Gurubermakna

download Gurubermakna

If you can't read please download the document

Transcript of Gurubermakna

OCR Document

GURU BERMAKNA

Oleh:

ALYAS BIN MOHAMAD

KURSUS PERKEMBANGAN STAFFSEK. KEB. CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU

8HB. JUN 2006

Alyas Mohamad Muka Surat11GURU BERMAKNA

1.0 Pengenalan

Tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu kepada pelajar malah menentukan maju mundur negara (Sabaruddin Yusof, 1993). Kemajuan negara ditentukan oleh mutu pelajar yang dihasilkan. Pelajar yang cemerlang, kreatif dan inovatif akan membantu membangunkan negara, malah mutu pelajar dan generasi muda akan menjadi penjamin kestabilan negara. Banyak kajian telah membuktikan mutu guru merupakan factor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Marimuthu, 1993). Laporan Coleman (1966) juga mendapati beberapa pembolehubah seperti tingkah laku guru, strategi pengajaran pembelajaran untuk kumpulan dan mata pelajaran yang berbeza telah mempengaruhi pencapaian murid. Di sini ternyata guru-guru perlu meningkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran sehingga menghasilkan pengajaran bermakna. Pengajaran bermakna akan dapat dihasilkan oleh guru bermakna. Untuk itu guru perlu berdaya maju, kreatif dan inovatif (Marimuthu, 1993).

1.1 Ciri-Ciri Guru Bermakna Dalam Pengajaran

Sabaruddin Yusof (1993) melalui penilaiannya telah mengkategorikan guru kepada 4 golongan.Guru yang lemah guru yang hanya mengajar secara sambil lewa.

Guru yang baik yang memberitahu dan menerangkan apa yang akan diajar supaya murid-murid faham.

Guru yang lebih baik guru yang bukan sahaja mengajar dan menerangkan tetapi juga cuba memberi contoh dan menunjuk ajar berdasarkan kreativitinya.

Guru yang bermakna (cemerlang) iaitu guru yang mengamalkan ketiga-tiga pendekatan itu mengadakan latihan tunjuk cara (bengkel), kelas tambahan dan sebagainya untuk memastikan murid-muridnya memahami dan memanafaatkan sepenuhnya apa yang diajar.

Penilaian terhadap kategori-kategori guru ini penting bagi membezakan guru unggul dan guru tunggul berdasarkan ciri-ciri yang demikian. Guru yang unggul (ideal) mengikut pandangan Ruth (1964) ialah guru yang memiliki.

explaining, interving, showing how.initiating, directing, administrating,certifying the group(Ruth, L.E., 1964. What is a good teacher)

Ruthstein (1990) pula melihat guru yang bermakna (meaningful teacher) ialah guru yang memiliki ciri-ciri berikut:Fleksibiliti.Enthusiasism.Pengurusan bilik darjah.Pengetahuan tentang isi pelajaran, organisasi dan persembahan yang jelas.Mengamal pengajaran berpasukan.Mampu mengekal suasana bilik darjah yang sesuai.Mampu menggalakkan kemahiran menyoal di peringkat tinggi dan pemikiran secara analitikal.Mampu mengurus maklumat di peringkat tinggi.

Secara umum berdasarkan pendapat-pendapat Gowan (1957), Ruth (1964), Stern (1963) dan Ryan (1960), bahawa guru yang bermakna memiliki kriteria-kriteria berikut:

Mempunyai sikap bersedia bertolak ansur dan melakukan pengubahsuaian.Baik sangka.Kepuasan hati dalam pengajaran (Enthusiasism, suka berdampingan dengan murid)Mempunyai kualiti personality yang stabil dan disukai oleh murid dan guru.Peramah, mesra, lemah lembut, mewujudkan keselamatan dan keyakinan.Tidak menyalahkan orang lain dan bertanggung jawab (accountability)Berkebolehan mengarah, membimbing, mentadbir dan menyatukan kumpulan.Bersedia dan sentiasa berusaha mencuba idea-idea baru, kreatif dan inovatif.Berkemahiran dalam menyoal.Berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.Menggunakan ABM yang sesuai.Melakukan refleksi kendiri (menjalankan penilaian dan penyelidikan tindakan).Mampu memperkayakan aktiviti pengajaran.

