Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

7
Hal nahnu qaumun amaliyun (Nota: Artikel ini ditulis khusus untuk membakar diri sendiri, juga membakar anda yang sudah berada bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Kepada anda yang tidak kena-mengena tetapi masih mahu membacanya, saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kes sawan badak atau mulut berbuih. Sekian terima kasih.) Ketika Imam Hassan al-Banna menulis risalah 'Hal Nahnu Qaumun A'maliyun' (Adakah Kita Golongan Bekerja) pada tahun 1934, ahli-ahl Ikhwanul Muslimin (IM) telah pon mencapai lebih daripada dua juta orang. Ya, 2,000,000 orang! Apa yang lebih menggaru minda adalah, pencapaian yang luar biasa itu diperoleh hanya enam tahun selepas IM ditubuhkan, yakni pada tahun 1928. Ya, ENAM TAHUN! Walawehhh! Risalah tersebut ditulis khusus untuk menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada IM, kononnya ia adalah sebuah pergerakan yang tidak praktikal dan pragmatik. Lantas, Imam Hassan al-Banna menjawab satu-persatu tuduhan dan cacian yang dibuat dengan memberikan contoh dan kejayaan IM; bukan sahaja dari aspek kejayaan mentarbiyah masyarakat Mesir ketika itu, tetapi juga kejayaan material dan fizikal melalui usaha-usaha pembangunan keperluan asas untuk masyarakat. Tarik nafas.

description

kihlk

Transcript of Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

Page 1: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

Hal nahnu qaumun amaliyun

(Nota: Artikel ini ditulis khusus untuk membakar diri sendiri, juga membakar anda yang sudah berada bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini.

Kepada anda yang tidak kena-mengena tetapi masih mahu membacanya, saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kes sawan badak atau mulut berbuih. Sekian terima kasih.)

Ketika Imam Hassan al-Banna menulis risalah 'Hal Nahnu Qaumun A'maliyun' (Adakah Kita Golongan Bekerja) pada tahun 1934, ahli-ahl Ikhwanul Muslimin (IM) telah pon mencapai lebih daripada dua juta orang. Ya, 2,000,000 orang!

Apa yang lebih menggaru minda adalah, pencapaian yang luar biasa itu diperoleh hanya enam tahun selepas IM ditubuhkan, yakni pada tahun 1928. Ya, ENAM TAHUN! Walawehhh!

Risalah tersebut ditulis khusus untuk menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada IM, kononnya ia adalah sebuah pergerakan yang tidak praktikal dan pragmatik. Lantas, Imam Hassan al-Banna menjawab satu-persatu tuduhan dan cacian yang dibuat dengan memberikan contoh dan kejayaan IM; bukan sahaja dari aspek kejayaan mentarbiyah masyarakat Mesir ketika itu, tetapi juga kejayaan material dan fizikal melalui usaha-usaha pembangunan keperluan asas untuk masyarakat.

Tarik nafas.

Nah, sekarang bandingkan dengan diri kita. Atau dengan keadaan tarbiyah dan dakwah di negara kita ini.

Pandang kanan, pandang kiri. Tutup muka dengan baju.

Memalukan bukan...?

Untuk pengetahuan anda, kadar orang bukan Islam yang memeluk Islam lebih perlahan daripada mereka yang bukan Islam memeluk Islam di Eropah dan Amerika Syarikat! Dengan kemelut kalimah Allah yang tidak berkesudahan, isu penyembelihan kerbau dan entah apa-apa lagi, saya tidak hairan andai kadar ini akan terus merudum jatuh.

Page 2: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

Tidak perlulah kita melihat mereka yang bukan Islam; bagaimana orang-orang Islam di Malaysia sendiri? Dengan beraneka jenis gerakan-gerakan dakwah yang ada di Malaysia (meriah uolsss!), bagaimana keadaan umat Islam marcapada ini? Lebih baik daripada sebelum tumbuhnya gerakan-gerakan dakwah ibarat jerawat yang tumbuh selepas bersukan, atau lebih teruk dan mengerikan...?

Nanges.

Maka timbullah persoalan yang sememangya tidak dapat dielakkan lagi; adakah kita golongan yang benar-benar bekerja untuk ummah ini...?

Hangus. Rentung.

Tapi Inche gabbana... Bukankah Allah tidak melihat pada hasilnya...? Bukankah Allah melihat pada usaha...?

Hah! Sudah mahu bernanah telinga saya mendengar alasan klise sebegitu! Memang benar Allah hanya melihat pada usaha, namun agama ini juga tertegak dengan darah dan peluh kita! Ia bukanlah manhaj ajaib yang mampu tertegak dengan sendirinya, atau dengan hanya kita bergoyang kaki sambil terbaring gemok mengunyah popkon panas sambil membacakan mantera-mantera tertentu! TIDAK! Allah itu Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Pemurah; ia menjadikan agama ini sesuai dengan fitrah manusia; bukan sahaja fitrah umat Islam tetapi fitrah seluruh umat manusia sekalian alam buana!

Dan masalahnya, benarkah kita telah berusaha...??

Koyak.

Berapa banyak sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi awam mahupon swasta yang masih belum lagi mengenali dakwah ini? Berapa banyak makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana, sama ada yang pencen atau masih bekerja, yang sudah disentuh dengan para du'at yang membawa risalah ini? Berapa buah persatuan-persatuan buruh dan organisasi-organisasi pekerja yang sudah mendengar tentang fikrah ini? Berapa ramai tukang sapu sampah, kelindan lori dan makcik jual nasi lemak di tepi jalan yang sudah menyertai bulatan gembira? Dan berapa ramai pula polis, tentera dan bomba yang di

Page 3: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

samping menjaga keselamatan dan keamanan negara, juga berjanji setia untuk menjaga kehormatan dan kedaulatan agama dan dakwah ini...?

Sekiranya semua jawapan-jawapan kita kepada persoalan di atas menyebabkan pipi kita yang tembam itu kemerahan, dahi kita yang licin itu berkerut dan ketiak kita yang masam itu berpeluh, nah, tanya semula diri kita, adakah kita golongan yang bekerja...??

Alah Inche gabbana. Rakyat Mesir ramai kot. Tu yang senang-senang boleh dapat 2 juta tu!

Tersembur air kopi jantan.

Anda mahu berhujah begitu? Baiklah.

Rakyat Mesir ketika 1934 adalah seramai kira-kira 15 juta [Sumber]. Makanya, 2 juta daripada jumlah itu adalah kurang lebih 13 persen. Nah, rakyat Malaysia sekarang ini adalah kira-kira 29 juta orang. Maka, 13 persen daripada jumlah itu adalah 3.77 juta! Sepatutnya ada lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia yang berbulatan gembira sekarang ini!

Hah, bagaimana...?? Kau mampu??

Argumentasi sebegitu adalah argumentasi yang sangat mudah dan terlalu lurus ke hadapan. Sudah tentu ada banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Namun sekiranya kita memberi diskaun kepada semua itu sekali pon, hakikat bahawa IM berjaya mengkaderkan 2 juta rakyat Mesir dalam tempoh 6 tahun penubuhannya adalah sesuatu yang terlalu paling amat mengagumkan. Gituh.

Apakah rahsia IM sehingga bisa sahaja menempa kejayaan yang sebegitu hebat dan mengujakan..?

Membaca buku-buku dan kitab-kitab seperti Himpunan Risalah Hasan al-Banna (Majmu' ar-Rasail), Memoar Hasan al-Banna, Aku dan Ikhwanul Muslimin dan sebagainya, tidak dapat tidak, kita boleh menginduksikan bahawa IM ketika itu amat fokus pada kerja-kerja membina masyarakat dan melahirkan individu-individu Muslim yang berkualiti. Kuncinya pada perkataan 'fokus' itu.

Mereka fokus pada maratib (tanggal) amal yang mana asasnya adalah individu-individu muslim yang punya 10 muwasofat tarbiyah itu. Mereka fokus dalam

Page 4: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

melahirkan para jundiyy yang sudah bersedia untuk berbai'ah kepada perjuangan ini. Mereka fokus dalam menghasilkan para rijal yang sudah sedia untuk mati bagi menggalas tanggungjawab agama ini.

