Guru Dan Cabaran Semasa

84
Guru dan cabaran semasa Oleh DR. AMINUDIN MANSOR DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itu lah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya. Dalam era globalisasi guru perlu meng hadapi cabaran semasa dalam proses pen di dikan antaranya berkaitan integrasi nasio nal, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, penga ruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan. Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU). Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkap kan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke- 21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksana kan. Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem. Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang. Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan. * Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan re levan dengan keperluan semasa; * Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi mening katkan perpaduan negara * Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar; * Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;

description

edu

Transcript of Guru Dan Cabaran Semasa

Guru dan cabaran semasaOleh DR. AMINUDIN MANSORDENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.PENULISialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3S6QznW00 Utusan Melayu (M) BhdGLOBALISASI DALAM PENDIDIKANDEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan.

gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah(School Management InformationSystem)bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagaiurusanrutin yangdikendalikan pentadbir dan guru. (Rahmad Sukor, 2006) Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikandengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAHDALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.

Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.

Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti fobia komputer dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakahkesan positifyang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah: -budaya pembelajaran sepanjang hayat -kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa -menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian -pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar -perubahan peranan guru dalam bilik darjah -peluang pendidikan terbuka luas -persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi -perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapakesan negatifmelalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

-kadar pengangguran semakin meningkat -pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara -meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda -perdagangan pendidikan -penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani -berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara -pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.htmlTONGGAK PENDIDIKAN UNESCOUNESCO

Apakah badan yang mewakili badan di atas? Pernah anda mendengar satu badan yang dinamakan UNESCO? Tahukah anda apakah itu UNESCO?

Berdasarkan gambar rajah dibawah memberikan gambaran awal apakah itu UNESCO.

Circle Map : Pengenalan UNESCO

Buat pengetahuan anda, Malaysia tidak terkecuali dalam menyertai UNESCO seperti penyertaan-penyertaannya yang lain dalam ASEAN, Komenwel, OIC dan lain-lain lagi.Malaysia telah menyertai UNESCO pada awal penubuhannya.

flow map : rentetan UNESCO di Malaysia

Sila klik untuk maklumat lebih lanjut tentang UNESCO di Malaysia:http://unesco.org.my/1/

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pada 1993, UNESCO telah membentuk 4 toggak pendidikan. Selaras dengan mandat yang diberikan oleh PBB kepada unesco dalam melaksanakan kemajuan dalam bidang pendidikan, pada 1996 badan ini telah menetapkan bahawa tonggak ini harus dijadikan panduan bidang pendidikan.UNESCO telah menggariskan4 tonggak utamabagi sistem pendidikan. yang juga dikenali sebagai4 pillar.

bridge map : 4 pillar

Sebelum menerangkan 4 tonggak unesco dengan lebih jelaslagi, kita perlu mengetahui apakah tujuan tonggak unesco yang telah dirancangini. Antara tujuannya adalah:

bubble map : tujuan tonggak pendidikan UNESCO

Unesco telah menggubal 4 tonggak pendidikan yang dilihat merangkumi pendidikan sepanjang hayat kita. Tonggak ini merupakan pencorak kepada sistem pendidikan kita dan sekaligus telah memberikan impak kepada sistem pendidikan kita dan juga penggerak tonggak ini. Definisi daripada tonggak ini adalah :

brace map: definisi 4 tonggak pendidikan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 4 pillar ini, anda boleh klik pada link di ini :http://www.unesco.org/delors/fourpil.htm

PERANAN MASYARAKAT SEKOLAHMasyarakat sekolah terdiri daripada pihak pentadbir dan guru-guru. Mereka merupakan penggerak kepada tonggak ini untuk mencapai pendidikan yang cemerlang. Bagi memastikan kejayaan sesebuah sekolah, guru dan pihak pentadbir memainkan peranan yang penting. Antara peranan guru dan pihak pentadbir adalah ;

double bubble map : peranan guru dan pihak pentadbir

IMPAK 4 PILLAR DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIABagi memastikan pendidikan bertaraf global, sistem pendidikan Malaysia telah menggunakan tonggak pendidikan UNESCO sebagai teras dalam menggubal dan merancang segala bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Antara impak yang dilihat daripada tonggak pendidikan UNESCO ini adalah :http://aishahnetty.blogspot.com/search/label/isu%20pendidikan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasaCABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

KANDUNGAN

PENDAHULUAN2

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

OLEHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Keberkesanan Kurikulum di Sekolah3

