MANUAL PENGGUNA EKMLTK -...
Transcript of MANUAL PENGGUNA EKMLTK -...
SULIT
EKMLTK – D01/2017
Jawatankuasa Kerja Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)
Kementerian Pendidikan Malaysia
MANUAL PENGGUNA EKMLTK
DIKEMASKINI PADA 11 JANUARI 2017
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 1
TATACARA PENGISIAN DATA BAGI MODUL PENGURUSAN SEKOLAH
DAN PERMOHONAN EKMLTK APLIKASI EKMLTK ONLINE
PERINGATAN
MANUAL PENGGUNA INI HENDAKLAH DIBACA BERSAMA-SAMA MANUAL DEFINISI
VARIABEL EKMLTK
Sila baca definisi variabel dengan teliti sebelum membuat pengisian data ke dalam Modul
Pengurusan Sekolah (MPS): Menu Sekolah dan Menu EKMLTK
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 2
PROSEDUR PERMOHONAN EKMLTK MELALUI MODUL PENGURUSAN
SEKOLAH (MPS)
A. SEKOLAH
1. Guru Data dan Maklumat (GDM): Mengemaskini data dan maklumat di dalam Menu Sekolah, Modul Pengurusan Sekolah.
a. Sub Menu Pengurusan Sekolah b. Sub Menu Kedudukan Sekolah c. Sub Menu Kuarters d. Sub Menu Akses Sekolah
2. Guru Data dan Maklumat (GDM): Mengisi data dan maklumat di dalam Permohonan EKMLTK, Menu EKMLTK, Modul Pengurusan Sekolah.
a. Jenis Permohonan b. Jenis Pedalaman c. Penerima BIP SUK (10%) d. Fasiliti Keselamatan Terdekat (Jika ada) e. Kemudahan Kuarters f. Maklumat Guru Tahun Semasa g. Muat Naik Dokumen Sokongan (jika ada) h. Maklumat Peperiksaan Awam Untuk 3 Tahun Terkini i. Maklumat Tambahan (jika ada)
3. Guru Besar/Pengetua: Membuat Perakuan dan Pengesahan
Permohonan EKMLTK.
4. Menghantar Permohonan EKMLTK Sekolah ke PPD dengan menekan butang HANTAR.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 3
B. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
1. Pegawai ICT PPD: Membuat semakan dan verifikasi data Modul Pengurusan Sekolah dan Permohonan EKMLTK.
2. Pegawai PPD: Membuat Perakuan dan Pengesahan Permohonan EKMLTK.
3. Menghantar Permohonan EKMLTK Sekolah ke JPN dengan menekan butang HANTAR.
C. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
1. Ketua Unit Maklumat: Membuat semakan dan verifikasi data Modul
Pengurusan Sekolah dan Permohonan EKMLTK.
2. Pengarah JPN: Membuat Perakuan dan Pengesahan Permohonan EKMLTK Sekolah.
3. Menghantar Permohonan EKMLTK Sekolah ke KPM dengan menekan butang HANTAR.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 4
CARTA ALIRAN PERMOHONAN EKMLTK
Nota:
* Pengesahan oleh PPD boleh DIBATALKAN (set semula) oleh JPN dan sekolah akan dimaklumkan oleh JPN untuk membuat pembetulan data/maklumat.
Ya
Ya
Ya
Tidak*
Tidak
Tidak*
Permohonan Sekolah - pengisian, semakan data
oleh GDM.
Semakan Data dan Pengesahan Sekolah – PGB
Semakan PPD - semakan & verifikasi data oleh Unit
Pengurusan Maklumat & ICT: Pegawai EMIS.
Data betul, tepat, sahih dan terkini?
Pengesahan PPD – Pegawai PPD
Laporan dan Keputusan Kategori Pedalaman
dihantar ke JK Kerja EKMLTK KPM bagi
pengauditan dan pelaporan kepada JK Induk
Pemantauan EKMLTK KPM
Data betul, tepat, sahih dan terkini?
Pengesahan JPN – Pengarah JPN
Semakan JPN - semakan dan verifikasi data oleh
Unit Maklumat: Ketua Unit Maklumat.
Laporan dan Keputusan Kategori Pedalaman
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 5
MENU SEKOLAH – MODUL PENGURUSAN SEKOLAH
LANGKAH 1 – Sub Menu Pengurusan Sekolah
Login Modul Pengurusan Sekolah di dalam SPS menggunakan ID dan Kata Laluan Guru Data dan Maklumat (GDM).
