Guru bertintegriti tunjang pendidikan

19
1.0) PENGENALAN Subjek Bahasa Melayu Konteksual bertujuan untuk melengkapkan diri calon-calon guru dengan ilmu kebahasaan dan kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini selaras dengan peranan guru di sekolah untuk membentuk diri pelajar,menyampaikan ilmu kepada pelajar dan mendidik para pelajar. Dari sini, kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang asas bagi mencapai peranan dan tanggunjawab seorang guru. Definisi komunikasi ialah proses penyebaran maklumat, idea dan emosi antara pengirim dan penerima. Pentakrifan konsep komunikasi pula ialah berdasarkan fungsi komunikasi yang dijalankan. Ciri-ciri komunikasi pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Komunikasi interpersonal ialah proses interaksi yang melibatkan individu dengan individu lain ataupun sekumplan individu lain. Proses komunikasi ini memerlukan penyampaian dan penerimaan saling berinteraksi secara bersemuka ataupun menerusi media teknologi seperti telefon dan laman sosial. Manakala komunikasi intrapersonal ialah proses komunikasiyang berlaku secara dalaman pada diri individu itu sendiri. Komunikasi ini terjadi dalam diri individu itu sendiri dengan memberikan tumpuan kepada proses pemahaman ingatan dan interpretasi terhadap symbol-simbol lengkap yang diterima oleh panca indera manusia. Dalam konteks pembelajaran, guru banyak mejalankan komunikasi interpersonal dengan murid-muridnya . Menerusi komunikasi interpersonal ini, guru memberikan arahan, penerangan dan bersoal jawab dengan murid-murid di dalam bilik darjah. Salah satu faktor penting yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah kualiti hubungan antara guru dengan murid. Dalam memperkukuhkan lagi kemahiran komunikasi seseorang guru perlu mahir dalam kemahiran menyampaikan maklumat. Penyampaian maklumat bermaksud 1

description

Merupakan contoh tugasan bagi subjek PPISMP GBM1103.

Transcript of Guru bertintegriti tunjang pendidikan

1.0) PENGENALAN

Subjek Bahasa Melayu Konteksual bertujuan untuk melengkapkan diri calon-calon guru dengan ilmu kebahasaan dan kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini selaras dengan peranan guru di sekolah untuk membentuk diri pelajar,menyampaikan ilmu kepada pelajar dan mendidik para pelajar. Dari sini, kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang asas bagi mencapai peranan dan tanggunjawab seorang guru. Definisi komunikasi ialah proses penyebaran maklumat, idea dan emosi antara pengirim dan penerima. Pentakrifan konsep komunikasi pula ialah berdasarkan fungsi komunikasi yang dijalankan. Ciri-ciri komunikasi pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Komunikasi interpersonal ialah proses interaksi yang melibatkan individu dengan individu lain ataupun sekumplan individu lain. Proses komunikasi ini memerlukan penyampaian dan penerimaan saling berinteraksi secara bersemuka ataupun menerusi media teknologi seperti telefon dan laman sosial. Manakala komunikasi intrapersonal ialah proses komunikasiyang berlaku secara dalaman pada diri individu itu sendiri. Komunikasi ini terjadi dalam diri individu itu sendiri dengan memberikan tumpuan kepada proses pemahaman ingatan dan interpretasi terhadap symbol-simbol lengkap yang diterima oleh panca indera manusia. Dalam konteks pembelajaran, guru banyak mejalankan komunikasi interpersonal dengan murid-muridnya . Menerusi komunikasi interpersonal ini, guru memberikan arahan, penerangan dan bersoal jawab dengan murid-murid di dalam bilik darjah. Salah satu faktor penting yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah kualiti hubungan antara guru dengan murid. Dalam memperkukuhkan lagi kemahiran komunikasi seseorang guru perlu mahir dalam kemahiran menyampaikan maklumat. Penyampaian maklumat bermaksud memindahkan pelbagai berita, pengumuman atau makluman daripada pemberi maklumat kepada penerima maklumat secara lisan atau bertulis. Penyampaian maklumat ini penting bagi melengkapkan kemahiran komunikasi bagi seorang guru. Oleh itu, dalam tugasan ini saya akan menghasilkan komunikasi bertulis iaitu ceramah yang berkaitan dengan amalan integriti di kalagan para guru. Sebelum menghasilkan teks ceramah itu, saya akan menerangkan konsep ceramah, jenis-jenis ceramah dan format ceramah yang betul.

