Hak Kebebasan Bersuara

21
1 HAK KEBEBASAN BERSUARA: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN ISU BERKAITAN Disediakan oleh: Zaharahanum Kamarudin (2013) PENGENALAN Kebebasan bersuara adalah satu daripada sembilan perkara yang dinyatakan di dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Asasi. Fasal (1) (a) Perkara 10 menyatakan ‘tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran’. Dewasa ini, rakyat Malaysia semakin menyedari akan keperluan dan kepentingan hak kebebasan bersuara terutama dalam menyuarakan pendapat sama ada sokongan atau bangkangan mereka terhadap perjalanan politik dalam negara. Berpegang kepada Fasal (1) (a) Perkara 10 tersebut, dibantu oleh perkembangan teknologi komunikasi, semakin ramai rakyat Malaysia, tanpa rasa malu dan bersalah, mengemukakan fikiran mereka dengan harapan ia dapat mengubah landskap politik negara dan secara tidak langsung memperbaiki taraf hidup rakyat yang semakin terbeban dek himpitan pelbagai kekangan semasa. Walau bagaimanapun, hak kebebasan bersuara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak kebebasan yang mutlak. Hak ini dibatasi oleh beberapa undang-undang yang digubal oleh Parlimen untuk menjamin keselamatan negara, ketenteraman awam, keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar serta mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, perlakuan fitnah dan perbuatan subversif. Hal ini termaktub dalam Fasal (2), Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Melihat kepada senario di Malaysia, sebahagian rakyat negara ini kelihatan benar- benar jelas dan faham berkenaan hak dan sekatan dalam kebebasan bersuara di Malaysia. Perkara ini mendorong mereka untuk menyuarakan pendapat dalam pelbagai bentuk sama ada melalui tulisan, lukisan, nyanyian, percakapan dan rakaman video dengan harapan isu- isu yang disuarakan mendapat perhatian dan diambil tindakan oleh kerajaan.

description

Artikel Kebebasan Bersuara

Transcript of Hak Kebebasan Bersuara

  • 1

    HAK KEBEBASAN BERSUARA:

    PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN ISU BERKAITAN

    Disediakan oleh: Zaharahanum Kamarudin (2013)

    PENGENALAN

    Kebebasan bersuara adalah satu daripada sembilan perkara yang dinyatakan di

    dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Asasi. Fasal (1) (a) Perkara

    10 menyatakan tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan

    fikiran.

    Dewasa ini, rakyat Malaysia semakin menyedari akan keperluan dan kepentingan

    hak kebebasan bersuara terutama dalam menyuarakan pendapat sama ada sokongan atau

    bangkangan mereka terhadap perjalanan politik dalam negara. Berpegang kepada Fasal (1)

    (a) Perkara 10 tersebut, dibantu oleh perkembangan teknologi komunikasi, semakin ramai

    rakyat Malaysia, tanpa rasa malu dan bersalah, mengemukakan fikiran mereka dengan

    harapan ia dapat mengubah landskap politik negara dan secara tidak langsung memperbaiki

    taraf hidup rakyat yang semakin terbeban dek himpitan pelbagai kekangan semasa.

    Walau bagaimanapun, hak kebebasan bersuara yang terkandung dalam

    Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak kebebasan yang mutlak. Hak ini dibatasi oleh

    beberapa undang-undang yang digubal oleh Parlimen untuk menjamin keselamatan negara,

    ketenteraman awam, keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri dan hubungan

    diplomatik antara Malaysia dan negara luar serta mengelakkan penghinaan terhadap

    mahkamah, perlakuan fitnah dan perbuatan subversif. Hal ini termaktub dalam Fasal (2),

    Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

    Melihat kepada senario di Malaysia, sebahagian rakyat negara ini kelihatan benar-

    benar jelas dan faham berkenaan hak dan sekatan dalam kebebasan bersuara di Malaysia.

    Perkara ini mendorong mereka untuk menyuarakan pendapat dalam pelbagai bentuk sama

    ada melalui tulisan, lukisan, nyanyian, percakapan dan rakaman video dengan harapan isu-

    isu yang disuarakan mendapat perhatian dan diambil tindakan oleh kerajaan.

  • 2

    Namun demikian, mereka juga berpendapat, hak kebebasan bersuara dan sekatan-

    sekatan ke atas hak ini menyebabkan hak kebebasan bersuara di Malaysia menjadi hak

    kebebasan bersuara terpilih iaitu hak ini hanya boleh diguna pakai dalam isu-isu tertentu

    dan oleh orang-orang tertentu sahaja. Hal ini, secara tidak langsung telah menafikan hak

    yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

    Untuk meninjau sejauh mana kebenaran pendapat di atas, kertas ini akan melihat

    dan menganalisis Hak Kebebasan Bersuara: Analisis di Malaysia berdasarkan undang-

    undang yang telah digubal dan isu-isu yang berkaitan.

    UNDANG-UNDANG DAN SEKATAN KE ATAS HAK KEBEBASAN BERSUARA

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh

    Perlembagaan Persekutuan telah dibatasi oleh Fasal (2) Perlembagaan itu sendiri demi

    menjamin keselamatan awam, keselamatan negara, hubungan diplomatik serta

    mengelakkan fitnah dan perbuatan subversif.

    Berikut dinyatakan peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-

    undang yang digubal oleh Parlimen untuk menyekat hak kebebasan bersuara:

    Perlembagaan Persekutuan

    Selain daripada Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan, Fasal (4) Perlembagaan yang

    sama turut mengenakan sekatan ke atas hak kebebasan bersuara terhadap perbuatan-

    perbuatan yang mempersoalkan hak, taraf, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu

    serta kedaulatan Raja-Raja Melayu. Perkara-perkara yang dilindungi adalah seperti yang

    terkandung dalam Bahagian 3: Kewarganegaraan, Perkara 152: Bahasa Kebangsaan,

    Perkara 153: Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dsb., untuk Orang Melayu

    serta Perkara 181: Pengecualian Bagi Raja-Raja dsb.

    Bahagian 3: Kewarganegaraan membincangkan tentang kaedah dan syarat-syarat

    memohon kewarganegaraan iaitu kewarganegaraan dengan cara undang-undang,

    kewarganegaraan dengan cara pendaftaran (bagi isteri dan anak warganegara, bagi orang

  • 3

    yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan bagi orang-orang yang bermastautin di

    Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia), kewarganegaraan dengan cara masukan (iaitu

    bagi orang yang bukan warganegara) dan kewarganegaraan disebabkan percantuman

    wilayah.

