KERTAS 3 STPM

48
Contoh Tajuk dan sub-tajuk folio Projek Penghasilan Karya Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja. Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio anda. Bab 1 : KAJIAN TEMA 1.1 Pengenalan Contoh : Soalan 1 : Karya saya yang bertajuk ................................. bertemakan Teknologi Digital dan Kemanusiaan, menggunakan teknik batik dalam penghasilannya. Dalam karya ini, saya mengutarakan mesej kemanusiaan melalui penggunaan alat teknologi dan digital. Saya telah mengkaji filem-filem bertemakan teknologi dan kemanusiaan seperti filem Transformers dan Wall-e di mana ia menonjolkan nilai kemanusiaan yang tinggi berbanding manusia itu sendiri! (Seterusnya, anda sambung dengan kritikan seni karya anda sendiri yang mengandungi aspek deskripsi, analisis karya, interpretasi dan pertimbangan) Soalan 2 : Karya saya yang bertajuk ......................... bertemakan Kesantunan, merupakan hasil kajian saya terhadap peribahasa Melayu yang melambangkan adat dan budaya orang-orang Melayu di negara kita. Di dalam peribahasa Melayu, hal-hal benda berupa flora dan fauna banyak begitu kerap digunakan justeru alam sekeliling merupakan manifestasi kehidupan orang-orang Melayu. (kemudiannya beri contoh2 peribahasa tersebut dan huraikan kaitannya dengan kesantunan dan budaya kebangsaan. Seterusnya, buat kritikan seni terhdap karya anda sendiri daripada aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan) 1.2 Sumber Maklumat Tampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan sumber

description

K

Transcript of KERTAS 3 STPM

Page 1: KERTAS 3 STPM

Contoh Tajuk dan sub-tajuk folio Projek Penghasilan Karya

Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja. Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio anda.

Bab 1 : KAJIAN TEMA1.1 Pengenalan Contoh : Soalan 1 : Karya saya yang bertajuk ................................. bertemakan Teknologi Digital dan Kemanusiaan, menggunakan teknik batik dalam penghasilannya. Dalam karya ini, saya mengutarakan mesej kemanusiaan melalui penggunaan alat teknologi dan digital. Saya telah mengkaji filem-filem bertemakan teknologi dan kemanusiaan seperti filem Transformers dan Wall-e di mana ia menonjolkan nilai kemanusiaan yang tinggi berbanding manusia itu sendiri! (Seterusnya, anda sambung dengan kritikan seni karya anda sendiri yang mengandungi aspek deskripsi, analisis karya, interpretasi dan pertimbangan)

Soalan 2 : Karya saya yang bertajuk ......................... bertemakan Kesantunan, merupakan hasil kajian saya terhadap peribahasa Melayu yang melambangkan adat dan budaya orang-orang Melayu di negara kita. Di dalam peribahasa Melayu, hal-hal benda berupa flora dan fauna banyak begitu kerap digunakan justeru alam sekeliling merupakan manifestasi kehidupan orang-orang Melayu. (kemudiannya beri contoh2 peribahasa tersebut dan huraikan kaitannya dengan kesantunan dan budaya kebangsaan. Seterusnya, buat kritikan seni terhdap karya anda sendiri daripada aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan)

1.2 Sumber MaklumatTampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan sumber seperti alamat laman web atau nama akhbar/majalah serta tarikh.

1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan)1.3.1 Sejarah catan1.3.2 Jenis-jenis catan1.3.3 Media dan Teknik Catan

1.4 Kajian Pengaruh Karya( Nyatakan nama-nama pelukis dan contoh karya yang mempngaruhi karya anda. Tampalkan gambar-gambar hasil karya tokoh=tokoh tersebut)

Bab 2 : Kajian Hal BendaKajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran hal benda yang berkaitan tajuk. Contoh untuk soalan 1. watak-watak dari filem seperti transformers dan wall-e, kemudiannya simbol kemanusiaan mungkin dijelmakan melalui imej kanak-kanak

Page 2: KERTAS 3 STPM

yang bermain dengan permainan dari watak filem tersebut. Lakaran hendaklah lebih dari 5 untuk setiap hal benda (teknologi dan kemanusiaan).Kajian hal benda untuk soalan 2, terdiri daripada flora dan/atau fauna atau figura manusia . Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan sebagainya.