Kesimpulannya guru yang bermakna sepatutnya memiliki ciri-ciri tersebut. Guru bermakna akan lebih fleksibel, mampu mengubahsuai semua strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan berkebolehan mengaplikasikannya mengikut situasi. Ada pengkaji mengaitkan pencapaian murid dengan sikap enthusiasism dan peramah (kemesraan) seseorang guru. Ini kerana factor yang berkesan dalam pembelajaran murid adalah sikap enthusiasism guru (Rosheushine dan Furst, 1973). Guru yang bermakna juga mampu mengekalkan suasana pembelajaran yang harmoni. Suasana yang demikian akan memaksimakan masa pembelajaran disamping mewujudkan suasana yang kondusif (Noran Fauziah, 1990). Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna. Hal ini boleh dicapai dengan cara pembacaan, menghadiri kursus, seminar, forum dan seumpamanya (Sabaruddin Yusof, 1993). Minat yang mendalam terhadap profesion perguruan, peramah dan positif perlu ada pada setiap guru bagi membantu guru-guru mendampingi murid-murid. Sifat ini dapat menghasilkan suasana yang baik dalam projek pengajaran pembelajaran. Guru yang bermakna adalah juga guru yang unggul, menepati masa dan sentiasa kreatif dalam mencari dan mengaplikasi strategi pengajaran pembelajaran.

Valentine (1990, p.34) dalam bukunya Principles and Practices for Effective Teacher Evaluation, telah melihat ciri-ciri guru bermakna dari 3 sudut:

Proses Pengajaran: Disini guru menunjukkan adanya perancangan dan persediaan mengajar, penguasaan isi pelajaran dan kurikulum, penggunaan strategi, teknik dan penguasaan kemahiran yang berkesan. Penggunaan masa yang diperuntukkan dengan sesuai, ada fleksibiliti bagi memenuhi perbezaaan perbezaan individu, menonjol kebolehan untuk memotivasikan murid, mengekalkan suasana bilik darjah yang kondusif dan konstruktif.

Hubungan Interpersonal: Hubungan interpersonal yang baik antara guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan pihak pentadbiran, guru dengan ibu bapa dan pihak luar.

Tanggungjawab professionalism: Hal ini dilihat dari segi menepati waktu (punctuality), mematuhi polisi peraturan-peraturan, menerima tanggungjawab di luar bilik darjah, menunjukkan komitmen untuk perkembangan profesionalismnya.

2.0 Masalah Guru Masa kini

Pencapaian kesemua objektif pendidikan guru, secara tidak langsung bermaksud melahirkan guru yang bermakna, berwibawa, kreatif, inovatif, dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab. Guru yang bermakna dan berwibawa mempunyai pengetahuan dalam kelima-lima aspek iaitu proses identification, diagnosis, prognosis, theraphy dan followup.

Walau bagaimanapun tugas dan kedudukan guru kini dipersoalkan, wibawa guru semakin luntur dan secara tidak langsung penghormatan terhadap guru semakin menurun. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa kewibawaan dan taraf pendidikan guru yang menentukan keberkesanan mutu pengajaran (Samsiah, MPKB, 2005). Pandangan ini dikemukakan atas andaian yang guru ideal ialah guru yang berkemampuan akademik tinggi, mempunyai kemahiran mengguna dan menerapkan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran dan mampu memotivasikan murid (Wan Ibrahim, UM, 1993). Ini kerana untuk menjadi guru yang cemerlang dan bermakna, setiap orang guru harus faham tentang murid, selaras dengan teknik pengajaran yang menitikberatkan murid sebagai individu (student centered). Ini bermakna guru harus titikberatkan keadaan murid, latar belakang, struktur mental, tahap perkembangan dan pertumbuhan mental, minat dan keperluan, teori pembelajaran yang sesuai disamping mengenali punca-punca kelemahan murid. Jika tidak sekolah hanyalah berupakan tempat trial and error dan segala proses penyampaian maklumat, kemahiran dan penerapan nilai tidak bermakna.