    Perkara 152 mencatatkan berkenaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    dan pemakaian Bahasa Inggeris dalam sidang Parlimen dan Dewan Negeri, pembentukan

    undang-undang dan perbicaraan di mahkamah selepas Malaysia menyambut ulang tahun

    kemerdekaannya yang kesepuluh.

    Perkara 153 mencatatkan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara

    kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera iaitu dalam pewujudan kuota-kuota

    tertentu bagi orang Melayu dan Bumiputera. Kuota atau peruntukan istimewa ini adalah bagi

    penganugerahan biasiswa dan bantuan pelajaran, permit perniagaan dan penempatan di

    pusat pengajian tinggi.

    Perkara 181 menyatakan tetang kekebalan yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu

    dalam hal kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa pemerintahan serta

    kekebalan Raja dari dibawa ke mahkamah kecuali di Mahkamah Khas sahaja.

    Keempat-empat perkara di atas adalah secara jelas dan nyata tidak boleh

    dipersoalkan walaupun warganegara Malaysia menikmati hak kebebabasan bersuara yang

    dijamin dalam Perlembagaan yang sama.

    Akta Fitnah 1957

    Hak kebebasan bersuara di Malaysia adalah terpakai untuk menyatakan perkara-

    perkara benar sahaja. Sehubungan dengan itu, Akta Fitnah 1957 digubal untuk mencegah

    perbuatan fitnah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fitnah bermaksud tuduhan (khabar,

    kisah, dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan

    seseorang dll. Sesuai dengan maksud yang dinyatakan ini, hak kebebasan bersuara tidak

    boleh diguna sewenang-wenangnya terutama dalam perbuatan fitnah iaitu memperkatakan

  • 4

    suatu yang tidak benar terhadap seseorang terutama sehingga mendatangkan kerugian

    besar terhadap orang itu.

    Seksyen 4 Akta Fitnah 1957 mengkhususkan perbuatan fitnah terhadap wanita.

    Wanita yang dituduh berzina atau menjalankan aktiviti tidak bermoral boleh mendapatkan

    pembelaan melalui seksyen ini tanpa perlu membuktikan tuduhan berkenaan mendatangkan

    kerugian atau memberi kesan langsung terhadapnya. Menurut Aishah Hj Bidin (1990),

    bahasa loghat (dalam menuduh seseorang wanita itu) sudah mencukupi untuk

    diklasifikasikan sebagai tohmah.

    Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 pula menyatakan larangan terhadap perbuatan

    mengeluarkan kata-kata yang memperkecilkan pekerjaan, jawatan, profesion atau

    perniagaan seseorangan walaupun tiada kerosakan khas berhubung kata-kata tersebut.

    Seterusnya, Seksyen 14 menyatakan Had Keistimewaan dalam Pilihan Raya di

    mana sesiapun tidak dibenarkan untuk mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah yang

    diterbitkan atas alasan sebagai menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam pilihan raya

    tersebut.

    Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

    Kerajaan berpendapat hak kebebasan bersuara secara mutlak boleh disalah guna

    untuk menimbulkan kegiatan subversif dan keganasan yang mengancam keselamatan

    warganegara Malaysia atau mengancam kestabilan kerajaan yang dibentuk secara sah di

    sisi undang-undang Malaysia. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perkara 149

    Perlembagaan Persekutuan iaitu Undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan

    yang memudaratkan ketenteraman awam dsb., Akta ini digubal sebagai langkah

    pencegahan awal yang boleh diambil oleh Kerajaan dalam usaha mengekang sebarang

    kegiatan di atas.

    Sekatan ke atas hak kebebasan bersuara bagi kegiatan-kegiatan yang dianggap

    subversif adalah seperti yang termaktub dalam Bab 3: Kuasa Khas yang Berhubungan

    dengan Penerbitan Subversif dsb. Seksyen 22 dalam bab ini menyatakan larangan terhadap

  • 5

    pencetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran atau pengedaran sebarang dokumen yang

    didapati mengandungi unsur-unsur menggalakkan keganasan, menggalakkan pelanggaran

    undang-undang, mewujudkan keadaan tidak tenteram, menyebabkan permusuhan antara

    kaum atau memudaratkan kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan

    Malaysia.

    Seterusnya, Seksyen 26 melarang pengimportan dokumen atau apa2 penerbitan

    yang mengandungi unsur-unsur terlarang seperti di atas. Seksyen 27 melarang pengeposan

    atau pembahagian apa-apa pelekat, surat pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi

    unsur yang sama.

    Seksyen 28 pula melarang sebarang percakapan atau tulisan di mana-mana

    penerbitan (seperti akhbar, majalah berkala, surat pekeliling dll) yang merupakan laporan

    atau pernyataan palsu yang boleh menyebabkan huru-hara.

    Bab 4 dalam Akta ini merupakan Kawalan Mengenai Keraian dan Pameran.

    Seksyen 32 menyatakan apa-apa keraian atau pameran perlu dilaporkan kepada Menteri.

    Antara butiran yang perlu ada dalam laporan berkenaan adalah pihak yang terlibat sebagai

    penaja dan kepentingan mereka dalam keraian atau pameran berkenaan. Begitu juga

    butiran peserta dan kepentingan mereka dalam keraian atau pameran tersebut dan

    tujuan/matlamat/keuntungan yang diperoleh apabila mengadakan keraian atau pameran itu.

    Seksyen 33 seterusnya menyatakan bahawa Menteri berhak mengenakan syarat

    terhadap keraian atau pameran yang dirancang dan adalah menjadi kewajiban kepada

    penaja untuk mematuhi syarat-sayarat yang dikenakan.

    Menurut Seksyen 35 pula, Menteri berhak melarang keraian atau pameran yang

    dianggap boleh mendatangkan bahaya kepada kepentingan negara atau apabila gagal

    memberikan maklumat penaja keraian dan pameran berkenaan.

    Selain itu, melalui seksyen 36, polis diberi kuasa untuk memasuki mana-mana

    premis yang mengadakan keraian atau pameran berkenaan atas perintah Menteri tanpa

    waran untuk membuat siasatan dan pemeriksaan.

  • 6

    Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

    Hak kebebasan bersuara pelajar universiti dan kolej universiti dipantau melalui

    penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Akta ini memberi tanggungjawab

    kepada Menteri untuk memastikan Akta ini ditadbir selaras dengan dasar, strategi dan garis

    panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi.

    Seksyen 15 Akta ini menyentuh tentang aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan,

    badan atau kumpulan pelajar di mana pelajar turut dibenarkan menyertai parti politik.

    Menurut seksyen ini juga, pelajar universiti tidak dihalang untuk menyatakan pendapat

    mereka secara akademik dalam apa-apa bidang pengajiannya atau penyelidikannya.

