Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab...

4
· ..;, L ""-t<J Wark..afi Manus /(rip Me[ayu Bil. 1/96 J anuari - !VIae 1996 II Kursus II Manuskrip adalah merupakan khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian ianya perIu dipulihara dan disimpan dengan sebaik mungkin. Menyedari hakikat inilah, SPAFA (SEAMEO Regional Centre for Archaeology and Fine Arts)., buat pertama kalinya menganjurkan kursus mengenai Preservation of Ancient Manuscripts and Rare Books. Kursus tersebut diadakan di Ibu Pejabat SPAFA di Bangkok Thailand dari 26 Februari hingga 19 Mac 1996. Seramai 19 peserta dari negara Asean yang terdiri dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam telah mengikuti kursus itu. Puan Salimah bt Abdul Rahman, Pustakawan dari Pusat M anus krip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan Encik Ramli Ujang, Kurator dari Arkib Negara Malaysia merupakan dua peserta dari Malaysia yang mengikuti kursus ini. Puan Salimah turut membentangkan kertas kerja berjudul Conservation of Malay Manuscripts at the National Library of Malaysia. Objektif utama kursus ini ialah untuk mendedahkan serta mempertingkatkan para peserta dengan kaedah yang terbaik ·dalam proses pembaikan dan pemuliharaan pelbagai !lahan. yang 1 ISSN 0128-6897 merupakan warisan intelek yang terakam dalam berbagai jenis bahan seperti kertas, daun lontar, kayu dan sebagainya. Kursus ini dibahagi kepada tiga modul laltu pembelajaran secara teori, latihamal dan lawatan ke beberapa institusi yang berkaitan. Dari segi teori peserta telah diperkenalkan kepada falsafah dan pnnslp mengenai pencegahan, pembaikan, pemuliharaan dan penjagaan, tujuan serta fungsi pemuliharaan. lni termasuklah komposisi dan penganalisaankertas, dakwat serta pewarna juga pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam proses pembaikan termasuk ciri positif dan negatifnya. lni adalah penting bagi membolehkan peserta membuat penilaian ke atas berbagai jenis bahan untuk pemuliharaan yang terdapat di pasaran, bukan sahaja dari segi penggunaannya malah dalam usaha mengambillangkah awal bagi mengawal kerosakan bahan rakaman inteleks. Seminar II 1. Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan seminar sehari yang bertemakan Preservations and Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab...

Page 1: Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab Tauhid dan Fikah. (MSS 2148) Manuskrip lnl mengandungi beberapa kitab, antaranya ialah

..,~ ~ · ~~ ..;, L ""-t<J Wark..afi Manus /(rip Me[ayu

Bil. 1/96 J anuari - !VIae 1996

II Kursus

II

Manuskrip adalah merupakan khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian ianya perIu dipulihara dan disimpan dengan sebaik mungkin. Menyedari hakikat inilah, SP AF A (SEAMEO Regional Centre for Archaeology and Fine Arts)., buat pertama kalinya menganjurkan kursus mengenai Preservation of Ancient Manuscripts and Rare Books. Kursus tersebut diadakan di Ibu Pejabat SPAFA di Bangkok Thailand dari 26 Februari hingga 19 Mac 1996. Seramai 19 peserta dari negara Asean yang terdiri dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam telah mengikuti kursus itu. Puan Salimah bt Abdul Rahman, Pustakawan dari Pusat M anus krip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan Encik Ramli Ujang, Kurator dari Arkib Negara Malaysia merupakan dua peserta dari Malaysia yang mengikuti kursus ini. Puan Salimah turut membentangkan kertas kerja berjudul Conservation of Malay Manuscripts at the National Library of Malaysia.

Objektif utama kursus ini ialah untuk mendedahkan serta mempertingkatkan para peserta dengan kaedah yang terbaik ·dalam proses pembaikan dan pemuliharaan pelbagai !lahan. yang

1

ISSN 0128-6897

merupakan warisan intelek yang terakam dalam berbagai jenis bahan seperti kertas, daun lontar, kayu dan sebagainya.

Kursus ini dibahagi kepada tiga modul laltu pembelajaran secara teori, latihamal dan lawatan ke beberapa institusi yang berkaitan. Dari segi teori peserta telah diperkenalkan kepada falsafah dan pnnslp mengenai pencegahan, pembaikan, pemuliharaan dan penjagaan, tujuan serta fungsi pemuliharaan. lni termasuklah komposisi dan penganalisaankertas, dakwat serta pewarna juga pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam proses pembaikan termasuk ciri positif dan negatifnya. lni adalah penting bagi membolehkan peserta membuat penilaian ke atas berbagai jenis bahan untuk pemuliharaan yang terdapat di pasaran, bukan sahaja dari segi penggunaannya malah dalam usaha mengambillangkah awal bagi mengawal kerosakan bahan rakaman inteleks.

