HAJJATU AL-WADA : HADIS JABIR FIQH DAN...
Transcript of HAJJATU AL-WADA : HADIS JABIR FIQH DAN...
1
HAJJATU AL-WADA‘: HADIS JABIR ,
FIQH DAN FAEDAHNYA
Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri1
Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi2
Syed Najihuddin Syed Hassan3
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kedudukan hajjatu al-wada„
Rasulullah berdasarkan hadis Jabir dari sudut fiqh dan faedahnya. Beberapa isu
timbul, apabila beberapa pihak mendakwa bahawa ibadat haji jemaah haji Malaysia
yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di Tanah Suci Makkah telah
terkeluar daripada landasan Hajjatu al-Wada Rasulullah sama ada dari sudut
pergerakan hari tarwiyyah, waktu melontar jamrah, hadyu, jenis haji yang dibenarkan
Rasulullah dan tempoh nusuk. Persoalannya adakah pelaksanaan ibadat haji jemaah
haji Malaysia tidak seiringan dengan ibadat haji Baginda . Kertas kerja ini akan
menerangkan bahawa kedudukan ibadat jemaah haji Malaysia adalah seiringan dengan
hajjatu al-wada„ Rasulullah sepertimana sabda Baginda “Ambillah daripadaku
ibadat haji kamu”. Diharapkan, perbincangan yang disampaikan dalam kertas kerja ini
tidak hanya menjadi bahan rujukan dan perdebatan akademik atau menjadi seminar
semata-mata, malah menjadi satu langkah untuk menyimpulkankannya. Kesimpulan dan
keputusan ini adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam yang lain di
dalam menghadapi isu permasalahan dan persoalan hukum-hakam berkaitan ibadah haji
demi mencapai keredaan Allah S.W.T.
1.0 MUQADDIMAH
Ibadat haji merupakan kemuncak perhambaan manusia kepada Tuhannya dan
melaksanakannya, seolah-olah telah sempurnalah sudah lima rukun Islam. Dalam ibadat,
Rasulullah menggesa umatnya supaya menerima pakai apa yang dilakukan olehnya
tanpa sebarang bidaah dan rekaan yang disandarkan kepada logik akal semata-mata.
Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Mu„tamad berkata: Riwayat hadis
Jabir berkenaan perlaksanaan hadis Nabi adalah sebagai tatbiq amali atau praktikal
1 Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Ahli Majlis Fatwa
Negeri Sembilan, Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji
Malaysia 2 Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Ketua
Penyelidik Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Penyelaras Seminar dan Wacana, Unit
Politik dan Masyarakat, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). 3 Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah merangkap Ketua Program Pengajian Sunnah dengan
Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia
2
secara langsung daripada Rasulullah kepada para sahabat sebagai Mu„allim,
Mursyid, Imam dan Qudwah. Benarlah sabdanya kepada mereka seperti yang
diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Nasa‟i dan al-Baihaqi:
Maksudnya: “Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”.
Ibadat haji secara khususnya juga terbukti dengan sabda Rasulullah supaya umat Islam
mengambil daripadanya secara langsung. Hal ini jelas terbukti apabila Rasulullah
mewar-warkan keberangkatannya ke Kota Makkah pada tahun 10 Hijrah untuk
perlaksanaan ibadat haji, justeru ramai sahabat yang meriwayatkan hadis berkenaan
dengan haji Rasulullah . Menariknya riwayat Jabir mengesahkan nostalgia Rehlah
Rohaniah Rasulullah dalam menyahut seruan Ilahi untuk haji.
2.0 PENGENALAN HAJI DAN HIKMAHNYA
2.1 Takrif Haji
Haji dari segi bahasa bererti kunjungan atau menuju ke sesuatu tempat. Manakala dari
segi syara‟ bermaksud mengunjungi Makkah untuk melakukan ibadat yang tertentu,
dengan syarat-syarat yang khusus. Syeikh Abdul Rahman al-Jaziri menyatakan haji
bererti, amalan-amalan yang khusus ditunaikan pada zaman yang khusus di tempat yang
khusus atas tatacara yang khusus. Wahbah al-Zuhaili mengulas takrif haji tersebut dengan
berkata: Menziarahi tempat tertentu dalam masa tertentu untuk pekerjaan tertentu.
Sebutan ziarah bermaksud pergi, tempat tertentu pula bermakna Kaabah dan Arafah.
Masa tertentu pula ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah khususnya 10 hari
bahagian awal dalam bulan tersebut. Perbuatan tertentu pula bermaksud: Datang ke
tempat dengan berihram dan berniat untuk mengerjakan haji.
2.2 Tarikh Pensyariatan Haji
Kemungkinan pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji
adalah pada tahun 9 Hijrah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
3
Sabda Rasulullah kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Baginda pada awal
tahun 9 Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan:
Maksudnya: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah SWT, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menyerahkan 1/ 5 daripada
harta rampasan perang”.
Justeru, sekiranya haji telah difardukan sebelum tarikh tersebut tentulah Baginda
menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.
2.3 Hukum Dan Dalil Wajib Haji
Seperti yang dimaklumi, haji adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib kepada orang
Islam yang cukup syarat dan berkemampuan. Antara dalil kewajipannya ialah firman
Allah :
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang
kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(Surah ali-Imran: 97)
2.4 Hikmah Dan Faedah Haji
Allah mensyariatkan beberapa syariat kepada hamba-Nya dan memperincikan
hukum-hukum untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada
masa ini dan akan datang. Apabila menyebut tentang haji, al-Quran mengisyaratkan
bahawa ibadat tersebut mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia.
4
Hal ini berdasarkan firman Allah :
Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah , pada hari-hari yang
tersebut, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternakan
(untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-
binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang faqir
miskin.
(Surah al-Haj: 28)
Secara umumnya antara hikmah haji itu ialah :
1. Perhimpunan orang islam
2. Persaudaraan sesama islam
3. Kesatuan umat islam
4. Persamaan di kalangan umat islam
5. Mengimbau peristiwa lampau
6. Mengambil iktibar wasiat Rasulullah dalam hajjatu al-wada‟
7. Memperoleh rezeki
8. Pendidikan jasmani dan rohani
3.0 BIOGRAFI RINGKAS JABIR BIN `ABDILLAH
Jabir bin Abdullah bin Amru bin Haram bin Ka‟ab bin Ghanam bin Ka‟ab bin Salamah
al-Ansari al-Salami . Digelar dengan kuniyyah Abu Abillah, Abu Abdul Rahman dan
Abu Muhammad. Merupakan sahabat dan anak kepada sahabat Rasulullah .
Termasuk di kalangan yang banyak meriwayatkan hadis Nabi . Begitu juga ramai di
kalangan sahabat meriwayatkan daripadanya. Dalam riwayat yang sahih, bahawa beliau
5
termasuk di kalangan yang menyertai perjanjian Aqabah. Mengikut riwayat al-Bukhari
dalam Tarikhnya dengan sanad yang sahih daripada Abu Sufian daripada Jabir katanya:
Aku memberi minum kepada sahabat-sahabatku dalam perang Badar. Beliau berkata
bahawa Rasulullah telah berperang sebanyak dua puluh satu peperangan dan aku
menyertainya sebanyak sembilan belas peperangan. Jabir berkata: Aku tidak menyertai
perang Badar dan Uhud kerana bapaku menegahnya.