Bab 3 : Perkembangan Idea3.1 Olahan motif3.2 Kajian komposisi3.3 Kajian Warna3,4 Kajian Media dan Teknik

Bab 4 : Lakaran Akhir(jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi,belakang )

Bab 5 : Proses Penghasilan Karya (dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasil

Rujukan Tambahan

Bibliografi

Posted by Noraida Radot at Friday, February 26, 2010 0 comments Links to this post

Thursday, February 25, 2010

TINGKATAN ENAM LEBIH BAIK DARIPADA DIPLOMA (2)

Keputusan SPM tidak lama lagi akan diketahui keputusannya. Selepas SPM, apa pula? Anda bertungkus-lumus study untuk apa? Tentulah sebab ingin masuk universiti dan seterusnya berkerjaya dalam bidang yang dicitakan selama ini. Ramai pelajar dan ibubapa sendiri tidak sabar-sabar menanti saat anaknya menjejak kaki ke menara gading.

Apa yang pelajar dan ibubapa tidak sedar ialah, menjejak kaki ke menara gading selepas SPM, pelajar hanya mendapat DIPLOMA! Sedangkan yang diidamkan selama ini adalah 'menggenggam segulung IJAZAH! Sebelum terlalu teruja hendak masuk 'U' selepas SPM, fikirkan semasak-masaknya.

1. Kos untuk membuat diploma lebih tinggi dan mahal. Kos tersebut termasuklah yuran pendaftaran dan yuran tahunan, membeli pakaian baru, makan dan minum, menyewa rumah, mkotosikal, minyak motosikal, prepaid, telefon bimbit, tambang bas berulang alik pada masa cuti, buku-buku, dan pelbagai lagi yang selayaknya sebagai seorang mahasiswi dan mahasiswa.

Page 3: KERTAS 3 STPM

Sedangkan jika anda menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, hampir tiada kos. Tinggal dengan ibubapa. Asrama sekolah hanya caj RM1 untuk makan dan minum sehari semalam!

2. Syarat masuk ke Universiti adalah sama ada anda ada Diploma (dengan keputusan yang baik) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (dengan keputusan yang baik). Anda perlukan 3 tahun untuk dapat diploma sedangkan Tingkatan Enam hanya 1 tahun 6 bulan sahaja. Kenapa membuang masa?

3. Di Universiti, dikatakan bahawa pelajar lepasan STPM lebih matang daripada pelajar lepasan diploma yang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Bukan kata-kata saya, tetapi kata-kata kawan-kawan pensyarah..

4. Bagaimanapun, jika anda mendapat tawaran Matrikulasi, anda pilihlah Matrikulasi kerana Matrikulasi lebih baik daripada Tingkatan Enam pula.

5. Apa-apapun, peluang anda ke universiti lebih baik sekarang kerana Universiti semakin banyak. Persaingan di antara anda untuk mendapat pekerjaan bukanlah bergantung kepada keputusan cemerlang semata-mata, tetapi personaliti dan keyakinan diri anda. Sebab itu, aktiviti ko-kurikulum penting dalam menyediakan diri anda kepada persekitaran pekerjaan sebenar.

6. Susahnya STPM adalah kepada mereka yang malas berusaha dan tidak menanamkan azam yang kuat untuk berjaya. Jangan dengar kata-kata seperti Tingkatan Enam susah, kena pakai uniform sekolah, kena aktif ko-ko dan lain-lain. Jika anda boleh dapat keputusan yang baik semasa SPM, anda juga boleh buat STPM.

Buatlah keputusan yang baik untuk diri anda, dan jangan menyusahkan ibubapa anda.