    Pandangan mereka turut boleh disuarakan di mana-mana seminar, simposium atau majlis

    berkaitan selagi tidak menyalahi undang-undang negara. Walau bagaimanapun, Universiti

    tetap berkuasa mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan pelajar.

    Selain daripada itu, seksyen 16 Akta ini turut menyatakan bahawa Naib Canselor

    sesebuah Universiti berhak untuk menggantung atau membubarkan mana-mana

    pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang dirasakannya boleh merosakkan atau

    mendatangkan mudarat kepada kepentingan dan kesentosaan Universiti tersebut.

    Akta Rahsia Rasmi 1972

    Hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan juga tidak

    bermaksud bahawa apa-apa dokumen dan suratan kerajaan boleh diperkatakan kepada

    umum sesuka hati. Oleh kerana itu, Akta Rahsia Rasmi 1972 digubal untuk memelihara

    kerahsiaan dokumen dan suratan rasmi kerajaan daripada terbocor kepada pihak-pihak

    berkepentingan yang dianggap boleh menyebabkan kemudaratan atau kerosakan besar

    kepada negara, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, boleh memberi keuntungan

    kepada negara luar atau boleh memalukan pentadbiran negara. Akta ini juga digubal bagi

    memastikan dokumen dan suratan rasmi kerajaan tidak jatuh ke tangan orang-orang yang

  • 7

    tidak dibenarkan apa lagi sekiranya orang itu mempunyai kepentingan kewangan (beroleh

    manfaat kewangan ke atas dokumen/suratan rasmi tersebut).

    Seksyen 7 Akta ini mensyaratkan seseorang individu atau penjawat awam untuk

    melaporkan kepada polis (bagi individu) atau ketuanya (bagi penjawat awam) sebarang

    permintaan untuk mendapatkan maklumat dokumen atau suratan rasmi kerajaan.

    Seksyen 8 Akta ini menetapkan hukuman kepada individu yang disabitkan atas

    kesalahan membocorkan dokumen atau suratan rasmi kerajaan dengan hukuman penjara

    tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

    Seseorang yang didapati membantu atau melindungi atau mengapi-apikan orang

    lain, atau memujuk orang lain untuk melakukakan kesalahan di atas turut dikenakan

    hukuman seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 13 dan 14 Akta ini.

    Akta Hasutan 1948

    Akta Hasutan 1948 terlebih dahulu digubal oleh penjajah British ketika mentadbir

    Persekutuan Tanah Melayu untuk mencegah perbuatan atau kecenderungan menghasut

    yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada sistem pentadbiran ketika itu. Boleh juga

    dikatakan bahawa Akta ini digubal untuk mengekang kezaliman komunis yang cuba untuk

    menghalau British dari terus menguasai Tanah Melayu.

    Akta ini seterusnya dipinda beberapa kali untuk menyeseuaikan pemakaiannya

    dengan situasai Malaysia. Seperti mana yang dijelaskan dalam Seksyen 3 Akta ini, antara

    kesalahan yang dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut ialah dengan

    menyebabkan kebenciaan atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia

    terhadap mana-mana Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mengubah

    Kerajaan yang telah dipilih secara sah dengan cara yang menyalahi undang-undang,

    menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan antara kaum dan mempersoalkan apa-

    apa perkara seperti kedudukan dan keistimewaan yang telah ditetapkan dalam Bahagian 3

    Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

  • 8

    Namun demikian, Seksyen 3(2), memberikan kekecualian kepada rakyat untuk

    menegur kesilapan atau kecacatan tindakan atau keputusan yang telah diambil oleh Raja

    atau pimpinan kerajaan.

    Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

    Seperti yang dinyatakan di awal kertas ini, kebebasan bersuara termasuk luahan

    pendapat atau fikiran melalui tulisan dan lukisan. Melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

    1984, sebarang tulisan atau lukisan yang dicetak, dicetak semula, diterbitkan, diimport dan

    disebarkan kepada umum turut dikawal oleh kerajaan demi mengelakkan gangguan kepada

    ketenteraman awam.

    Oleh itu, Akta ini menetapkan bahawa setiap mesin cetak yang boleh mencetak

    dengan kadar 1,000 teraan atau lebih dalam masa sejam dimestikan mempunyai lesen yang

    sah laku untuk satu tempoh tertentu.

    Seksyen 5 Akta ini pula menetapkan bahawa perbuatan mencetak, mengimport,

    menerbit, menjual atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di

    Singapura hendaklah mempunyai permit.

    Menteri mempunyai kuasa untuk menghentikan perbuatan mencetak, mengimport,

    menerbit, menjual atau mengedar apa-apa hasil penerbitan yang dianggap memudaratkan

    kepentingan awam atau melanggar undang-undang.

    Bagi perbuatan menerbitkan atau mencetak sebarang berita palsu, penulis dan

    pihak-pihak yang berkaitan dengan penghasilan tulisan berkenaan boleh dipenjarakan

    (Seksyen 8A). Hasil penerbitan juga boleh diharamkan (Seksyen 8B) atau digantung

    (Seksyen 8C) berdasarkan keadaan-keadaan tertentu.

    Selain itu, Akta ini juga mewajibkan kepada setiap penerbit dan pencetak untuk

    meletakkan nama dan alamat mereka di setiap hasil penerbitan mereka (Seksyen 11).

  • 9

    ISU-ISU BERKAITAN HAK KEBEBASAN BERSUARA

    Sejak akhir-akhir ini, atas kesedaran dan kematangan pemikiran masyarakat, banyak

    isu telah diketengahkan oleh ahli masyarakat untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka

    terhadap kaedah kerajaan menangani isu-isu tertentu. Selain itu, terdapat juga ahli

    masyarakat yang menggunakan hak kebebasan bersuara untuk mempertahankan hak

    mereka sebagai warganegara yang sah di bumi berdaulat ini. Beberapa isu berkenaan

    dibincangkan untuk melihat sejauh mana amalan hak kebebasan bersuara di Malaysia.

    Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    Tragedi berdarah yang meragut ratusan nyawa dari kaum Cina dan Melayu di ibu

    negara meninggalkan impak yang sangat besar kepada senario politik dan pentadbiran

    negara. Tragedi yang bermula dengan perarakan kemenangan oleh penyokong Dr. Tan

    Cheen Khoon dari parti Gerakan berakhir dengan pertumpahan darah menyebabkan

    Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Bagi menstabilkan

    situasi ketika itu darurat diisytiharkan dan perintah berkurung dikenakan ke atas penduduk

    Kuala Lumpur.