Pengurusan pendidikan3

Kesediaan guru dalam menghadapi era globalisasi4

Cabaran dalam menghadapi arus perubahan dasar5

Cabaran dalam mengekalkan kestabilan politik6

Cabaran dalam mengekalkan kestabilan ekonomi6

Cabaran dalam menanangi isu sosial7

Cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan desa7

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum7

Cabaran dai segi pemantapan agama9

Cabaran alaf baru9

a.Pembinaan budaya ilmu10

b.Pembudayaan masyarakat Malaysia10

PERANAN PENDIDIK10

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A.Sistem sekolah pelbagai aliran13

B.Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)15

C.Pengisian kurikulum dank ko-kurikulum16

D.Merealisasi wawasan 202016

PENUTUP17

RUJUKAN19

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara.Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan

politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dariilmu pengetahuanyang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuksemangat kebangsaanyang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiringdengan pembangunanrohaniahagar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".

Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

2.Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. Membantu dan mempermudahkan pentadbirsekolah membuat keputusan.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.

8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

3.Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

4.Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir wargayang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentinganindividu. Mereka tidak segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukandari saban tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu kesannya.

5.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Sebagaipedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksaditangung.kita lihat Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan Negara.

6.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahanpendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun2007, apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

7.Cabaran Menangani Isu Sosial

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudisbuta yang tiada berkesudahan pada duniapendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid murid disana masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurangpendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

9.Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

.Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya kerengangan hubungan antarakaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untukmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranyapenggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

10.Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuanpelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

11.Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialahledakan ilmuyang berbentuk global danmasalah sosialyang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialahpembinaan budaya ilmudan keduanya ialahpembudayaan masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan

generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

b.Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatannilai merentasikurikulum persekolahanuntuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkini

dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialahSekolah Bestari.Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-cirigurubestariialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,

sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

1.Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan

perkembangan semasa, seperti:

aTeknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

bKemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh danluarbiasa.

c.Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secaradevelopmentalmengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiranthoughtful learning.Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melaluiFour Pillars of Learningiaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

dMenerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murnimenitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

e.Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

f.Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:

oPrinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

oMendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi

oSistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

oMengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A.Sistem persekolahan Pelbagai Aliran

Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.

Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.

B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atauNon Governmental Organizationyang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang

dengan masa depan.

C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum

Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan dalamUtusanOnlinedi http://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzukiet al.,1995:110-126).

D. Merealisasikan Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi

negara maju.

Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.

Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.

PENUTUP

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.

Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003).Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,Tanjong Malim: Quatum Books.

Iliyas Haji Hashim, (2002).Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pendidikan danPembangunan Sosial.

Mohd Isha Awang,Isu dan cabaran Bahasa Melayu Dalam Pendidikan, Berita harian, 2008

Noraini Abd. Razak,Rencana Utusan Malaysia2009

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001.Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah.Kuala Lumpur : Kementerian PelajaranMalaysia.http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.htmlhttp://devadason.tripod.com/seminar/Muhd.htmlhttp://www.slideshare.net/tina4118/cabaran-dan-harapan-dalam-pendidikan-menghadapi-alaf-baruhttp://suhajambu.blogspot.com/

http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=431

http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

multi-flow map : impak 4 pillar dalam sistem pendidikan

http://aishahnetty.blogspot.com/p/tonggak-pendidikan-unesco.htmlMenerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah(School Management InformationSystem)bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.

- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagaiurusanrutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikandengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