Antara sifat Jabir ialah keprihatinan beliau terhadap adik-adik dan kakak
perempuannya. Justeru, apabila ayahnya mati syahid dalam peperangan Uhud, beliau
telah berkahwin dengan perempuan yang tua, lantas Nabi bertanya kepadanya:
“Kenapa engkau tidak memilih perempuan muda dan dara?” Beliau memberi alasan
bahawa ayahnya meninggalkan anak-anak perempuan yang jika dipilih isterinya sebaya
dengan adik beradiknya yang perempuan, sudah pasti tidak dapat mengurus rumah tangga
dengan baik. Meninggal dunia di Kota Madinah selepas 70 Hijrah ketika usia 94 tahun.
Yahya bin Bukair berkata: Jabir meninggal pada tahun 78 Hijrah. Mengikut Qatadah,
beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Kota Madinah.
4.0 FIQH DAN FAEDAH HADIS
Imam al-Nawawi berkata: Hadis Jabir ini merupakan hadis yang besar dan agung
mengandungi banyak faedah, mutiara dan kaedah yang penting dan ia termasuk dalam
Afrad Muslim sahaja. Tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya. Tetapi
diriwayatkan oleh Abu Daud seperti riwayat Muslim. Al-Qadi berkata: Ulama‟ telah
berbincang berkenaan dengan hadis ini dari segi fiqh dan mereka memanjangkannya
termasuk Ibn al-Munzir sehingga menyebut lebih daripada seratus lima puluh masalah.
Dan kalau dikira nescaya ia lebih daripada itu.
Pertama: Muqaddimah Hadis
6
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim menceritakan kami, kesemuanya
meriwayatkan daripada Hatim, Abu Bakar berkata, Hatim bin Isma`il al-Madani
menceritakan kami daripada Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya katanya: Aku
masuk bertemu Jabir bin ``Abdillah , lalu dia bertanya kami satu persatu, siapa nama
kami masing-masing. Sampai giliranku, aku sebutkan namaku Muhammad bin Ali bin
Husein. Lalu dibukanya kancing bajuku yang atas dan yang bawah, kemudian
diletakkannya telapak tangannya antara kedua susuku (dadaku). Ketika itu aku masih
muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak saudaraku! Tanyakanlah
apa yang hendak engkau tanyakan.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Lafaz حدثنا adalah setinggi-tinggi darjat penyampaian hadis yang menunjukkan
secara langsung dan tallaqi antara murid dan gurunya dan dalam satu majlis.
ii. Bermusafir atau rehlah ilmiah dalam mengutip mutiara ilmu merupakan sunnah
para salaf al-saleh dan juga ahli hadis.
iii. Beradab dan bersopan dengan memahami adab tetamu amat penting lebih-lebih lagi
apabila mengunjungi para ulama‟ dan yang lebih tua daripadanya.
iv. Ta`aruf atau salam perkenalan adalah muqaddimah bicara supaya kemesraan dapat
dipupuk di samping mengenali salasilah atau asal-usul keturunan seseorang.
v. Memperkenalkan nama hendaklah dengan menasabkan kepada yang makruf supaya
mudah dikenali.
vi. Menyentuh seseorang adalah merupakan tanda lambang kemesraan di samping
untuk merasakan hubungan yang erat tanpa rasa gentar dan bimbang.
Kedua: Pengalaman Haji
Ketika itu aku masih muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak
saudaraku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Kemudian aku bertanya
kepadanya. Sedangkan dia telah buta, ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai
sejadah yang selalu dibawanya. Tiap kali sejadah itu diletakkan ke bahunya, pinggirnya
selalu lekat padanya kerana kecilnya sejadah itu. Kemudian dia solat bersama kami. Aku
7
bertanya kepadanya: Ceritakanlah kepadaku bagaimana caranya Rasulullah
melakukan ibadah haji. Lalu dia bicara dengan isyarat tangannya sambil menunjukkan
bilangan sembilan jarinya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Belajar dan menuntut ilmu amat sesuai pada usia muda.
ii. Ucapan selamat datang dan mempersilakan kepada tetamu amat dituntut bahkan
termasuk dalam adab Islam yang baik.
iii. Membahasakan kepada anak-anak kecil dengan gelaran anak saudaraku sebagai
lambang dan adab bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan ikatan yang padu dan
kukuh.
iv. Sebagai seorang guru, selayaknya memahami maksud kedatangan muridnya
bertujuan mengutip mutiara ilmu dengan menyuruh bertanya. Mudah-mudahan dia
dapat memberi ilmu dan manfaat yang berguna kepada generasi seterusnya.
v. Sifat muslim sejati sentiasa mendirikan solat dan mengerjakan pada awal waktu
walaupun dalam musyaqqah dengan sebab uzur atau buta tetapi menjunjung
panggilan Ilahi untuk bermunajat kepadanya merupakan lambang `ubudiyyah yang
tinggi.
vi. Sifat zuhud para sahabat dan qana‟ah jelas menjadi pakaian mereka. Hal seperti ini
telah diterjemahkan di dalam realiti kehidupan Jabir .
vii. Sewajarnya bertanya kepada yang tahu dan para ulama‟ yang thiqah juga dikenali
sebagai ahlu al-Zikr
viii. Bertanya dengan ilmu dan pengalaman haji bersama Rasulullah adalah
pertanyaan yang tepat pada orangnya sebagai sahib al-qissah atau al-riwayah.
ix. Menjawab persoalan dengan bahasa dan isyarat tangan seperti bilangan jari
sembilan menunjukkan masa dan tempoh hijrah Rasulullah ke Madinah. Jawapan
seperti ini akan mudah diingati oleh yang bertanya.
Ketiga: Pemberitahuan Haji Rasulullah
8
Beliau berkata: Sembilan tahun lamanya Baginda menetap di Madinah, namun dia
belum pernah menunaikan haji. Kemudian Baginda memberitahu bahawa tahun yang
kesepuluh Baginda akan menunaikan haji. Kerana itu, ramailah orang datang ke
Madinah untuk mengikut Nabi untuk beramal seperti amalan Rasulullah .
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Marhalah hijrah pada peringkat awal tidak difardhukan haji.
ii. Mengikut riwayat, haji difardhukan pada tahun sembilan hijrah dan ada pendapat
menyatakan pada tahun enam hijrah.
iii. Rasulullah menunaikan haji hanya sekali sahaja dalam hidupnya yang dikenali
dengan nama hajjatu al-wada‟ dilakukan pada tahun sepuluh hijrah.
iv. Rasulullah mewar-warkan matlamatnya untuk menunaikan haji kepada umat
Islam supaya mereka dapat bersama-sama menunaikannya bersama Rasulullah di
samping mengambil segala manasik haji dari Sahib al-Risalah.
v. Sahabat menyahut seruan Rasulullah dengan menyertainya dari seluruh pelusuk
negeri berhampiran dengan Madinah dan penduduk Madinah sendiri.
vi. Sunat mengiklankan kepada rakan taulan dan sahabat handai jika ingin bermusafir
lebih-lebih lagi dalam mengerjakan ibadah haji sepertimana yang dilakukan oleh
Rasulullah . Al-Qadi `Iyadh berkata: Ini menunjukkan bahawa mereka berihram
haji kerana Nabi berihram haji dan mereka sekali-kali tidak menyalahinya.
vii. Diriwayatkan hasil dari undangan dan dakwah Nabi untuk melakukan ibadat haji
itu, maka keluarlah seramai 90,000 orang sahabat telah mengikut Nabi . Setengah
riwayat menegaskan bahawa Nabi bersama-sama sahabat Baginda menunaikan
haji itu adalah seramai 120,000 orang. Tetapi riwayat yang masyhur mengatakan
seramai 114,000 orang. Nabi menunggang untanya yang bernama al-Qaswa‟.