Seminar

II

1. Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan seminar sehari yang bertemakan Preservations and

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab Tauhid dan Fikah. (MSS 2148) Manuskrip lnl mengandungi beberapa kitab, antaranya ialah

Conservation of Library Materials Issues and Challenges pada 8 April 1996 yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini telah dikendalikan oleh Dr. Margaret Child, seorang pakar rujuk di bawah program Fullbright Amerika Syarikat. Beliau berada di Malaysia dari lanuari hingga April 1996, di mana beliau membantu Perpustakaan Negara Malaysia dalam menyediakan drat dasar negan mengenai pemeliharaan sumberperpustakaan

Terbitan Terbaru Pusat Manuskrip Melayu

1. Jurnal Filologi Meloyu lilid 3 (1994) telah diterbitkan dan mulai dijual kepada orang ramai pada bulan Februari 1996 dengan harga RM15.00 senaskhah.

Keluaranoo kali ini mengandungi 10

artikel yang menarik, di antaranya ialah:

(a) Ruang lingkup pengajian Meloyu oleh Prof. Dr. Siti Hawa Hj.o Salleh.

(b) Aksara dan batu bersurat Melayu Kuno oleh Drs. Abdul 'Rahman al Ahmadi. 0

(c) Hikayat Siak ~au sejarah Raja­Raja Melayu: satu penampilan teks dan persepsi sejarah oleh Prof. Dato' Dr. Mubammad Yusoff Hashim.·

2

I Tesis dan Latihan Dmiah I Perpustakaan Negara Malaysia telah menerima 3 buah tesis latihan iJmiab bagi sesi 1995196, yang dihasillcan oleh mahasiswa bagi memenuhi 0 ijazah sarjana muda sastera, labatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Tesis pertama ialah Undtmg-Undtmg Keluarga: Satu analisis aspek tulisan jawi dan linguistik oleh Cik Noor Zanariyah bt Ismail. (mlcm 5600/mal­pol 40). Naskhah asal mam1slaip ini terdapat di Bibliotheque National, Paris, Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai salinan mikrotilemnya. Pengkajian beliau adalah memberi penekanan kepada pelbagai bentuk bahasa yang digllnaJcan dalam mamulaip

o ini bagi memberi kesedaran tentang ketinggian dan keindaban bahasa yang digunakan oleh generasi dahulu. Secara ringkasnya manuslaip ini membicarakan tentang · hukum waris simati dan pembabagian barta. Di bahagian kedua membic&rakan tentang adat peminangan, hubungan suami isteri serta masaJab nikah dan cerai.

Tesis kedua ialah Kitab Faraid: Tinjauan dari aspek linguistik oleh Mohd. Azam bin Ahmad [mlcm 5700 (mal-pol 39(1)] . Naskah asal terdapat di Bibliothe.que N ationale Paris. Perpustakaan N egara Malaysia mempunyai salinan mikrofilemnya. Beliau menumpulcan penglcajian kepada aspek penggunaan bahasa Melayu termasuk aspek sistem tulisan dan ejaan jawi, morfologi°lian sintaksis. Kitab 0

faraid 1Dl membicarakan lcaedah · pembahagian barta pusaka dan barta pencarian suami isteri.

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab Tauhid dan Fikah. (MSS 2148) Manuskrip lnl mengandungi beberapa kitab, antaranya ialah

Tesis ketiga pula ialah Undang-Undang Kedah: satu analisis, aspek ejaan jawi morfologi dan sintaksis atau dikenali juga dengan Hulcum Kanun Dato' Besar Kota Setar oleh Cik Zarirah bt Mahat (mkm 1637, mkm 2743 dan mkm 5700). Naslchah asal tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, dan terdapat juga satu daIam bentuk salinan mikrofilem. Beliau juga mengkaji manuskrip ini dari aspek sistem ejaan dan tulisan jawi, morfologi, sintaksis dan perbendaharaan kata. Antara lain manuskrip ini membicarakan fasal eukai pelabuhan, kesalahan jenayah, hukum syariah, adat dan adab, termasuk hukum-hukum yang menyentuh tentang ugama Islam seperti sembahyang, zakat, puasa, nikah eerai dan sebagainya.

Perolehan Manuskrip I Dari bulan Oktober 1995 hingga Mac 1996 Pusat Manuskrip Melayu telah berjaya memperolehi sebanyak 54 naslchah asal manuskrip Melayu menjadikan jumlah sebingga kim 2,158 naslchah keseluruhannya. Manuskrip dalam bentuk mikrofllem pula ialah sebanyak 126 naslchah. Di antara manuskrip yang terpenting ialah:

(a) Hukum Kanun. (MSS 2134) Dari tera air 'Britannia', manuskrip ini berkemungkinan disalin pada pertengahan kurun ke 19 di Patani daD merupakan naslchah yang lengkap.

