guru dalam peranan

9
TUGASAN 1 : GURU DALAM PERANAN Pengenalan Drama kreatif merujuk kepada aktiviti-aktiviti drama yang tidak formal di mana murid dibimbing oleh guru mengapresiasi dan menghayati tajuk dengan penuh perasaan. Matlamat utama drama kreatif bukan untuk tujuan pementasan, tetapi yang paling penting ialah untuk menggalakkan murid meneroka alam imaginasi mereka secara bebas tetapi terkawal melalui disiplin seni teater. Selain itu, aktiviti seumpama ini juga bertujuan untuk mengembangkan potensi diri murid melalui aktiviti libat sama secara berkumpulan serta meningkatkan kemahiran dan apresiasi terhadap apa yang dipelajari. Drama kreatif merupakan satu proses yang dinamik. Guru membimbing murid meneroka serta mengembangkan idea dan perasaan melalui pergerakan dramatik. Murid juga dilatih melaksanakan aktiviti-aktiviti improvisasi berdasarkan isi pelajaran yang disampaikan. Berbeza dengan sesebuah pementasan yang mementingkan hasilnya, drama kreatif lebih memberikan tumpuan kepada proses pembinaan dan perkembangan kemahiran murid. Aktiviti drama kreatif juga menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan daya imaginasi murid. Semasa aktiviti berlangsung, guru akan menggalakkan murid berfikir melalui soalan- soalan bercapah dan membimbing murid ke arah pemikiran yang terbuka. Keterlibatan murid dalam drama kreatif juga tidak sekadar meningkatkan kecekapan berbahasa malahan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, membina konsep diri yang positif, memupuk kesedaran sosial, empati, nilai-nilai murni dan sikap yang positif.

description

esei

Transcript of guru dalam peranan

TUGASAN 1 : GURU DALAM PERANAN

PengenalanDrama kreatif merujuk kepada aktiviti-aktiviti drama yang tidak formal di mana murid dibimbing oleh guru mengapresiasi dan menghayati tajuk dengan penuh perasaan. Matlamat utama drama kreatif bukan untuk tujuan pementasan, tetapi yang paling penting ialah untuk menggalakkan murid meneroka alam imaginasi mereka secara bebas tetapi terkawal melalui disiplin seni teater. Selain itu, aktiviti seumpama ini juga bertujuan untuk mengembangkan potensi diri murid melalui aktiviti libat sama secara berkumpulan serta meningkatkan kemahiran dan apresiasi terhadap apa yang dipelajari.Drama kreatif merupakan satu proses yang dinamik. Guru membimbing murid meneroka serta mengembangkanidea dan perasaan melalui pergerakan dramatik. Murid juga dilatih melaksanakan aktiviti-aktiviti improvisasi berdasarkan isi pelajaran yang disampaikan. Berbeza dengan sesebuah pementasan yang mementingkan hasilnya, drama kreatif lebih memberikan tumpuan kepada proses pembinaan dan perkembangan kemahiran murid.Aktiviti drama kreatif juga menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan daya imaginasi murid. Semasa aktiviti berlangsung, guru akan menggalakkan murid berfikir melalui soalan-soalan bercapah dan membimbing murid ke arah pemikiran yang terbuka. Keterlibatan murid dalam drama kreatif juga tidak sekadar meningkatkan kecekapan berbahasa malahan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, membina konsep diri yang positif, memupuk kesedaran sosial, empati, nilai-nilai murni dan sikap yang positif. Drama kreatif memberi fokus kepada guru sebagai ketua dalam peranan di mana guru bertindak meransang dan memulakan aktiviti drama kreatif di bilik darjah. Guru berperanan sebagai watak tertentu dalam cerita atau isu yang dibawa oleh kanak-kanak. Dalam melaksanakan kaedah ini menerusi penghayatan terhadap teks cerita kanak-kanak, guru perlu merancang peranan-peranan tertentu mengikut matlamat dan keprluan kandungan teks tersebut. Terdapat beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh guru antaranya, Saya tidak tahu, Pengarah, Penyampai mesej, Ahli pembangkang, Antagonis dan Pelbagai.