2.0) DEFINISI DAN KONSEP CERAMAH

Menurut ahli bahasa seperti Noresah Baharom telah berpendapat ceramah adalah ucapan yang membicarakan sesuatu perkara seperti bahasa, politik dan lain-lain. Berceramah pula didefiinisikan sebagai memberi atau menyampaikan ceramah. Manakala bagi Siti Hajar Abd. Aziz (1999) mentafsirkan ceramah merupakan cara mengemukakan fikiran atau idea-idea melalui pengucapan dan disampaikan secara interaksi dua hala dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada penceramah, diselangi soalan daripada audien dan jawapan daripada penceramah sehinggalah selesai segala informasi atau maklumat yang mahu disampaikan. Ceramah juga digunakan untuk tujuan memujuk. Pembujukan pula dianggap sebagai proses seserorang pengucap mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan audien sesaran, Pembujukan merupakan proses yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah pemikiran audien. Oleh itu, penceramah perlu mahir dalam menggunakan pendekatan dalam proses pembujukan. Adalah perlu diperhatikan bahawa ceramah berbeza dengan syarahan, ucapan atau pidato. Author Koch telah menegaskan bahawa ceramah mempunyai beberapa elemen tertentu yang berkait rapat antara satu sama lain. Dalam ceramah perlu ada idea pokok atau tajuk penting yang ingin disampaikan melalui mesej tertentu. Di sini peranan khalayak penting kerana mereka akan bertindak balas terhadap isi ceramah tersebut. Otis M.Walter dan Robert L.Scott juga berpendapat bahawa ceramah berbeza daripada pidato atau syarahan. Sekiranyan mesej yang disampaikan kepada para audien adalah tentang pencemaran atau penyakit AIDS, yang penting bukanlah menyampaikan idea dan mesej mengenai AIDS sahaja tetapi respon daripada audien lebih penting.Penceramah perlu berusahaa untuk mendapatkan perhatian daripada audien dan perlu mengelakkan suasana kebosanan (Siti Hajar Abd. Aziz ,1999). Dalam usaha menarik perhatian audien penceramah perlu menggunakan pelbagai cara untuk mewujudkan suasana keseronokan dan berjaya menarik perhatian para audien. Sebelum sesi ceramah bermula para audien mungkin tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai mesej atau maklumat yang ingin disampaikan oleh penceramah maka tujuan ceramah disampaikan adalah untuk menyampaikan mesej tersebut. Penceramah akan berusaha membantu audien dengan menghuraikan atau menerangkan perkara itu dengan lebih mendalam dan teliti. Maka boleh dirumuskan bahawa ceramah adalah sebagai satu aktiviti separa formal yang berfungsi menerangkan sesuatu perkara dan bergantung kepada penerimaan para audien.

3.0) JENIS-JENIS CERAMAH

Terdapat pelbagai jenis ceramah, namun kita dapat meringkaskan jenis-jenis ceramah bergantung kepada fungsi, tujuan serta kumpulan khalayak yang mendengar ceramah tersebut. Secara umunya, ceramah boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu fungsi politik, fungsi ekonomi dan fungsi sosial (Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, 2012)..Ceramah yang berfungsi dan berunsurkan poltik adalah merujuk kepada aktiviti menyampaikan pengetahuan kepada sekumpulan khalayak tentang cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenergaraan. Dalam ceramah mengeanai politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu ceramah dasar kerajaan dan ceramah parti siasah. Seterusnya, ceramah yang berfungsi ekonomi dan berunsurkan ekonomi adalah aktiviti menerangkan ilmu atau maklumat berkenaan kewangan, pasaran saham, pengagihan dan bidang pengeluaran. Bagi audien yang terlibat dalam ceramah berfungsi ekonomi adalah pelajar IPTA atau IPTS, pemimpin, masyarakat dan para penganalisis pasaran saham. Biasanya penceramah merupakan seorang yang pakar dalam hal ehwal ekonomi seperti pakar ekonomi tentang turun naik pasaran saham. Terdapat tiga jenis ceramah yang tergolong dalam fungsi ekonomi iaitu ceramah kewangan, ceramah perindustrian, dan cermah pelancongan. Manakala, bagi ceramah fungsi sosial pula merujuk kepada aktiviti fahaman atau ajaran yang berdasarkan amalan sosial ataupun ilmu sosial dalam kehidupan seseorang yang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat yang dihormati (Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, 2012).