Manuskrip 1D1 membiearakan berbagai hukum dan adat yang mesti diamalkan atau dijalankan oleh seorang pemerintah, termasuk seorang Raja, Penghulu dan seluruh pembesar-pembesar lain. lanya

3

juga mengandungi fasal mengenai faedah daripada menjadi pemerintah.

(b) Hidayat al-Mutaalim wa umdat aI Muallim. (MSS 2146) Kitab ini diterjemahkan oleh Sheikh Daud al-Fatani di Mekah pada 1244 H (1828 M) dan disalin oleh Muhammad Husin bin Abdul Latif Kelaba pada 1301 H (1883 M). lanya membicarakan mengenai ilmu tauhid dan flkah, di antaranya rukun sembahyang, haji dan umrah, hukum perkahwinan, pembahagian barta. Dibicarakan juga mengenai hukum jenayah seperti mencuri dan sebagainya. lni merupakan naslchah kedua dalam koleksi. Lengkap.

(c) Kitab Fath al-Manan. (MSS 2147) Kitab ini juga dikarang oleh Sheik)l Daud al-Fatani pada 1249 H (1833 M) dan disalin semula . oleh Mubammad Husin bin Abdul Latif Kelaba pada 1303 H (1885 M). Kitab ini membicaramengenai ilmu flkah dan tasawuf termasuldah rukun iman, rukun sembahyang, rukun haji dan umrah termasuk rukun nikah dan cerai. Juga tentang kelc!bihan orang yang berilmu dan taat kepada perintah Allah s. w. t. Ini merupakan naslchah ketiga dalam koleksi. Lengkap.

(d) Kitab Tauhid dan Fikah. (MSS 2148) Manuskrip lnl mengandungi beberapa kitab, antaranya ialah Fath al-Mubin dan Kitab al Murajaa. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini membiearakan mengenai ilmu tauhid dan fikah.

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Hak Cipta Terpelihara ©1996 Perpustakaan Negara Malaysia ..,~ … · 2016. 7. 14. · (d) Kitab Tauhid dan Fikah. (MSS 2148) Manuskrip lnl mengandungi beberapa kitab, antaranya ialah

tauhid dan fikah.

(e) Manuskrip Ka Ga Nga [Rejang]. (MSS 2158)

Manuskrip ini tertulis di atas 5 kepingan buluh yang berukuran lebih kurang 35 x 4 em. setiap satu. Ianya ditulis menggunakan skrip KA-GA­NGA [Rejang] yang merupakan manuslaip Melayu kuno yang hampir pupus. Manuskrip ini berasal dari Sumatera Selatan. Ini merupakan pertama kali Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi manuskrip bertulisan KA GA NGA.

Pada tanggal 12 Disember 1995 Eneik Bashir bin Mohammed dari London telah

menghadiahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia satu manuskrip penting yang berupa sepueuk surat rasmi. Surat rasmi ini dikirim oleh Sri Yang DiPertuan Muda Raja Jaafar dari Riau, kepada Kapten Elliot yang bermastautin di Batawi. Dalam surat ini Sri Yang DiPertuan Muda meminta Kapten Elliot melindungi Riau daripada serangan Raja Laut (lanun?) dan sebagai balasannya beliau bersetuju menyerahkan hasil balak kepada Kapten Elliot.

Surat ini bertarikh 25 Syawal1259 H (1746 M) ditulis di atas kertas Eropah beriluminasi air emas dan berdakwat hitam. Mempunyai cop mohor berwarna hitam. Ukuran 46 em. x 36.5 em.

************ Contoh manuskrip KA-GA-NGA

Penaung:

Urilsetia:

la i /cum tu han leu rna la

i kat sai Ratad

rna wat ni leu mu nu... (hilang)

gu ja tung pu tih pu nu tup

kan dang Muha mat ni leu nu ..

/u guh hi nya wa pale. pu-

lea kha u Ichip ba dan

Su Iche ta de ngan nya-

wa ku A sukh leu le bu ..... (hilang)

(Dipetik dari buku Transkripsi dan Translitrasi Naskah Kuno Nomor 1020, hIm. 11, koleksi Museum Negeri Propinsi Lampung, Sumatra)

************

Mariam Abdul Kadir Ketua Pengarah Perpustakaan. Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Pusat. Manuslcrip Melayu 232, 1 alan Tun Razak 50572 KUALA LUMPUR Tel: 294348812944100

2924079 (Talian terus)

Sidang Pengarang: Shahar Banun laafar. PNM

4

Haji Wan Ali Wan Mamat, PNM Haji Ibrahim Ismail, UM Rogayah Mohd. Yassin, UKM Raja Masittah Raja Ariffin, DBP Salimah Abdul Rahman, PNM

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia