Kebebasan Media

23
Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga. Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini. Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136). Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006. Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog. Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak- hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia. Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times. Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF. Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan. Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan. Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124). Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144. RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985. Cabaran media bebas & kebebasan media Oleh Fathi Aris Omar, Pengarang Berita Malaysiakini.Com 1

Transcript of Kebebasan Media

Page 1: Kebebasan Media

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia. Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124). Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Cabaran media bebas & kebebasan media Oleh Fathi Aris Omar,Pengarang Berita Malaysiakini.Com

Media tidak hidup sendirian. Ia berinteraksi dalam lingkungan masyarakat, antara kerajaan, kaum pemodal dan pembaca. Ia juga harus mempunyai segugusan idealisme profesionalismenya sendiri dan juga idealisme perjuangan setempat.

Seperti juga beberapa kerjaya profesional yang lain, media tertakluk kepada etika dan hukum profesionalisme yang tersendiri. Bagaimana berita ditulis harus mengikut hukum 4W + 1H yang menjadi asas teknik penulisan berita.

Selain itu, ia juga berpegang kepada idealisme etika wartawan itu sendiri -- bagaimana mereka mendapatkan berita melalui cara-cara yang beretika dan bagaimana berita harus dipaparkan secara beretika. Di negara ini, soal teknik penulisan berita, khususnya mereka yang tidak terlatih dalam media-media kecil, masih lagi menjadi isu besar tetapi isu yang lebih besar ialah bagaimana berita dipaparkan.

Isu inilah yang dipertikaikan oleh beberapa pihak terhadap media arus perdana di negara ini. Kawalan ketat politik dan kerajaan menghasilkan sejenis budaya kewartawanan tersendiri di negara ini dengan

1

Page 2: Kebebasan Media

pelbagai amalan dan konsep yang lintang-pukang.

Debat awal bulan Disember lalu antara Zakiah Koya (wartawan Malaysiakini.Com) dengan Jacqueline Ann Surin (The Star) mendedahkan isu-isu yang cerewet daripada segugusan tanggapan terhadap media. Kedua-duanya memaparkan beberapa sudut yang benar, walaupun kedua-duanya juga menunjukkan sisi-sisi yang lemah.

Selain itu, isu yang cukup serius ialah tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap media-media bebas dan propembangkang. Budaya kawalan yang kuat ini mahu pula diterapkan di luar batasan media arus perdana. Kerajaan nampaknya sangat serius membolot semua saluran maklumat.

Bagaimanapun, wartawan bebas dan kumpulan pembangkang tentunya meneruskan perjuangan berteriak melalui media mereka sendiri. Ia akhirnya mendorong istilah media alternatif atau media bebas. Kedua-duanya mempunyai kelemahan ketara, kedua-duanya menjadi alat politik -- atau dilihat begitu -- akibat sikap cemburu KDN, amalan politik dan amalan niaga di negara ini.

Tidak ramai orang menyedari -- walau mereka tahu -- bahawa media memerlukan kerja berpasukan dan modal yang besar. Nasib media alternatif atau media di luar arus perdana sentiasa gagal mencapai profesionalisme yang sebenar (atau lebih tepat, profesionalisme yang relatifnya tinggi daripada keadaan kini) kerana kekurangan modal untuk mengambil wartawan terlatih dan menikmati kejayaan akibat kumpulan pembaca (pasaran) yang besar.

Tidak ada syarikat besar dan kukuh bersedia membeli ruang iklan di media alternatif walaupun pasarannya kini sangat besar selepas era reformasi 1998. Syarikat kecil yang bergantung kepada kontrak kerajaan atau diusahakan oleh mereka yang "ingin selamat" (play safe) turut termasuk dalam kategori itu.

Walaupun, harga ruangan iklan berbanding jumlah edaran sesebuah penerbitan sudah kompetitif dan berbaloi dengan harga pasaran tetapi tidak ada syarikat yang sanggup membeli ruangan itu kerana takut pandangan kerajaan. Keadaan ini wujud sebahgiannya persepsi masyarakat niaga terhadap sikap keras kerajaan atau kualiti media-media alternatif itu sendiri.

Sesebuah media harus mempunyai reka bentuk, konsep penerbitan dan kualiti laporan yang berwibawa dan profesional tetapi ini semua memerlukan sejumlah suntikan modal atau pelaburan, selain pendapatan daripada jualan dan iklan.

Akibat modal yang terhad, kita dapati semua media cetak yang bersaiz kecil (bukan daripada syarikat arus perdana) mengalami nasib ini. Maksud saya, media yang memaparkan isu-isu semasa dan politik. Beberapa jenis majalah lagi, seperti majalah wanita, fesyen dan remaja, lebih senang mendapat iklan. Majalah berbahasa Inggeris walaupun jumlah edarannya jauh lebih terhad mendapat lebih banyak iklan dengan harga yang relatifnya lumayan.

Oleh itu, media bebas selalunya sangat daif. Tidak ada pelabur -- individu atau syarikat -- yang sanggup "menderma" wang mereka beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk dibenci oleh kerajaan, atau mengalami nasibnya ditutup oleh permit penerbitan KDN di hujung tahun. Di sinilah kita lihat DOSA yang paling BESAR yang disumbangkan oleh kementerian itu terhadap akhbar Eksklusif dan majalah-majalah Al-Wasilah dan Detik.

Nasib seumpama ini dialami juga oleh penerbitan web seperti Malaysiakini.Com atau Agenda Malaysia – untuk mendapatkan pelaburan dan pengiklan yang bebas daripada kepentingan ekonomi kroni.