4.0) FORMAT PENYEDIAAN CERAMAH

Format penulisan ceramah biasanya bermula dengan pengenalan dan di ikuti dengan isi ceramah yang mengandungi pernyataan tajuk atau tema, pengenalan isi ceramah dan pengembangan huraian bersertakan contoh dan di akhiri dengan penutup atau kesimpulan. 4.1) PengenalanBahagian pengenalan penceramah perlu menerangkan secara umum tentang tajuk dan kaitannya dengan keperluan semasa. Dalam bahagian pengenalan ini, terkandung pembukaan kata, kata alauan, dan penghargaan kepada tetamu majlis dan hadirin. Dalam bahagian pengenalan, penceramah perlu bijak mengawal dan mengambil perhatian daripada khalayak bagi memudahakan penceramah untuk merangsang hadirin mengikuti isi utama dan pengembangan hujahan semasa sepanjang masa sesi ceramah. Sehubungan dengan itu, penceramah biasanya akan memulakan isi yang berbentuk peribadi. Seperti, penceramah menggunakan kesempatan di bahagian pengenalan ceramah untuk menyatakan perasan seronoknya kerana diundang ke majlis tersebut seperti menyatakan ucapan terima kasih, kesanggupan mengupas persoalan secara terbuka dan memikul tanggungjawab jika pandangannya menyinggung sesuatu pihak. Dalam penyataan kata alaun selepas ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis kerana mempersilakan penceramah menyampaikan ceramahnya, kata alaun tersebut hendakalh dilakuakan menurut tertib atau susunan kedudukan yang mengikut status pangkat tetamu yang hadir, yang disebut nama, gelaran, pangkat atau jawatan yang tertinggi hingga yang terendah. Contohnya, Yang Amat Berhirmat digunakan untuk menteri besar dan ketua menteri (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Rain Shaari, 2006). 4.2) Isi ceramah Bagi memulakan isi ceramah, penceramah perlu menyatakan pernyataan yang berbentuk membantu penceramah untuk tidak terkeluar daripada skop dan tujuan perbincangan. Namun, biasanya tajuk ceramah telah disampaikan oleh ahli jawatankuasa masjlis berdasarkan tujuan majlis tersebut diadakan. Tajuk ini juga disesuaikan dengan tahap pendidikan dan peringkat umur yang hadir ke majlis tersebut. Seterusnya, dalam bahagian isi ceramah, penceramah perlu menerangkan tajuk utama dengan lebih menyeluruh. Biasanya bahagian ini mengandungi analisis tentang tajuk supaya dapat difahami oleh hadirin. Bahagian isi kandungan ini juga sepatutunya mengandungi isi utama dalam setiap perenggan dan memerlukan penghuraian secara terperinci. Susunan isi yang baik dan penggunaan data sokongan mampu membantu kelancaran penyampaian ceramah. Semasa menyapaikan isi ceramah, penceramah perlu memberi panduan kepada hadirin agar mereka dapat mengikuti ceramah itu dengan lebih berkesan dengan menggunakan ayat yang sesuai.Misalnya, Isi yang pertama.. atau Fakta prima.. Dalam bahagian pengembangan isi ceramah pula, penceramah mesti menggunakan isyarat bagi peralihan isi. Seperti, setrusnya kita lihat pula.., atau .tadi saya sudah menjelaskan tentang.. Malah, ceramah yang berkesan perlu mempunyai rujukan tertentu kepada hadirin selepa setiap penjelasan. Contohnya, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati atau Para hadirin sekalian,. (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Rain Shaari, 2006). 4.3) Penutup ceramah Pada bahagian penutup ceramah perlu mengandungi ungkapan yang bertujuan memberitahu hadirin bahawa sesi ceramah berakhir tidak lama lagi. Seperti, menggunakan ungkapan, Akhir sekali,.atau Oleh sebab masa amat menceburui kita.. Dalam bahagian ini, penceramah perlu merumuskan kembali isi atau idea utama yang dinyatakan, diikuti dengan harapan dan penegasan adar hadirin dapat menyokong dan menerima beberapa isi atau idea yang dikemukakan dan dihujahkan tadi. Seperti, menggunakan ayat, Demikian lima perkara yang diperkatakan, kita sama-samalah.. Bagi menutup ceramah, penceramah perlu menggunakan ungkapan seperti, mudah-mudahan perkara yang saya sampaikan tadi dapat memberi manfaat untuk kita bersama, sekian terima kasih. Sekiranya majlis ceramah tersebut diikuti masa untuk soal-jawab, biasanya pengerusi majlis mengendalikan acara tersebut. Dalam hal ini, penceramah perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh hadirin, dalam ruang lingkup yang berpatutan kerana tujuannya untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan tajuk dan hujahan yang kruang difahami. Namun, perlu ditekankan, walaupun ceramah wahana pertuturan, namun bahasa Melayu yang digunakan perlulah menggunakan tatabahasa dan penggunaan bahasa yang betul (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Rain Shaari, 2006).