    Lanjutan peristiwa ini, penerbitan akhbar China Press digantung selama satu bulan

    atas alasan membakar semangat perkauman sehingga mencetuskan tragedi berdarah

    tersebut. Sebelum itu, semua akhbar digantung penerbitannya selama dua hari bermula

    pada 16 Mei 1969 untuk menstabilkan keadaan dan mengembalikan ketenteraman awam

    (Lee Kuok Tiung, Mohd Safar Hasim, Baszley Bee Basrah Bee, 2011).

    Jelasnya, dalam peristiwa ini, akhbar-akhbar tempatan telah menggunakan hak

    kebebasan bersuara secara maksimum hingga tanpa sedar tulisan-tulisan mereka

    mengandungi unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan

    masyarakat, membakar perasaan marah dalam diri mereka seterusnya mengeruhkan

    suasana tegang ketika itu.

    Tragedi ini juga menyebabkan Majlis Perundingan Negara ditubuhkan pada tahun

    1970 yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Antara usaha yang

  • 10

    dijalankan oleh Majlis ini berikutnya ialah melakukan pindaan kepada Akta Hasutan di mana

    perbincangan secara terbuka berkenaan Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang

    Melayu dan Bumiputera, kerakyatan dan kedaulatan Raja-Raja diharamkan.

    Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    (PPSMI)

    Pada tahun 2002, dunia pendidikan dikejutkan dengan pengumuman Perdana

    Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melaksanakan Dasar Pengajaran

    dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula pada

    tahun 2003. Dasar ini menyebabkan kesemua pelajar di sekolah rendah dan menengah

    mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, tidak lagi dalam Bahasa Melayu

    (di Sekolah Kebangsaan) atau dalam bahasa Tamil dan Mandarin di Sekolah Rendah Jenis

    Kebangsaan.

    Dalam masa yang singkat, guru-guru berkaitan dilatih untuk mengajar kedua-dua

    subjek ini seperti yang diarahkan. Bagi membantu guru-guru tersebut untuk mengajar

    dengan lebih berkesan, guru-guru berkenaan turut dibekalkan komputer riba yang

    dipasangkan perisian-perisian interaktif. Selain daripada itu, guru-guru ini turut diberi insentif

    bulanan yang dinamakan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan.

    Banyak pihak yang membantah dasar ini sejak ia mula dicadangkan. Namun

    demikian, suara-suara rakyat yang membantah pelaksanaan dasar ini tidak diperdulikan.

    Sebuah pertubuhan Cina yang dikenali sebagai Dong Jiao Zong merupakan antara

    pertubuhan yang konsisten membantah pelaksanaan dasar ini. Menurut mereka, lebih

    100,000 poskad bantahan telah dihantar kepada kerajaan pada tahun 2008 tetapi tiada

    maklum balas daripada kerajaan berkenaan hal ini

    (gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com).

    Walau bagaimanapun, sebelum itu, atas pertimbangan politik, Sekolah Rendah Jenis

    Kebangsaan Cina (SRJKC) telah dibenarkan mengajar Sains dan Matematik secara

    dwibahasa iaitu menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Hal ini dibenarkan

    http://www.gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/

  • 11

    oleh Tun Dr Mahathir selepas dimohon oleh Malaysian Chinese Association (MCA), salah

    sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional. Formula dwibahasa PPSMI diwujudkan di

    sekolah tersebut untuk memastikan kedua-dua bahasa digunakan untuk pengajaran dan

    pembelajaran Sains dan Matematik (Cheong Yuen Keong, 2010).

    Jelas di sini, kuasa politik mengatasi suara rakyat. Tun Dr Mahathir tunduk kepada

    permintaan sekutu politiknya demi menjaga hubungan kedua-dua parti. Malah, Setiausaha

    Agung MCA, Ong Kar Chuan dengan bangganya berkata:

    Atas kegigihan MCA, SRJKC dapat mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa Inggeris 100% dalam PPSMI seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT). Kini SRJKC adalah satu-satunya institusi pendidikan yang masih menggunakan bahasa ibunda untuk kedua-dua subjek itu.

    (Merdeka Review, 30 Sept 2008 dalam Cheong Yuen Keong, 2010)

    Tentangan rakyat terhadap Dasar PPSMI bukanlah datang dari rakyat marhaen yang

    kurang berpengetahuan atau penduduk luar bandar yang boleh dikatakan lemah berbahasa

    Inggeris sahaja. Tetapi dasar ini turut ditentang oleh golongan berpendidikan tinggi,

    profesional, ahli akdemik, aktivis budaya dan beberapa persatuan yang lain.

    Cheong Yuen Keong (2010), dalam tulisannya, Impak Pengajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris, telah mencatatkan beberapa kaedah penentangan yang

    dilaksanakan oleh badan profesional dalam menunjukkan ketidakberkesanannya dasar

    PPSMI ini. Menurut beliau, Konvensyen Pendidikan Orang Melayu II yang diadakan pada 26

    Mac 2005 telah bersetuju untuk membentangkan usul yang memohon kerajaan untuk

    mengkaji semula pelaksanaan PPSMI. Usul ini dikemukakan berikutan dapatan yang

    menyatakan lebih 50 ribu pelajar Melayu tercicir dari persekolahan akibat kelemahan

    mereka untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (Laman Web

    Maklumat dan Pendidikan Dong Jiao Zong, 30 September 2008).

    Selain itu, Cheong turut melaporkan kajian yang dilakukan oleh Isahak Haron dari

    Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2007 itu mendapati

    60% pelajar Melayu tahun lima tidak memahami pengajaran guru dalam bahasa Inggeris

    manakala 87% daripada palajar Melayu merasakan sukar untuk menggunakan bahasa

  • 12

    Inggeris bagi mempelajari Sains. Selain itu guru-guru turut bermasalah menggunakan

    bahasa Inggeris bagi mengajar subjek-subjek berkenaan (The Malaysian Insider, 27

    September 2008).

    Cheong turut mencatatkan kenyataan Prof. Datuk Dr. Zainal Keling yang tersiar di

    Berita Harian (14 September 2008) bahawa seramai 146,000 pelajar atau 30% daripada

    pelajar mendapat markah D atau E dalam peperiksaan awam pada tahun 2007. Hal ini jelas

    menggambarkan kelemahan pelajar dalam menguasai pengetahuan asas Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris.

    Tentangan rakyat terhadap Dasar PPSMI akhirnya dizahirkan secara rasmi apabila

    sebuah gerakan yang dinamanakan Gerakan Mansuhkan PPSMI ditubuhkan. Gerakan yang

    diwujudkan pada Januari 2009 ini mendapat sokongan dari tokoh-tokoh pendidikan, badan-

    badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh politik dan orang awam.