Selain isu pengaruh kerajaan dan modal terhadap media, jaminan media bebas juga terletak pada sikap pembaca -- sama ada individu, parti politik atau kumpulan berkepentingan yang lain. Pengalaman saya dan rakan-rakan dalam KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) menunjukkan kumpulan pembaca itu termasuk dalam dua kategori, (a) jahil walau kritis terhadap konsep dan peranan media bebas, dan (b)

2

Page 3: Kebebasan Media

melihat media sebagai alat promosi parti dan idea mereka.

Pembaca lebih gemar kita menulis apa yang mereka mahu baca, bukannya menulis apa yang sepatutnya mereka ketahui, fikirkan dan bertindak. Pengalaman saya bersama Detik, Tamadun dan Malaysiakini.Com vis-a-vis penyokong dan aktivis parti-parti pembangkang menunjukkan mereka ini mempunyai "naluri kediktatoran" (dictatorial instinct), sama seperti sikap KDN atau Umno terhadap media bebas.

Bezanya, satu kumpulan mempunyai kuasa yang rasmi untuk menindas; sementara satu lagi tidak mempunyai kuasa itu.

Bagi diri saya, yang lebih menakutkan bukannya tekanan KDN tetapi sikap masyarakat pembaca dan juga parti-parti pembangkang itu sendiri terhadap media dan wartawan bebas. Bagaimanapun, umumnya masyarakat pembaca semakin kritis terhadap media, sama ada arus perdana atau bukan. Cuma, banyak kalinya kita lihat hujah mereka itu dangkal dan tersimpang atau selalunya juga hanya kecaman beremosi. Kedua-duanya tidak menampakkan harapan yang cerah untuk menyokong media bebas.

Mahu atau tidak, akhirnya media didorong tercampak dalam kancah yang dikehendaki oleh aturan sosio-politik seperti yang digariskan secara rasmi dan tidak rasmi antara KDN, Umno, pembangkang dan pembaca. Media bebas dan pengamalnya tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengatur arusnya walaupun kami selalunya bermimpi untuk melihat media sebagai "tonggak keempat negara" (the fourth estate) selain kabinet, Parlimen dan badan kehakiman, yakni untuk meneruskan sistem semak dan imbang (check and balance).

Apabila difikirkan secara lebih halus dan mendalam, beberapa faktor yang mendorong hal ini ialah kecetekan kefahaman demokrasi di kalangan rakyat-pemimpin negara ini. Kedua, kerana rakyat itu sendiri tidak perkasa untuk memberikan impak politik terhadap media, parti politik dan agenda kepentingan rakyat itu sendiri.

Rakyat tidak ubah sekawan lembu yang ditarik hidungnya oleh parti-parti politik pembangkang dan kerajaan yang tidak mampu bersama media bebas dan wartawannya. Sebab itulah apabila Detik, Eksklusif, Al-Wasilah dan Harakah mengalami penindasan KDN, kita tidak berjaya melihat kumpulan beribu-ribu pembaca di Masjid Negara atau di depan Penjara Kajang.

Namun, dosa ini juga seharusnya dikongsikan oleh kalangan wartawan itu sendiri, baik kumpulan wartawan bebas dan wartawan arus perdana itu sendiri. Misalnya, kegagalan wartawan bebas untuk bersatu dalam sebuah kumpulan yang kukuh dan konsisten untuk menyedarkan pembacanya tentang isu-isu yang dibicarakan di atas.

Selagi wartawan yang mewakili media ini tidak bersatu arah dan berkongsi perjuangan yang dipersetujui bersama (nilai-nilai minimumnya), kita semua akan menjadi mangsa masyarakat pembaca, pembangkang dan kerajaan.

Wartawan arus perdana menjadi mangsa kecaman masyarakat pembaca dan parti pembangkang. Wartawan bebas pula menjadi mangsa KDN dan kumpulan pemodal. Kedua-duanya adalah himpitan yang hina tetapi jasad (media) yang sakit dan terlantar hanya mampu menggerak-gerakkan hujung jari dan bersuara lembik.

Wartawan dan media adalah kelompok manusia yang sakit dan sepi. Nampaknya, kita harus menanggung kesakitan sendirian lagi. Bukan pembaca, bukan KDN-Umno dan bukan pembangkang yang sanggup memikul perjuangan ini.

Apatah lagi, wartawan sendiri tidak mampu berjuang dengan lebih lantang. Oleh itu, kebebasan media hanyalah idealisme dan teks kewartawanan di sekolah-sekolah komunikasi massa.

3

Page 4: Kebebasan Media

Thursday, May 07, 2009

REALITI KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA Ruhanie Ahmad

Pengenalan

Kebebasan adalah antara elemen penting dan fundamental bagi seluruh umat manusia. Elemen ini termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagaat 1948. Ia ditikberatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sesebuah negara yang demokratik juga memaktubkan aspek kebebasan dalam perlembagaannya. Contohnya, Groves (1978:27) menyatakan, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan sembilan aspek hak dan kebebasan. Satu daripadanya adalah mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Bagaimanapunm antara aspek kebebasan yang sering dipolemik dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak di Malaysia adalah kebebasan akhbar. Pihak-pihak terbabit melontarkan pelbagai tuduhan dan kecaman kononnya Malaysia tidak mengamalkan kebebasan akhbar. Mereka mendakwa kononnya Malaysia tidak mematuhi prinsip kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Mereka juga memperbesar-besarkan ranking kebebasan akhbar Malaysia yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa untuk menyokong dakwaan kononnya Malaysia adalah negara yang tidak mesra akhbar dan menggunakan akhbar semata-mata demi keselamatan rejimnya sahaja.

Anehnya, majoriti golongan yang mendakwa sebagai juara kebebasan akhbar di negara ini bukannya pengamal kewartawanan. Mereka juga bersuara dan berbicara mengenai isu tersebut bukan atas dasar professionalisme. Majoriti mereka adalah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka menggunakan isu kebebasan akhbar sebagai perkakas untuk mengkecam kerajaan yang melaksanakan beberapa undang-undang yang matlamat utamanya adalah bagi memelihara nilai-nilai teras Malaysia yang berbilang keturunan. Mereka menggunakan isu kebebasan akhbar untuk memperolehi perbatuan siasah.

Konsep media dan akhbar

Media massa, terutamanya akhbar, tidak wujud berasingan daripada lain-lain institusi masyarakat. Ianya merupakan bahagian penting dalam proses perubahan dan pemeliharaan sesebuah masyarakat (Ryan & Wentworth 1999:23). Menurut teori liberal, akhbar mempunyai empat fungsi utama, iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum, memantau kerajaan, mendorong debat umum, dan menyalurkan pendapat umum. Lain-lain fungsi tambahan adalah memupuk nilai-nilai utama yang dikongsikan oleh sesuatu masyarakat, membantu masyarakat menyesuaikan diri kepada perubahan, dan mendedahkan kemungkaran (Curran & Seaton, 2003:346).

Dalam pada itu, istilah media massa pula tidak boleh didefinisikan dengan sejelas-jelasnya. Sesetengah media memang benar-benar bersifat media massa. Ini termasuklah radio, aktiviti perakaman, pangung wayang dan televisyen. Bagaimanapun, media massa lazimnya merujuk kepada radio, akhbar, televisyen dan media rakaman (Ryan & Wentworth, 1999:11). Dalam konteks Malaysia, akhbar adalah apa-apa hasil

4

Page 5: Kebebasan Media

penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat-lat tempoh yang kerap atau tak kerap, tetapi tidaklah termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984:Fasal 2).

Konsep kebebasan akhbar sejagat

Sebagaimana dinyatakan dalam pengenalan atikel ini, konsep kebebasan akhbar termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diluluskan oleh PBB pada 10 Disember 1948. Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan, setiap individu mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan pendapat. Hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat-pendapat tanpa gangguan. Ia juga merangkumi kebebasan memperoleh, menerima dan menyebarkan maklumat serta idea menerusi sebarang media tanpa mengira sempadan. Artikel 29(2) deklarasi tersebut memaktubkan, dalam melaksanakan seluruh hak dan kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh undang-undang khusus. Sekatan-sekatan itu adalah bagi memastikan keperluan-keperluan yang saksama terhadap moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat yang demokratik. Artikel 29(3) deklarasi berkenaan menegaskan, seluruh hak dan kebebasan tidak boleh mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip PBB. Menurut Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB adalah pengamalan toleransi dan kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa; menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan-tindakan ganas; dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan persengketaan atau lain-lain tindakan yang menjejaskan keamanan. Artikel 30 deklarasi yang sama pula memaktubkan, tiada peruntukan dalam Deklarasi yang boleh ditafsirkan sebagai menggambarkan sesebuah negara, kumpulan atau individu mempunyai hak untuk melakukan apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa tindakan yang bertujuan untuk menghancurkan seluruh hak dan kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi.

Huraian di atas membuktikan kebebasan akhbar yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. Hakikat ini kurang diketahui oleh masyarakat umum. Ini kerana pihak-pihak yang mendakwa diri mereka sebagai juara kebebasan akhbar sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut supaya masyarakat umum dapat dikelirukan bahawa kebebasan akhbar adalah kebebasan yang total dan tanpa batas atau sekatan.

Huraian tersebut juga membuktikan nilai-nilai teras sejagat yang dititikberatkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan oleh PBB adalah kesusilaan, kesejahteraan, ketenteraman, keamanan, keselamatan, kesaksamaan, toleransi, serta pemeliharaan hak dan kebebasan manusia daripada kemusnahan. Ini bermakna seluruh anggota komuniti dunia wajar memelihara dan mempertahankan nilai-nilai teras sejagat atau universal core values ini supaya tidak terancam dan tergugat. Hakikatnya demikian kerana ramai sarjana keselamatan antarabangsa berpendapat ancaman dan gugatan kepada nilai-nilai teras dunia atau nilai-nilai teras sesebuah negara memang boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan kelangsungan sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Konsep kebebasan akhbar di Malaysia

Kebebasan akhbar di Malaysia tidak dimaktubkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

5

Page 6: Kebebasan Media

Bagaimanapun, Fasal 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan pendapat. Bagaimanapun, Fasal 10 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Fasal 10(4) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal 10(2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yang dimaksud di atas adalah mengenai kewaganegaraan, Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan, 153 mengenai perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

Hakikat sekatan terhadap kebebasan di Malaysia seperti di atas adalah selaras dengan Artikel 29(2) Artikel 29(3) dan Artikel 30 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia juga selari dengan matlamat serta prinsip PBB. Nilai-nilai teras di sebalik sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia pula adalah keselamatan negara, ketenteraman awam, dan perpaduan rakyat. Ini membuktikan bahawa sekatan-sekatan terhadap kebebasan akhbar di Malaysia adalah demi kepentingan negara dan majoriti rakyat jelatanya.

Konsep Kebebasan akhbar di Singapura

Kebebasan akhbar di Singapura adalah berasaskan falsafah kebebasan akhbar PAP selaku parti pemerintah. Oleh sebab itulah PAP menjadi determinen yang tunggal dan penting kepada perkembangan akhbar di Singapura. Falsafah berkenaan adalah berasaskan kenyataan Lee Kuan Yew di Perhimpunan Agung International Press Institute, di Helsenki, pada 9 Jun 1971. Lee menyatakan: “freedom of the press, freedom of the news media, must be subordinated to the overriding needs of the integrity of Singapore, and to the primacy of purpose of an elected government.” Lee juga menyatakan, kerajaan Singapura mahukan “the mass media to reinforce, not to undermine, the cultural values and social attitudes being inculcated in our schools and universities.” Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah nilai-nilai multirasialisme, toleransi agama dan menghormati hak-hak golongan minoriti. PAP juga berpendapat, “the press may be separate and independent of the government but in no circumstances should it imagine itself as having an equal role or status. An elected government is ultimately the only institution with the legitimacy to represent public opinion and interpret the national interest. The press is unelected, and cannot be permitted to obstruct the government as it carries out its mandate.” Falsafah kebebasan akhbar ini direalisasikan menerusi undang-undang akhbar, terutamanya the Newspaper and Printing Presses Act. (presspedia.journalism.sg: diakses pada 8 Mei 2009).

Hakikat di atas membuktikan bahawa Singapura juga memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat, berdasarkan kepada nilai-nilai terasnya, iaitu multirasialisme, toleransi agama dan perasaan hormat terhadap masyarakat minoriti. Amalan ini adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Menurut presspedia.journalism.sg, kebebasan akhbar di Singapura juga diberikan berasaskan agenda

6

Page 7: Kebebasan Media

pembangunan negara dan tanggungjawab sosial. Menurut www.wikipedia.org (diakses pada 8 Mei 2009), oleh sebab itulah kerajaan Singapura tidak berasa malu terhadap ranking kebebasan akhbar yang rendah yang diberikan oleh sebuah NGO antarabangsa. Ini kerana republik itu mempunyai ranking yang tinggi di bidang kebebasan ekonomi dan kemakmuran.

Konsep Kebebasan akhbar di Indonesia

Kebebasan akhbar di Indonesia adalah bersumberkan kepada Artikel 28 Perlembagaan Indonesia 1945. Konsep kebebasan ini diperkukuhkan lagi menerusi Akta Akhbar 1999. Artikel 2 akta tersebut menyatakan, kebebasan akhbar adalah satu daripada ciri-ciri kedaulatan rakyat berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kesaksamaan dan supremasi undang-undang. Artikel 4(1) menyatakan, kebebasan akhbar adalah dijamin sebagai hak asasi setiap warganegara. Artikel 4(2) menegaskan, akhbar nasional tidak mempunyai tapisan, sekatan atau larangan. Bagaimanapun, Artikel 5(1) menyatakan, akhbar nasional mempunyai obligasi untuk melaporkan peristiwa dan pendapat dengan menghormati nilai-nilai agama dan nilai-nilai masyarakat umum. Sementara itu, Artikel 6(b) menyatakan, akhbar nasional mestilah memainkan peranan menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, serta menghormati kepelbagaian. Artikel 6(c) menyatakan, akhbar nasional mestilah mengembangkan pendapat umum berasaskan kepada maklumat yang benar, tepat dan sah. Selanjutnya, Artikel 13 pula menghuraikan, syarikat akhbar dilarang memaparkan iklan yang merendahkan maruah sesuatu agama, menjejaskan keharmonian hubungan antara pelbagai penganut agama, dan bertentangan dengan kesusilaan masyarakat.

Hakikat di atas membuktikan bahawa akhbar di Indonesia tidak tertakluk kepada tapisan, larangan dan sekatan. Ini boleh ditafsirkan bahawa akhbar di Indonesia menimkati kebebasan yang total. Bagaimanapun, akhbar nasional di Indonesia adalah dituntut supaya menghormati nilai-nilai agama, menghormati nilai-nilai masyarakat, menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, menghormati kebelpagaian masyarakat, tidak merendahkan maruah seseuatu agama, tidak menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama, dan tidak mencemarkan kesusilaan masyarakat. Oleh sebab itu, walaupun Akta Akhbar Indonesia memang tidak mengenakan sebarang tapisan, sekatan ataupun larangan kepada kebebasan akhbar; tapisan, sekatan ataupun larangan itu sebenarnya dijelmakan dalam bentuk nilai-nilai teras yang termaktub di dalam akta berkenaan. Lantaran itu, kebebasan akhbar di Indonesia juga adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asia Manusia Sejagat 1948. Maksudnya, kebebasan akhbar di Indonesia adalah kebebasan yang mempunyai had. Dan, had tersebut adalah temaktub di dalam Artikel 5, Artikel 6 dan Artikel 13 Akta Akhbar Indonesia 1999 seperti yang dihuraikan di atas.

