Habil Dan Qabil.docx Prited

5
Pembuka Kata Terima kasih pengacara majlis yang budiman, Barisan panel hakim sekalian, Hayatilah cerita yang saya sampaikan. Kisah Qabil dan Habil jadi pilihan. Kawan-kawan, Qabil dan Habil merupakan putera-puter kepada Nabi Adam a.s. Mereka masing-masing diperanakkan secara kembar lelaki dan perempuan. Qabil dilahirkan bersama kembarnya Iqlima manakala Habil bersama kembarnya Labuda. Firman Allah: Ayat 27, surah al maidah Bila sudah meningkat dewasa, Keinginan beristeri mula membara, Berfikir Adam bagaimana caranya, Supaya keturunan dapat dipelihara. Setelah nabi Adam a.s berfikir tanpa henti, akhirnya Allah swt memberi ilham kepada Baginda sebagai jalan penyelesaian. Dengan petunjuk dari Allah ta’ala, Qabil akan dikahwinkan dengan adik Habil, manakala Habil pula akan dikahwinkan dengan Iqlima iaitu adik kembar Qabil. Syariat perkahwinan ini, hanya dibolehkan pada zaman Nabi Adam a.s sahaja.

description

teks bercerita

Transcript of Habil Dan Qabil.docx Prited

Pembuka KataTerima kasih pengacara majlis yang budiman,

Barisan panel hakim sekalian,

Hayatilah cerita yang saya sampaikan.

Kisah Qabil dan Habil jadi pilihan.

Kawan-kawan,Qabil dan Habil merupakan putera-puter kepada Nabi Adam a.s. Mereka masing-masing diperanakkan secara kembar lelaki dan perempuan. Qabil dilahirkan bersama kembarnya Iqlima manakala Habil bersama kembarnya Labuda.Firman Allah:

Ayat 27, surah al maidah

Bila sudah meningkat dewasa,

Keinginan beristeri mula membara,

Berfikir Adam bagaimana caranya,

Supaya keturunan dapat dipelihara.

Setelah nabi Adam a.s berfikir tanpa henti, akhirnya Allah swt memberi ilham kepada Baginda sebagai jalan penyelesaian. Dengan petunjuk dari Allah taala, Qabil akan dikahwinkan dengan adik Habil, manakala Habil pula akan dikahwinkan dengan Iqlima iaitu adik kembar Qabil. Syariat perkahwinan ini, hanya dibolehkan pada zaman Nabi Adam a.s sahaja.Marcapada ini, banyak perlaku kes kelahiran luar nikah adalah kerana hubungan kelamin tidak dilakukan mengikut syariat yang betul. Sesungguhnya, berkahwinlahh kerana perkahwinan yang mengikut syariat yang betul, memelihara keturunan dan umat Islam.

Anak-anak dikumpul bersamaBerbicara Adam hasrat hatinya

Perkahwinan putera dan puteri menjadi agenda

Namun tak semua hasratnya diterima.

Aku tak mahu berkahwin dwngan Labuda, aku lebih suka berkahwin dengan adikku sendiri, Iqlima. Dia lebih cantik paras rupanya Qabil membantah dengan keras rancangan ayahandanya.Nabi Adam a.s termenenung memikirkan masalah ,berlaku antara kedua-dua anak lelakinya kerana masing-masing enggan mengikut cadangan . Setelah beberapa ketika, Allah swt menurunkan ilham kepada Nabi Adam a.s.

Seraya berkata Nabi Adam a.s, Wahai anak-anak lelakiku, sediakanlah korban kepada Allah taala. Barangsiapa korbannya diterima Allah, maka dialah yang berhak mengahwini saudara perempuan Qabil.

Sihat dan gemuk kambing si Habil,

Busuk berbau buah-buahan si Qabil. ( boria )Bisik hati kecil Qabil, Kenapa harus aku mengorbankan harta kekayaanku. Lebih baik aku beri yang buruk sahaja.

Tidak lama kemudian, dengan tidak semena terpancarlah api dari langit lantas menyambar korban yang dipersembahkan Habil. Maakala korban Qabil langsung tak terusik.

Ayat 28, surah Al Maidah.

Wahai kawan-kawan,

Sesungguhnya amal yang ikhlas sahaja yang diterima Allah. Buatlah kebaikan dengan seikhlas hati. Isu semasa: Contohilah sukarelawan kita yang turun padang untuk membantu umat Islam yang berada dalam kesusahan di Palestine walaupun keselamatan mereka sendiri di ambang maut.

Hasrat di hati tidak dipenuhi,

Kemarahan Habil berapi-api

Aku akan membunuhmu, supaya kamu tidak dapat mengahwini adikku Iqlima. Jerit Qabil dengan marah apabila korbanNya tidak diterima Allah taala.

Pada satu ketika, ketikan ayahanda mereka Nabi Adam a.s tiada bersama, Qabil mula memikirkan niatnya. Syaitan laknatullah pula tidak melepaskan peluang untuk menghasut Qabil meneruskan niatnya.. Bunuhlah Habil..bunuhlah..ini lah masa yang sesuai..hahahahahDuhai kawan-kawan, ingatlah janji syaitan kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam a.s. Firman Allah

Isu semasa:

Kawan-kawan yang disayangiPepatah melayu ada mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Maka, inilah yang berlaku kepada Qabil. Perasaan takut mula menjelma kerana telah membunuh darah dagingnya sendiri iaitu Habil. Fikiran menjadi buntu dan pada masa ini, syaitan laknatullah tidak mencampuri urusan Qabil yang telah termakan dengan hasutannya. Mayat Habil dipikul ke sana ke mari. Diletaknya kemudian dipikul lagi dengan rasa takut dan bersalah.

Akhirnya, Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang menghantar si gagak sebagai petunjuk. Firman Allah:Al Maidah:31

Qabil mula mengebumikan mayat saudaranya Habil sebagaimana aksi yang ditunjukkan si gagak dengan penuh sesalan.

Hadirin sekalian,

Setiap insan yang meninggal dunia. Hendaklah jenazah dikebumikan dengan cara yang bertepatan dengan syariat Islam.

PENUTUP

Begitulah kisah Habil dan Qabil,

Berbeza akhlak dan keluhuran hati,

Maklumat dan pengajaran cubalah ambil,

Panduan kita di kemudian hari.