Keempat: Rehlah Haji
Lalu kami berangkat bersama-sama dengan Baginda . Ketika sampai di Zu al-
Hulaifah, Asma‟ binti `Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar, lalu dia
menghantar seseorang menemui Rasulullah untuk menanyakannya: “Apa yang harus
9
aku lakukan.” Sabda Rasulullah : “Mandilah dan pakai kain pembalutmu, kemudian
pakai pakaian ihrammu kembali.”
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Mengikut ahli sejarah, berpetapan pada hari khamis bersamaan 25 Zulkaedah tahun
ke-10 Hijrah selepas mengerjakan sembahyang Zuhur bersama-sama dengan para
sahabat Baginda, maka berangkatlah Nabi ke Makkah dengan rombongan umat
Islam yang hebatnya. Semua sahabat-sahabat yang terkemuka turut serta
termasuklah semua isteri-isteri Baginda.
ii. Sunat musafir berjemaah dan memilih rakan taulan yang baik seperti kata pepatah
arab: Pilihlah rakan sebelum musafir dan jiran sebelum membina rumah.
iii. Hendaklah mempelajari adab Safar dan melantik seorang ketua atau amir dalam
musafir.
iv. Miqat terbahagi kepada dua: Makani (tempat) dan Zamani (masa).
v. Miqat Makani ialah beberapa sempadan tertentu melingkungi kawasan tanah haram
Makkah dari berbagai-bagai arah. Hal ini telah ditentukan oleh Rasulullah SAW
bagi mereka yang datang dari kawasan yang jauh menuju ke Makkah. Mereka yang
sampai di tempat tersebut dan belum berihram wajib memulakan ihram di situ serta
beriltizam dengan syarat dan wajibnya yang akan dihuraikan nanti. Sempadan-
sempadan tersebut adalah seperti berikut: Zu al-Hulaifah ( Al-Juhfah ,(ذو انحهيفة
) Qarnu al-Manazil ,(يههى) Yalamlam ,(انجحفة) اننازل قر ), Zatu `Irqin (ذات عرق), dan
kediaman atau rumah sendiri.
vi. Hadis ini menunjukkan sunat mandi ihram bagi orang yang nifas dan memakai alat
untuk menghalang darah keluar kepada pakaiannya seperti kata Imam al-Nawawi
Rahimahullah.
vii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini menunjukkan sah ihram orang yang
bernifas secara ijma‟.
viii. Hadis ini juga menunjukkan bahawa orang yang hamil boleh melakukan ibadat
haji.
Kelima: Di Abyar `Ali atau di Zu al-Hulaifah
10
Kemudian Rasulullah solat dua rakaat di Masjid Zu al-Hulaifah, selepas itu
Rasulullah menaiki untanya bernama al-Qaswa‟. Setelah sampai di Baida‟, aku
melihat di sekelilingnya, alangkah ramainya orang mengiringi Baginda sama ada
yang menunggang atau yang berjalan kaki. Begitu juga di kanan dan di kirinya sama
seperti itu dan di belakangnya. Sedangkan Rasulullah berada di tengah-tengah kami
(para sahabat). Ketika itu turun al-Quran (wahyu) di mana Rasulullah mengerti
maksudnya iaitu sebagai petunjuk amal yang harus dilakukan.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Sunat solat dua rakaat ihram selepas selesai mandi ihram dan berpakaian ihram.
ii. Boleh menamakan binatang dengan nama-nama tertentu seperti Nabi
menamakan untanya dengan nama al-Qaswa‟.
iii. Abu `Ubaid berkata: Al-`Adhba‟ adalah nama bagi unta Rasulullah .
iv. Ramainya para sahabat yang melakukan ibadah haji bersama Rasulullah .
v. Pengarang kitab al-Rahiq al-Makhtum berkata: Allah menghendaki agar Rasul-
Nya melihat sendiri keberhasilan dakwah yang dijalankannya, setelah melalui pahit
maung selama lebih dua puluh tahun. Di Makkah ramailah kabilah Arab dan wakil-
wakilnya yang datang kepada Nabi untuk mengambil daripada Baginda sendiri
syariat-syariat dan hukum-hakam agamanya. Baginda pula mengambil daripada
mereka persaksian bahawa Baginda telah menunaikan amanah, menyampaikan
risalah dan menasihati umat manusia.
vi. Harus menunaikan haji dengan cara berjalan, menunggang, berkenderaan secara
ijma‟. Ulama‟ khilaf yang mana afdal antara berjalan atau menunggang kepada dua
pendapat: Jumhur ulama‟ berpendapat menungang lebih afdal kerana mengikut
Rasulullah dan boleh membantu dalam melaksanakan ibadah haji. Manakala
Daud al-Zahiri berpendapat sebaliknya kerana masyaqqahnya lebih.
vii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Makna diturunkan al-Quran kepadanya
sedangkan dia mengetahui tafsirnya iaitu dengan menggesa supaya berpegang
dengan apa yang diberitakan kepadamu dari perbuatannya dalam ibadah haji
tersebut.
11
viii. Imam al-Ghazali berkata: Sunat bagi yang mengerjakan haji, mandi kerana untuk
ihram di samping memakai wangian sebelum ihram adalah disunatkan juga.
Keenam: Talbiyah
Kemudian Rasulullah membaca talbiyah dengan kuat:
Maksudnya: Aku menyahut seruan-Mu dan panggilan-Mu, aku lakukannya. Tidak ada
sekutu bagi Engkau wahai Tuhan. Semua kerajaan adalah milik Engkau wahai Tuhan.
Bahawasanya segala puji dan segala nikmat dan segala kerjaan adalah milik Engkau
wahai Tuhan. Aku penuhi wahai Tuhan.
Maka orang yang ada di situ mengikut talbiyah seperti Nabi SAW. Rasulullah SAW tidak
melarang mereka membacanya, bahkan terus menerus membacanya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Sunat mengangkat suara ketika talbiyah.
ii. Sunat mengangkat suara hanya bagi lelaki tidak kepada perempuan kerana
dibimbangi fitnah. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa‟i, Ibn
Majah, Malik dan al-Baihaqi di mana Rasulullah SAW bersabda: Telah datang
kepadaku Jibril AS seraya berkata yang bermaksud: Hai Muhammad!