Konsep kebebasan akhbar di Amerika Syarikat

Demikianlah hakikatnya kebebasan akhbar di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tetapi, oleh kerana sesetengah pihak di Malaysia yang mendakwa diri mereka sebagai jaguh kebebasan akhbar sering berkiblatkan kepada Amerika Syarikat (AS), maka wajarlah ditinjau apakah bentuk dan realiti kebebasan akhbar di negara tersebut.

Kebebasan akhbar di AS adalah bersumberkan the First Amendment (1791) Perlembagaan AS. Di antara seluruh media di AS, media cetak adalah yang paling bebas. Bagaimanapun, kebebasan akhbar di AS juga adalah bersyarat. Kebebasan itu tidak termasuk kebebasan untuk menyiarkan bahan-bahan lucah dan fonografi. Kebebasan itu juga tidak mengatasi keselamatan serta kepentingan negara. Media penyiaran yang terangkum di bawah First Amendment AS pula menghadapi regulasi dan sekatan. The

7

Page 8: Kebebasan Media

Communications Act 1934 AS mewujudkan the Federal Communications Commission (FCC) untuk meregulasikan radio, televisyen dan telekomunikasi. Anggota FCC dilantik oleh Presiden AS (Ryan & Wentworth 1999:120-122).

Pada awal 1990-an Kerajaan AS menggunakan alasan “keselamatan ketenteraan” untuk menyekat kebebasan akhbar di negara berkenaan. Contohnya, intervensi ketenteraan AS di Granada, Panama dan Teluk Parsi memberikan kerajaan AS untuk menggunakan isu “keselamatan ketenteraan” sebagai alasan untuk memperkenalkan satu sistem yang menyeluruh bagi menapis penyaluran berita mengenai perang terbabit. Wartawan yang membuat liputan Perang Teluk, contohnya, hanya diizinkan melaporkan berita-berita atas kawalan pegawai Pentagon. Wartawan yang diizin membuat liputan juga disaring oleh pihak Pentagon (Exoo, 1994:96).

Berikutan tragedi 11 September 2001, kerajaan AS pula mengambil beberapa langkah yang disifatkan sebagai menjejaskan kebebasan akhbar. Hakikat ini dihuraikan secara panjang lebar oleh Navasky (2002:28). Antaranya, Navasky menyatakan, Kerajaan AS mengeluarkan satu arahan eksekutif untuk menghalang pengedaran kertas-kertas maklumat mengenai bekas Presiden AS. Peguam Negara AS menarik balik andaian di sebalik Freedom of Information Act bahawa sesuatu dokumen hanya akan dilarang daripada edaran jika ianya menimbulkan mudarat. Kerajaan AS juga meluluskan Patriot Act. Akibatnya, pengaliran maklumat di AS telah dikompromikan dan hak rakyat AS untuk mendapatkan maklumat juga turut terjejas.

Hakikat kebebasan akhbar di AS seperti dihuraikan di atas membuktikan Perlembagaan AS juga memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat. Ianya selaras dengan kebebasan akhbar yang dipelopori menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan PBB. Pada waktu yang sama, dua nlai teras yang amat dipelihara oleh AS adalah kepentingan dan keselamatan negara. Oleh sebab itulah kebebasan akhbar di AS tidak boleh mengatasi aspek nilai-nilai teras berkenaan.

Realiti kebebasan akhbar di Malaysia

Berdasarkan seluruh huraian di atas, kerajaan Malaysia terbukti memberikan kebebasan akhbar di negara ini selaras dengan prinsip dan konsep kebebasan akhbar yang dipelopori oleh Deklarasi Hak Manusia Sejagat, PBB dan juga AS. Nilai-nilai teras yang dipertahankan oleh kerajaan Malaysia juga sama dengan nilai-nilai teras yang dipertahankan menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, PBB dan AS. Dalam lain-lain perkataan, kebebasan akhbar di Malaysia adalah sama piawaiannya dengan kebebasan akhbar yang dilindungi oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, selaras dengan matlamat serta prinsip PBB dan sama tarafnya dengan standard kebebasan di AS. Pada waktu yang sama, amalan kebebasan akhbar di Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan amalan di Singapura dan Indonesia.

Oleh sebab itu, mengapakah pihak yang kononnya juara kebebasan akhbar di Malaysia gagal menerima hakikat di atas? Oleh itu, mengapakah NGO antarabangsa yang memberikan ranking negatif terhadap kebebasan akhbar di negara ini seolah-olah tidak mahu menerima realiti ini? Mengapakah diketepikan kebenaran dan diperbesarkan pula kepalsuan?

Isu kebebasan akhbar di Malaysia juga dipolemik dan dipolitikkan mungkinkah kerana ia adalah antara isu terbaik untuk dijadikan perkakas yang boleh melumpuhkan kekuasaan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara ini? Oleh sebab itu, adakah soal kebebasan akhbar di negara ini yang kononnya negatif akan lenyap bila kuasa negara beralih ke tangan yang lain, khususnya ke tangan bukan Melayu? Mengapakah kelompok antarabangsa dan lokal yang prihatin terhadap kebebasan akhbar di Malaysia tidak

8

Page 9: Kebebasan Media

memberikan minat dan komen terhadap tindakan seorang ahli exco sebuah kerajaan negeri yang baru-baru ini menyaman sebuah akhbar Melayu dengan jumlah beratus juta ringgit semata-mata kerana akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen mengenai seorang individu yang hanya wujud dalam dunia hayalan? Mengapakah kelompok ini juga tidak pernah membuat apa-apa kritikan bila ahli exco yang sama juga menyaman seorang penyair dan menuntut gantirugi sebanyak RM30 juta semata-mata kerana penyair itu mengkaryakan sebuah puisi yang kononnya merujuk kepada ahli exco tersebut? Tidakkah tindakan undang-undang seperti ini merupakan tindakan yang tidak kondusif kepada kebebasan bekarya dan kebebasan akhbar?