Pilih MENU SEKOLAH PENGURUSAN SEKOLAH
Semak dan kemas kini data bagi SEMUA variabel di dalam modul ini. Pastikan anda membuat semakan data sedia ada dan isi data ke dalam medan baharu seperti gambarajah di bawah.
Setelah selesai semakan dan kemasukan data, sila SIMPAN (save).
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – PENGURUSAN SEKOLAH
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Bekalan Elektrik
Tindakan GDM: Sila semak dan kemas kini.
Bekalan Air Utama
Status Bekalan Elektrik
Jenis Telekomunikasi
Perkhidmatan Kesihatan Terdekat (Jika ada)
Nama Perkhidmatan Kesihatan Terdekat
Jarak Perkhidmatan Kesihatan Terdekat (km)
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 6
LANGKAH 2 – Sub Menu Kedudukan Sekolah
Pilih MENU SEKOLAH KEDUDUKAN SEKOLAH
Semak dan kemas kini data bagi SEMUA variabel di dalam modul ini. Pastikan anda membuat semakan data sedia ada dan isi data ke dalam medan baharu seperti gambarajah di bawah.
Setelah selesai semakan dan kemasukan data, sila SIMPAN (save).
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – KEDUDUKAN SEKOLAH
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Pejabat pendidikan Daerah (PPD)
Tindakan GDM: Sila semak dan kemas kini.
Jarak dari PPD (km)
Daerah Pentadbiran
Bandar/Pekan Terdekat
Jarak dari Bandar/Pekan Terdekat (km)
Sekolah Rendah
Jarak (km)
Sekolah Menengah
Jarak (km)
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 7
LANGKAH 3 – Sub Menu Kuarters
Pilih MENU SEKOLAH KUARTERS
Semak dan kemas kini data bagi SEMUA variabel di dalam modul ini. Pastikan anda membuat semakan data sedia ada dan isi data ke dalam medan baharu seperti gambarajah di bawah.
Setelah selesai semakan dan kemasukan data, sila SIMPAN (save).
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – KUARTERS
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Kuarters
Ringkasan data dan maklumat kuarters sekolah. Paparan ini hanya untuk sekolah yang mempunyai kemudahan kuarters.
Jika sekolah mempunyai kuarters, sila kemaskini SEMUA maklumat.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 8
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – KUARTERS
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Bil. Guru Yang Menghuni Unit Ini Tindakan GDM: Sila semak dan kemas kini. Bil. Staf Yang Menghuni Unit Ini
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 9
LANGKAH 4 – Sub Menu Akses Sekolah
Pilih MENU SEKOLAH AKSES SEKOLAH
Semak dan kemas kini SEMUA variabel di dalam modul ini. Pastikan anda membuat semakan data sedia ada dan isi data ke dalam medan baharu seperti gambarajah di bawah.
Setelah selesai semakan dan kemasukan data, sila SIMPAN (save).
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – AKSES SEKOLAH
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Akses Sekolah Tindakan GDM:
Sila isi maklumat untuk Mod Perjalanan Risiko Perjalanan dengan membuat tambahan rekod.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 10
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH: MENU SEKOLAH – AKSES SEKOLAH
SEMAK, KEMAS KINI DAN TENTUSAHKAN SEMUA MAKLUMAT SERTA ISI SEMUA
MEDAN UNTUK VARIABEL BERIKUT:
Nota Keterangan berkaitan maksud Mod Perjalanan, Bandar/Pekan Terdekat, Jarak Sehala dan Kos Perjalanan Sehala untuk perjalanan dari Sekolah ke Bandar/Pekan Terdekat.
Sila rujuk Definisi Variabel EKMLTK untuk keterangan lanjut.
Mod Perjalanan Mod
Tindakan GDM: Sila semak dan kemas kini/buat pengisian.
Jenis Jalan
Jenis Pengangkutan
Jarak Perjalanan Sehala (km)
Masa Perjalanan (minit)
Kos Perjalanan (RM) Risiko Perjalanan Tanah Curam/Runtuh/Licin
Banjir
Binatang Buas
Jeram (laluan sungai sahaja)
Ombak Besar (laluan laut sahaja)
Lanun/Pengganas
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 11
MENU EKMLTK
LANGKAH 5 – Menu EKMLTK
Pilih MENU EKMLTK Permohonan EKMLTK
MODUL EKMLTK:
Menu EKMLTK Sila klik pada “EKMLTK” dan kemudian klik “Permohonan EKMLTK”
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 12
LANGKAH 6 – Menu EKMLTK
Maklumat Asas
MODUL EKMLTK:
Jenis Permohonan Sila pilih sama ada “BAHARU”, “RAYUAN” atau “SEMAKAN”
Sila SEMAK semua data dan maklumat di dalam paparan borang ini.