Perintahkanlah sahabatmu supaya mengangkat suara mereka dengan talbiyah
kerana ia merupakan syiar haji.
iii. Talbiyah adalah lambang ahli tauhid sebagai mukhalafah dengan talbiyah jahiliyah
yang penuh dengan syirik. Dengan talbiyah dapat menguatkan tauhid yang
mengesakan Allah dengan ibadat serta meyakini keesaan tersebut pada zat, sifat-
sifat dan perbuatan-Nya.
iv. Makna talbiyah ialah menyahut seruan Ilahi. Makna نبيك “aku menyahut seruanmu
dua kali” dengan maksud tunduk dan patuh dengan sepatuh-patuhnya kepada-Mu.
12
v. Qadi `Iyadh berkata: Isyarat menunjukkan ramainya manusia bertalbiyah memuji
dan berzikir sebagaimana riwayat daripada Umar .
vi. Yang paling afdhal ialah mengikut talbiyah Rasulullah . Inilah pendapat Imam
Malik dan Imam al-Syafie. Boleh menambahkan lafaz talbiyah seperti yang
diungkap oleh Umar : اء وانف نبيك يرهىبا ينك ويرغىبا إنيكنبيك ذا اننع ضم انحس ; Ibn
Umar menambah: م Anas pula ; نبيك وسعديك وانخير بيديك وانرغباء انيك وانع
menambah: نبيك حقا تعبدا ورقا .
vii. Syeikh al-Syirazi dalam al-Muhazzab berkata: Disunatkan membanyakkan talbiyah
dan dalam perjalanan, begitu juga selepas solat menjelangnya pagi malam dan
siang. Hal ini kerana mengikut amalan Rasulullah .
Ketujuh: Pembetulan Niat
Niat kami hanya untuk mengerjakan haji dan kami belum mengenal umrah.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Niat pada bahasa bermaksud qasad atau tuju. Pada istilahnya pula qasad sesuatu
beserta dengan perbuatan.
ii. Syarat niat mestilah ikhlas Mufassir berkata bahawa ibadah kepada Allah yang Esa,
mengikhlaskan ketaatan kepada Allah , menjauhi syirik dan pendokong-
pendokongnya, mendirikan solat, menunaikan zakat itulah agama yang benar.
Pendeknya, ciri agama yang benar ialah akidah yang bersih dalam hati. Dan ibadah
yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah jurubahasa yang menterjemahkan
aqidah itu.
iii. Dinukilkan daripada al-Rahiq al-Makhtum menyebut bahawa Baginda
meneruskan perjalanannya hingga menghampiri Makkah, lalu Baginda bermalam
di Zi Tuwa. Setelah itu, barulah Baginda masuk ke Makkah selepas solat Subuh
dan mandi pada pagi Ahad bersamaan 4 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Baginda
mengambil masa lapan hari untuk perjalanannya di mana ianya adalah jarak
pertengahan.
13
iv. Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam Mukhtasar Minhaj al-Qasidin berkata: Bahawa
tidak sampai kepada Allah kecuali dengan tajarrud dan infirad semata-mata
berkhidmat kepadanya. Justeru, haji dijadikan sebagai Rahbaniyah bagi umat ini.
Kelapan: Permulaan Acara Ibadah di Makkah
Setelah kami sampai di Baitullah, Baginda cium salah satu sudutnya (Hajar al-
Aswad), kemudian Baginda tawaf, lari-lari kecil tiga kali pusingan dan berjalan biasa
empat kali pusingan yang berbaki.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Baitullah dengan maksud rumah Allah ialah Kaabah yang merupakan rumah Allah
yang pertama didirikan di bumi ini untuk beribadah.
ii. Sunat kucup Hajar al-Aswad ketika mula melihat Kaabah.
iii. Penghormatan kepada Kaabah dengan tawaf, dan jika mula datang digelar sebagai
tawaf qudum atau tawaf umrah mengikut niat ihram masing-masing. Adapun empat
pusingan berikut hendaklah berjalan seperti biasa.
iv. Sunnah Nabi berlari anak pada tiga pusingan pertama ketika tawaf. Perbuatan
berlari anak dikenali sebagai al-raml iaitu seperti tafsiran ulama‟ berjalan cepat
dengan langkah yang pendek.
v. Sunat membuka sebelah bahunya ketika tawaf bagi melambangkan kekuatan dan
yang lebih utama mengikut sunnah Nabi . Ia dikenali dengan nama al-Idhtiba‟
yang menjadi sunat pada masa tawaf.
vi. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Orang yang berihram apabila masuk
Makkah sebelum wuquf di Arafah, sunat baginya tawaf qudum secara ijma‟.
vii. Tawaf hendaklah dengan tujuh pusingan sebagai syarat sah tawaf.
viii. Mengikut sebahagian ulama Syafie tidak sunat berlari anak kecuali pada tawaf yang
satu pada haji atau umrah. Adapun jika tawaf selain daripada haji atau umrah,
maka tiadalah sunat lari anak atau al-raml.
14
ix. Di dalam sunan Abu Daud dan al-Tirmidhi menyebut cara al-Idhtiba‟ iaitu
memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan bagi tawaf yang diikuti
oleh sa‟ie bagi lelaki sahaja.
x. Berkenaan dengan istilam pula maksudnya menyentuh dengan tangannya pada
rukun yamani dan ia sunat pada setiap kali tawaf.
xi. Istilam Hajar al-Aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat
( إشارة) dengan tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan
tersebut pada setiap permulaan tawaf.
Kesembilan: Maqam Ibrahim dan Solat Sunat
Kemudian Baginda tawaf, lari-lari kecil tiga kali pusingan dan berjalan biasa empat
kali pusingan yang berbaki. Kemudian Baginda terus menuju ke Maqam Ibrahim ,
lalu Baginda membaca ayat suci al-Quran: واتخذوا هي هقام إبراهين هصلى (yang bermaksud:
Jadikan maqam Ibrahim sebagai tempat solat).
Lalu di tempatkan maqam itu di antaranya dengan Baitullah. Sementara itu, ayahku
berkata: “Dan aku tidak mengetahui apa yang disebutnya kecuali daripada Nabi ”.
Baginda membaca dalam solatnya surah قم هى الله أحد dan surah قم يأيها انكافرو hingga
akhirnya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Maqam Ibrahim merupakan seketul batu yang dijadikan tempat berpijak oleh
Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah. Maqam Ibrahim adalah salah satu tanda
kekuasaan Allah dan juga mukjizat Nabi Ibrahim . Diriwayatkan bahawa batu
yang pejal dan keras telah menjadi lembut sehingga membentuk kesan tapak kaki
Nabi Ibrahim .
ii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini merupakan dalil secara ijma‟ bahawa
disyariatkan seusai tawaf agar bersolat di belakang Maqam Ibrahim AS dua rakaat
tawaf.
15
iii. Ulama‟ khilaf adakah dua rakaat itu wajib atau sunat. Terdapat tiga pendapat:
sunat, wajib, dan mengikut hukum tawaf: wajib jika tawaf itu wajib, serta sunat jika
tawaf itu sunat.
iv. Sunat membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas kerana mengandungi wala‟
(penyerahan hanya kepada Allah SWT) dan bara‟ (berlepas diri daripada syirik dan
kekufuran).
Kesepuluh: Sa‟ie di Safa dan Marwah
Kemudian Baginda kembali ke sudut Baitullah (Hajar al-Aswad) lalu diciumnya pula,
kemudian melalui pintu, Baginda pergi ke Bukit Safa. Setelah dekat dengan Bukit Safa,
Baginda membaca ayat suci al-Quran: إى الصفا والوروة هي شعائر الله (yang bermaksud:
Sesungguhnya sa‟ie antara Safa dan Marwah adalah termasuk lambang-lambang
kebesaran agama Allah).