Kesimpulan

Kebebasan akhbar yang menjadi sebahagian ciri-ciri kebebasan dalam masyarakat yang demokratik adalah kebebasan yang bersyarat dan kebebasan yang dihadkan oleh nilai-nilai teras sesebuah masyarakat dan negara. Nilai-nilai teras yang sangat ditikberatkan oleh kerajaan Malaysia adalah ketenteraman awam, keselamatan negara, keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat. Amalan kebebasan akhbar yang bersyarat ini juga terdapat di AS, Singapura dan Indonesia. Oleh sebab itu, tuduhan kononnya kerajaan Malaysia tidak memberikan kebebasan akhbar adalah dakyah semata-mata.

20 comments:

9

Page 10: Kebebasan Media

Harat said...

Saya kira satu ciri penting kebebasan media dalam sesebuah negara ialah akhbar dalam negara itu boleh diterbikan tanpa permit.

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

12:14 AM

pakbelalang said...

I think it is high time for the government to act now to stop all this nonsense in the political front.

It looks like it has become out of control. The oppositions are really ridiculing the democratic system to test the government's strength.

Drastic action must be taken once and for all and move on to focus on the development of the country.

Much time has been wasted just to "entertain" these irresponsible leaders of the opposition who don't seem to be bothered about anything else except trying to rock the whole government machinery.

We cannot allow this situation to continue. It affects our country's security and political stability. It does not augur well if the govt. just let it continue with this kind of uncertainty in the political front.

ENOUGH IS ENOUGH of fooling around. There must be a limit to everything in order to ensure that the rakyat feel comfortable and safe.

So Hisham, I suggest you should start preparing another round of "OPERASI LALANG" to check this rot. Don't give them a damn.

We are really tired to see all the stupid antics shown by the oppositions.

Kerajaan jangan jadi macam "PONDAN". Kerajaan jangan ikut rentak mereka yang tidak bertanggong jawab dan menjadi pengkhianat negara.

A responsible government must act without fear and favour to protect the majority of the rakyat who want peace of mind to continue with their life in order to earn decent living for their families.

Don't worry about being unpopular. The issue is whatever action taken must be seen to protect the country's peace and security.

Being a minister of Internal Affairs how I wish you to repeat the statement made by the late Tun Ismail appeared on TV way back after May 13 1969 incident telling the rakyat that DEMOCRACY IS DEAD. Itu baru anak "JANTAN".

10

Page 11: Kebebasan Media

1:26 AM

pakbelalang said...

PERAK ASSEMBLY SHOWDOWN: Perak Regent admonishes Nizar to respect royal address

The Raja Muda told the duo: “I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?

comment:

What a great Regent he is.

Daulat Tuanku !!

3:56 AM

pakbelalang said...

Perak Crisis: Police put an end to Sivakumar's last stand

IPOH: He sat rooted to the speaker's chair for almost five hours, ignoring even the calls of nature, but was finally led out in defeat by several plainclothes policemen.

This was the fate of ousted Perak assembly speaker V. Sivakumar on the first day of the second term of the 12th assembly sitting here yesterday.

comment:

Kalau dia buat kacau tangkap masuk kem Kamunting. Jangan nak kurang ajar. Buat apa lagi melayan "orang gila" kuasa.

Kalau kita berfikiran waras BN lah yang berhak mentadbir kerajaan Perak.

Kerajaan DAP (Ngah dan Ngeh) tidak mampu mentadbir kerajaan Perak pasal perangai mereka macam penyangak.

11:41 AM

pakbelalang said...

11

Page 12: Kebebasan Media

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

Perubahan tidak akan berlaku dalam masa singkat ini kerana rakyat Malaysia belum lagi mencapai "benchmark" sebagai rakyat yang bertamadun dari segi akal dan kelakuan.

Tahap pemikiran rakyat Malaysia masih lagi belum matang.

Kalaulah media diterbitkan tanpa permit tentunya nanti Malaysia akan jadi huru hara dibuatnya. Segala isu yang diterbitkan oleh media akan sentiasa berbentuk "subtle provocation" untuk memperjuangkan isu perkauman yang berlarutan hingga mungkin akan mencetuskan perbalahan antara kaum. Inilah hakikatnya yang tidak boleh dinafikan.

Semuanya ini berkisar kepada kematangan fikiran rakyat. Selagi kita belum mencapai tahap "benchmark" sebagai civilised society maka adalah tidak wajar kerajaan melayani desakan supaya terbitan akhbar dibuat tanpa dikawal.

12:07 PM

Dalam you tube dah siarkan apa yang berlaku dalam dun perak.satu dunia boleh tahu dan tv3 boleh terus jadi alat propaganda.apa yang pasti lepas ni imej Malaysia akan terpalit dan tercemar dengan insiden yang memalukan di dun perak.rakyat melihat umno berkomplot dengan polis membuli speaker perak dan mencemari kemuliaan dun perak.mereka melihat betapa yang berhormat wakil rakyat mereka diperlakukan seperti penjenayah.ini persepsi mereka setelah melihat you tube.tidak mustahil lepas ni akan disiarkan dalam al jazeera,cnn,bbc dan lain-lain lagi.lain kali kalau nak buat keja tak elok jangan bagi satu dunia tahu.kali ni tv3 pun dah tak dapat nak defend korang

7:54 PM

AHIM KAMPONG said...