    Majlis Pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI yang diadakan di kompleks beli-

    belah di Kuala Lumpur pada 31 Januari 2009 mendapat sambutan yang sangat

    menggalakkan dari orang ramai terutamanya dengan kehadiran tokoh-tokoh seperti

    Sasterawan Negara Dato A. Samad Said, pensyarah-pensyarah universiti seperti Prof. Dr.

    Awang Sariyan, Dato Dr. Anwar Ridhuan, Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Dr. Shahrir Md

    Zain, penyair, Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena), Ibrahim

    Ghaffar dan aktivis teater, Khalid Salleh.

    Pemimpin politik yang turut menyertai majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua

    Penerangan Keadilan, Tian Chua, Ketua Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan

    Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. Antara badan bukan

    kerajaan yang menghadiri majlis ini termasuklah Yayasan Tamil Malaysia dan pertubuhan

    Dong Jiao Zong.

    Dalam majlis pelancaran ini, Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipengerusikan oleh

    mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad

    merancang untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Seri Padukan Baginda

    Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2009.

  • 13

    Gerakan ini seterusnya mendapat sokongan yang lebih menyeluruh apabila Majlis

    Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menghadiri mesyuarat

    Gerakan berkenaan pada Februari 2009. Selain melahirkan rasa tidak puas hati terhadap

    Dasar PPSMI, PIBGN ini turut menyatakan rasa kesal mereka terhadap ketidaktelusan

    kerajaan apabila dapatan daripada persidangan meja bulat yang dianjurkan oleh

    Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak lima kali tidak memberikan impak sewajarnya

    berikutan tiada apa-apa perubahan dilaksanakan oleh kerajaan. PIBGN turut menyatakan

    bahawa kegagalan Dasar PPSMI adalah disebabkan guru-guru yang terlibat tidak berdaya

    dan tidak cukup latihan (malaysiakini.com, 26 Februari 2009).

    Suara rakyat akhirnya benar-benar dizahirkan di jalanan. Perhimpunan Raksasa 100

    Ribu Hapuskan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik benar-benar

    dilaksanakan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI dengan penyertaan rakyat jelata dari seluruh

    negara. Beberapa lokasi di Kuala Lumpur seperti Masjid Negara, hadapan kompleks beli-

    belah SOGO dan Pasar Seni menjadi tapak perhimpunan awal sebelum perarakan

    menghantar memorandum ke Istana Negara bermula.

    Perhimpunan rakyat ini mendapat tentangan kerajaan kerana tidak diberikan permit.

    Malah penglibatan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengeruhkan keadaan apabila gas

    pemedih mata dilepaskan untuk memaksa orang ramai bersurai. Walaupun memorandum

    berkenaan akhirnya berjaya diserahkan kepada Istana Negara namun lapan orang ditahan

    dan 119 orang lagi diperiksa atas sebab ingkar arahan bersurai (utusan.com.my, 8 Mac

    2009).

    Kajian demi kajian terus dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menunjukkan kesilapan

    kerajaan kerana melaksanakan Dasar PPSMI. Laporan kajian-kajian ini terus dibentangkan

    kepada umum. Antaranya ialah laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007

    yang menunjukkan kemerosotan kedudukan pelajar Malaysia dalam subjek Sains iaitu dari

    tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga 21 manakala bagi pelajaran Matematik pula, dari

    tangga ke-10 ke tangga 20 (Berita Harian online, 19 November 2011 dalam moe.gov.my).

    http://www.malaysiakini.com/http://www.utusan.com.my/http://www.moe.gov.my/

  • 14

    Berita yang sama turut melaporkan kemerosotan peratusan murid yang mendapat

    gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

    (UPSR) pada tahun 2008 iaitu daripada 85.1% kepada 82.5% bagi sekolah bandar dan

    daripada 83.2% kepada 79.7% bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik

    pula, pencapaian pelajar merosot daripada 84.8% kepada 80.9% (sekolah bandar) dan

    daripada 80.9% kepada 77% (sekolah luar bandar).

    Selepas sekian lama menyuarakan penentangan rakyat terhadap Dasar PPSMI,

    sama ada secara akademik melalui laporan demi laporan, kajian demi kajian malah hingga

    ke perhimpunan raksasa dan penyerahan memorandum, pada tahun 2010 baharulah

    sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan

    Matematik secara dwibahasa (iaitu tanpa meninggalkan pengajaran dalam Bahasa

    Inggeris).

    Dasar baharu ini yang dinamakan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

    Memperkukuh Bahasa Inggeris menunjukkan kerajaan masih lagi sayang akan pengajaran

    mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris apabila pemansuhan Dasar

    PPSMI dilaksanakan secara soft landing bukannya secara serta-merta seperti mana

    pelaksanaannya pada tahun 2003 dahulu.

    Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap Kain Ching dalam

    sesi soal jawab Dewan Rakyat pada 3 Julai 2013 bahawa pengajaran dan pembelajaran

    Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris sehingga tahun 2020

    sekiranya ada permintaan dari ibu bapa (bernama.com).

    Klip Video Negarakuku oleh Namawee

    Keamanan dan ketenteraman rakyat serta hubungan baik pelbagai kaum

    digemparkan pada tahun 2007 apabila tersiarnya klip video Negarakuku yang dimuat naik

    di laman Youtube. Klip video yang dicipta oleh Wee Meng Chee atau nama penanya

    Namawee merupakan luhan perasannya serta pandangan jujurnya mengenai pentadbiran

    dan suasana di Malaysia.

    http://www.bernama.com/

  • 15

    Antara isu yang disentuh oleh Namawee dalam lirik lagu ini ialah rasuah dalam

    kalangan anggota polis, laungan azan Subuh, layanan yang tidak adil kepada etnik Cina

    oleh kerajaan terutamanya berkenaan penempatan pelajar-pelajar Cina di universiti

    tempatan dan kelembapan prestasi penjawat awam.

    Walau bagaimanapun, atas nasihat daripada Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri

    Dr. Chua Soi Lek, Namawee telah mengeluarkan kenyataan maaf yang disiarkan menerusi

    laman blognya, www.namawee.blogsopt.com dan akhbar Harian Metro.

    Berikutan penyiaran video ini, Namawee yang ketika itu merupakan pelajar di salah

    sebuah universiti di Taiwan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Taman

    Tun Dr Ismail untuk disiasat di bawah Akta Hasutan. Tiada tindakan selanjutnya dikenakan

    ke atas Namawee atas alasan undang-undang.

    Fenomena Listen! Listen! Listen

    Pada 8 Disember 2012, sebuah forum bertajuk Seiringkah Mahasiswa dan Politik

    telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dianjurkan oleh DPP Proton UUM

    dengan kerjasama Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Forum berkenaan

    kemudiannya menjadi sebutan orang awam, ahli politik dan pertubuhan mahasiswa apabila

    video yang memaparkan tindak balas moderator forum tersebut, Syarifah Zohrah Jabeen

    yang juga merupakan presiden SW1M terhadap soalan salah seorang peserta forum dimuat

    naik di laman YouTube dan disebarkan melalui laman sosial.