Kemudian Baginda berkata: “Aku memulakan dengan apa yang dimulai Allah .”
Selepas itu dia mula melaksanakan perintah Allah dengan menaiki Bukit Safa sehingga
Baginda melihat Baitullah, lalu dia mengadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah
dan mengagungkan-Nya. Ujarnya:
Kemudian Baginda berdoa. Ucapan tahlil itu diulanginya sampai tiga kali. Kemudian
Baginda turun ke Marwah. Ketika sampai di lembah, Baginda berlari-lari kecil.
Dan sesudah itu, Baginda menuju ke Marwah, sambil berjalan kembali. Setelah
sampai di puncak Bukit Marwah, Baginda buat seperti mana yang di buat di Bukit
Safa.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
16
i. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini menjadi dalil dalam mazhab al-Syafie
bahawa sunat bagi orang yang tawaf dengan tawaf qudum apabila selesai tawaf dan
solat di belakang maqam hendaklah kembali ke Hajar al-Aswad untuk istilam.
ii. Ulama‟ telah bersepakat bahawa istilam tidaklah wajib, bahkan sunat sahaja.
iii. Doa Nabi atau bacaannya ketika berada di Safa dan Marwah. Seraya berpaling ke
arah kiblat dan menyebutnya:
Ini adalah lafaz daripada jenis manasik.
iv. Sa‟ie disyaratkan mula dari Safa. Inilah pendapat Imam al-Syafie, Malik dan
Jumhur Ulama‟.
v. Sayugia menaiki Bukit Safa dan Marwah, apabila sampai di kakinya, jumhur
Syafieyyah berpendapat hukumnya sunat bukan syarat dan wajib.
vi. Ketika berada di Safa dan Marwah, hendaklah mengadap kiblat, berzikir kepada
Allah dan berdoa.
vii. Perkataan وهسو الأحساب وحده iaitu Allah mengalahkan mereka tanpa berperang dan
bukan daripada sebab manusia.
viii. Maksud الأحساب ialah mereka yang membina barisan bersekutu untuk mengalahkan
Rasulullah dalam peperangan Khandak pada bulan Syawal tahun keempat atau
kelima hijrah.
ix. Al-Qadhi `Iyad berkata: Dalam naskhah yang lain ada menyebut tentang bahawa
Nabi berlari anak di Batnul Wadi. Inilah juga yang disebut oleh al-Humaidi
dalam menghimpun antara dua sahih dan dalam Muwatta‟.
x. Sunat berlari anak ketika di Batnul Wadi dalam masa sa‟ie.
xi. Sunat berzikir ketika bersa‟ie.
xii. Pergi dari Safa dan Marwah dianggap sekali dan kembali ke Safa di anggap kali
kedua. Justeru mula dari Safa dan berkesudahan di Marwah.
17
Kesebelas: Jenis Haji Rasulullah
Tatkala Baginda mengakhiri sa‟ienya di Bukit Marwah, ujar Baginda : “Kalau aku
belum lakukan apa yang telah kuperbuat, nescaya aku tidak membawa hadyu, dan
menjadikannya sebagai umrah. Maka siapa yang di kalangan kamu tiada membawa
hadyu, maka hendaklah dia bertahallul dan menjadikannya umrah.
Antaranya ialah:
i. Nabi melakukan haji Qiran iaitu haji yang disekalikan dengan umrah.
ii. Alasan Nabi ialah kerana Baginda membawa hadyu iaitu binatang korban. Haji
mempunyai tiga jenis: Ifrad, Tamattu„ dan Qiran
iii. Ulama‟ khilaf yang mana paling afdal. Syafie berpendapat yang paling afdhal ialah
haji Ifrad. Ahmad ibn Hanbal berpendapat haji Tamattu‟ lebih afdal manakala
Malik berpendapat yang haji Qiran lebih afdal.
Kedua Belas: Fardhu Haji Hanya Sekali
Lalu Suraqah bin Malik bin Ju`syum bertanya: Ya Rasulullah , apakah untuk tahun ini
saja atau untuk selama-lamanya? Rasulullah memasukkan antara jari-jari tangannya
yang satu ke jari-jari tangannya yang lain seraya berkata: Telah masuk umrah ke dalam
haji. (dijawab sebanyak dua kali) Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Keberanian sahabat Rasulullah .
ii. Bertanya dan meminta fatwa daripada Rasulullah .
iii. Buat sesuatu amalan dengan yakin dan pasti.
iv. Haji difardhukan sekali sahaja seumur hidup kecuali nazar.
v. Jangan bertanya apa yang tidak ditaklifkan jika membawa kepada kemudaratan
kepada yang lain.
vi. Pada mazhab al-Syafie berpendapat bahawa haji dan umrah kedua-duanya adalah
wajib.
18
Ketiga Belas: Minta Fatwa Berkenaan Haji
Sementara itu, Ali datang dari Yaman membawa haiwan korban Nabi . Didapatinya
Fatimah termasuk orang yang bertahallul, dia mengenakan pakaian bercelup dan
bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Jawab Fatimah : Ayahku sendiri
yang menyuruhku berbuat demikian. Ali berkata: “Aku pergi menemui Rasulullah
untuk meminta fatwa Baginda terhadap perbuatan Fatimah itu.” Aku menjelaskan
kepada Baginda bahawa aku mencegahnya berbuat demikian. Sabda Baginda :
Fatimah benar! Fatimah benar! Kemudian tanya Baginda : “Apa yang engkau baca
ketika hendak melakukan haji?” Jawab Ali : Aku membaca “Ya Allah! Aku niat
menunaikan ibadah haji seperti yang diniati oleh Rasul-Mu”. Tanya Ali : “Tetapi aku
membawa haiwan korban, bagaimanakah hal itu?” Jawab Baginda : “Engkau jangan
tahallul.” Kata Jabir : Jumlah hadyu yang dibawa oleh Ali dari Yaman dan yang
dibawa oleh Rasulullah ada seratus ekor.
Antaranya ialah:
i. Baitu al-Nabawi yang menjadi suri teladan dan uswah hasanah.
ii. Ali datang dari Yaman untuk menunaikan haji bersama Rasulullah .
iii. Fatimah melakukan haji Tamattu‟ dengan mendahului umrah.
iv. Bertanya kepada yang tahu.
v. Wajib rujuk kepada sumber yang asli iaitu al-Quran dan hadis.
vi. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Harus suami ingkar kepada isterinya jika
merasakan kekurangan dan tidak terdapat dalam agama.
vii. Boleh berniat mengikut niat seseorang seperti Sayyidina Ali berniat seperti niat
Nabi dalam haji.
viii. Harus ta‟liq ihram dengan ihram yang lain.
ix. Sifat Nabi membenarkan tindakan Fatimah .