5.0) CIRI-CIRI PENYAMPAIAN CERAMAH YANG BERKESANCeramah yang berjaya adalah bergantung kepada proses penyampaian ceramah yang berkesan. Hal ini demikian, penyampaian ceramah yang berkesan adalah satu proses komunikasi serta mempunyai tujuh ciri utama iaitu penceramah,mesej, hadirin, saluran, maklum balas, gangguan dan situasi (Amin Hazyg, 2009).5.1) PenceramahPenceramah nerupakan aspek yang utama bagi memastikan keberkesanan penyampaian ceramah. Hal ini demikian kerana, keunggulan penceramah yang sedang berdiri dan diperhatikab oleh khalayak adalah lebih penting daripada kehebatan alat bantu yang lain semasa berceramah. Hal ini bermaksud, keberkesanan sesuatu sesi ceramah itu terletak seratus peratus kepada diri penceramah. Terdapat tiga faktor utama yang perlu diberi perhatian semasa memilih penceramah iaitu tahap motivasi pencermah semsa menyampaikan ceramah (Amin Hazyq, 2009). Tahap motivasi penceramah dinilai dari segi dua faktor iaitu faktor imbuhan peribadi seperti wang tunai atau imbuhan tidak langsung di mana penceramah berkenaaan memperoleh kepuasan yang maksimum dalam membantu orang lain melalui tajuk ceramah yang dikupas. Seorang penceramah yang beretika biasanyan tidak melihat dari ganjaran wang tunai itu sebagai bahan ukuran utama tetapi tanggunjawab seorang penceramah dalam menyampaikan ilmu agar khlayak memahami dan mampu menguasai ilmu tersebut. Faktor kedua ialah kreadibiliti penceramah. Kredibiliti penceramah bergantung kepada jujuran, kecekapan dan niat yang baik yang ada pada diri penceramah. Faktor ketiga, iaitu keberkesanan seuatu penyampaian ceramah bergantung kepada kemahiran dan cara pemyampaian penceramah, Penyampaian yang berkesan menerusi aplikasi kemahiran penyampaian secara maksimum seperti mahir menceritakan dan mahir dalam mentakrifkan sesuatu ilmu (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Rain Shaari, 2006).5.2) Mesej yang disampaikanCeramah yang baik perlulah mengandungi beberapa mesej yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat. Mesej yang berjaya mempengaruhi khalayak bergantung kepada tiga elemen asas iaitu isi kandungan ceramah, gaya penceramah dan struktur penyampaian. Isi kandungan perlu mengikut ruang lingkup tema atau tajuk utama ceramah dan perlu mengikuti masa yang ditetapkan. Manakala, bagi gaya penceramah perlu mempunyai kemahiran penyampaian yang berkesan dan mampu menark perhatian khalak yang hadir. Setrusnya, sturktur ceramah perlu mengikut format ceramah yang betul iaitu mempunyai pendahuluan, isi kandungan ceramah dan penutup.5.3) HadirinPenceramah yang baik merupakan seorang pencermah yang dapat mengenali dan menganalisis kumpulana atau khalayak yang hadir. Analisis yang boleh dilakukan aalah dari segi umur, jantina, tafar pendidikan, taraf pekahwinan dan perkerjaan mereka bagi memudahkan khalak memahami ilmu atau maklumat yang disampaiakan oleh penceramah secara maksimum.5.4) Saluran Dalam aspek saluran pula, penceramah perlu mnggunakan sebanyak mungkin saluran yang ada semasa sesi penyampaian ceramah. Keberkesanan penceramah dalam menggunakan pelbagai saluran dalam menyampaikan maklumat dapat menjadikan sesiceramah lebiih berkesan. Antara saluran yang boleh dilakukan ialah saluran non-verbal yang terdiri daripada pergerakan tangan, mimic muka dan pergerakan tubuh badan. 5.5) Maklum BalasSesi ceramah yang berkesan haruslah memberikan ruang kepada khalayak untuk mengemukakan soalan kepada penceramah. Soalan-soalan yang dikemukakan itu pula hendaklah dijawab secara sopan oleh penceramah untuk memastikan maklum balas yang dikehendaki penceramah adalah yang tepat dan benar.5.6) GangguanPenyampaian ceramah yang berkesan juga mengambil kira gangguan ataupun konflik yang berlaku sepanjang sesi ceramah berlangsung. Anatara konflik yang menjadi gangguan adalah gangguan secara fizikal, teknikal, fisiologikal, semantik, psikologikal dan seumpamanya. Gangguan-gangguan ini kemungkinan akan menybabkan kekaburan, salah tafsir dan terputusnya mesej yang dihantar oleh pengucap.5.7) Susun atur Penceramah yang bijak biasanya akan pergi ke lokasi ceramah sebelum sesi ceramah sebenar dijalankan. Penceramah perlu mengambil tahu kemudahan yang terdapat di tempat ceramah kerana situasi tempat boleh menjadi sumber penambahan ataupun pengurangan kepada hasil penyampaian mesej ceramah.