Bermaknanya sesuatu pengajaran ditentukan oleh apa yang dipelajari dan diassimilasikan oleh murid. Pembelajaran yang bermakna hanya boleh dicapai jika murid menghargai segala maklumat, pengetahuan dan kebolehan guru (Sulaiman Yamin, UTM, 2005). Kebolehan guru di sini bermaksud sejauh mana guru mampu mengajar dengan berkesan. Pengajaran berkesan bermula dengan tahap kebolehan guru. Untuk berkebolehan dalam mata pelajaran, guru hendaklah betul-betul berkelayakan untuk mengajarnya. Guru mesti betul-betul terlatih dan didedahkan dengan meluas mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar (subject matter). Pengajaran bermakna juga tidak bergantung semata-mata kepada penguasaan pengetahuan tetapi ia memerlukan komitmen yang kuat dalam pengajaran.

Perbezaan antara guru bermakna dan guru yang membosankan bergantung pada tahap commitment (penglibatan) dalam pengajaran. Guru yang komited melihat pengajaran sebagai tuntutan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid. Beliau melihat pengajaran sebagai tenaga untuk membantu murid-murid membina pengetahuan yang sangat berguna sepanjang hayat. Guru bermakna juga mengambil berat tentang kebajikan murid, dan memiliki keinginan yang tulus ikhlas untuk melihat kebajikan sepenuhnya kepada murid hasil pengajarannya (lulus dalam peperiksaan dan menggunakan maklumat / pengetahuan dalam kehidupannya). Jadi mereka ini sentiasa berusaha meneroka jalan untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi menggalakkan murid belajar dengan lebih bermakna. Untuk itu guru sepatutnya mempelajari ilmu psikologi pembelajaran secara berterusan dalam usaha untuk mengajar dengan lebih bermakna. Guru patut mengembangkan tahap pengetahuan yang berkaitan dengan bidangnya. Matlamat ini boleh dicapai jika guru ada enthusiasisma untuk meneruskan pembelajaran bagi menguasai segala pengetahuan baru (Donald. E., 1974).

Guru yang berkesan dan bermakna adalah juga mereka yang greatest motivators dan sering menggalakkan atau melakukan pengkayaan segala usaha murid. Ini akan merangsangkan murid untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Kemahiran berkomunikasi yang baik tidak semestinya boleh mengajar dengan bermakna (Rothstein, 1990).

Populariti guru pada tanggapan pelajar tidak semestinya guru yang menguasai kandungan pelajaran atau mempunyai komunikasi yang berkesan. Suatu sindrom yang sering diperkatakan ialah terdapat semacam penurunan kecergasan di kalangan guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Pandangan ini disokong oleh Dr. T. Marimuthu yang berpendapat:

Dahulu masyarakat memandang tinggi dengan penuh hormat kepada kerjaya ini. Sekarang persepsinya berubah dan hal ini tidak menyeronokkan guru. Kemudian ada pula golongan yang merendahkan status profesion kerana tidak melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu dan pengetahuan komitmen dalam tugasnya

(Dr. T. Marimuthu. BH. 16.5.1992)

Dalam ruangan forum (UM. 7.7.1990). Lotfi Haji Ismail berpendapat:

ada para pendidik yang masih lagi tidak dapat mengubah sikap di dalam corak pendidikannya walau pun pelbagai pendedahan telah diberikan, sekolah menjadi tempat mengajar bukan mendidik

Satu penyelidikan adalah difikirkan sangat perlu untuk mendedahkan situasi yang sebenar. Penyelidikan ini diharapkan dapat menjawab semua persoalan yang berkaitan. Data-data yang akan dianalisis akan dapat membantu untuk dibuat rumusan dan cadangan yang lebih tepat.

3.0 Faktor-Faktor Pembantu Guru Bermakna

Satu penyelidikan yang telah dijalankan oleh sarjana pendidikan dari UTM, 2002, dapat digambarkan dalam satu rangka konsep seperti dalam Gambarajah 1. Faktor-faktor berkaitan yang mempengaruhi untuk menghasilkan guru sekolah rendah yang berkesan dan bermakna dapat dilihat secara jelas.