Peranan Saya tidak tahu atau perlukan bantuanPeranan guru sebagai Saya tidak tahu atau Perlukan bantuan merupakan peranan yang mudah dilakukan oleh ketua yang baru mencuba aktiviti ini. Peranan seperti ini adalah peranan yang paling mudah untuk mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada kanak-kanak kerana sesiapa yang memainkan peranan ini akan cuba untuk menarik perhatian murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui peranan ini, guru akan beranggapan bahawa dia dalam keadaan serba tidak tahu dan mengharapkan terdapat penyelesaian terhadap masalah yang akan cuba dicetuskan di sebabkan guru memainkan peranan tidak tahu.Sebagai contoh, kita boleh mengambil cerita Si Tikus menyelamatkan Si Singa. Sekiranya guru sebagai Si Singa, dia tidak tahu apakah tindakan yang perlu diambil ketika Si Tikus mengacaunya yang sedang tidur? Maka, guru boleh bertanya kepada murid-murid apakah yang tindakan yang patut diambil oleh singa. Murid akan berfikir dan memberikan respon terhadap masalah yang baru ditimbulkan oleh guru sebentar tadi. Kemungkinan murid akan menjawab Si Singa akan makan Si Tikus atau memberikan peluang kepada Si Tikus untuk menyelamatkan diri. Kemudian, guru juga boleh berperanan sebagai SI Tikus yang sedang melihat Si SInga berada dalam kesusahan. Seterusnya, guru akan bertanya kepada murid-murid bagaimanakah cara Si Tikus hendak menyelamatkan Singa yang berada dalam kesusahan. Setiap persoalan yang dikemukakan akan memberi ruang dan peluang untuk murid berfikir cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dicetuskan.Oleh itu, peranan guru sebaga Saya tidak tahu serba banyak dapat membantu murid-murid untuk berimaginasi, apabila persoalan ditimbulkan oleh guru, mereka akan berimaginasi untuk membayangkan apakah kesan dan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil atau memutuskan sesuatu langkah penyelesaian. Justeru itu, drama kreatif ini mampu menggalakkan murid untuk berimaginasi dan berfikiran secara kreatif kerana tidak mustahil apabila soalan dikemukakan, terdapat banyak respon yang diperolehi dan kemungkinan daripada respon-respon tersebut ada respon yang berfikiran di luar kotak.

Peranan Seorang pengarahPeranan guru sebagai Seorang pengarah adalah guru memberikan arahan kepada pelakon-pelakon berdasarkan cerita yang dilakonkan. Berdasarkan skrip cerita yang telah dibina, guru akan memberikan arahan kepada pelakon-pelakon untuk melakonkan atau beraksi menggunakan watak masing-masing. Guru akan memberikan arahan sama ada mimik muka apa yang sesuai dipamerkan oleh pelakon dan gaya persembahan bagaimana yang perlu mereka persembahkan sama ada menyanyi atau menari. Selain itu, guru juga boleh berperanan sebagai watak yang paling berkuasa dan boleh memberikan arahan kepada watak-watak lain bagi tujuan menggerakkan plot cerita.Sebagai contoh dalam cerita Cinderella, guru sebagai pengarah berkuasa untuk memberikan arahan dan memilih beberapa orang murid untuk memainkan watak-watak yang terdapat dalam karya untuk melakonkan watak tersebut. Guru berhak untuk menentukan siapa yang akan melakonkan watak protagonis dan antagonis serta watak-watak sampingan yang lain. Guru akan memastikan kelengkapan pelakon-pelakon dari segenap aspek berada dalam keadaan baik seperti pakaian, mekap dan juga penghafalan skrip. Guru boleh mengarahkan ahli teknikal atau tatahias untuk menguruskan pelakon-pelakon.Selain itu, apa yang penting ialah walaupun guru berperanan sebagai pengarah dalam memberikan apa-apa arahan, guru tidak boleh lupa bahawa guru juga memainkan peranan untuk membantu dan membimbing murid-murid menjalankan aktiviti teater bercerita. Setaipa arahan yang dikeluarkan guru akan diiringi dengan bimbingan dan cara-cara untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan betul.Justeru itu, guru sebagai Pengarah akan memastikan sepanjang proses teater bercerita akan berjalan dengan lancer dan dia juga akan pastikan setiap tugas yang telah diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa akan terlaksana dengan sempurna. Oleh itu, guru sebagai Pengarah ini merupakan kepala dalam sesuatu projek dan dia serba tahu setiap selok belok sesuatu teater bercerita