Sila isi maklumat untuk variabel (rujuk Definisi Variable EKMLTK):
JENIS PEDALAMAN
PENERIMA BIP SUK (10%).
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 13
LANGKAH 7 – Menu EKMLTK: Maklumat Perjalanan
MAKLUMAT PERJALANAN & RISIKO PERJALANAN
SILA SEMAK SEMUA DATA BAGI SETIAP VARIABEL:
MAKLUMAT PERJALANAN & RISIKO PERJALANAN
Semua variabel bagi Maklumat Perjalanan & Risiko Perjalanan telah tersedia diisi melalui Modul Pengurusan Sekolah: Akses Sekolah
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 14
LANGKAH 8 – Menu EKMLTK
KEMUDAHAN ASAS & PERKHIDMATAN KESIHATAN TERDEKAT DAN FASILITI KESELAMATAN TERDEKAT
SILA SEMAK SEMUA DATA BAGI SETIAP VARIABEL:
KEMUDAHAN ASAS & PERKHIDMATAN KESIHATAN TERDEKAT
Semua variabel bagi Kemudahan Asas & Perkhidmatan Kesihatan Terdekat telah tersedia diisi melalui Modul Pengurusan Sekolah: Pengurusan Sekolah
FASILITI KESELAMATAN TERDEKAT
Sila isi maklumat ini jika berkenaan untuk setiap variabel:
Balai Polis, Nama dan Jarak (km)
Pondok Polis, Nama dan Jarak (km)
Kem/Pos Tentera, Nama dan Jarak (km)
Balai Bomba, Nama dan Jarak (km) Bomba Sukarela, Nama dan Jarak (km)
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 15
LANGKAH 9 – Menu EKMLTK
MAKLUMAT KEMUDAHAN KUARTERS & MAKLUMAT GURU TAHUN SEMASA
SILA ISIKAN DATA BAGI VARIABEL BERIKUT:
KEMUDAHAN KUARTERS
Sila pilih pilihan jawapan berdasarkan kemudahan kuarters di sekolah.
Sila isi maklumat sekiranya berkaitan untuk “Bil Mendiami: KIP, Kuarters Ladang, Kuarters Sekolah Berdekatan dan Ubahsuai Bilik”.
MAKLUMAT GURU TAHUN SEMASA
Sila isi maklumat dengan merujuk kepada Definisi Variabel EKMLTK.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 16
LANGKAH 10 – Menu EKMLTK
MAKLUMAT MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN, MAKLUMAT PEPERIKSAAN AWAM UNTUK 3 TAHUN TERKINI & MAKLUMAT TAMBAHAN
SILA ISIKAN MAKLUMAT BAGI VARIABEL BERIKUT:
MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN (JIKA ADA)
Muat naik dokumen sokongan jika ada.
Dokumen sokongan boleh di dalam bentuk laporan, laporan bergambar, gambar, peta atau lain-lain bentuk yang sesuai.
Dokumen sokongan ini hendaklah disediakan di dalam format Microsoft Words atau PDF dengan saiz tidak melebihi 3Mb.
MAKLUMAT PEPERIKSAAN AWAM 3 TAHUN TERKINI
Isikan keputusan Peperiksaan Awam yang berkaitan bagi 3 tahun yang terkini.
MAKLUMAT TAMBAHAN (JIKA ADA)
Sila isikan maklumat tambahan tidak melebihi 250 patah perkataan.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 17
LANGKAH 11A – Menu EKMLTK
PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA – LOGIN GDM
SILA ISIKAN MEDAN BAGI VARIABEL BERIKUT:
PENGESAHAN DAN PERAKUAN GURU BESAR/PENGETUA
Pengesahan ini TIDAK AKTIF apabila menggunakan LOGIN Guru Data dan Maklumat (GDM). Guru Besar/Pengetua dikehendaki login masuk untuk tujuan Perakuan dan pengesahan dan butang SIMPAN akan bertukar kepada butang HANTAR.
BUTANG SIMPAN Sila tekan butang SIMPAN untuk menyimpan (saving) semua maklumat yang telah diisi.
