Guru & Cabaran Sms

22
1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrase antara kaum dan dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategic agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Menurut Kamus Dewan(2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran merujuk kepada 'sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi'. Dalam usaha mencapai misi KPM, iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan akan dihadapi. Sejajar dengan ini, KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti merupakan usaha dan pemangkin untuk membangunkan generasi alaf baharu. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang dirancangkan secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya demi menangani cabaran-cabaran abad ke -21. Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. 1

description

Guru & Cabaran Sms

Transcript of Guru & Cabaran Sms

Page 1: Guru & Cabaran Sms

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting

untuk memupuk integrase antara kaum dan dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan

yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf

baru selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem

pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategic agar boleh meningkatkan

keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat

menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Menurut Kamus Dewan(2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang

dibincangkan. Manakala cabaran merujuk kepada 'sesuatu unsur atau faktor yang menguji

kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi'. Dalam usaha mencapai misi KPM, iaitu

membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan akan

dihadapi. Sejajar dengan ini, KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) 2006 - 2010 melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama

melalui pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti merupakan usaha dan pemangkin

untuk membangunkan generasi alaf baharu. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-

usaha yang dirancangkan secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan

amalannya demi menangani cabaran-cabaran abad ke -21.

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai

cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya,

pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan

mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut. Para pendidik juga perlu sedar bahawa

dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat

futuristic, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi

sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industry, mampu bersaing dalam

system ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa

bertambah canggih, boleh menggunakan komputer sebagai keperluan urusan harian dan

limpahan maklumat sejagat. Kita perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang

terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

1

Page 2: Guru & Cabaran Sms

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik

itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak

dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan

diperbincangkan tetapi perkembangan semasa dijangka lebih hebat dan kritikal dengan

sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut adalah seperti

melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, social, politik, ekonomi, sains dan

teknologi. System pendidikan negara juga tidak terlepas daripada cabaran semasa yang

memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang

setara dengan masyarakat di negara luar.

2

Page 3: Guru & Cabaran Sms

2.0 MODAL INSAN BERMINDA KELAS PERTAMA

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigm dalam

setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan deduktif

yang dinamik dalam semua aspek kehidupan serta mempunyai minda kelas pertama. Secara

umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu

kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Modal insan minda kelas pertama

sering dikaitkan dengan taraf pendidikan seseorang tetapi tidak semestinya bergantung kepada

faktor pendidikan. Nilai modal insan juga bergantung kepada pemilikan ilmu dan kemahiran

yang bergantung kepada situasi atau konteks persekitaran.Dalam pembentukan yang praktikal,

hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas

pertama yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang

dimiliki dalam kehidupan seharian.

Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan

aspirasi negara. Pendidik merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Di tangan

pendidik sendiri, martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan

dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan

sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan itu sendiri. Termasuk dalam hasrat

ini ialah peranan guru bagi memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar. Melalui ciri

kesedaran kendiri, pendidik perlu menanamkan mentaliti dan pemikiran serta tindakan bahawa

‘Minda Kelas Pertama’ perlu wujud dalam diri sendiri terlebih dahulu seterusnya ‘Minda Kelas

Pertama’ kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti dalam

kalangan anak didik. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyaraka tmembangun dari

dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental.

Menyentuh ciri fokus, sebagai warga pendidik perlu memfokuskan terhadap segala

perubahan minda, sikap dan nilai budaya dalam kalangan pelajar. Fokus terhadap perubahan

ini perlu agar pendekatan pembelajaran khusus dapat diambil bagi menangani implikasi

fenomena dan perubahan baru ini terhadap kehidupan masa hadapan anak-anak pelajar.

Sekurang-kurangnya dengan fokus tersebut, sebagai warga pendidik boleh mengenal pasti ilmu

dan kemahiran baru pengalaman dan aspek kemanusiaan yang wajar diutamakan dalam

melaksanakan fungsi keguruan.

3

Page 4: Guru & Cabaran Sms

Minda Kelas Pertama difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi

keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut

merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya

menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang

boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Minda

Kelas Pertama adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta

komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan

institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan

azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini.

Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam pembangunan insan.

Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan

mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur. Norma adalah peraturan masyarakat

mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup

sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan

membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan

bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Imej masyarakat kita

adalah kaya dengan norma-norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama.

Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk Minda Kelas Pertama. Kita

perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan kita

bahawa Minda Kelas Pertama perlu wujud dalam diri sendiri. Seterusnya Minda Kelas Pertama

kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat

serta pihak masyarakat yang lain. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat

membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental.Permulaannya adalah azam

bagi memulakannya.

4

Page 5: Guru & Cabaran Sms

3.0 SEJAUH MANA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA?

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan

negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam

pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan

paradigm yang dapat menitiskan alaf baru dalam segala aspek pendidikan. Ini juga merupakan

satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan

antarabangsa.

Dalam tempoh beberapa dekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan

demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selepas

kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang

beracuankan negara Malaysia. Misi dan matlamat dibina adalah jelas untuk mewujudkan

perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan, yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

masa depan.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi

merealisasikan hasrat pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan berkualiti minda

kelas pertama yang dapat mengharungi dalam globalisasi. Pada pandangan saya, saya

bersetuju bahawa sistem pendidikan terkini dapat melahirkan modal insan minda kelas pertama

atas hujah-hujah yang berikut.

3.1 Sistem Pendidikan Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Memetik kata-kata Dato' Seri Haji Idris Jusoh dalam Berita Harian bertarikh 26 Febuari

2015 iaitu Negara Luar Yakini Kualiti Pendidikan Negara Malaysia menunjukkan bahawa sistem

pendidikan Malaysia bertaraf antarabangsa dan mampu untuk bersaing di peringkat global.

Antara matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk menjadikan pendidikan di negara ini

"bertaraf dunia". Ini merupakan satu reformasi bagi menghadapi alaf baru. Reformasi

pendidikan ini amat perlu disegerakan kerana segala perubahan yang berlaku amat pantas

terutamanya di dalam era teknologi maklumat. Kementerian Pendidikan kini telah banyak

5

Page 6: Guru & Cabaran Sms

melaksanakan perubahan. Segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan menuntut seluruh

kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan sebaik mungkin. Ini

bermakna di bahu kaum pendidiklah dipertanggunjawabkan tugas berat bagi merelisasikan

segala perubahan yang di bawa.

Persoalan sekarang adakah pendidikan bertaraf dunia ini melahirkan modal insan kelas

pertama yang mampu mengharungi cabaran globalisasi? Sudah semestinya ‘ya’. Langkah

permulaan kerajaan bagi menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah dengan

menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan menggalakkan penubuhan institusi-institusi

pengajian tinggi swasta dari luar negara atau dalam negara. Pada tahun lepas Parlimen

Malaysia telah meluluskan Akta Pendidikan Tinggi Swasta bagi memastikan pihak swasta

mewujudkan pusat-pusat pengajian tinggi. Ianya bertujuan memberi peluang kepada lebih

ramai rakyat negara ini dan rakyat asing melanjutkan pelajaran di negara ini.

Kerajaan juga berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kualiti ISO 9000 dalam sektor

Perkhidmatan Awam. ISO 9000 adalah satu standard sistem pengurusan berkualiti, yang

merupakan satu panduan kepada organisasi untuk meningkatkan proses kerja. Sektor

pendidikan juga boleh memperolehi pengiktirafan ini, bagi memastikan kualiti perkhidmatan

yang diberikan kepada pelanggan adalah sentiasa tinggi. Selain daripada institusi pengajian

tinggi, semua peringkat pendidikan di seluruh negara, sudah sampai masanya memastikan satu

tahap kualiti yang sewajarnya dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila sebuah sekolah rendah dan

sebuah sekolah menengah pertama di Negeri Perlis telah berjaya memperolehi sijil

pengiktirafan ISO 9002. Ini membuktikan bahawa sektor perkhidmatan pendidikan juga

berkeupayaan meningkatkan kualiti sistem pengurusan dan proses kerja mereka.

Usaha kerajaan dalam memperkasakan sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia

menunjukkan bahawa hasil dari usaha yang dilakukan ini akan melahirkan kualiti produktif dan

mempunyai ciri-ciri modal insan kelas pertama. Pendidikan bertaraf dunia ini juiga menjadikan

modal insan kelas pertama yang dihasilkan senang mengharungi dan mengadaptasi dalam era

globalisasi.