Peranan Sebagai Penyampai mesej atau ArahanPeranan guru sebagai Penyampai mesej adalah seperti penolong ketua atau penolong pengarah yang menyampaikan arahan atau pesanan kepada ahli yang lain. Peranan ini boleh dianggap sebagai penolong kepada peranan guru sebagai Pengarah kerana tugas peranan guru sebagai Penyampai mesej adalah menyampaikan arahan yang diterima daripada pengarah, kemudian arahan tersebut akan disebarkan kepada ahli-ahli yang lain seperti pelakon dan ahli jawatankuasa. Guru boleh meminta pendapat murid-murid yang berperanan sebagai watak lain dalam cerita untuk membincangkan sesuatu isu atau permasalahan yang perlu diselesaikan dan perlu diberikan kata putus. Guru sebagai peranan Penyampai mesej akan mengambil kira pendapat-pendapat watak atau pelakon-pelakon lain. Ia berbeza dengan peranan guru sebagai Penyampai yang telah menetapkan sesuatu perkara terlebih dahulu.Sebagai contoh untuk menerangkan peranan guru sebagai Penyampai mesej melalui cerita Anak Ikan Yang Tidak Mendengar Kata. Guru sebagai Penyampai mesej yang memegang watak sebgai Ibu Ikan akan menyatakan kepada ahli kumpulan yang memegang watak lain dalam cerita untuk sentiasa mendengar nasihat atau kata ibu bapa serta tidak menjadi mangsa kepada tipu daya manusia yang hanya mengumpan ikan-ikan untuk menjadikan sumber makanan mereka. Oleh itu, peranan guru sebagai Penyampai mesej secara tidak langsung dapat memberikan input kepada watak-watak lain dan juga penonton-penonton yang melihat persembahan ini. Mesej akan sampai melalui lakonan yang cuba mereka persembahkan sama ada mesej tersebut secara tersurat atau tersirat.

Peranan sebagai PembangkangPeranan sebagai ahli pembangkang atau pengacau dalam kumpulan bertindak sebagai ahli yang sering mencabar pendapat ahli lain dan membangkang keputusan yang dibuat. Peranan ini menunjukkan bahawa terdapat watak yang sentiasa menimbulkan masalah atau konflik dalam cerita tersebut. Watak ini penting kerana ianya dapat member tarikan kepada jalan cerita tersebut. Sekiranya watak ini tidak terdapat dalam sesebuah cerita, maka jalan cerita yang disamapikan tidak menarik kerana tidak mempunyai konflik serta masalah yang menimpa watak-watak dalam cerita tersebut. Namun begitu, konflik yang cuba disampaikan perlulah jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.Contohnya, dalam cerita Arnab dan Kura-kura, dapat dilihat watak yang memainkan peranan ini alah Arnab. Dia seringkali bongkak dan beranggapan bahawa dia pasti akan menang sekiranya bertanding lumba lari dengan kura-kura kerana sudah sedia mklum bahwa arnab sememangnya binatang yang mampu berlari dengan pantas. Seringkali arnab memperlekehkan kura-kura kerana kura-kura berlari sangat perlahan. Walaupun kura-kura mengatakan bahawa dia boleh menang, namun si Arnab membidas kenyataan tersebut dan yakin bahawa Kura-kura pasti tidak boleh menang dan johan pasti akan menjadi miliknya.