19
Keempat Belas: Jenis Haji Para Sahabat
Para jemaah telah bertahallul dan bergunting semuanya, melainkan Nabi dan orang
yang membawa hadyu bersama Baginda.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Ramai sahabat melakukan haji Tamattu‟.
ii. Bercukur adalah cara tahallul.
iii. Tahallul dengan bercukur adalah lebih afdhal daripada bergunting bagi lelaki.
iv. Bagi yang membawa binatang korban atau hadyu afdhal baginya melakukan ibadat
haji dengan cara qiran atau ifrad.
v. Bagi wanita, disunatkan bergunting rambut sepanjang seruas jari dari mana-mana
sudut kepala.
vi. Bagi yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau cukur di
atas kepala.
vii. Mulakan cukuran atau guntingan di bahagian kanan, kemudian di bahagian kiri
dengan mengadap ke arah kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur atau
bergunting sambil memegang rambut kepala.
Kelima Belas: Acara Ibadah Hari Tarwiyah
Apabila hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) menjelang, mereka berangkat menuju ke Mina untuk
melakukan ibadah haji. Rasulullah SAW menunggang kenderaannya. Di sana Baginda
solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya‟ dan Subuh. Kemudian Baginda menanti sebentar
hingga matahari terbit, sementara itu Baginda menyuruh para sahabat terlebih
dahulu pergi ke Namirah untuk mendirikan khemah di sana. Kemudian Rasulullah
menuju ke sana, sedangkan orang Quraisy menganggap bahawa Baginda tentu akan
berhenti di Masy`ari al-Haram (sebuah Bukit di Muzdalifah) sebagaimana biasanya
orang-orang jahiliyah.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
20
i. Hari Tarwiyah ialah hari ke-8 Zulhijjah.
ii. Pada mazhab al-Syafie: Sesiapa yang berada di Makkah dan hendak berihram haji,
afdhal baginya ihram pada Hari Tarwiyah.
iii. Sunat bagi seseorang datang ke Mina lebih awal daripada Hari Tarwiyah. Imam
Malik menyatakan hukumnya adalah makruh, manakala mazhab al-Syafie ia khilaf
sunnah.
iv. Afdal berkenderaan ketika berada di tempat Manasik seperti Mina, Muzdalifah dan
lain-lain.
v. Sunat bermabit di Mina pada malam 9 Zulhijjah.
vi. Solat di Mina iaitu pada 8 Zulhijjah dan malamnya.
vii. Sunat berkhemah di Namirah.
viii. Mukhalafah ibadat haji Rasulullah dengan amalan ibadat jahiliyah.
Keenam Belas: Wuquf di Arafah dan Khutbah Baginda SAW
Ternyata Rasulullah terus saja menuju ke Arafah. Sampai ke Namirah didapatinya
khemah-khemah telah didirikan oleh para sahabat, lalu Baginda berhenti untuk
berehat di situ. Ketika matahari telah condong, Baginda menaiki untanya, al-Qaswa‟
meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah, Baginda berucap,
sabdanya: “Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta antara kamu
adalah haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini dan di
negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di bawah undang-
undangku termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah yang pertama aku
hapuskan ialah tebusan darah Ibn Rabi`ah bin Harith yang disusukan oleh Bani Sa`ad,
lalu ia dibunuh oleh Huzail, begitu juga kuhapuskan riba jahiliyah. Yang mula-mula aku
hapuskan ialah riba kami iaitu yang ditetapkan oleh Abbas bin Abdul Mutalib.
Sesungguhnya riba itu dihapuskan semuanya. Kemudian jagalah dirimu terhadap
wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah dan mereka halal bagimu
dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas diri
mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikarmu (rumah
tanggamu). Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak
membahayakan. Sebaliknya mereka ada hak terhadapmu iaitu nafkah dan pakaian. Aku
21
wariskan kepadamu sekelian suatu undang-undang yang jika kamu pegang teguh, kamu
tidak akan tersesat sepeninggalku iaitu kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai
diriku. Apakah jawabmu?” Jawab mereka: “Kami menjadi saksi bahawa engkau telah
menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugasmu dan telah memberi
nasihat kepada kami.” Lalu Baginda bersabda sambil mengangkat telunjuknya ke
langit dan menunjuk kepada orang banyak. Ya Allah! Saksikanlah! (Nabi menyebut
sebanyak tiga kali). Sesudah itu, diazan, kemudian iqamat lalu Baginda solat Zuhur,
kemudian solat Asar tanpa solat sunat antara keduanya. Sesudah itu Baginda
meneruskan perjalanan menuju ke tempat wuquf. Sampai di sana, dihentikannya unta al-
Qaswa‟ di tempat-tempat yang berbatu dan orang yang berjalan kaki berada di
hadapannya. Baginda mengadap ke kiblat dan sentiasa wuquf sampai matahari
terbenam dan mega merah hilang
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Sunat tidak berada di Arafah kecuali selepas gelincir matahari atau masuk waktu
Zuhur.
ii. Sunat jama‟ solat antara Zuhur dan Asar. Khilaf dari segi mazhab.
iii. Sunat mandi sebelum masuk Arafah untuk berwuquf.
iv. Wuquf adalah rukun haji. Wuquf disyaratkan di Padang Arafah dan bermula
waktunya selepas Zuhur hingga terbit fajar pada hari kesepuluh Zulhijjah. Jika
seseorang sempat berada di Padang Arafah pada waktu tersebut maka dia dikira
telah melaksanakan rukun haji iaitu berwuquf.
v. Antara wasiat Rasulullah dalam khutbah Arafah ialah seperti dalam Hajjatu al-
Wada‟. Pertama: Haram membunuh, menumpahkan darah, mencedera dan
menceroboh hak orang lain. Kedua: Sistem dan undang-undang jahiliyah
dimansuhkan dengan undang-undang Islam. Ketiga: Ancaman daripada sistem
ekonomi yang berpaksi kepada riba. Ini kerana riba adalah dosa yang amat besar
dan memerah keringat manusia dengan sistem yang zalim. Justeru, balasannya
cukup besar di sisi Allah . Keempat: Wasiat supaya menjaga kehormatan dan
amanah berkenaan wanita atau institusi kekeluargaan. Adab rumahtangga
dipaparkan dengan jelas. Kelima: Wajib berpegang dengan pedoman Ilahi dan
22
Nabawi daripada al-Quran dan al-Sunnah. Keenam: Rasulullah meminta para
sahabat menjadi saksi.
Ketujuh Belas: Menuju Muzdalifah dan Acara Ibadah
Kemudian Baginda teruskan pula perjalanan dengan memboncengkan Usamah di
belakangnya dan Baginda sendiri memegang kendali. Baginda tarik tali kekang
unta al-Qaswa‟ sehingga kepalanya hampir menyentuh tempat pemijak. Baginda
bersabda dengan isyarat tangannya: “Hai manusia! Bertenanglah!” Setiap kali Baginda
sampai di kaki bukit, Baginda akan kendurkan tali unta sedikit untuk memudahkan
al-Qaswa‟ mendaki hingga sampai di Muzdalifah. Kemudian Baginda solat Maghrib
dan Isya‟ dengan sekali azan dan dua kali iqamat, tanpa membaca sebarang tasbih di
antara kedua-duanya. Kemudian Rasulullah berbaring sehinggalah fajar terbit.