http://aishahnetty.blogspot.com/search/label/cabaranKementerian Pelajaran Malaysia akan menubuhkan Pusat Bimbingan Jalinan Qaseh bagi memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak geladangan atau terbiar yang tidak dapat mengikuti pendidikan kerana faktor kemiskinan, persekitaran dan kehidupan sosial yang tidak sihat serta tidak memberangsangkan.Menurut Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr. Faridah Abu Hassan, penubuhan pusat bimbingan ini diharap dapat memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak tersebut agar mereka dapat berdikari dan tidak akan menjadi liabiliti kepada masyarakat setempat serta Negara di masa hadapan.Dr. Faridah yang berucap mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata demikian di majlis pelancaran Sambutan Minggu EFA 2012 di Lorong Haji Taib 3, Chow Kitt, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Yayasan Salam Malaysia pada 6 Mei 2012.Tambahnya, menyedari kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan telah mengambil langkah proaktif melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk pendidikan atau NKRA dengan matlamat untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak ke prasekolah. Sehingga tahun 2011 sebanyak 72.2% kanak-kanak telah menyertai prasekolah dan kerajaan mensasarkan 87% kanak-kanak akan menyertai prasekolah menjelang 2012.Minggu EFA diadakan selaras dengan sambutanGlobal Campaign for Educationoleh UNESCO dan juga merupakan satu agenda UNESCO dalam Reaching the Unreached. Pendidikan untuk Semua (EFA) merupakan inisiatif daripada pihak UNESCO yang mensasarkan 6 matlamat yang perlu dicapai menjelang tahun 2015. Matlamat-matlamat tersebut merentas semua peringkat pendidikan bermula daripada awal kanak-kanak sehinggalah pendidikan sepanjang hayat pada peringkat dewasa. Keenam-enam matlamat tersebut juga terangkum di dalam inisiatif utama Rancangan Malaysia ke-10.Tema Minggu EFA pada tahun iniRights From The Start! Early Childhood Care And Education Nowamat bertepatan dengan hasrat KPM untuk bersama-sama merealisasikan transformasi pendidikan dan pendidikan prasekolah telah maju setapak lagi untuk meningkatkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke alam persekolahan. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah lebih komited dalam pendidikan.Harapan KPM ialah agar semua pihak dapat menggembeling tenaga bersama-sama KPM bagi memastikan anak-anak berpeluang mengikuti pendidikan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan seterusnya kembali menyumbang kepada masyarakat dan negara.Unit Komunikasi KorporatKementerian Pelajaran MalaysiaPosted byKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAat10:46 AM

BULETIN KPMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels:isu pendidikanPembelajaran sepanjang hayat ditekan

PULAU PINANG 19 Jan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan memberikan penekanan terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat kerana ia berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan.Menurut Perdana Menteri, melalui pendekatan berkenaan, kerajaan percaya ia dapat memperkayakan jiwa dan minda dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti.

Dalam membangunkan modal insan, salah satu pendekatan utama yang ingin kita tekankan adalah konsep pembelajaran sepanjang hayat malah Kementerian Pengajian Tinggi telah memulakan pelbagai program untuk mewujudkan satu prasarana dan persekitaran pengajian yang lebih baik mutunya.Ini secara langsung akan bawa kepada kejayaan dan bila kata kita perlu meningkatkan mutu, maksud saya ialah kita perlu menambah nilai bagi menghadapi dunia yang penuh cabaran, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) di sini, hari ini.Hadir sama ialah penasihat parti Gerakan yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Menteri merangkap pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Canselor Universiti Terbuka Wawasan, Tun Dr. Lim Chong Eu.WOU tajaan Parti Gerakan menawarkan 11 program ijazah sarjana muda, enam di bawah Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran (FPP) manakala selebihnya di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Sekarang ini, WOU mempunyai lima cawangan di seluruh negara merangkumi Pulau Pinang (kampus utama), Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bharu. Pada tahun ini, tiga cawangan baru akan dibuka di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu supaya peluang pendidikan dibuka seluas-luasnya kerana ia penting untuk membekalkan ilmu terkini kepada masyarakat.Dengan adanya ilmu terkini, maka rakyat akan menjadi tenaga kerja yang berkemampuan untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Bagi mereka yang bekerja pula, kita galakkan mereka supaya menambah ilmu kerana persekitaran kerja boleh berubah secara dramatik disebabkan oleh penciptaan teknologi terkini, katanya.

Pada majlis berkenaan juga, Perdana Menteri turut mengumumkan dana sebanyak RM20 juta untuk tabung WOU.

Sementara itu Abdullah sempat meluangkan masa kira-kira dua jam untuk makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel di sini.No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels:isu pendidikanPembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Muhammad Hisyam Bin MohamadFellow15/02/2008 | Utusan Malaysia

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepadapembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Dan seiring dengan perkembangan semasa,kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius.

Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit.

Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa(Adult Education Bureau),Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be"menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakatdan kehidupan setiap ahlinya.Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaituemployment(pekerjaan),empowerment(memberi kuasa) danenjoyment(keseronokan).

Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakatworkaholicseperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai"employability fever"di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.

Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.

Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi sebagaiempowerment.

Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu keseronokan(enjoyment)kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut.

Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.wdi dalam surah al-alaq adalah berupa satu suruhan supaya baginda membacawalaupun baginda seorang yang buta huruf (ummiyy)dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.

Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan, kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan.

Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud :"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."

Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua, kaya mahupun miskin.

Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman bahawa ilmu itu wajib dituntut wala