Akhbar umpama senjata, siapa yg berkuasa sudah pasti akan beroleh senjata yg baik...yg tak berkuasa senjatanya ada tapi tumpul...

8:42 PM

pakbelalang said...

"Beta tak mahu masuk campur.""Beta tak mahu masuk campur. [I don't want to get involved in this]. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want tto work with me in future, you have to respect my speech. Understand? "So go and tell that (to the Pakatan Rakyat assemblymen who had stood together in front of the royal dais) to take their seats." - Raja Dr Nazrin Shah

comment:

12

Page 13: Kebebasan Media

Belajar je tinggi-tinggi tapi tak tahu bahasa. Perangai macam "PARIAH". Memalukan. Memang bangsat. Tak menghormati Raja Melayu langsong.Menjatuhkan maruah orang Melayu, Raja kita di pandang macam tak berdaulat.

Mereka semua patut di buang daerah.

12:34 AM

pakbelalang said...

Perak banyak sejarah silamnya.

Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.

Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".

Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.

Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja Melayu mereka.

Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempapirkan sifat yang sungguh rendah moral mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja mereka.

Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan pengkhianat kepada raja mereka.

Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti "setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.

Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.

Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".

Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang telah menjatuhkan maruah Raja.

Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi raja Melayu?

Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.

13

Page 14: Kebebasan Media

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !

12:53 PM

This post has been removed by a blog administrator.

7:05 PM

Pak belalang...rentilah komen kau yang berupa hasutan tu.bila masa pulak rakyat nak menderhaka.yang pasti rakyat dah tak mahukan umno....itu kira derhaka jugak keelok kau asah otak kau yang tumpul tu.bila polis nak saman pak belalang ni.terang-terang menghasut

7:08 PM

Sebilangan manusia terlupa bahawa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.

7:20 PM

Menarik untuk dikongsi bersama dalam the star online hari ni

Saturday May 9, 2009Bare naked on Johor isleCompiled by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMAN

AN ISLAND off Mersing in Johor has become a hot spot after it was used as the location for a European reality show, which had its participants running stark naked.

Scenes from the Survivor Robinson Ekspeditionen programme, which had been broadcast over TV3 in Denmark, were published on an online newspaper ScandAsia.com.

A reader with family ties to Malaysia alerted Harian Metro about the programe.

In the scenes, both men and women were seen running along a sandy beach without a stitch on.

The Danish national who e-mailed the images to Metro said he was surprised that the Malaysian authorities had allowed the filming although the show was soft porn.

It is believed that this was the first time the programme had made 16 out of its 22 participants strip naked for the run while five others got to keep their underwear on.

It is also understood that a woman who refused to strip was kicked out of the show and sent home to Denmark.

An official at the Mersing District Council said it had only allowed the filming after telling the producers that they could not have naked scenes on the island as it might offend local residents.

14

Page 15: Kebebasan Media

“The filming was originally scheduled at Pulau Besar for this and next month before moving to other islands,” he said.

7:51 PM

Ramai yang tertanya-tanya,Ganesan tak angkat sumpah pun sebagai speaker Perak depan Sultan Perak atau Raja Muda Perak.

Sahkah dia sebagai speaker.Ada pakar undang-undang pertikaikan Hee bertindak sebagai pemangku speaker Perak sedangkan Sivakumar masih duduk di kerusi speaker.Soalan cepumas pulak sahkah usul yang dikemukakan tanpa kehadiran Raja Muda Perak di dewan.

Pening kepala rakyat Perak dan pening lagi kepala hakim untuk buat keputusan.Ini bermakna Sivakumar masih speaker yang sah.

Ramai yang mempertikaikan kegelojohan polis mengheret speaker perak dan mengusirnya keluar dewan.kemudian speaker ditahan tanpa sebarang sebab dan dibebaskan sebaik sahaja dun perak selesai bersidang.

UMNO jika hendak memerintah Perak eloklah menggunakan saluran undang-undang dan tidak membelakangkan perlembagaan dan menghina dewan.

Apa guna menang sorak tapi kampung tergadai.kelak Perak akan menjadi pusara buat UMNO.Rakyat tidak dapat menerima budaya samseng atau ugutan.

Bukankah One Malaysian mengutamakan aspirasi rakyat.Setakat ni rakyat masih meragui konsep ini dan apa yang berlaku di Dun Perak memberikan gambaran sebenar betapa desperadonya UMNO untuk berkuasa di Perak

9:07 PM ..

UMNO/BN MENJERUT LEHER SENDIRI

Kekecohan dan kecelaruan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Khamis lepas adalah satu kudeta yang sekali lagi memalukan yang boleh mengakhiri riwayat UMNO/BN, kata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis, Pahang.

"Apa yang berlaku akan menjerut leher sendiri, " katanya.

Ariff berkata, "rakyat akan bertambah meluat pada UMNO/BN dengan apa yang berlaku di Perak kerana di sebalik mereka melaungkan untuk mendapat RESTU rakyat, TINDAKAN mereka sebenarnya semakin menjauhkan rakyat. Rakyat semakin tidak mempercayai apa yang dilaungkan."

9:52 PM

pkbelalang said...