Ketika ternyata waktu Subuh, di azan dan iqamah seterusnya Baginda menunaikan
solat Subuh. Kemudian Baginda menunggang semula al-Qaswa‟ meneruskan
perjalanan sampai ke Masy`ari al-Haram. Sampai di sana Baginda mengadap kiblat,
berdoa, takbir, tahlil dan membaca kalimah tauhid.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Bermabit di Muzdalifah termasuk dalam wajib haji.
ii. Acara ibadat haji selepas wuquf di Arafah ialah menuju ke Muzdalifah atau
Masy`ari al-Haram.
iii. Rasulullah berkenderaan dengan menaiki unta bernama al-Qaswa‟ bersama
Usamah.
iv. Nasihat Rasulullah supaya bertenang ketika menuju ke Muzdalifah.
v. Sunat jama‟ takhir bagi solat Maghrib dan Isya‟ pada malam 10 Zulhijjah dengan
sekali azan dan dua kali iqamat tanpa membaca sebarang tasbih antara keduanya.
Inilah juga pendapat Ahmad bin Hanbal, Abu Thaur, Abdul Malik al-Majisyun dan
al-Tahawi.
23
vi. Imam Malik berpendapat hendaklah azan dan iqamat bagi solat yang pertama,
begitu juga azan dan iqamat bagi solat yang kedua. Inilah pendapat Umar dan Ibn
Mas‟ud.
vii. Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf hanya perlu di azan dan iqamat
sekali sahaja.
viii. Mengikut mazhab Hanafi bahawa dijama„kan dengan sebab nusuk haji dan harus
bagi penduduk Makkah dan Muzdalifah serta Mina untuk solat jama„. Tetapi yang
sahih di sisi mazhab al-Syafie jama„ dengan sebab musafir.
ix. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Bagi Imam al-Syafie mempunyai
pendapat yang dhaif bahawa harus jama„ pada setiap musafir sekalipun jaraknya
dekat.
x. Sunat berzikir kepada Allah ketika sampai di Masy‟ari al-Haram di samping
berdoa.
xi. Bagi yang meninggalkan mabit di Muzdalifah hajinya sah tetapi hendaklah dibayar
dam kerana ia termasuk dalam wajib haji.
xii. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ada pendapat di kalangan sahabat kita
yang menganggap mabit di Muzdalifah sebagai rukun haji. Tidak sah tanpanya
sama seperti wuquf di Arafah. Antara mereka yang berpendapat seperti ini iaitu Ibn
Binti Syafie, Ibn Khuzaimah dan lima orang di kalangan tabi‟in iaitu Alqamah, al-
Aswad, al-Sya‟bi, al-Nakha‟ie dan al-Hasan al-Basri.
xiii. Rasulullah SAW berdoa selepas subuh hingga hampir keluar matahari.
Kelapan Belas: Perlaksanaan Amar Makruf dan Nahi Mungkar Dengan
Berhikmah
Baginda wuquf di sana sehingga langit kekuningan dan berangkat sebelum matahari
terbit sambil memboncengkan Al-Fadl Ibn Abbas .. Beliau seorang lelaki berambut
indah dan berwajah putih. Ketika Baginda berangkat, beberapa orang wanita bersama
tunggangan lalu di situ. Al-Fadl Ibn Abbas melihat kepada mereka, lalu mukanya
dipalingkan oleh Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Al-Fadl Ibn Abbas menoleh
ke arah lain untuk melihat. Rasulullah memalingkan mukanya dengan tangannya yang
lain, sehingga al-Fadl mengarahkan pandangannya ke tempat lain.
24
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Gesaan supaya menundukkan pandangan antara lelaki dan perempuan antara
ajnabi.
ii. Dalam hadis ini menunjukkan Rasulullah memalingkan leher al-Fadl ibn Abbas
daripada melihat wanita ajnabi.
iii. Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya sama ada dengan tangan
atau lisan.
iv. Fitnah wanita dan godaan yang amat sukar bagi lelaki menghadapinya.
Kesembilan Belas: Sejarah di Lembah Muhassir
Sampai di Lembah Muhassir, dipercepatkan untanya melalui jalan tengah yang langsung
menembus ke Jamratul Kubra.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Wadi Muhassir dinamakan begitu kerana ashab al-fil dikalahkan di situ.
ii. Sunat bersegera apabila melalui kawasan yang pernah ditimpa bala oleh Allah .
iii. Mengambil iktibar daripada kisah silam.
iv. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Jalan ini berbeza daripada pergi dan
pulang daripada Arafah yang dikenali sebagai jalan Dhab ketika pergi dan jalan
Mazimin ketika pulang sebagai satu Tafa‟um supaya ditukarkan keadaan.
v. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah ketika masuk Makkah melalui Thaniyatul
`Ulya dan pulang melalui Thaniyatu Sulfa.
Kedua Puluh: Acara Ibadah di Mina
Sampai di Jamrah yang dekat dengan sebatang pokok, Baginda melempar dengan
tujuh biji batu kerikil sambil bertakbir pada setiap lemparan. Kemudian Baginda
terus ke tempat penyembelihan korban. Di sana, Baginda menyembelih enam puluh
tiga haiwan korban dengan tangannya dan bakinya diserahkan kepada Ali untuk
menyembelihnya, iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota jemaah
25
yang lain. Kemudian Baginda menyuruh supaya mengambil dari setiap haiwan korban
itu sepotong kecil, lalu disuruh masak dan kemudian Baginda makan dagingnya serta
menghirup kuahnya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Jamrah ialah tempat melontar. Dan Jamrah al-Aqabah ialah Jamrah al-Kubra yang
terdapat di sisinya sepohon kayu.
ii. Sunat bagi yang melakukan haji apabila berangkat dari Muzdalifah dan sampai ke
Mina memulakan melontar di Jamrah al-Aqabah.
iii. Melontar di Jamrah al-Aqabah sahaja pada hari kesepuluh hijrah dengan sebanyak
tujuh biji anak batu seperti biji kacang.
iv. Antara cara melontar hendaklah dilontar sebiji-sebiji dan jika dilakukan sekaligus
dengan tujuh biji maka dianggap sebiji batu sahaja.
v. Mengikut sunnah Rasulullah berdiri ketika melontar di Batnul Wadi dengan
Mina dan Arafah serta Muzdalifah di sebelah kanannya dan Makkah di sebelah
kirinya. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Inilah yang sahih berdasarkan
kepada riwayat hadis-hadis sahih.
vi. Melontar di Jamrah al-Aqabah pada hari Raya Haji adalah disyariatkan dengan
ijma„. Tetapi mazhab kita ia adalah wajib dan bukan rukun haji dan jika ia
meninggalkan hendaklah membayar dam.
vii. Sunat sembelih korban pada hari raya. Rasulullah menyembelih 63 ekor haiwan
korban dengan tangannya dan bakinya disuruh Sayyidina Ali .
viii. Ini menjadi dalil tempat sembelihan korban mempunyai tempat yang tertentu.
ix. Sunat membanyakkan sembelihan korban.
x. Boleh mewakilkan seseorang korban bagi pihaknya.
xi. Sunat membahagikan daging korban kepada orang ramai.
Kedua Puluh Satu: Menuju Makkah dan Wasiat Rasulullah
26
Sesudah itu Baginda menuju ke Baitullah untuk tawaf. Baginda solat Zuhur di
Makkah. Sesudah itu Baginda menemui Bani Abdul Mutalib yang sedang menimba
dari telaga Zam-zam. Baginda bersabda kepada mereka: “Hai Bani Abdul Mutalib!