    Dalam video berkenaan, KS Bawani telah bangun untuk menyuarakan pendapatnya

    yang berlawanan daripada slaid yang dipaparkan dalam forum tersebut. Antara persoalan

    beliau ialah mengenai perhimpunan BERSIH dan pendidikan percuma yang boleh

    dilaksanakan dengan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

    (PTPTN).

    Persoalan yang dibangkitkan oleh Bawani telah menimbulkan reaksi tidak puas hati

    Syarifah Zohrah. Syarifah Zohrah telah menarik mikrofon yang digunakan Bawani dan

    mengulang-ulang perkataan listen untuk mendiamkan mulut Bawani. Seterusnya Syarifah

    http://www.namawee.blogsopt.com/

  • 16

    Zohrah telah bercakap dengan panjang lebar yang mana sebahagian besar jawapan beliau

    tidak relevan dengan persoalan yang dikemukakan Bawani.

    Natijah daripada video ini, sebuah sidang media Solidariti Bersama Bawani Anak

    Muda Kuasa Perubahan diadakan. Antara yang hadir untuk memberikan sokongan kepada

    tindakan Bawani termasuklah Transformasi Mahasiswa UUM, Gerakan Mahasiswa Islam

    Semenanjung (Gamis), Ameerah Wanita Muda PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suara

    Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

    Secara tidak langsung, insiden ini menjadi pencetus kepada kesedaran mahasiswa

    berkenaan hak kebebasan bersuara terutama di kalangan mahasiswa itu sendiri. Menurut

    Timbalan Presiden Gerakan Suara Rakyat (Suara), insiden ini menunjukkan bahawa

    mahasiswa masih belum bebas menyuarakan pendapat dan memberi idea. Tindakan

    mengongkong mahasiswa adalah tindakan tidak demokratik walaupun Malaysia adalah

    sebuah negara demokratik (suaraonline.wordpress.com).

    Beliau seterusnya mengaitkan insiden ini sebagai satu tindakan pembodohan

    mahasiswa di mana mahasiswa yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan akan diugut

    dan dipaksa menutup mulut.

    Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (MPPUNITEN) turut melahirkan

    rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku kepada Bawani. Pada pendapat mereka,

    mahasiswa perlu diberi ruang untuk bersuara manakala Syarifah Zohrah selaku moderator

    perlu bertindak neutral. Selain itu, kawalan emosi adalah sangat penting dalam

    menyuarakan pendapat untuk mengelakkan sebarang provokasi (mppuniten.com).

    PENUTUP

    Malaysia, sebagai sebuah negara demokrasi, telah mempraktiskan hak kebebasan

    bersuara seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa

    yang sama, hak ini tidak diberikan secara mutlak kepada rakyatnya. Sekatan ke atas hak

    kebebasan bersuara diwujudkan dengan penggubalan Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah

    1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta

    http://www.suaraonline.wordpress.com/http://www.mppuniten.com/

  • 17

    Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Sekatan ini adalah penting

    untuk memastikan keamanan negara.

    Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, suara rakyat yang memohon agar

    sekatan-sekatan ini diminimumkan sentiasa wujud. Desakan demi desakan terus disuarakan

    atas alasan untuk menegur kekurangan dalam pentadbiran negara dan kepincangan yang

    berlaku dalam kalangan pemimpin negara.

    Atas desakan-desakan tanpa henti ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri

    Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada

    16 September 2011. Pemansuhan ini dikatakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

    negara demokrasi terbaik di dunia.

    Namun demikian, pengumuman ini bagaikan sebuah metafora sahaja. Ini berikutan

    penggubalan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diwartakan

    pada 22 Jun 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Menurut seorang

    peguam jenayah, Amer Hamzah Arshad, SOSMA lebih memihak kepada kerajaan

    berbanding perbicaraan yang adil. Sehingga kini masih terdapat 15 tahanan di Kem

    Tahanan Kamunting dengan lapan daripada mereka merupakan warganegara Malaysia.

    Berbalik kepada isu-isu yang dibincangkan sebelum ini, rusuhan kaum pada 13 Mei

    1969 tidak boleh dilihat sebagai berpunca dari laporan akhbar semata-mata. Sebaliknya,

    ketidakstabilan sosio-ekonomi masyarakat serta maklumat yang tidak tepat kepada rakyat

    merupakan punca utama tragedi ini berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diguna

    pakai selepas tragedi ini dalam Ops Lalang dan insiden-insiden yang lain sebenarnya

    tidaklah menutup mata rakyat dari memandang ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran

    negara. Malah boleh dikatakan tahanan-tahanan Akta ini seolah-olah dianugerahkan

    penghormatan tinggi oleh rakyat yang sentiasa mahukan perubahan yang lebih baik.

    Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI) pula menyaksikan betapa pimpinan negara berat sebelah dalam

    menangani isu ini. Hanya dari pujukan sekutu politik maka SRJKC dikecualikan dari

    melaksanakan dasar ini sepenuhnya. Bagi rakyat yang lain pula, mereka perlu berjuang

  • 18

    dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak yang sama. Bertahun-tahun suara rakyat

    mengenai hal ini dikemukakan melalui kajian-kajian ilmiah dan pembentangan dalam

    seminar/konvensyen bahasa dan pendidikan namun suara ini tidak diperdulikan. Akhirnya,

    rakyat terpaksa mengambil pendekatan demonstrasi jalanan bagi membuktikan mereka

    benar-benar peduli tentang nasib anak bangsa dalam pendidikan negara.

    Isu klip video Namawee pula merupakan reaksi terhadap situasi semasa. Jika

    dipandang dari sudut yang sempit, bagi rakyat beragama Islam, apa yang disuarakan oleh

    Namawee merupakan satu penghinaan. Namun jika dipandang dalam sudut yang lebih luas,

    apa lagi dengan pengamatan terhadap realiti kehidupan masyarakat Cina di Malaysia, apa

    yang disuarakan oleh Namawee itu merupakan satu kebenaran yang sangat pahit untuk

    ditelan. Kebijaksanaan pemimpin amatlah diperlukan untuk merenung dan mengambil

    tindakan dalam pembangunan masyarakat terutama dalam merealisasikan dasar 1Malaysia

    seperti yang sentiasa digembar-gemburkan.