Peranan sebagai Antagonis dalam ceritaGuru berperanan sebaga Antagonis dalam cerita adalah watak yang mencabar watak lain yang dimainkan oleh murid-murid. Watak ini merupakan watak atau sekumpulan watak yang menjadi pembangkang dalam sebuah cerita. Dalam erti kata yang lain, watak antagonis ialah watak yang berlawanan dengan watak protagonis. Namun begitu, peranan ini tidak sama dengan peranan guru sebagai pembangkang. Peranan guru sebagai antagonis melihatkan ciri-ciri guru tersebut turut berlakon manakala peranan guru sebagai pembangkang ialah individu yang cuba memberi pandangan negatif terhadapa lakonan murid. Melalui peranan ini guru perlu menjadi watak antagonis dalam cerita. Guru perlu turut sama berlakon atau bercerita dan perlu memastikan murid menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai semasa dialog diutarakan walaupun menunjukkan pertentangan idea.Contohnya ialah cerita Si Tanggang. Guru mengambil watak antagonis sama ada watak Si Tanggang atau isterinya yang bersikap kurang ajar terhadap ibu Si Tanggang. Sewaktu memegang watak antagonis tersebut, guru berperanan melontarkan dialog yang membantu murid untuk melakonkan watak seterusnya untuk menghayati watak protagonis yang dimainkan. Antara contoh dialog yang boleh menunjukkan pertentangan idea ialah Engkau bukan emak aku! Emak aku tidak busuk dan miskin seperti ini. Keluar engkau dari sini!. Berikut merupakan anatar dialog yang dilontarkan oleh Si Tanggang semasa ibunya dating meziarahi bahteranya. Si Tanggang menghalau ibunya kerana dia malu dengan kehidupannya yang dahulu miskin.Dialog seperti ini membantu murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh watak antagonis. Guru boleh membawa murid untuk meneroka pemikiran yang lebih meluas tentang sesebuah skrip melalui peranan yang dilakukan. Penghayatan skrip juga boleh ditimbulkan apabila guru membimbing murid dengan menjalankan peranan ini. Murid juga dapat memahami sesuatu perwatakan contohnya ibu Si Tanggang. Mungkin melalui watak ibu Si Tanggang, murid akan merayu dan menagih simpati Si Tanggang supaya menerima keadaan ibunya yang serba kekurangan. Oleh itu, murid dapat membina pemahaman secara tidak langsung mengenai sifat ibu Si Tanggang yang lemah dan miskin. Apabila murid memahami sesuatu perwatakan itu, mereka boleh meramal penyelesaian sesuatu cerita atau peristiwa.

Peranan sebagai PelbagaiGuru berperanan sebagai Pelbagai adalah guru yang memainkan pelbagai peranan semasa sesi aktiviti dilaksanakan pada satu masa. Sebagai contoh, guru boleh memainkan peranan sebagai Pengarah, dan dalam waktu yang sama guru tersebut juga boleh memainkan peranan sebagai Penyampai arahan ataupun Antagonis. Justeru itu, guru mampu untuk melaksanakan beberapa peranan dalam satu masa.Contohnya, dalam cerita Si Kancil dan Sang Buaya. Berdasarkan lakonan tersebut, guru boleh memainkan peranan sebagai Pengarah yang memberikan arahan sama ada respon apa yang perlu direaksikan oleh Si Kancil mahupun Sang Buaya. Guru akan menggerakkan murid-murid dalam memainkan watak-watak tertentu dan dia akan pastikan setiap watak yang dimainkan berada dalam keadaan tersusun. Kemudian, dalam waktu yang sama juga, guru memainkan peranan sebaga Antagonis di mana guru memainkan watak Sang Buaya. Watak Sang Buanya ini akan mencetuskan pelbagai dialog antara guru dan murid-murid.Bukan hanya dua peranan yang boleh dimainkan oleh guru, namun banyak lagi peranan yang boleh dilaksanakan. Guru juga boleh menjadi Penyampai arahan di mana dia akan membantu murid untuk menghidupkan lagi watak yang dimainkan oleh murid tersebut. Oleh itu, apabila dilihat pada contoh-contoh yang dinyatakan guru dapat membantu secara menyeluruh dalam pelaksanaan aktiviti persembahan teater ini. Di samping guru dapat memahami secara total, serba banyak juga guru dapat membantu murid secara lebih dekat kerana guru memainkan peranan yang pelbagai dalam peranan ini.

PenutupSecara keseluruhannya, guru perlu memahami setiap peranan untuk memastikan kelancaran proses teater. Dengan kefahaman dan penghayatan dalam setiap peranan tersebut, proses teater dapat dilaksanakan dengan lancar kerana guru menghayati apa peranan yang dimainkan. Tambahan pula, dengan kefahaman ini, secara tidak langsung, ia membantu guru untuk melatih murid menajamkan pemikiran mereka dan meningkatkan kefahaman mengenai amalan-amalan nilai murni masyarakat dan budaya kerana kebanyakan teater kanak-kanak ini berkisarkan dengan kehidupan seharian.Tambahan pula, drama atau teater kreatif ini memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan pengaplikasian teater ini, ia mampu untuk melatih murid-murid ke arah hasrat tersebut kerana mereka perlu berimaginasi dan membayangkan apa-apa kemungkinan yang dihadapi sekiranya mereka mengambil sesuatu langkah tersebut.