HalauTuju Stpm

16
Hala tuju selepas SPM dan STPM SEJAK awal persekolahan menengah lagi, para pelajar sewajarnya mengetahui ke mana arah tujuan pendidikan dan kerjaya mereka. Walaupun ramai yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti luar negara atau universiti tempatan, namun ada yang kabur dalam menentukan cita- cita akademik dan kerjaya. Malah, ada yang telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi masih buntu menentukan hala tuju masing- masing. Masalah ini akan mendatangkan bebanan minda kepada pelajar. Seperkara yang harus diingat bahawa pelajarlah yang lebih mengetahui tentang kerjaya yang diminati, kursus yang diminati dan pelajar juga yang lebih mengetahui keupayaan

description

halau

Transcript of HalauTuju Stpm

Hala tuju selepas SPM dan STPM

SEJAK awal persekolahan menengah lagi, para pelajar sewajarnya mengetahui ke mana arah tujuan pendidikan dan kerjaya mereka. Walaupun ramai yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti luar negara atau universiti tempatan, namun ada yang kabur dalam menentukan cita-cita akademik dan kerjaya.

Malah, ada yang telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi masih buntu menentukan hala tuju masing-masing.

Masalah ini akan mendatangkan bebanan minda kepada pelajar.

Seperkara yang harus diingat bahawa pelajarlah yang lebih mengetahui tentang kerjaya yang diminati, kursus yang diminati dan pelajar juga yang lebih mengetahui keupayaan

SPM/STPM Bekerja Melanjutkan pengajian Bekerja

Tidak semua pelajar yang mendapat kelulusan yang baik peperiksaan SPM/SPMV atau sendiri semasa menjawab soalan-soalan SPM atau STPM.

Berikut ialah dua panduan hala tuju yang boleh dipilih oleh pelajar berdasarkan pencapaian peperiksaan SPM atau STPM/setaraf.

Kategori 3. STPM/setaraf berpeluang melanjutkan pengajian.

Hal ini kerana pada setiap tahun, persaingan untuk melanjutkan pengajian sangat hebat.

Ramai juga pelajar yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas menamatkan persekolahan mereka.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga yang memerlukan pelajar itu bekerja walaupun memperoleh keputusan yang melayakkannya melanjutkan pengajian.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun bekerja individu ini berminat semula untuk melanjutkan pengajian ke universiti atau institusi pengajian tinggi.

Apatah lagi tanggungjawab yang dipikul semakin ringan dan sumber kewangan yang dikumpul mencukupi dan mengizinkannya untuk belajar.

Berbekalkan pengalaman kerja serta kelayakan akademik yang mencukupi individu ini memohon dan berjaya menjejakkan kaki ke universiti/institusi pengajian tinggi untuk melanjutkan pengajian.

Selepas beberapa tahun belajar, akhirnya dia berjaya memperoleh ijazah atau diploma seperti yang dicita-citakan. Semasa belajar di universiti atau institusi pengajian tinggi ramai dalam kalangan mereka mencapai keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang lebih muda

daripada mereka. Ini mungkin disebabkan pengalaman yang dimiliki serta kesungguhan yang ditunjukkan semasa belajar.

Selepas menamatkan pengajian individu ini boleh menyambung semula perkhidmatan di tempat lama atau memohon pekerjaan di tempat yang baru atau mungkin bertukar profesion bersesuaian dengan kelayakannya.

Kebiasaannya, pendapatan mereka lebih tinggi berbanding sebelum melanjutkan pengajian, setimpal dengan apa yang telah diusahakan serta ketekunan mereka belajar di universiti atau institusi pengajian tinggi.

Sebagai rakyat Malaysia, pelajar mempunyai peluang yang luas untuk meningkatkan pendidikan dan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun telah bekerja anda boleh kembali menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi misalnya, di peringkat ijazah sarjana muda sama ada secara sepenuh masa, luar kampus atau secara jarak jauh.

Terserah kepada pelajar untuk memilihnya. Seperti kata pepatah Melayu, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Peluang untuk belajar di negara ini sememangnya sentiasa terbuka luas.

Kategori 4.

SPM/STPM Bekerja sambil belajar

Situasi ini menunjukkan selepas memperoleh keputusan peperiksaan SPM/SPMV atau

STPM/setaraf, calon-calon terus memohon pekerjaan menggunakan keputusan masing-masing.

Tetapi, yang berbeza dengan Kategori 3 ialah calon tidak berhenti bekerja, sebaliknya menyambung pengajian secara sambilan iaitu pengajian jarak jauh (secara maya) atau luar kampus, pengajian di hujung atau di waktu malam. Kursus-kursus ini adalah di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam atau swasta tempatan atau antarabangsa.

Tempoh pengajiannya lebih panjang dan kadangkala sehingga menjangkau enam tahun. Berkat kesabaran dan sokongan keluarga calon berjaya memperoleh ijazah yang dicita-citakan.

Selepas menamatkan pengajian calon akan menggunakan ijazah atau diploma yang diperoleh untuk memohon kenaikan pangkat di tempat calon bekerja atau memohon pekerjaan di tempat lain bagi yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi.

Sebenarnya, belajar dalam keadaan begini amat memerlukan komitmen yang tinggi serta pengorbanan. pelajar terpaksa membahagikan masa dengan sebaik mungkin; masa untuk bekerja, masa untuk keluarga (jika berkeluarga) selain masa untuk pelajar mengikuti kuliah dan belajar.

Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai melalui kaedah ini amat bermakna. Jika tidak ada kekuatan dalam diri

kemungkinan seseorang itu akan kecundang di pertengahan jalan. Pelajar juga terpaksa mengorbankan wang ringgit bagi membiayai yuran pengajian dan keperluan lain semasa pengajian.

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana

yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:AktuariArkitekBioteknologiBioperubatanVeterinarDietetikJuruterbangSains NuklearSAINS AKTUARIPerkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:1. Meminati bidang ini.2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.3. Mahir di bidang komputer4. Mempunyai kemahiran menganalisis.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIANUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)SYARAT-SYARAT UMUMKepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.Selain itu, kementerian Pendidikan juga menawarkan program-program matrikulasi sains hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain.________________________________________ARKITEKTUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir SYARAT-SYARATSekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun..Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.________________________________________BIOPERUBATANBIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan

perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.________________________________________BIOTEKNOLOGIBioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan

kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.________________________________________DIETETIKPesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan. Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi.Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.________________________________________KEDOKTORAN VETERINARPara pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan

dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.________________________________________JURUTERBANGDari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.4. Boleh berkomunikasi dengan baik.5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.Syarat Mengikuti Latihan Penerbanganuntuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.Tempat Mengikuti Latihan PenerbanganTerdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.________________________________________SAINS NUKLEARSains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri.Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan

swasta.Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.