Maka lahirlah mereka yang bersungguh-sungguh menyebarkan risalah agung kepada ummah ini; sanggup meninggalkan kerjaya, tidak tidur malam semata-mata mahu menyentuh hati-hati manusia yang sudah lama leka di luar sana. Terhasillah orang-orang yang ada antara mereka sanggup menjual basikal yang sudah tua hanya kerana mahu tergolong dalam mereka yang menginfaqkan harta. Wujudlah segolongan pemuda yang sanggup bangkit, menentang penguasa yang zalim demi mempertahankan maruah dan kehormatan ummah.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan hikayat si Aesop. Tapi ini adalah realiti. Ia dicatatkan dengan teliti di dalam buku-buku sejarah. Malah ia diperincikan sendiri oleh Imam Hasan al-Banna yang kagum dengan kesungguhan dan pengorbanan para ikhwan yang mahu menegakkan Islam bukan sahaja di bumi Mesir, malah di seluruh dunia!

Lantas kita bertanya, kita ini bagaimana? Sanggupkah kita mengorbankan waktu tidur kita semata-mata mahu berborak bantal dengan hadek-hadek bulatan gembira terchenta? Sanggupkah kita menghabiskan waktu hujung minggu kita di konferens-konferens riang bagi memastikan jiwa kita terisi dengan pengisian-pengisian yang memantapkan fikrah? Sanggupkah kita menginfaqkan duit gaji kita bagi memastikan program-program tarbiyah yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan senang? Sanggupkah kita bersabar, tidak tergopoh-gapah dalam merencana masa hadapan dakwah dan jemaah? Sanggupkah kita mengenepikan kepentingan peribadi dan nafsu diri dalam memastikan objektif utama dakwah yakni mengajak orang kembali menjadi hambaNya dan menegakkan hukumiyah Allah itu tercapai?

Sekiranya jawapan anda tidak kepada salah satu soalan di atas, tidak usahlah berangan mahu melihat tarbiyah dan dakwah, wanita bertudung labuh, bulatan-bulatan sorga di taman-taman awam, amalan berlaga-laga pipi, semua orang menyebarkan salam dan masjid-masjid penuh dengan jemaah di awal waktu menjadi trend dan ikutan rakyat Malaysia.

Namun sekiranya anda bersedia untuk bersama-sama saya dalam konspirasi tarbiyah ini, faham dan ikhlas dengan apa yang anda lakukan, sanggup berkorban dan bersungguh-sungguh pula melaksanakannya, tekad yang tinggi

Page 5: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun Versi APG

dan tidak berlengah-lengah lagi, percayalah, tidak sampai setahun sahaja kita akan mula melihat hasilnya, Insha-Allah.

"Bekerjalah kamu, nescaya Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga dengan Rasul dan orang-orang mu'min..."

[at-Taubah, 9:105]

Alah Inche gabbana.. Tapi cara anda ni lambatlah! Asyik-asyik bulatan gembira. Asyik-asyik bina individu. Sampai bila nak perintah negara macam ni!

Hah! Hujah yang sama telah digunapakai sejak puluhan tahun lamanya. Kalaulah sejak dahulu lagi kita benar-benar fokus dan sabar, bersungguh dan tidak gopoh, sudah pasti kita sekarang ini sudah pon menuai hasilnya!

Ingat! Bukan negara yang kita kejar! Bukan kemuliaan dunia yang kita dambakan!

Yang kita impikan adalah keredhaan Allah. Yang kita buru adalah chenta Allah yang abadi. Dan yang kita benar-benar rindukan adalah sorga Allah yang hakiki!

Rasulullah SAW dahulu pon tidak pernah langsung menyangka yang suatu hari nanti baginda dan para sahabat akhirnya akan memerintah Madinah. Ikhwan di Mesir juga langsung tidak pernah menyangka yang mereka akan memenangi pilihanraya Mesir, meskipon kini keadaan di Mesir sudah porak-peranda.

Sungguh, kemenangan yang hakiki itu milik Allah. Allah akan hanya menolong hamba-hambaNya bila mana kita sudah benar-benar bersedia!

"'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ketahuilah, pertolongan Allah itu sudah dekat!"

[al-Baqarah, 2:214]

Nah, apa yang kita tunggu lagi...?? Kemenangan itu sudah terlalu dekat! Dan kemenangan itu bukan milik mereka yang malas dan culas, lembap dan gemok!

Ayuh kita jadi golongan yang bekerja!

-gabbana-