GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

7
IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKAN OLEH : ANESA CECELIA CHIN FATT & ATIFAH RUZANA | PPISMP SAINS AMBILAN JUN 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

Transcript of GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

Page 1: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKAN

OLEH : ANESA CECELIA CHIN FATT & ATIFAH RUZANA | PPISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

Institut Pendidikan

Guru

Kampus Kent, Tuaran

Page 2: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

SOSIOLOGI berasal dari bahasa Latin iaitu Socius yang bermaksud kawan, manakala Logos bermaksud ilmu pengetahuan.

Secara umum, sosiologi boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang sosial atau masyarakat.

Istilah ini diperkenalkan dalam buku yang bertajuk "Cours De PhilosophiePositive" hasil karya August Comte (1798-1857). August Comte kemudiandikenali sebagai BAPA SOSIOLOGI DUNIA.

Page 3: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

AUGUST COMTE

Sosiologi ialah satu disiplin ilmu yang bersifat positif iaitu mempelajari gejala-gejalatentang masyarakat yang berdasarkan pada pemikiran yang bersifat rasional danilmiah.

MAX WEBER

Sosiologi adalah ilmu yang dipelajari tentang tindakan sosial atau sifat-sifat manusia.

EMILE DURKHEIM

Sosiologi adalah ilmu yang menerangkan tentang fakta-fakta sosial iaitu fakta-faktaatau kenyataan yang mengandungi cara bertindak, cara berfikir dan cara merasakansesuatu.

Page 4: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

SELO SOEMARDJAN & SOELAEMAN SOEMARDI

Sosiologi atau ilmu masyarakat ialah ilmu yang mempelajari struktur sosial danproses-proses sosial, termasuk perubahan-perubahan sosial.

SOERJONO SOEKANTO

Sosiologi ialah ilmu yang berfokuskan perhatian dalam segi-segi kemasyarakatanyang bersifat umum dan berusaha untuk mendapatkan pola-pola umum kehidupanmasyarakat.

HASSAN SHADILY

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang hidup bersama dalam masyarakatdan menyelidikkan silaturahim antara manusia yang menguasai kehidupandengan mencuba memahami sifat dan maksud hidup bersama, cara terbentuk dantumbuh serta perubahannya.

Page 5: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

Salah satu dari kenyataan sosiologi adalah statusnya sebagai ilmu murni

sekaligus ilmu terapan. Status ini menegaskan tujuan sosiologi iaitu

melakukan pencarian maklumat untuk mendapatkan pengetahuan sedalam-dalamnya tentang masyarakat dan mencari cara-cara untuk menyelesaikanpelbagai masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat tersebut.

Page 6: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan denganpendekatan pendidikan.

2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakatakan dapat mewujudkan suatu program pendidikanyang lebih baik, iaitu sesuai digunakan oleh segenaplapisan masyarakat.

3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepadaobjektif dan juga pembentukan sesuatu kurikulumpendidikan.

4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahandan kemajuan sesebuah masyarakat.

Page 7: GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan

5. Proses sosial adalah sebahagian daripada proses untukmemikirkan masa keperluan pendidikan.

6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikansosiologi boleh membantu guru-guru memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran.

7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhioleh kajian-kajian sosiologi.

8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan tugas dengan cekap bagi membantuperkembangan dan dasar-dasar Negara.