KOTA BAHARU, May 9 (Bernama) -- The 1Malaysia concept mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak aims to cure the "disease" of those who like to object and disrupt peace and stability in the country said Rais Yatim.

comment:

15

Page 16: Kebebasan Media

Can the disease be cured before PRU13? It is a real challenge for Najib. All the best to him. If he fails then nothing can be done. At least he is making an effort to cure the disease.

Now the ball is on the rakyat court how receptive they want the disease to be cured.

Maybe Anwar has the prescription to cure the disease but unfortunately he will have to wait until 16th September 20...?

pakbelalang said...

Sebenarnya untuk mendapatkan permit tidak lagi releven untuk menerbitkan akhbar. Sudah banyak berita yang boleh dibaca apabila kita layari internet.

THE INTERNET IS MIGHTIER THAN THE KERIS.

Character seorang individu itu boleh disanjung tinggi melambong dan juga boleh di "bunuh" mati katak oleh setengah golongan "goblok-goblok" dari blog-blog yang terdapat di internet.

Itulah hakikatnya betapa kuatnya pengaruh internet di zaman cyber ini.

12:37 AM

tok iskandar said...

Apa yang Pak Rais ulas tu hanyalah persepsinya sendiri.Najib kata One Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat.Tak ada pulak dia kata nak ubati penyakit mereka yang suka menentang dan menganggu kestabilan dan keamanan negara.

Bab putar-belit fakta ni kita serah kat orang-orang UMNO pasal ni memang kemahiran dan kepakaran depa.

Kau sendiri dah tahu internet tu cukup power tapi masih menidakkan lagi gambar sebenar yang disiarkan dalam internet tentang peristiwa yang berlaku pada 7 Mei di Sidang Dun Perak.

Apa boleh buat kemahiran berfikir korang takat ni je.nak terima perubahanpun tak berani.

Ada kampung yang YBnya UMNO,lebih 30 tahun tak ada bekalan air.Tak payah pegi jauh..kat pedalaman Perak dalam area Bukit Gantangpun ada.Itupun masih mengundi UMNO.

Kat bandar-bandar,rakyatnya celik politik.Tak heranlah hanya 2 ibu negeri yang dikuasai BN iaitu Kangar dan JB setelah KT berjaya dirampas PR.Kuching dan KKpun dikuasai PR.Kuantanpun dimenangi PR.

Macamana UMNO nak menang kalau pemikiran dah ketinggalan zaman.Cara berpolitikpun macam zaman merdeka dulu.Nak harapkan darurat untuk memerintah negara juga cara berfikir yang lapuk.

Rakyat dah berubah dan UMNO saja yang tak sedar atau buat-buat tak sedar.Orang Melayu sendiri dah rasa malu nak jadi ahli UMNO.

Kemasukan Mahathir ke dalam UMNO tidak mampu lagi mengubat penyakit kronik parti itu.Sebenarnya yang berpenyakit itu UMNO bukan rakyat kerena mereka sudah ada penawarnya.tak lain tak bukan membuang UMNO-BN dan memilih PR sebagai pilihan mereka.

16

Page 17: Kebebasan Media

Jenayah pulak semakin bertambah sampai terdengar gebang-gebang kedai kopi,orang bersungut dengan prestasi polis.Takkan polis tak ada KPI.

Kalau UMNO nak syok sendiri,bolehlah baca tulisan Pak Belalang ni.Kaki ampu memang banyak dalam UMNO

3:28 PM

tok iskandar said...

Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

4:35 PM

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Sememangnya 'kebebasan' mempunyai tafsiran yang berbeza2 antara sesebuah negara. Tapi apa yang saya ingin sentuh disini ialah mengenai kebebasan pendirian oleh ahli2 politik.

2. Ahli politik seharusnya bebas mempunyai pendirian masing2. Tapi bila ia menganggotai sesebuah parti siasah maka sudah tentu pendiriannya hendaklah selari dengan perjuangan partinya. Seterusnya apabila partinya memlilihnya untuk bertanding dalam sesuatu PRU dan ia memenangi pilihanraya itu atas tiket partinya, maka ia wajib mendukung dasar parti dan pendirian peribadinya dalam sesuatu isu itu seharusnya terhad dan diselaraskan mengikut acuan parti. Namun dalam sesuatu isu beliau juga "bebas" menentang secara berhemah jika sesuatu isu itu bertentangan dengan pendirian peribadinya.

3. Seterusnya jika beliau dilantik pula sebagai Menteri atau Timbalan Menteri oleh pucuk pimpinan maka beliau tidak ada lagi "kebebasan" berjuang pendirian peribadinya. Tapi sebaliknya apa yang dilakukan Timbalan Menteri Pelajaran, YB Fuad nampaknya adalah betentangan dengan prinsip Kabinet berpasukan. Dalam isu PPSMI misalnya, walaupun Menterinya yang juga TPM belum bersedia mengemuka pendirian untuk keputusan Kabinet, namun beliau secara terbuka menyatakan pendirian peribadinya yang tidak menyokong PPSMI. Apakah beliau ingin meletakkan "ransom" kepada Menterinya(TPM) supaya mengikut pendirian peribadinya?

17

Page 18: Kebebasan Media

4. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh YB Fuad ialah beliau hendaklah mengenepikan dulu atau tidak perlu menghebahkan pendirian peribadinya dulu sehingga Kerajaan mmbuat keputusan. Sekiranya keputusan itu tidak selari dengan pendirian peribadinya maka barulah beliau tidak lagi mempunyai "kebebasan" tapi sebaliknya secara prinsip hendaklah meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

18