KREATIF DAN INOVATIF

MINAT

PENGETAHUAN YANG TINGGI

KOMITED

EMOSI YANG STABIL

PERAMAH

GURU BERMAKNA

Alyas Mohamad Muka Surat11

GAMBARAJAH 1: Rangka Konsep Guru Bermakna

3.1 Peramah

(Hamacheck, 1974) percaya guru-guru yang bermakna ialah guru-guru yang ada unsur-unsur kemanusiaan, berkualiti, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hasil kajiannya mendapati minat murid terhadap mata pelajaran sains bertambah jika gurunya peramah. Hasil kajian beliau mendapati 6 kualiti guru yang unggul, peramah (66%). Ini menunjukkan peramah adalah sifat terpenting bagi guru-guru sekolah rendah untuk membantu pembelajaran murid (Rohati dan Subahan, 1988). Jika guru garang, murid akan takut dan ini akan menjadi rintangan pada pembelajaran (Noran Fauziah, 1990).

3.2 Kestabilan Emosi

Ryan (1967), mendapati emosi terkawal (seimbang) adalah ciri utama guru yang bermakna. Ini kerana kestabilan emosi adalah kolerasi dengan sikap terhadap perguruan. Guru yang beremosi stabil dapat mengawal diri dan menyelesaikan masalah dengan tenang. Laporan KPPK mendapati 36 orang guru (50 sekolah di Melaka) mengalami gangguan emosi. Setiap sekolah mempunyai seorang guru bermasalah (NST, Mac, 1987).

Komited

Noran Fauziah (1958) mendapati guru yang bermakna ialah guru yang komited dan menyedari tentang peranannya untuk meninggikan prestasi pembelajaran murid. Kejayaan murid akan memberi kepuasan pada dirinya. Guru-guru ini akan dapat menyesuaikan dirinya dengan system sekolah (Yusof Hanifah, 1981).

Berpengetahuan Tinggi

Guru yang cetek pengetahuan khususnya tentang isi pelajaran, tidak berkemungkinan menjadi guru yang bermakna (Noran Fauziah, 1990). Ini kerana mereka akan ketandusan idea, contoh, kerana guru hanya mengetahui setakat yang ada dalam buku teks sahaja. Guru-guru hendaklah berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Minat

Adalah didapati ramai guru yang memilih profesion perguruan kerana banyak cuti, waktu bekerja yang singkat, sesuai dengan kelulusan (Noran Fauziah, 1986), pengaruh ibu bapa dan guru (FOX, 1961), (Joseph dan Green, 1986), kerjaya yang memberikan ganjaran dan kepuasan (Lesly, 1980), (Rowse dan Ley, 1986) tiada peluang pekerjaan lain (Hollis, 1995 dan Obura, 1974). Hasil kajian mendapati kejayaan menjadi guru mempunyai hubungan dengan minat dan factor memilih pekerjaan (Noran Fauziah, 1987 dan Highert, 1965).

Kreatif dan Inovatif

Laporan PSPN (1990) dan USM (1990) mendapati kebanyakan sekolah kurang berusaha mengadakan program membantu dan menggalakkan guru dalam penggunaan ABM. Kekurangan bahan dan tidak mendapat bantuan secukupnya daripada pihak-pihak tertentu. Laporan juga mendapati guru-guru lemah dalam penyediaan dan pengurusan bahan ABM.

4.0 Rumusan dan penutup

Kajian BPG (1993), mendapati guru-guru yang telah lama bertugas kurang berketerampilan, ini adalah akibat kurangnya waktu bagi mengendalikan sesi pengajaran mikro, kepadatan program dan tidak ada keseimbangan antara teori dan praktik. Walaupun mereka telah diajar segala teori mengenai psokologi pendidikan di bilik bilik kuliah namun ia tidak memberikan mereka kemahiran yang cukup untuk mengawal bilik darjah dan mengamalkan segala strategi dan kaedah pengajaran moden (Yusof Harun, 1991). Guru-guru yang mempunyai pengalaman kurang 5 tahun mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding dengan guru yang mengajar lebih 10 tahun terhadap ciri-ciri guru bermakna.