Guru Besar

3
Guru besar : En. N. Manimuthu Soalan : 1) Bilik guru sekolah ini terlalu kecil dan hanya boleh memuatkan sekitar 12 orang guru sahaja dan guru-guru yang menghadiri program PBS terpaksa menempatkan diri dalam pusat sumber sekolah . Apakah cadangan Encik untuk memperluas bilik guru? Jawapan : Masalah ini perlu dimaklumkan kepada pihak PPD, JPN, dan PIBG untuk memperluas keluasan bilik guru untuk memuatkan lebih banyak guru. 2) Apakah pandangan tuan terhadap kualiti guru zaman sekarang ? Jawapan : Guru-guru zaman sekarang sangat berkualiti dari segi akademik ataupun pengetahuan ilmiah sahaja. Dari segi alam pekerjaan, kualiti guru itu berbeza bukan sekadar memiliki pencapaian akademik yang tertinggi, kita boleh merumuskan bahawa guru tersebut sangat berkualiti hanya dari sego akademik sahaja. Guru-guru baharu sekarang tidak ingin menerima bebanan dan cabaran. Mereka mudah menjadi stress ataupun tekanan. Guru-guru sekarang menginginkan keadaan yang kondusif. Dengan mudah kata “

description

great

Transcript of Guru Besar

Page 1: Guru Besar

Guru besar : En. N. Manimuthu

Soalan :

1) Bilik guru sekolah ini terlalu kecil dan hanya boleh memuatkan sekitar 12 orang guru sahaja

dan guru-guru yang menghadiri program PBS terpaksa menempatkan diri dalam pusat sumber

sekolah . Apakah cadangan Encik untuk memperluas bilik guru?

Jawapan :

Masalah ini perlu dimaklumkan kepada pihak PPD, JPN, dan PIBG untuk memperluas

keluasan bilik guru untuk memuatkan lebih banyak guru.

2) Apakah pandangan tuan terhadap kualiti guru zaman sekarang ?

Jawapan :

Guru-guru zaman sekarang sangat berkualiti dari segi akademik ataupun pengetahuan

ilmiah sahaja.

Dari segi alam pekerjaan, kualiti guru itu berbeza bukan sekadar memiliki pencapaian

akademik yang tertinggi, kita boleh merumuskan bahawa guru tersebut sangat berkualiti

hanya dari sego akademik sahaja.

Guru-guru baharu sekarang tidak ingin menerima bebanan dan cabaran. Mereka mudah

menjadi stress ataupun tekanan. Guru-guru sekarang menginginkan keadaan yang

kondusif. Dengan mudah kata “ semua perkara yang diarahkan kepada guru perlunya

senang tanpa bekerja keras”.

Guru zaman sekarang hanya berkualiti dari segi intelek tetapi masih rendah dari segi

kawalan emosi, jasmani dan rohani dalam keadaan yang stabil.

3) Apakah harapan tuan terhadap pendidikan guru?

Page 2: Guru Besar

Jawapan :

Pendidikan guru berfokus kepada realiti keperluan sekolah. Contohnya, di Malaysia ada

banyak kategori, gred dan lokasi sekolah. Kategorinya terdiri daripada SK, SJK(T),

SJK(C), SMK harian, Sekolah Menengah agama dan sebagainya. Malahan gred sekolah

pula adalah sekolah bestari, kluster, sekolah kurang murid (SKM) dan sebagainya.

Kawasan bandar dan luar bandar merupakan antara lokasi sekolah di Malaysia.

Pendidikan guru harus diberi penekanan dalam semua aspek tersebut, bukan sekadar

pencapaian ilmiah sahaja. Tetapi, guru-guru yang ditempatkan di kategori dan lokasi

sekolah berlainan, mereka menghadapi banyak tekanan ataupun stress dan cabaran.

Siswazah-siswazah guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru perlu diberi latihan

supaya sanggup berkhidmat di mana-mana sekolah dengan rela hati

Dari segi mentaliti, guru zaman sekarang belum mantap lagi untuk berkhidmat di

kawasan luar bandar. Oleh itu, pendidikan guru harus diberi pendedahan kepada guru-

guru pelatih dari jenis ketegori sekolah dan harus beri fokus kepada realiti di Malaysia.