Berilah kami minum. Kalaulah orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu aku akan
menolong kamu menimba bersama-sama.” Lalu mereka timbakan dan Baginda minum
daripadanya.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Tawaf haji adalah rukun. Ia juga dikenali dengan tawaf ifadah.
ii. Rasulullah solat Zuhur di Kota Makkah. Mengikut riwayat Ibn Umar , Nabi
solat Zuhur di Mina. Imam al-Nawawi Rahimahullah berpendapat Baginda
melakukan solat dua kali iaitu sekali di Makkah dan sekali di Mina.
iii. Rasulullah mengunjungi Bani Abdul Mutalib.
iv. Kelebihan air zam-zam.
v. Kelebihan memberi minum kepada manusia.
vi. Rasulullah menjaga zan dan prasangka manusia.
vii. Dinamakan zam-zam kerana banyak airnya dan dikatakan juga kerana airnya
dikumpulkan.
viii. Mengimbas kembali peristiwa Hajar ibu Nabi Ismail .
5.0 PENUTUP
Dalam al-Rahiq al-Makhtum menyebut: Baginda menetap di Mina pada hari-hari
Tasyriq sambil menunaikan ibadat-ibadat haji, mengajarkan syariat-syariat, menegakkan
sunnah-sunnah petunjuk yang diwarisi daripada agama Nabi Ibrahim serta
menghapuskan kesan-kesan syirik dan mercu tandanya. Pada sesetengah hari-hari Tasyriq
itu, Baginda turut menyampaikan khutbahnya. Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis
dengan sanad yang hasan daripada Sarra‟ binti Nabhan yang berkata: Rasulullah
menyampaikan khutbahnya kepada kami pada hari al-Ru‟us (hari Tasyriq yang kedua).
Baginda bersabda: “Bukankah hari ini adalah hari Tasyriq yang pertengahan?”.
Khutbah yang disampaikan oleh Baginda pada hari itu adalah sama khutbahnya pada
hari korban. Khutbahnya ini disampaikan sebaik sahaja turunnya Surah al-Nasr.
27
Pada hari Nafar al-Thani 13 Zulhijjah, Nabi bertolak meninggalkan Mina lalu singgah
di cerun Bukit Bani Kinanah dalam kawasan al-Abtah. Baginda menetap di situ
menghabiskan saki baki hari tersebut dan malamnya. Di situ Baginda menunaikan
solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya‟. Kemudian Baginda tidur sekejap. Setelah itu,
Baginda menunggang binatang tunggangannya pergi ke Kaabah lalu melakukan tawaf
Wada‟. Setelah selesai semua ibadat hajinya, Baginda mengarahkan semua
rombongannya untuk balik ke Kota Madinah yang suci, tetapi bukan balik untuk berehat,
malah untuk meneruskan semula perjuangan dan jerih payah kerana Allah dan di jalan
Allah .
Menurut riwayat Imam al-Bukhari dalam sahihnya dari Amr ibn Salamah katanya:
Sebaik sahaja dikuasainya (Fath al-Makkah) negeri Makkah, setiap kaum segera
menemui Rasulullah untuk menyatakan keislaman mereka. Qabilah-qabilah arab
sebelum itu memang menunggu-nunggu dikuasainya Kota Makkah untuk menyatakan
keislaman mereka. Kata mereka: “Biarkanlah dia (Muhammad) dengan kaumnya, jika dia
dapat menundukkan mereka, maka itulah tanda dia seorang Nabi”.
Riwayat ini adalah sesuai dengan keterangan surah ini yang memberi isyarat bahawa satu
peristiwa akan berlaku selepas turunnya ayat ini, dan mengarahkan Nabi SAW supaya
bertasbih, bertahmid dan beristghfar apabila berlakunya berita menggembirakan itu dan
timbul alamatnya.
Mungkinlah kepada Rasulullah apabila Baginda melihat alamat daripada Tuhannya,
Baginda terus memahami bahawa tugasnya di bumi telah pun selesai dan Baginda
tidak lama lagi akan menemui Tuhannya. Inilah maksud Ibn Abbas , “Itulah ajal
Rasulullah yang diberitahu Allah kepadanya”.
BIBLIOGRAFI
Abdul Basit bin Abdul Rahman. 1424H. Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan
Sejarah. Maktabah al-Rasyid. Cetakan Pertama.
28
Ahmad Mustafa al-Maraghi. 2001.Tafsir al-Maraghiy. Jilid 1, Juzuk 1 dan 2. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Cetakan Pertama.
Ahmad Sonhaji Mohamad. t.t. Tafsir al-al-Quran juz 1,2,3. Pustaka Salam.
al-Alusi, Abi al-Fadhil Syihabuddin Mahmud al-Baghdadi. 1999. Ruh al-Ma‟ani. Dar
Ahya‟ al-Turath al-Arabi. Cetakan pertama.
Al-„Asqalany, Ibn Hajar. t.t. Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah. Maktabah Mesir.
al-Dhahaby, Imam al-Hafiz Muhammad bin Ahmad bin Usman. 2004. Al-Kaba‟ir (Dosa-
Dosa Besar). Pustaka Nasional PTE LTD. Singapura. Cetakan Kelima
al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 1997. Al-Wasit fi al-Mazhabi.
Dar al-Salam. Cetakan Pertama.
al-Jaziri, Abdul Rahman. Kitab al-Fiqh `Ala al-Mazahib al-Arba‟ah. Maktabah al-
Taufiqiyah.
al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa, al-Syarbaji, Ali. 2004. Manhaj Fiqh al-Syafi‟e.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri . Negeri Sembilan. Cetakan Pertama.
al-Maqdisi, Al-Imam Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah. t.t. Mukhtasar
Minhaj al-Qasidin. Dar al-Manar.
al-Mubarakfuri, Safiyyu al-Rahman. 2006. Al-Rahiq al-Makhtum, Sirah Nabawiyah .
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Cetakan Kedua.
al-Nawawi, Yahya bin Syaraf. Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi. 1929. Maktabah al-
`Ulum Wa al-Hukmi. Jilid 7. Cetakan Pertama.
al-Zuhaili, Muhammad. 2001. Al-Muhazzab Fi Fiqh al-Imam al-Syafi‟e Li Abi Ishaq al-
Syirazi. Dar al-Qalam, Damsyiq. Cetakan Kedua .
al-Zuhaili, Muhammad. 2007. Al-Mu`tamad fi Fiqh al-Syafi‟e. Dar al-Qalam, Damsyiq.
Cetakan Pertama.
Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, 2007. Lembaga Tabung Haji. Cetakan Pertama.
Sayyid Qutb. 2000. Tafsir Fi Zilalil Quran (Tafsir di Bawah Bayangan al-Quran). Jilid
17. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Cetakan Pertama.
Tarikuddin bin Haji Hassan. 2005. Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar: Nabi Muhammad
. Perniagaan Jahabersa. Cetakan pertama.
Sya‟rawi, Muhammad Mutawalli. 1991. Tafsir al-Sya‟rawi. Cetakan Akhbar al-Yaum.