6

Page 7: Guru & Cabaran Sms

3.2 Falsafah Pendidkan Negara Menekankan Pembangunan Modal Insan

“Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Dasar pendidikan terkini menyatakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

FPK yang menekankan kepada beberapa aspek dalam mewujudkan insan. Meneliti hasrat yang

diketengahkan oleh FPK jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan terkini menginginkan

potensi individu dikembangkan dengan menyeluruh menerusi aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial iaitu JERIS. Pembangunan generasi yang mempunyai perkembangan

menyeluruh dalam aspek JERIS meliputi ciri-ciri modal insan minda kelas pertama yang

dihasratkan oleh kerajaan.

Sistem pendidikan terkini mampu untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama

dapat dilihat dan dibuktikan mmenerusi hasrat FPK ini. Dalam mengharungi dunia tanpa

sempadan, individu seharusnya dipersiapkan engan perkembangan yang menyeluruh sebagai

satu titik tolak dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Hasrat FPK menekankan kepada

pembangunan individu yang seimbang dan mampu untuk mengharungi cabaran globalisasi.

Pemantapan dalam sistem pendidikan terkini selaras dengan hasrat FPK akan melahirkan

modal insan minda kelas pertama yang boleh mengharungi cabaran globalisasi.

Kesimpulannya, dapatlah dilihat bahawa sistem pendidikan terkini mampu untuk

melahirkan modal insan minda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran globalisasi

menerusi matlamat FPK. Usaha untuk merealisasikan hasrat ini akan terus dimantapkan dan

usaha pelbagai pihak dalam menggembleng tenang merealisasikan demi melahirkan modal

insan minda kelas pertama.

3.3 Pembaharuan Dasar Pendidikan Mengikut Keperluan Globalisasi

7

Page 8: Guru & Cabaran Sms

Jika dilihat dalam aspek pendidikan terkini jelas menunjukkan kepada kita bahawa

sistem pendidikan mengalami pembaharuan dari semasa ke semasa. Penambahan dasar

dalam pendidikan juga diwar-warkan bagi memperkasakan sistem pendidikan Negara kita.

Antara dasar pendidikan yang berubah ialah perubahan dasar Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) berubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

yangdiperkenalkan pada tahun 2011. Menerusi perubahan ini, pelbagai kritikan telah diperolehi.

Antaranya mengatakan bahawa pembeaharuan dalam kurikulum tidak relevan kerana terdapat

pelbagai dasar baru yang menambah beban murid mahupun penjawat awam. Pengenalan

dasar baru dalam pendidikan juga iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-

2025 yang menekankan kepada 11 anjakan dalam pendidikan merupakan satu dasar yang

memacu dalam melahirkan generasi modal insan minda kelas pertama.

Pelbagai reaksi dan pandangan yang diperolehi dari rakyat berkenaan dengan isu ini.

Tidak kurang juga mengkritik isu ini dan mengatakannya sebagai sesuatu yang tidak relevan.

Namun begitu, jika dilihat dari matlamat pembaharuan dasar pendidikan, perubahan yang

dilakukan adalah mengikut kepada keperluan globalisasi. Dunia semakin maju, teknologi

semakin mencakar langit. Sistem pendidikan Negara kita memperkenalkan dasar-dasar baru

yang seiring dengan matlamat globalisasi agar melahirkan modal insan kelas pertama yang

boleh mengharungi cabaran globalisasi dan bersifat bersaing antarabangsa. \

Sistem pendidikan terkini memperkenalkan dasar yang baru bagi menyesuaikan dengan

kehendak globalisasi merupakan satu usaha yang dilakukan yang menunjukkan bahawa sistem

pendidikan terkini mampu untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang dapat

menghadapi cabaran globalisasi.

3.4 Sistem Pendidikan Menekankan Kepada Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

8

Page 9: Guru & Cabaran Sms

Di samping itu, usaha yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan modal insan minda

kelas pertama ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia

dan bahasa Inggeris dan digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. Hal ini demikian

kerana kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia telah mewujudkan persekitaran semula jadi

yang kondusif untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran dalam lebih daripada satu

bahasa. Contohnya, pelajar yang mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung

Hua, dalam masa yang sama bukan sahaja dapat menguasai bahasa Mandarin bahkan dapat

menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sekali gus dapat menguasai lebih daripada

satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa bukan sahaja mendatangkan faedah

kepada diri pelajar malah dapat membantu murid untuk menyertai tenaga kerja global.

