HADITH 35 Imam Nawawi

22

Click here to load reader

description

PERKARA MENGENAI HUBUNGAN DI ANTARA ORANG ISLAM

Transcript of HADITH 35 Imam Nawawi

Page 1: HADITH 35 Imam Nawawi

HADITH 35Perkara yang mengenai hubungan di

antara orang islam

Page 2: HADITH 35 Imam Nawawi
Page 3: HADITH 35 Imam Nawawi

HadisO Maksud Hadis Abi Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang

bermaksud:

"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."

Orang Islam bersaudara orang Islam,tidak boleh ia menganiayanya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.

[ Diriwayatkan oleh Muslim]

Page 4: HADITH 35 Imam Nawawi

Syarahannya

Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah r.a. Selain Muslim ada lagi hadith-hadith riwayat yang lain

daripadanya yang diantara kandungannya ada sebagaimana yang diterangkan dalam hadith tersebut ini.

Nilainya

Hadith ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di

mana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangan yang tiada

boleh dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudaraan itu.

Page 5: HADITH 35 Imam Nawawi

PERKARA MENGENAI HUBUNGAN DI ANTARA ORANG ISLAM

DENGKI TIPU-TIPUAN Dengki ialah satu perasaan jiwa yang tercela.

Timbulnya perasaan itu pada seorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam suatu perkara atau keadaan. Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah,jiwanya tidak tenteram. Kerana ini dia berusaha untuk menghilang suatu kelebihan yang ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan berikhtiar untuk memindah suatu kelebihan yang ada pada orang lain itu kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyainya semata-mata kebencian yang melulu,kerana dia sendiri tidak berhajat kepada kelebihan itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut ialah tercela dan inilah perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan iblis terhadap Nabi Allah Adam alaihissalam sehingga baginda dikeluarkan dari tempat kediamannya dalam syurga

Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.

Page 6: HADITH 35 Imam Nawawi

MENJUAL DI ATAS PENJUALAN

Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang engkau beli itu. " Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya : seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih tinggi. "Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya.

Page 7: HADITH 35 Imam Nawawi

BENCIO Larangan benci-bencian ialah

melarang seseorang membenci dengan menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ; " Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasih. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitu siarkanlah salam diantara kamu.”

Page 8: HADITH 35 Imam Nawawi

Pada hadith yang lain sebagaimana yang disebut dalam sahih Bukhari dan Muslim Rasullullah menerangkan :

"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam .“

Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :

"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."

Page 9: HADITH 35 Imam Nawawi

“ Hendaklah ada kamu hai hamba Allah! Bersaudara.”

" Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."

Page 10: HADITH 35 Imam Nawawi

" DALAM ISLAM, KITA MESTILAH MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN SEKIRANYA KITA MEMUTUSKAN SILATURAHIM ANTARA ISLAM MELEBIHI TIGA HARI MAKA TEMPAT KESUDAHANNYA IALAH NERAKA . "

Page 11: HADITH 35 Imam Nawawi

ORANG ISLAM SAUDARA ORANG ISLAM

O Orang Islam adalah saudara orang Islam. Yang demikian, tiadalah boleh dianiayainya, tiada boleh dibiarkannya, tiada boleh didustainya, juga tiada juga dihinanya. Larangan ini wajib dihormati untuk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang di akui sebagai saudara.

O Orang Islam tiada boleh mendustakan saudaranya orang Islam kerana pendustaan menyebabkan hilangnya perasaan kepercayaan. Lebih-lebih lagi pendustaan itu dipercayai oleh saudaranya. Pendustaan seperti ini adalah suatu perkara pengkhianatan, sebagaimana sabda Rasullullah : "Besarlah pengkhianatan bahawa engkau menceritakan kepada saudara engkau suatu cerita yang ia percaya kepada engkau, padahal yang sebenarnya engkau berdusta kepadanya."

Page 12: HADITH 35 Imam Nawawi
Page 13: HADITH 35 Imam Nawawi

Orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan itu serta menolong saudaranya yang berbuat penganiayaan dan saudaranya yang dianiaya dan tiada boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan teradapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bagi melaksanakannya. Mengenai hal ini Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tolonglah saudara engkau, yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasullullah ! Aku pernah menolong orang yang dizalimi, maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda : Engkau tegah ia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia".

"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 14: HADITH 35 Imam Nawawi

LARANGAN MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

Page 15: HADITH 35 Imam Nawawi

"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim" [Hadis Riwayat Bukhari ]

Page 16: HADITH 35 Imam Nawawi

Dalam atsar disebutkan : “ Sesungguhnya Allah

memerintahkan kepadaku agar aku menyambung tali

silaturrahim dengan orang yang memutuskannya denganku,

memaafkan orang yang menzalimiku, dan memberi

kepada orang yang tidak mahu memberi kepadaku.”

Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda:

“Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu

mengampunkan tiap orang yang tidak mempersekutukan Allah degan sesuatu apapun, kecuali

pada orang yg masih bersengketa antaranya dengan saudaranya,

maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua orang itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua orang itu

sehinga berdamai, tangguhkan kedua orang itu sehinga

berdamai."

Page 17: HADITH 35 Imam Nawawi

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telahpun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya:“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim)

Page 18: HADITH 35 Imam Nawawi

Nabi sebut : “ Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu“

( Riwayat Abu Daud )

Page 19: HADITH 35 Imam Nawawi

1. Hadis ini menunjukkan secara tegas bahawa Rasullullah S.A.W

melarang setiap orang melakukan sebarang perbuatan yang mencederakan atau

merosak kehormatan saudaranya dari orang Islam. Sebab orang Islam

mempunyai kemuliaan dan kehormatan peribadinya, harta miliknya dan maruahnya

atau nilai hidupnya, larangan yang ditegaskannya itu ada sebanyak sembilan

perkara dalam bidang pergaulan umum dan hubungan perniagaan yang kesemuanya merupakan suatu petunjuk yang sangat berguna kepada orang Islam di segala

tempat dan zaman.

2. Juga menunjukkan bahawa orang Islam dalam dunia ini adalah

bersaudara kerana ini mana diharamkan ke atas setiap orang Islam mengerjakan suatu

yang bertentangan dengan hak persaudaraan itu. Rasullullah dalam hadis tersebut

menegaskan perintahnya mengenai hal persaudaraan tersebut iaitu : "Berkata Al-

Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : "Hendaklah kamu menjadi sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunana yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-

menasihati, bantu membantu serta bertimbang rasa."

Page 20: HADITH 35 Imam Nawawi

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan

kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai

bangsa dan suku puak, supaya kamu saling

berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi

Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Mendalam Pengetahuan-Nya”.

Page 21: HADITH 35 Imam Nawawi

"Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan

orang mukmin iaitu :

Ø Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat

kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia.

Ø Kedua, jika engkau tidak mahu menyukakan dia maka janganlah engkau mendukakan dia

Ø Ketiga, jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela dia

Page 22: HADITH 35 Imam Nawawi

…TAMAT…