    Fenomena Listen! Listen! Listen! seolah-olah menyatakan cukup sudah mahasiswa

    diperbodohkan. Mahasiswa sekarang ingin melibatkan diri dalam isu-isu semasa, bukan

    terperuk dalam dewan kuliah menghafal teori-teori yang dihamburkan kepada mereka setiap

    semester. Mahasiswa ingin suara mereka didengari, pandangan mereka dinilai secara

    rasional dan peranan mereka tidak dinafikan. Mahasiswa juga ingin dihormati dan tidak

    dilayan seperti anak-anak kecil yang mendambakan gula-gula.

    Akhir sekali, adalah menjadi kewajiban kepada semua pimpinan masyarakat untuk

    mengambil iktibar atas setiap peristiwa yang berlaku. Tidak rugi untuk mendengar suara

    setiap ahli masyarakat. Tidak juga menjadi satu kehinaan seandainya pimpinan masyarakat

    mengambil kira cadangan dan pandangan ahli masyarakat.

    Rakyat hari ini semakin bijak dalam menilai situasi dan mengukur prestasi para

    pemimpin yang dilantik. Rakyat hari ini juga tidak menjadikan warna kulit dan ras sebagai

    batasan kepada keluasan pemikiran. Apa yang dilihat hari ini ialah kebijaksanaan pemimpin

    menangani apa sahaja isu secara telus dan adil serta memberi manfaat yang berpanjangan

    kepada generasi seterusnya.

  • 19

    RUJUKAN Buku: Mohd. Salleh Abas. (1988). Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Perlembagaan Persekutuan. (2009). Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10hb Jun 2009).

    Petaling Jaya: International Law Book Services. Artikel dari laman web:

    Aishah Hj. Bidin. (1990). Undang-undang tentang kebebasan bersuara dan mencetak di Malaysia.

    Jurnal Komunikasi. 6. 27-41. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui http://journalarticle.ukm.my/4903/1/9(1).pdf

    Arkib Negara Malaysia. (10 April 2009). Mesyuarat Pertama Majlis Perundingan Negara. Hari Ini

    Dalam Sejarah. Dicapai pada 12 Julai 2013 melalui http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3832

    Berita Harian Online. (19 November 2011). Perbetul kesilapan dasar PPSMI elak pelajar terus jadi

    mangsa. Berita Harian Online. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=172%3Aperbetul-kesilapan-dasar-ppsmi-elak-pelajar-terus-jadi-mangsa-&lang=en

    Berita Harian. (1 September 2010). Namewee beri keterangan isu klip video baru Negarakuku.

    Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nameweeberiteranganisuklipvideobaru_Negarakuku_/Article/

    Berita Harian. (13 Mei 2012). Iktibar 13 Mei. Berita Harian Online. Dicapai pada 12 Julai 2013

    melalui http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Iktibar13Mei/Article/index Bernama. (26 Mei 2013). Sosma ganti ISA: pengamal undang-undang beza pandangan. Sinar

    Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.sinarharian.com.my/nasional/sosma-ganti-isa-pengamal-undang-undang-beza-pandangan-1.164104

    Bernama. (3 Julai 2013). Parlimen: Ketegasan Cikgu Mary Yap Dibawa ke Parlimen. Bernama.

    Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://mynewshub.my/2013/07/03/ketegasan-cikgu-mary-yap-dibawa-ke-parlimen/

    Cheong Yuen Keong. (2010). Impak pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke

    atas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan alam & Tamadun Melayu. 1:2. 21 38. Dicapai pada 4 Julai 2013 melalui http://journalarticle.ukm.my/1989/1/AlamTamadun2010002NEW.pdf

    Harakahdaily. (1 Februari 2009). A. Samad Said angkat sepanduk Jangan bunuh bahasa ibunda.

    Harakahdaily. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/2009/02/samad-said-angkat-sepanduk-jangan-bunuh.html

    Izham Ismail. (15 Januari 2013). Dengarlah (listen). Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui

    http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/dengarlah-listen-izham-ismail/

    http://journalarticle.ukm.my/4903/1/9(1).pdfhttp://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3832http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=172%3Aperbetul-kesilapan-dasar-ppsmi-elak-pelajar-terus-jadi-mangsa-&lang=enhttp://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=172%3Aperbetul-kesilapan-dasar-ppsmi-elak-pelajar-terus-jadi-mangsa-&lang=enhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Iktibar13Mei/Article/indexhttp://www.sinarharian.com.my/nasional/sosma-ganti-isa-pengamal-undang-undang-beza-pandangan-1.164104http://www.sinarharian.com.my/nasional/sosma-ganti-isa-pengamal-undang-undang-beza-pandangan-1.164104http://mynewshub.my/2013/07/03/ketegasan-cikgu-mary-yap-dibawa-ke-parlimen/http://mynewshub.my/2013/07/03/ketegasan-cikgu-mary-yap-dibawa-ke-parlimen/http://journalarticle.ukm.my/1989/1/AlamTamadun2010002NEW.pdfhttp://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/2009/02/samad-said-angkat-sepanduk-jangan-bunuh.htmlhttp://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/2009/02/samad-said-angkat-sepanduk-jangan-bunuh.htmlhttp://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/dengarlah-listen-izham-ismail/

  • 20

    Jimadie Shah Othman. (26 Februari 2009). PIBG seluruh negara bantah PPSMI. Malaysiakini. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.malaysiakini.com/news/99123

    Jimadie Shah Othman. (31 Januari 2009). Aktivis Tamil, Cina sertai bantah PPSMI. Malaysiakini.

    Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.malaysiakini.com/news/97351 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh

    Bahasa Inggeris. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.moe.gov.my/mbmmbi/ Laws of Malaysia. (2006). Defamation Act 1957 (Incorporating all amendments up to 1 January

    2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%206/Act%20286.pdf Lee Kuok Tiung, Mohd Safar Hasim & Baszley Bee Basrah Bee. (2011). Perkembangan

    persuratkhabaran Bahasa Mandarin di Malaysia dan peranannya dalam masyarakat Cina. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 13 (2). 111 133. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/13878/111to133.pdf

    Malaysiakini. (13 Ogos 2011). Kebebasan Bersuara: Malaysia Patuhi Piawaian Antarabangsa.

    Malaysiakini. Dicapai pada 18 Mei 2013 di http://www.malaysiakini.com/news/172884 Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2002). Hak Kebebasan Mengeluarkan Pendapat dari Perspektif

    Undang-undang Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial. 4 & 5. 183-211. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui http://repo.uum.edu.my/399/1/Mohd_Azizuddin_Mohd_Sani.pdf

    Mohd Faizal Jaafar. (16 Januari 2013). Isu saudari Bawani: suara melahirkan kekesalan. Dicapai

    pada 13 Julai 2013 melalui http://suaraonline.wordpress.com/2013/01/16/isu-saudari-bawani-suara-melahirkan-kekesalan/

    MPPUNITEN. (17 Januari 2013). Official Statement from SRC UNITEN. Dicapai pada 13 Julai

    2013 melalui http://www.mppuniten.com Muhamad Fairoz Azizan & Adli Shahar. (30 Ogos 2010). Polis siasat klip video Namewee. Berita

    Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolissiasatklipvideoNamewee/Article/

    Namewee. (Ogos 2007). Kenyataan meminta maaf oleh Wong Meng Chee atau Namewee.

    Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://namewee.blogspot.com/2007/08/apologize-announcement.html

    Namewee. (Ogos 2007). Kepada semua pihak media menujukan kesilapan tentang laporan

    berita pihak media metro. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://namewee.blogspot.com/2007/08/hello-semua-orang-melayu-sila-tengok.html

    Ng Ling Fong. (11 Ogos 2007). Negaraku: Namewee tuduh laporan akhbar Melayu punca

    kontrovesi. Malaysiakini. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.malaysiakini.com/news/71070

    Penerangan. (t.t). Pemansuhan ISA. Dicapai pada 18 Mei 2013 di

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/11030-pemansuhan-isa.html

    Salmiyah Harun. (18 Januari 2013). Listen: Bawani tidak tuntut Sharifah mohon maaf. Dicapai

    pada 13 Julai 2013 melalui http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16075-listen-bawani-tidak-tuntut-sharifah-mohon-maaf

    http://www.malaysiakini.com/news/99123http://www.malaysiakini.com/news/97351http://www.moe.gov.my/mbmmbi/http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%206/Act%20286.pdfhttp://www.myjurnal.my/filebank/published_article/13878/111to133.pdfhttp://www.malaysiakini.com/news/172884http://repo.uum.edu.my/399/1/Mohd_Azizuddin_Mohd_Sani.pdfhttp://suaraonline.wordpress.com/2013/01/16/isu-saudari-bawani-suara-melahirkan-kekesalan/http://suaraonline.wordpress.com/2013/01/16/isu-saudari-bawani-suara-melahirkan-kekesalan/http://www.mppuniten.com/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolissiasatklipvideoNamewee/Article/http://namewee.blogspot.com/2007/08/apologize-announcement.htmlhttp://namewee.blogspot.com/2007/08/apologize-announcement.htmlhttp://namewee.blogspot.com/2007/08/hello-semua-orang-melayu-sila-tengok.htmlhttp://www.malaysiakini.com/news/71070http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/11030-pemansuhan-isa.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/11030-pemansuhan-isa.htmlhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16075-listen-bawani-tidak-tuntut-sharifah-mohon-maafhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16075-listen-bawani-tidak-tuntut-sharifah-mohon-maaf

  • 21

    Shazwan Mustafa Kamal. (9 Disember 2010). Namewee derita masalah dana terbit filem Nasi Lemak 2.0. The Malaysian Insider. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/namewee-derita-masalah-dana-terbit-filem-nasi-lemak-2.0/

    Suaram. (13 Jun 2013). GMI konsisten bela mangsa ISA: anjur lawatan untuk bawa isteri tahanan

    ISA ke Kem Tahanan Kamunting. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.suaram.net/?p=5640

    Syahruddin Hj Awg. Ahmad, Nik Norma Nik Hassan & Adnan Hussein. (2012). Laman Blog:

    Platform Mencanai Pendapat, Memprojeksi Nilai dan Juri Awam Terhadap Kerajaan. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 14 (1), 35-46. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4076/03_JPMM%202012_1-SYAHRUDDIN%20HJ.%20AWG.%20AHMAD,%20NIK%20NORMA%20NIK%20HASSAN%20&.pdf

    Tan Ming Wai. (8 Mac 2009). Bantah PPSMI: Lapan Ditahan. Utusan Online. Dicapai pada 13

    Julai 2013 melalui http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

    Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Hasutan 1948 (Mengandungi segala pindaan hingga 1

    Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf

    Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Mengandungi segala

    pindaan hingga 1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Akta%2082.pdf

    Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Rahsia Rasmi 1972 (Mengandungi segala pindaan hingga

    1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://ict.um.edu.my/images/ict/doc/pdf%20ict/AktaRahsiaRasmi1972pdf.pdf

    Undang-undang Malaysia. (2008). Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Mengandungi segala

    pindaan hingga 1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://www.moe.gov.my/bbt/download/Akta%20Mesin%20Cetak%20Dan%20Penerbitan%201984.pdf

    Undang-undang Malaysia. (2012). Akta Universiti dan Kolej Unviersiti 1971 (Versi atas talian teks

    cetakan semula yang kemas kini. Sebagaimana pada 1 Ogos 2012). Dicapai pada 9 Julai 2013 di http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/2013/mac/bul_05032013-25_1.pdf

    Uthaya Sankar SB. (16 Januari 2013). Listen, listen, listen Zohra. Dicapai pada 18 Mei 2013

    melalui http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/01/16/listen-listen-listen-zohra/

    Wira Rakyat. (t.t). budaya samseng penyokong BN. Keadilan Daily. Dicapai pada 12 Julai 2013

    melalui http://www.keadilandaily.com/budaya-samseng-penyokong-bn-oleh-wira-rakyat/

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/namewee-derita-masalah-dana-terbit-filem-nasi-lemak-2.0/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/namewee-derita-masalah-dana-terbit-filem-nasi-lemak-2.0/http://www.suaram.net/?p=5640http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4076/03_JPMM%202012_1-SYAHRUDDIN%20HJ.%20AWG.%20AHMAD,%20NIK%20NORMA%20NIK%20HASSAN%20&.pdfhttp://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4076/03_JPMM%202012_1-SYAHRUDDIN%20HJ.%20AWG.%20AHMAD,%20NIK%20NORMA%20NIK%20HASSAN%20&.pdfhttp://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4076/03_JPMM%202012_1-SYAHRUDDIN%20HJ.%20AWG.%20AHMAD,%20NIK%20NORMA%20NIK%20HASSAN%20&.pdfhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdfhttp://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Akta%2082.pdfhttp://ict.um.edu.my/images/ict/doc/pdf%20ict/AktaRahsiaRasmi1972pdf.pdfhttp://www.moe.gov.my/bbt/download/Akta%20Mesin%20Cetak%20Dan%20Penerbitan%201984.pdfhttp://www.moe.gov.my/bbt/download/Akta%20Mesin%20Cetak%20Dan%20Penerbitan%201984.pdfhttp://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/2013/mac/bul_05032013-25_1.pdfhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/01/16/listen-listen-listen-zohra/http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/01/16/listen-listen-listen-zohra/http://www.keadilandaily.com/budaya-samseng-penyokong-bn-oleh-wira-rakyat/