Oleh itu, aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memastikan setiap

murid dari peringkat rendah hingga menengah, berpeluang untuk mempelajari bahasa

tambahan. Dengan menguasai bahasa tambahan, pelajar akan dapat menyelami pelbagai

budaya kaum di negara ini. Selain itu, peluang pekerjaan untuk pelajar yang dapat menguasai

bahasa tambahan adalah amat tinggi. Hal ini demikian kerana majikan lazimnya gemar

mengupah pekerja yang dapat menguasai bahasa tambahan kerana mereka dapat

berkomunikasi dengan para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa serta

dapat melicinkan apa-apa urusan dengan pelanggan. Pendek kata, langkah kerajaan untuk

memastikan setiap murid menguasai bahasa tambahan pasti dapat melahirkan modal insan

minda kelas pertama.

Penekanan terhadap penguasaan kemahiran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini

merupakan satu sistem dalam pendidikan yang berkaitan dengan tuntutan PIPP yang kedua

iaitu Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ini

merupakan satu usaha yang dilakukan bagi meralisasikan pendidikan bagi melahirkan modal

insan minda kelas pertama yang boleh mengharungi globalisasi.

3.5 Pembudayaan Teknologi Maklumat/Ict Sebagai Wadah Penyampaian ilmu Era Globalisasi

9

Page 10: Guru & Cabaran Sms

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke

arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif

untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) adalah perlu diperluaskan. ICT merupakan akronim atau kata singkatan daripada

perkataan Information dan Comunication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi

Maklumat. Maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara

berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Teknologi komunikasi terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk

menyalurkan dan mengakses maklumat.Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek

‘tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’.Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh

tanpa mengubah maklumat terebut.

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan

teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk

memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan

membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan

penilaian.Berdasarkan kepada penjelasan oleh para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai

makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi

diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh

aktiviti manusia.

Dalam era globalisasi, bagi melahirkan modal insan kelas pertama penekanan terhadap

teknologi maklumat sangat diambil perhatian. Ianya kerana dalam era globalisasi penyampaian

ilmu ialah melalui medium teknologi maklumat khususnya. Sistem pendidikan di Malaysia

memperkenalkan dasar pendidikan yang mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat

dalam pembelajaran. Pembudayaan teknologi maklumat ini akan melahirkan generasi modal

insan kelas pertama yang mengharungi globalisasi. Sebagai contoh, penyebaran dalam sistem

pendidikan, terdapat pelbagai laman sesawang yang memberikan ilmu dunia dan akhirat yang

sahih, dan boleh dirujuk dalam pengajaran dan pembelajaran.

10

Page 11: Guru & Cabaran Sms

4.0 PENUTUP

11

3.0 ISU CABARAN SEMASA :

TRANSFORMASI SEKOLAH

LUAR BANDAR

Page 12: Guru & Cabaran Sms

Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan

yang cemerlag bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah kesediaan dan

kesanggupan guru sendiri mengubah paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara

professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat.

Walaupun dibebani dengna tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan

berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan

meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.

Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan

mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai

kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk

menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah

semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah

merungut dengan beban tugas yang dipikul.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, cabaran guru lebih mencabar. Guru

bertanggungjawab dalam merealisasikan apa juga hasrat dalam pendidikan Negara. Tugas

guru tidak boleh dipandang mudah dan enteng kerana guru mempunyai pelbagai

tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Amanah yang dipikul tidak boleh dilihat dari mata

kasar tetapi juga penggalasan beban seorang guru dapat dilihat dari pelbagai aspek.

Kesimpulannya, dalam merealisasikan pendidikan, semua guru haruslah menggembleng

tenaga untuk bersatu padu memantapkan jati diri sebagai seorang guru yang bakal

merubah dunia.

5.0 REFLEKSI

12

Page 13: Guru & Cabaran Sms

Saya, Sri Nor Syazwani Binti Mohammad mendapati bahawa kerja kursus ini dapat

dilaksanakan seperti yang dirancang dan dengan bantuan dari pelbagai pihak. Saya berasa

amat bersyukur kerana dengan adanya kerja kursus ini membantu saya untuk lebih memahami

dan mendalami apa yang telah dipelajari dan mengaplikasi isi kandungan pembelajaran dalam

subjek EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa.

Dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini, saya telah memahami dan menyelami serta

menjiwai erti kesabaran dan kesungguhan Untuk melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini

dengan sempurna, saya dapat memahami serta menyelami erti kesabaran dan kesungguhan

yang sewajarnya saya tanamkan dalam diri sebagai seorang pelajar IPG. Saya mampu

menyedari akan kepentingan sesuatu yang bersifat ilmiah walaupun kecil. Saya juga dapat

menilai kerjasama antara saya dengan rakan-rakan yang lain kerana perbezaan dan pertukaran

pendapat sesama rakan dapat mengajar saya untuk menerima pendapat orang lain, selain

mampu meningkatkan kemahiran menganalisis sesuatu perkara sama ada yang baik mahupun

buruk.

Melalui tugasan ini, saya telah meneroka apakah sistem pendidikan terkini di Malaysia.

Sebelum ini saya hanya melihat sistem pendidikan Malaysia dari pandangan luar sahaja tanpa

mendalami bagaimana sesebuah dasar itu mempengaruhi dalam sistem pendidikan Negara

Malaysia. Melalui tugasan ini, saya dapat membuat penerokaan ilmiah mengenai tugasan

pertama yang membuka mata saya untuk mendalami sistem pendidikan terkini. Hal ini sangat

berkait rapat dengan kehidupan saya yang bakal menjadi guru tidak lama lagi. Pendedahan

ilmu seperti ini sangat penting bagi saya sebagai satu panduan dan meningkatkan lagi

keazaman saya untuk merealisasikan hasrat dalam sistem pendidikan.

Selain itu, saya juga membuat penerokaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan

penyelidikan ilmiah cabaran guru pada masa kinji. Saya berpeluang untuk meneliti beberapa isu

dan membaca isu tersebut sebagai persediaan buat diri saya. Berdasarkan isu yang telah saya

pilih, saya dapat membuat analisis kritikal isu tersebut dan menghuraikan bagaimana cara

untuk mengatasi. Ilmu yang saya perolehi ini sangat berguna dan bermanfaat bagi saya pada

masa kini dan pada masa hadapan.

Pengalaman-pengalaman yang saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini

sebenarnya banyak membantu saya untuk berdepan dengan profesion keguruan yang sebenar

dan murid-murid di sekolah nanti. Ianya meningkatkan kesedaran dalam diri saya bahawa

13

Page 14: Guru & Cabaran Sms

bukan mudah untuk menjadi seorang guru lebih-lebih lagi seorang guru agama yang dipandang

tinggi oleh masyarakat. Ia bukan sahaja memerlukan persediaan fizikal dan mental tetapi

emosi, ilmu pengetahuan dan sahsiah yang baik apabila bergelar seorang guru.

Tugasan ini merupakan tugasan yang mengambil kira pelbagai aspek seperti

kekemasan, ketelitian, terperinci dan interaktifnya. Kekangan yang paling menekankan saya

juga ialah dalam mentadbir waktu dan masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan piawaian

yang ditetapkan. Dalam membuat tugasan ini mendidik hati dan jiwa serta fizikal saya untuk

bersabar dan menerima cabaran sebagai seorang guru pelatih IPG yang bakal menjadi

pendidik nusa dan bangsa suatu hari nanti. Akhir kalam, saya berharap agar saya mampu untuk

lebih mendalami tentang semua aspek yang telah saya nyatakan di atas untuk dijadikan

sebagai rujukan di masa akan datang khususnya apabila bergelar seorang pendidik kelak.

Saya juga mengalami beberapa masalah semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya

ialah kekangan masa yang menuntut saya untuk menyiapkan kerja kursus yang lain.

Alhamduliullah, dengan pengurusan masa yang berkesan, saya dapat menyiapkan tugasan ini

dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga menghadapi masalah dari segi kekurangan

sumber maklumat. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT

yangf mana menjadikan menyukarkan saya membuat rujukan. Dengan bantuan dari rakan dan

kolaborasi antara pensyarah, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.

6.0 BIBLIOGRAFI

14

Page 15: Guru & Cabaran Sms

Noriati A. Rashid etl (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Terbitan Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Guru dan Cabaran

Semasa. Selangor: Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2012). Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan

Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A.Rashid & Boon Pong Ying (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia :” keperihalan kini dan arah

yang di tuju “ KONPEN V. Johor Bharu:

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman

Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Kuala Lumpur

15

Page 16: Guru & Cabaran Sms

LAMPIRAN A

(SOALAN TUGASAN)

16