Hadith dan Sunnah

19
HADITH DAN SUNNAH DALAM ISLAM prepared by: zulaikha shukri

Transcript of Hadith dan Sunnah

Page 1: Hadith dan Sunnah

HADITH DAN SUNNAH DALAM

ISLAMprepared by: zulaikha shukri

Page 2: Hadith dan Sunnah

MARI MENGENAL HADITH

Page 3: Hadith dan Sunnah

.Maksud HADITH.Pendapat ahli hadith:

-Segala perkara yg datang daripada nabi sama ada perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah s.a.w, ketika sebelum mahu pun selepas baginda dilantik menjadi rasul.- Pengakuan nabi ada dua bentuk:a) pengakuan secara terus-terangb) pengakuan secara diam/senyap

Page 4: Hadith dan Sunnah

Pendapat ahli usul:- Assunnah al-huda ialah pada bentuk amalan perbuatan. Cth: solat jemaah, azan, & iqamat.- Assunnah al-zawai’d ialah yg termasuk dari jenis pakaian, berdiri, adat atau sesuatu kebiasaan yg dilakukan oleh baginda s.a.w.

Mengapa ada perbezaan takrif?Ahli hadith dan ahli usul melihat dan mengambil kira jurusan/aspek yang berlainan ketika memberi takrifan hadith.

Page 5: Hadith dan Sunnah

.Bukti Kesahihan Hadith. Dalil Al-Qur’an:

a) “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Al-Hasyr:7)b) “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka.” (Al-Ahzab:36)

Dalil As-Sunnah: “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Al-Qur’an dan Assunnah.” (Malik)

Dalil Ijmak: Ijmak ulama’ bersepakat mengatakan hadith adalah sumber perundangan dan rujukan kedua selepas Al-Quran dan wajib dipatuhi dan ditaati.

Page 6: Hadith dan Sunnah

.Autoriti Hadith. Wajib taat kepada Rasulullah s.a.w

a)“Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (Al-Anfal:1)b)"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah.” (An-Nisa’:64)

Nabi sebagai pentafsir Al-Qur’an Rasul sebagai penggubal undang-undang Al-qur’an dan sunnah dari satu sumber (wahyu

dari Allah)

Page 7: Hadith dan Sunnah

.PERBEZAAN.HADITH

• Hadis adalah apa-apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, percakapan, sifat akhlak dan juga sifat kejadian sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya.

SUNNAH• As-sunnah adalah jalan atau

cara hidup sama ada terpuji ataupun tercela. Dari segi istilah, para ulama hadith mengatakan takrifnya adalah sama dengan hadith. Lawan bagi as-sunnah adalah bid’ah.

• Ulama’ Syafi’e: sesuatu yg diberi pahala kpd org yg melakukannya, ttp tidak berdosa bg yg meninggalkannya.

Page 8: Hadith dan Sunnah
Page 9: Hadith dan Sunnah

.Fungsi As-sunnah. Menguatkan nas-nas Al-qur’an.

*"Islam didirikan atas lima perkara; syahadah bahawa tiada ilah melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa dalam bulan Ramadan." (Bukhari)

Menghuraikan nas-nas Al-qur’an yang ringkas.*"Solat itu adaIah suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya." (An-Nisa':103) *”Bersembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang.” (Bukhari & Muslim)

Page 10: Hadith dan Sunnah

Mengkhususkan maksud nas-nas umum.*"Allah memerintahkan kepada kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak IeIaki menyamai dua bahagian anak perempuan." (An-Nisa': 11)

Membatasi nas Al-Qur’an yang mutlak.*"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan keduanya." (Al-Ma'idah: 38)

Menguatkan hukum-hukum asas yang terdapat di dalam Al-Qur’an.*”Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Page 11: Hadith dan Sunnah

.Penulisan dan penyusunan As-sunnah.

Zaman Tabi’in

Kemunculan hadith palsu semakin ketara yang dilakukan oleh pengikut-pengikut mazhab, lebih buruk lagi dengan kekurangan penghafaz hadith yang

berpindah ke negeri lain dan mati syahid.

Zaman SahabatKegiatan para sahabat dalam penulisan dengan cara mengajar, mempelajari, meriwayat, mengumpul serta mencatat hadis dan menghafaz serta

menulisnya. Namun zaman ini hadith tidak dikumpul secara khusus dan belum dibukukan.

Zaman Rasulullah

Nabi melarang para sahabat menulis atau menyalin selain

daripada Al-qur’an

Tujuan: Bimbang bercampur dengan ayat-ayat Al-Qur’an yang sedang diturunkan. Al-Qur’an dan

hadith ditakuti ditulis dalam satu lembaran yg sama.

