai seperti ini akan mendatangkan pelbagai kesan dan manfaat sampingan yang baik kepada rakyat. Misalnya penubuhan kedai ini pastinya akan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Di samping itu, konsep kedai ini juga boleh membantu melahirkan lebih ramai usahawan francais berjaya di seluruh negara. Ini pastinya membantu menambahkan pendapatan rakyat kita di samping mengurangkan kadar pengangguran negara.

Dalam pada itu, kita juga mencadangkan agar kerajaan mempelopori konsep serampang dua mata melalui kedai ini di mana gunakan peluang ini sepenuhnya untuk terus menyuburkan kempen beli barangan buatan tempatan. Rakyat akan membeli barangan keluaran tempatan jika kita menjual pada harga yang berpatutan tanpa bertolak ansur dan berkompromi dalam aspek kualiti. Ringkasnya, kedai ini juga wajar digunakan sebagai wadah dan platform terbaik untuk mempromosikan barangan buatan tempatan. Hal ini penting kerana ia mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita secara keseluruhannya. Kita juga perlu sentiasa ingat bahawa dalam kita berusaha untuk menjual barangan di kedai ini dengan harga yang rendah kita tidak boleh sama sekali berkompromi dalam soal kualiti barangan yang dijual.

Tiada gunanya kita menjual barangan pada harga yang jauh lebih rendah tetapi mutu dan kualiti barangan tersebut cukup mengecewakan atau meragukan. Pada masa yang sama kita juga menyeru agar lebih banyak lagi syarikat atau pasar raya swasta akan menuruti jejak langkah pasar raya Mydin untuk membantu membuka lebih banyak lagi kedai seperti ini di seluruh negara. Ia akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada rakyat. Anggaplah ini sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing kepada rakyat dengan menyumbang kembali kepada pembangunan kebajikan rakyat. Soal keuntungan tidak boleh menjadi agenda utama dalam isu seperti ini. Kita percaya dalam hal seperti ini kerajaan sangat mengharapkan sumbangan dan kerjasama swasta dan kedai ini adalah satu lagi bukti kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Ia bakal menjadi satu lagi lambang kejayaan strategi laut biru yang sedang dipelopori kerajaan. Ringkasnya, usaha untuk menjaga dan mempertingkatkan kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama pihak kerajaan. Buktinya kita boleh menyaksikan pelbagai inisiatif berorientasikan rakyat diperkenalkan oleh pihak kerajaan secara konsisten termasuklah pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) serta bantuan persekolahan RM100. Komitmen dan kesungguhan Najib serta kerajaan pimpinannnya membantu golongan berpendapatan rendah cukup terserlah. Apa yang dapat dilihat ialah kebajikan dan kesejahteraan rakyat telah menjadi agenda perjuangan utama Najib sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Ini dapat disaksikan secara jelas melalui usaha meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pelbagai program peningkatan pendapatan serta langkah-langkah terperinci yang diambil melalui pelbagai program transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilihat menjadi antara matlamat dan objektif utama kerajaan mutakhir ini. Semoga kerajaan akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi inisiatif baru seperti ini untuk terus membela nasib dan menjaga kebajikan rakyat atas konsep kerajaan berorientasikan rakyat dan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pada masa yang sama rakyat juga wajar bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mendahulukan rakyat. Penulis percaya semua usaha ini mampu menzahirkan impian kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang sekali gus diyakini mampu merapatkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyat negara ini Kewujudan KR1M dilihat banyak membantu golongan sasar iaitu penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa mengetepikan kualiti barangan.

Setakat ini, KR1M bukan sahaja dikunjungi oleh golongan berpendapatan rendah, malahan oleh pelbagai golongan yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah.4.0KESIMPULANPenubuhan Kedai Rakyat Satu Malaysia, dilihat sebagai satu kaedah kerajaan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah, dalam memastikan mereka mempunyai pilihan dan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat. Melalui kedai ini kerajaan mampu memecahkan monopoli syarikat-syarikat tertentu yang dilihat begitu menekan pengguna. Melaluinya rakyat Malaysia mempunyai pilihan berbelanja yang bijak dalam memastikan perbelanjaan isi rumah mereka lebih rendah dan mempunyai pilihan membeli barangan yang berkualiti tinggi.Rujukan

KPDNKK. (2014). Kedai Rakyat Satu Malaysia. Atas talian 22.9.2014, dari http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-satu-malaysiaKR1M. (2014). Kedai Rakyat 1Malaysia - Inisiatif Membantu Rakyat. Atas talian 21.9.2014 dari http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/kedai-rakyat-1malaysia-inisiatif-membantu-rakyat.

Laporan Ekonomi. (2012/13). Pengurusan dan Prospek ekonomi. Putrajaya: Kementerian Kewangan

11