6.0) TEKS CERAMAHCeramah pendidikan Tajuk Ceramah: Amalan Integriti sebagai guru di sekolah Penceramah : Abdullah FadzliJawatan : Pegawai Kaunselor Organisasi DaerahYang dihormati Tuan Haji Ramli Abdul Hamid,Pegawai Pendidikan Daerah,Yang berusaha Tuan Rahman Talib,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Mawar,Guru-guru kanan dan kakitangan guru yang dihormati sekalian.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,Terlebih dahulu bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah amat berterima kasih kepada guru besar dan guru-guru SK Sri Mawar kerana sudi menjemput saya untuk hadir dan menyampaikan ceramah bertajuk Amalan Integriti sebagai guru di sekolah pada hari ini. Warga pendidik yang dikasihi sekalian,Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai amalan integriti sebagai guru di sekolah, izinkan saya untuk menerangkan konsep integriti. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2008), integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Guru merupakan penjawat awam, maka saya ingin memfokuskan konsep integriti penjawatan awam. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2008), telah menerangkan bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggunjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggunjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepentingan pihak lain. Rumusannya, bagi seorang guru yang mengamalkan integriti di sekolah hendaklah mematuhi memikul amanah yang dipertanggunjawab untuk kepentingan umum. Rasulullah saw pernah bersabda Barang siapa yang kami angkat di antara kamu memangku sesuatu jawatan, lalu disembunyikannya terhadap sebuah jarum atau lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah pengelapan. Dia akan datang pada hari Kiamat membawa barang yang digelapkan itu sahih muslim. Hadis ini menerangkan amanah merupakan perkara yang tidak boleh dipandang remeh, di mana amanah yang dipegang dalam sesautu jawatan amat besar dan sekiranya melakukan pengelapan walaupun sekecil sebuah jarum maka akan dibawa dan diambil perhitungan di akhirat kelak. Hadirin dan hadirat sekalian, Integriti merupakan elemen penting dalam memajukan pendidikan Malaysia. Hal ini demikian kerana, integriti dalam pendidikan dapat menbentuk guru yang dapat fokus dan mampu mencapai matlamat pendidikan negara serta menjaga imej profesion keguruan ke tahap yang lebih tinggi. Di mana guru yang berintegriti dapat mencapai kualiti khidmat lebih tinggi dan mengurangkan kesilapan dan kelemahan guru dalam menjalankan tugas sebenar sebagai warga pendidik. Serta guru yang mengamalkan integriti mampu mengurangkan masalah pelajar malahan dapat menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovatif secara lebih berkesan kepada pelajar dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi emosi, rohani dan jasmani. Hal ini selaras dengan kata-kata Perdana Menteri Pendidikan iaitu Muhyidin Yasin ... bayangkan kita mempunyai satu tabung tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif. Itu harapan kita dan jika terlaksana, pasti segala ilmu yang disampaikan itu tidak sekadar dapat meningkatkan kefahaman pelajar tetapi apa yang penting, mampu membina minat mereka untuk mendalami subjek yang diajar.Warga dewan yang saya hormati sekalian,Saya telah mengupas mengenai konsep dan definisi integriti dan kepentingan amalan integriti dalam pendidikan, maka persoalan saya sekarang bagaimana seorang pendidik dapat mengamalkan integriti dalam diri mereka. Bagi menjawab persolan itu, saya akan kemukankan dua aspek penting dalam mengamalkan integriti sebagai seorang guru iaitu guru perlu mematuhi kod etika profesion kerguruan dan mengamalkan atau menanam nilai-nilai sebagai guru dalam diri seorang guru. Sudah saya kemukakan bahawa integriti saling berkait dengan etika. Kod etika profeson keguruan adalah berlandaskan Tatasusila Profesion Keguran yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Tatasusila kod etika profesion guru Malaysia memberi panduan kepada guru untuk meyumpurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya dengan menjalankan tanggunjawab kepada pelajar, tanggunjawab terhadap ibubapa, tanggunjawab terhadap masyarakat dan negara dan tanggugjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Guru yang berintegriti perlu menunaikan tanggugjawab berdasarkan tatasusila kod etika profesion guru. Seperti tanggungjawab guru terhadap pelajar dapat dilihat dengan guru perlu menggutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Serta bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, sosial, keturuanan atau agama pelajar tersbebut. Manakala bagi tanggunjawab seorang guru terhadap ibu bapa