Page 12: Hadith dan Sunnah

Pengumpulan hadith pada abad ke-3 Hijrah

Memiliki ciri-ciri tertentu: a)dikumpulkan dan disusun secara berasingan dengan pandangan dan fatwa para sahabat dan tabiin. b) Hadith disusun tanpa mengira bab atau tajuk tertentu. c) Hadith

disusun mengikut bab tertentu serta diasingkan mengikut darjat hadith. (sohih & hasan)

Penulisan as-sunnah diperintahkan oleh Khalifah Umar Abd Aziz

Khalifah mengarahkan Abu Bakar bin Muhammad mengumpul dan mencatat hadith drpd menghafaznya. Usaha diteruskan Muhammad bin

Muslim dgn mengumpulkan dan membukukan hadith & diedarkan ke negara Islam. Cth ulama’ yg membukukan hadith: Ibnu Ishaq & Malik bin

Anas (Madinah), kitab tertua Al-Muwatto’ oleh Imam Malik.

Page 13: Hadith dan Sunnah

Kemunculan:• Ilmu dirayah:

Menurut bahasa dirayah berasal dari kata dara/yadri/daryan yang bererti pengetahuan. Ilmu ini menumpukan tentang kajian pada sesuatu hadith, samada hadith tersebut telah memenuhi syarat atau belum, dan samada boleh diterima atau tidak.Contoh: Ulumul hadith.

• Ilmu riwayah:Ilmu ini menumpukan tentang kajian cara periwayatan hadith, baik dari sisi cara penerimaan dan juga cara penyampaiannya dari seorang perawi ke perawi yg lain.

Page 14: Hadith dan Sunnah

.Bahagian Hadith.

Hadith yg memiliki syarat-syarat sebagai hadith yang pasti datangnya daripada rasulullah s.a.w.• > Cth: Hadith sohih

& hadith hasan.

Hadith sohih: Hadith yg berhubung sanadnya dari permulaan sanad hingga ke akhirnya. (perawinya bersambung sehingga sampai kepada rasulullah s.a.w)

Hadith hasan: Hadith yg bersambung sanadnya hingga sampai kepada rasulullah s.a.w yg menepati syarat-syarat.

Makbul

Hadith yg tidak cukup syarat.• > Cth: Hadith

dhoi’f & hadith maudhu’.

Hadith dhoi’f: Hadith yg langsung tidak menepati syara’

Hadith maudhu’: Hadith atau perkataan seseorang yg dikatakan daripada nabi s.a.w tetapi ia bukanlah hadith nabi.

Mardud

Page 15: Hadith dan Sunnah

.CONTOH. Hadith sohih:

*“Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga.” (Muslim)

Hadith hasan:*“Telah bercerita kepada kami Qutaibah, telah bercerita kepada kami Ja’far bin Sulaiman ad-Dluba’i, dari Abi Imran al-Juauni, dari Abu Bakar bin Abi Musa al-Asyari, yang berkata: Aku mendengar bapaku berkata (di hadapan musuh): Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya pintu-pintu surga itu berada di bawah kilatan pedang.” (Tarmidzi)

Hadith dho’if:*“Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.”

Hadith maudhu’:*“Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala 70 orang nabi."

Page 16: Hadith dan Sunnah

Bagaimana hadith maudhu’ (palsu) bermula? Bermula pada akhir pemerintahan khalifah Usman Affan. Tujuannya untuk mendewa-dewakan seorang tokoh. Golongan syi’ah adalah golongan pertama. Sbb: Perselisihan faham dlm memilih khalifah. Cth: Golongan Zanadiqiyah; mencipta hadith-hadith palsu

bertujuan menyesatkan umat Islam. Hukum beramal dengan hadith ini:

- Ulama’ bersepakat bahawa hadith maudhu’ tidak boleh dijadikan hujjah sama sekali.- “Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka.” (Muslim)

Page 17: Hadith dan Sunnah

.TANDA-TANDA HADITH MAUDHU’.

Bercanggah dengan ayat Al-Quran. Maksudnya tidak bercanggah sama ada secara tersurat atau tersirat, kerana adalah mustahil Al-Quran itu bercanggah dengan hadith dan sebaliknya. * Contoh hadith: “Anak zina tidak masuk syurga hingga tujuh keturunan.” Hal ini bercanggah dengan ayat; “Tidak memikul seorang yang bersalah akan kesalahan orang lain.”

Bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Contohnya hadith yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesuatu perkataan boleh membawa ke syurga adalah bercanggah dengan prinsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal soleh sebagai syarat yang meletakkannya di syurga.

Menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Contohnya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.

Page 18: Hadith dan Sunnah

. PENUTUP."Sesungguhnya telah ada pada (diri)

Rasulullah itu suri teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah

dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)

Page 19: Hadith dan Sunnah

.RUJUKAN.I. Handbook Pengajian Islam Kolej MARA

Banting.II. Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (Ulum

Hadith Tingkatan 4).III. Hadith 40 oleh Mustafa ‘Abdul Rahman

terbitan Dewan Pustaka Fajar.