BUTANG CETAK PERMOHONAN
Sila buat cetakan borang dengan menekan butang CETAK PERMOHONAN. Fungsi ini akan menghasilkan cetakan Borang Permohonan EKMLTK dalam format PDF. Sila simpan (save) borang ini dalam computer dan cetak borang ini selepas pengesahan PGB (LANGKAH 11B) dibuat oleh Guru Besar/Pengetua untuk rekod.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 18
PERINGATAN Guru Besar/Pengetua dikehendaki menyemak SEMUA data dan maklumat yang diisi di dalam Borang EKMLTK adalah betul dan benar sebelum membuat pengesahan. Sebarang penyelewengan data dan maklumat yang diberikan boleh dikenakan tindakan tata tertib dan lain-lain tindakan.
LANGKAH 11B – Menu EKMLTK
PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA – LOGIN PGB
SILA ISIKAN MEDAN BAGI VARIABEL BERIKUT:
PENGESAHAN DAN PERAKUAN GURU BESAR/PENGETUA
Pengesahan ini aktif apabila menggunakan LOGIN Guru Besar/Pengetua.
Sila klik kotak untuk tujuan pengesahan dan perakuan.
Kemudian sila isikan NAMA GURU BESAR/PENGETUA, NO.KP, JAWATAN & GRED, NO.TEL (HP) dan E-MEL.
BUTANG HANTAR Sila tekan butang HANTAR untuk menghantar Borang Permohonan EKMLTK ini ke Kementerian Pendidikan Malaysia.
BUTANG CETAK PERMOHONAN
Fungsi ini menghasilkan cetakan Borang Permohonan EKMLTK dalam format PDF. Sila simpan (save) di dalam komputer terlebih dahulu dan cetak borang ini selepas pengesahan dibuat oleh Guru Besar/Pengetua untuk rekod.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 19
PENTING
PERINGATAN
Pengetua/Guru Besar dikehendaki menyemak SEMUA data dan maklumat yang diisi di dalam Borang EKMLTK ini adalah BETUL dan BENAR sebelum membuat pengesahan. Sebarang penyelewengan data dan maklumat yang diberikan boleh dikenakan tindakan tata tertib dan lain-lain tindakan.
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 20
PROSEDUR PERAKUAN DAN PENGESAHAN PERMOHONAN EKMLTK
OLEH GURU BESAR/PENGETUA (SEKOLAH), PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH (PPD) DAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 21
PERINGKAT PENGESAHAN DATA
Paparan Perakuan & Pengesahan PGB – Login PGB
LANGKAH 12 – PENGESAHAN DATA PGB
PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA – LOGIN PGB
Pengetua/Guru Besar atau wakil yang diberikan kuasa untuk membuat semakan data dan membuat pengesahan.
Maklumat Nama, No KP, Jawatan & Gred, No.Telefon (HP) Dan E-mel MESTI diisi oleh Pengetua/Guru Besar atau maklumat wakil yang diberikan kuasa. TEKAN BUTANG HANTAR
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 22
Paparan Perakuan & Pengesahan Pegawai Pendidikan Daerah – login Pegawai PPD
LANGKAH 13 – PENGESAHAN DATA PPD
PENGESAHAN PPD & SOKONGAN PERMOHONAN – LOGIN PPD
Pegawai PPD atau pegawai yang diberikan kuasa (Pegawai ICT atau lain-lain pegawai) untuk membuat semakan data dan membuat pengesahan.
Maklumat Nama, No KP, Jawatan & Gred, No.Telefon (HP) Dan E-mel MESTI diisi oleh Pegawai PPD atau maklumat pegawai yang diberikan kuasa. TEKAN BUTANG HANTAR
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 23
Paparan Perakuan & Pengesahan Pengarah JPN – Login Pengarah
LANGKAH 14 – PENGESAHAN DATA JPN
PENGESAHAN JPN – LOGIN JPN
Pengarah JPN atau pegawai yang diberikan kuasa (Ketua Unit Maklumat atau lain-lain pegawai) untuk membuat semakan data dan membuat pengesahan.
Maklumat Nama, No KP dan Jawatan & Gred, MESTI diisi oleh Pengarah JPN atau maklumat pegawai yang diberikan kuasa. TEKAN BUTANG HANTAR
SULIT
Jawatankuasa Kerja EKMLTK KPM2017 MANUAL PENGGUNA SEKOLAH 24
Disediakan oleh
Jawatankuasa Kerja Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 4, Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
JANUARI 2017