Hak Dan Tanggungjawab Kanak

14
HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

description

azx

Transcript of Hak Dan Tanggungjawab Kanak

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

Hak Kanak Kanak di MalaysiaSetiap negara di dunia mempunyai peratusan kanak kanak yang besar dan ramai. Di Malaysia, pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Angka ini jelas menunjukkan bahawa terdapat ramai kanak kanak di Malaysia yang perlu diberi perlindungan dan hak yang sewajarnya oleh semua lapisan masyarakat. Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Suasana ini akan membentuk mereka manjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Apa itu Hak Kanak-kanak?Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children).

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanakKonvensyen Hak Kanak-kanak telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Konvensyen mengenai Hak Kanak kanak atau CRC mempunyai 54 perkara dan dapat dibahagikan kepada bahagian iaitu Bahagian 1 (Perkara 1-41), Bahagian II ( Perkara 42-45) dan Bahagian III (Perkara 46-54). Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hak hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak kanak, manakala bahagian II dan III lebih kepada tanggungjawab Negara dalam mempromosi serta perancangan masa depan mengenai hak tersebut. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang serta menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Konvensyen ini juga telah menggariskan empat elemen hak yang perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat Malaysia iaitu kehidupan, perlindungan, penyertaan dan perkembangan. mHAK KEHIDUPAN

Mendapat makanan dan tempat tinggal. Membesar dalam suasana sihat, kasih sayang.

KehidupanHak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.Dalam hal ini, ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Ini sekaligus dapat memberi kelangsungan hidup yang lebih positif dan cerah dalam hidup mereka. Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Dengan adanya elemen tersebut, secara tidak langsung kanak kanak akan wujud motivasi dalam diri mereka untuk hidup lebih semangat dan aktif.Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Hal ini dapat memastikan perkembangan dan pertumbuhan luaran dan dalaman mereka akan berlaku dengan seimbang dan terus.

Objektif 1

Kelangsungan Hidup

1. Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak.2. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.3. Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan sosial mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim.

4. Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup mereka.

5. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

HAK PERLINDUNGAN Perlindungan fizikal,seksual dan emosi. Membesar dengan sihat dan cerdas.

Perlindungan

Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya.

Kita sering mendengar dan terbaca berita tentang kanak kanak didera, dibuli, dicabul, diseludup, dijadikan buruh kasar dan sebagai dalam media. Masalah ini jika berlarutan boelh menjadi satu virus dan bencana dalam pembangunan dan kemajuan Negara. Kanak kanak adalah satu komuniti yang harus diberi perlindungan yang maksimum dan diberi hak untuk menikmati zaman kanak kanaknya.Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan.

Objektif 2

Kelangsungan HidupPerlindungan1. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.2. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsapenyeksaan, pengabaian, penganiayaan, keganasan, pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal serta penyediaan rawatan pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender).3. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan atau ancaman pihak-pihak tertentu.4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan.5. Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam keluarga tersebut dapat menikmati hak-hak mereka.6. Memastikan semua pihak yang mempunyai hubungan atau memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak mewujudkan dasar dan protokol perlindungan kanak-kanak dan melaksanakannya.7. Menyediakan program khusus bagi kanak-kanak jalanan, kanak kanak tanpa dokumen, kanak-kanak tercicir, kanak-kanak terlibat dengan penagihan dadah dan kanak-kanak yang berada dalam situasi genting, kepayahan dan lain-lain bahaya (under difficult circumstances).8. Memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya bagi pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.9. Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak)dan pemerdagangan orang diberi perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat ataudihantar pulang ke negara asal.10. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-kanak di peringkatnasional dan antarabangsa.11. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

HAK PERKEMBANGAN

Bersekolah. Mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan.

Perkembangan

Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat.Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Aktiviti bermain ini juga akan membentuk nilai murni dalam diri kanak kanak dan mereka akan mengaplikasikan dalam kehidpan mereka.Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan.

Objektif 3Perkembangan1. Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti, mudah diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak.2. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.3. Memperluaskan program dan kemudahan khusus bagi perkembangan kanak-kanak kurang upaya dalam semuaaspek seperti pengesanan dan intervensi awal, pemulihan, pendidikan dan pengintegrasian semula dalam masyarakat.4. Menyediakan bantuan, latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kanak-kanak mendapatpengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang bermutu tinggi.

HAK PENYERTAAN

Berinteraksi dan berkawan. Menyertai aktiviti kelab dan sukan.

PenyertaanHak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat.Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Keingingan mereka haruslah dipenuhi oleh ibu bapa dan melihat kepada kemampuan dan kesesuaian.Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Ibu bapa boleh anak anak mereka dalam perkhemaham, forum, bengkel, gotong royong dan sebagainya.Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Ini akan menjadi pendedahan kepada mereka untuk menempuh alam dewasa yang mencabar pada masa hadapan.Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Ini bermakna ibu bapa haruslah menyediakan keperluan yang secukupnya kepada anak mereka. Perkara ini harus menjadi kepentingan kepada ibu bapa kerana jika mereka gagal untuk menyediakan keperluan kepada anak mereka, anak anak ini akan timbul satu perasaaan negative dalam diri mereka iaitu perasaan memberontak.Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.Kita telahpun membincangkan tentang konvensyen mengenai hakkanak kanak secara asas sebentar tadi. Sekarang mari kita lihat dasar yang berkaitan kanak kanak di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mementingkan hak kanak kanak dan serius dalam menangani masalah berkaitan kanak kanak. Para pemimpin kita berusaha untuk menjadi kepentingan kanak kanak di Malaysia untuk menjadikan kanak kanak ini satu elemen yang penting dalam pembangunan Negara. Banyak program dan usaha telah dijalankan untuk kanak kanak di Malaysia. Antaranya dalam bidang pendidikan seperti program PERMATA yang khusus untuk murid murid sekolah rendah yang melibatkan kanak kanak. Program ini sejajar dengan 4 elemen yang digarisakan dalam konvensyen hak kanak kanak iaitu penyertaan kanak kanak dalam aktiviti yang boleh mewujudakn nilai murni dalam diri mereka.

Objektif 4Penyertaan1. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan bersesuaian daripada pelbagaisumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mereka.2. Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan berkualiti.3. Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI.

TAJUK:SIVIK DAN KEWARGANEGARAANHAK PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

NAMA MURID:JULITA JAZMINE ASMIR BINTI FUAD

KELAS:6 CEMPAKA