dapat dilihat dengan guru perlu berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menganggapp semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahui (Mok S.S, 2011). Sekiranya guru mengamalkan dan mematuhi kod etika perguruan dengan amanah, tulus dan ikhlas maka dapatlah melahirkan guru yang berintegriti. Para guru yang saya kasihi sekalian,Seterusnya, aspek kedua dalam membentuk guru berintegriti ialah guru yang mengamalkan dan menanam nilai-nilai seorang guru. Antara nilai utama dalam seorang guru ialah nilai-nilai peribadi asas seperti amanah, bersih dan jujur, bertanggunjawab, adil terhadap murid, ketetapan masa dan penyayang dan peramah terhadap pelajar. Dalam membincangkan nilai amanah, bersih dan jujur, seorang guru perlu mempunyai kebersihan dari segi moral dan fizikal. Kbersihan moral bermakna sentiasa berfikir bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan. Segala-agalanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong angkuh atau pun terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah. Kebersihan fizikal pula, guru perlu sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi dengan menunjukkan profesion keguruan. Begitu juga guru perlu sentiasa jujur dalam melakukan setiap tugasan tanpa ada sebarang penipuan. Manakala bagi nilai amanah merupakan satu nilai yang teras yang perlu ada dalam diri seorang guru. Guru perlu melaksanakan tanggunjawab dengan amanah. Guru yang berintegriti adalah guru yang bertaggunjawab. Nilai tanggunjawab akan sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya tanpa menghiraukan kepentingan peribadi. Guru yang bertanggujawab juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. Seterunya, guru yang mengamalkan integriti adalah guru yang bersikap adil kepada pelajarnya. Guru yang adil akan memberi layanan-layanan yang teratur dan mengikut keperluan setiap pelajar tanpa ada diskriminasi yang berdasarkan perbezaan agama, kaum dan rupa. Disamping itu, guru yang sentiasa mengikut ketetapan masa merupakan nilai yang penting. Seperti, guru perlu datang awal atau tepat pada sesi pengajajaran dalam kelas. Guru yang mengamalkan integriti akan menananam nilai penyayang dan peramah terhadap murid-muridnya.Guru yang penyayang akan mementingkan kebajikan dan kepentingan anak muridnya secara tidak langsung, guru itu akan dihargai oleh anak muridnya serta wujud suasana tenteram dan senang hati semasa sesi pengajaran. Guru yang peramah pula merupakan guru yang suka membawa suasana riang gembira kepda murid-muird dalam kelas. Guru yang peramah adalah guru yang mudah didiekati oleh anak muridnya. Nilai yang seterusnya ialah nilai kesabaran yang tinggi. Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang mempunyai kesabaran yang tinggi tidak mudah meradang dalam apajua keadaan. Guru yang menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalin hubungan yang erat dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Warga pendidik yang saya sanjungi sekalian, Seterunya, saya akan membincangkan isu-isu yang menjejaskan integriti di kalagan guru. Antara isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat baru-baru ini ialah kes soalan UPSR 2014 bagi kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains. Kes ini telah mengambarkan amalan integriti di kalagan guru begitu teruk. Hal ini demikian kerana, secara logiknya kertas peperiksaan UPSR boleh bocor adalah berpunca daripada guru yang tidak bertanggunjawab. Sikap guru yang mementingkan kepentingan peribadi sehingga sanggup menerima atau memberi rasuah serta tiada sikap tulus dan kejujuran dalam menjalankan amanah mereka telah menjejaskan integriti guru dan profesion keguruan. Bukan setakat kes soalan UPSR 2014 sahaja, malah terdapat banyak dada-dada akbar yang menyatakan isu-isu inetgriti dalam kalagan guru. Sebagai contoh, terdapat seorang guru disiplin yang berusia lewat 30-an telah mencabul 12 orang pelajar permepuan sehingga guru tersebut telah diberkas oleh polis. Isu-isu seperti ini perlu dibendung dangan mengambil tindakan yang keras serta efisyen bagi memelihara pendidikan negara dan profesion keguruan. Para hadirin yang dihormati, Sebelum saya mengundur diri, ingin saya mengingatkan lagi kepada para warga pendidik sekalian guru yang mengamalkan integriti merupakan tunjang yang utama dalam mencapai matlamat dan tujuan pendidikan negara serta menjayakan pelan pembangunan pendidikan 2013-2015. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr Abd Rahim Abd Rashid iaitu mereka yang terbabit dalam pendidikan perlu memahami matlamat sebenar Pelan Integriti Nasional antaranya membentuk masyarakat yang kukuh dengan moral. Sekian terima kasih. 7.0) RUMUSAN

Ceramah merupakan medium yang terbaik dalam mengemukakan mana-mana individu yang berilmu atau berpengalam dalam sesuatu bidang bagi menyampaikan ilmu dan maklumat kapada masyarakat melalui aktiviti pengucapan yang disampaikan secara interaksi dua hala. Hal ini demikian kerana, melalui sesi ceramah adanya penerangan yang jelas dan terperinci mengenai sesuatu topik daripada penceramah dan diselang-seli dengan soalan, pandangan serta maklum balas daripada khalayak. Ceramah yang berkesan adalah bergantung dengan penceramah yang baik, bijak dan mempunyai kemahiran penyampaian yang baik dalam mengandalikan ceramah. Secara tidak langsung, khalayak akan bersedia melakukan perubahan dan tindak balas yang positif sekiranya cermah tersebut mampu disampaikan dengan baik dan dapat mempengaruhi khalayak yang mendengarnya. Oleh sebab itu, sebagai bakal guru yang perlu menguasai kemahiran komunikasi dalam kerjayanya perlu menguasai penyampaian pengumuman dalam ceramah secara lebih efisyen.

8.0) RUJUKANAmin Hazyq, (2009). Cara Mudah Berucap di Khalayak,Shah Alam: Perintis Books Sdn. Bhd.Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismail & Maria Mansur, (2012), Bahasa Melayu Kontekstual, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok S.S, (2011), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz, (1999), Aktiviti Lisan, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd. Rain Shaari, (2006), Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.BhdInstitut Integriti Malaysia (2008), Pelan Integriti Nasional, Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia

9.0) REFLEKSIPertama sekali saya hendak menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT, kerana telah memberikan nikmat kesihatan dari segi akal fikiran dan fizikal. Melalui nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang maha esa saya dapat melakukan kerja kursus ini dan menghantar pada waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin megucap dan memberikan penghargaan kepada Encik Ipot yang merupakan pensyarah yang mengajar dan membimbing kami dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga hendak mengucap ribuan terima kasih kepada kawan sekelas saya dan ahli kumpulan saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya semasa melakukan tugasan ini. Semasa membuat tugasan ini, saya telah mendapat beberapa perkara yang penting dan perkara yang perlu saya ketahui. Pertama sekali, melalui tugasan ini saya dapat membuka minda dan penglihatan saya dengan lebih luas mengenai kemahiran komunikasi bertulis dan kemahiran komunikasi lisan. Kemahiran komunikasi ini penting dan wajib bagi saya untuk menguasainya kerana kerjaya guru merupakan kerjaya yang melibatkan komunikasi antara guru dan murid., Komunikasi lisan lebih dapat memberi melibatkan penglihatan dan pendengaran individu yang menerima komunikasi kita maka maklumat yang disampaikan dapat memberi kesan kepada individu yang mendengarnya. Manakala, bagi komunikasi bertulis juga penting dalam penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Di mana ianya bergantung kepada gaya bahasa dan penggunaan bahasa digunakan oleh penulis dalam menulis sesuatu maklumat. Kemudian, tugasan ini juga memberi impak kepada saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam komunikasi lisan dan komunikasi bertulis. Malahan, saya juga mengetahui kepentingan integriti dalam profesion keguruan.Kursus GBM 1103 Bahasa Melayu Konteksual bertujuan untuk melengkapkan diri calon-calon guru dengan ilmu kebahasaan dan kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini selaras dengan peranan guru di sekolah untuk membentuk diri pelajar,menyampaikan ilmu kepada pelajar dan mendidik para pelajar. Dari sini, kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang asas bagi mencapai peranan dan tanggunjawab seorang guru.Manakala, berdasarkan perlaksanaan pengajaran dalam kelas, saya berpendapat dengan adanya perbincagan dalam semasa perbentagan individu kepada rakan sekelas merupakan cara pengajaran yang lebih berkesan daripada pengajaran yang hanya berpusat antara pensyarah dan pelajar. Hal ini demikian kerana, melalui perbincagan antara saya dengan rakan sekelas serta pensyarah dapat mengembangkan idea dan maklumat dengan lebih luas kerana berlaku interaksi dengan pelajar dan pensyarah. Sebagai contoh, melalui perbincangan pelajar dapat melihat sesuatu pelajaran daripada sudut yang berbeza.Akhir sekali, harapan saya adalah apabila saya telah mendapat kerjaya sebagai seorang guru, maka peranan saya adalah untuk menggunakan kemahiran komunikasi ini secara maksimum agar berlakunya penyampaian ilmu dengan lebih berkesan. Serta saya akan berusaha untuk menjadi guru yang mengamalkan integriti di sekolah supaya saya dapat memajukan pendidikan negara Malaysia.

15