Wassalam

Posted by Noraida Radot at Thursday, February 25, 2010 1 comments Links to this

post

CONTOH FOLIO ARCA TEMA WAJA

BAB 1 : PERMASALAHAN TEMA (rujuk penulisan sebelum ini)

Bab 2 : PENYELIDIKAN VISUAL

1. KAJIAN HAL BENDA

Page 7: KERTAS 3 STPM

2. PERKEMBANGAN IDEA : Pelajar ini membuat kajian perkembangan idea dengan 2 cara.

Cara pertama ialah beliau menyenaraikan lakaran-lakaran bentuk arca sebagai idea untuk bentuk idea akhir.Selepasitu, barulah beliau pilih bentukyang akan dijadikan arca.Pada lakaran ini, pelajar sepatutnya mencatat media dan teknik yang akan digunakan untuk penghasilan arca ini; Catatan ini dapat memberi gambaran akhir bagaimana bentuk arca tersebut.

Page 14: KERTAS 3 STPM

Cara kedua pula ialah beliau kembangkan bentuk kala jengking beransur menjadi arca. Cara ini menggunakan anak panah untuk menunjukkan aliran perkembangan idea tersebut.

Page 27: KERTAS 3 STPM

Friday, February 19, 2010

Orientasi Tingkatan 6 Rendah (Taklimat mata pelajaran Seni Visual)

"Seni Visual ditawarkan sebagai salah satu mata pelajaran peringkat STPM bermula 2002

menggantikan Kertas Lukisan. Mata pelajaran Seni Visual telah mengalami perubahan

berbanding Kertas Lukisan STPM. Perubahan dari segi sukatan pelajaran telah menyebabkan mata pelajaran ini menjadi lebih relevan dalam bidang

pendidikan terkini.Jika mata pelajaran Lukisan hanya diterima untuk kursus berkaitan bidang seni visual sahaja, mata pelajaran Seni Visual telah diterima sebagai mata pelajaran yang setaraf dengan mata pelajaran lain di peringkat universiti. Bermaksud, ia diterimapakai untuk permohonan ke universiti bagi semua jenis kursus yang ditawarkan. Kelebihan Kertas Seni Visual STPM ialah ia menawarkan Kertas Projek Penghasilan Karya (kerja kursus) yang dapat memberi ruang kepada pelajar untuk terus menghasilkan yang terbaik bagi tempoh yang ditetapkan justeru peluang pelajar untuk lulus mata pelajaran ini terbuka luas berbanding mata pelajaran yang berorientasikan peperiksaan sahaja. "

Page 28: KERTAS 3 STPM

Petikan di atas merupakan petikan daripada slide pertama untuk taklimat mata pelajaran Seni Visual STPM. Setiap tahun, cikgu akan taklimatkan mengenai mata pelajaran ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah cikgu. Perkara pertama yang cikgu akan sentuh dalam taklimat tersebut ialah KENAPA ANDA NAIK KE TINGKATAN ENAM? Di antara sebab-sebab yang dapat dikenalpasti ialah:

Belum/Tidak mendapat tawaran diploma dari universiti Bagi mendapatkan sijil STPM (untuk temuduga polis) Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti.

Cikgu akan menyentuh tentang sebab ketiga iaitu ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Syabas. Pilihan anda untuk ke Tingkatan Enam sebagai anak tangga ke universiti bagi mendapat segulung ijazah (bukan diploma) lebih baik dan menguntungkan. (baca http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2009/12/tingkatan-enam-lebih-baik-dari-diploma.html).

KENAPA PILIH MATA PELAJARAN SENI VISUAL? berbakat seni. Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual.

Page 29: KERTAS 3 STPM

tidak berbakat . Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.

Alasan yang pertama memang tidak dapat dinafikan lagi, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. Tetapi di sini, cikgu nak berbincang dengan pelajar yang masih was-was. Dalam masa yang sama, semua pelajar perlu tahu kelebihan anda ambil subjek Seni Visual sebagai satu mata pelajaran STPM. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang wajib diambiloleh calon.

BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN

a) Kertas 1 - Teori Seni Visual - Teori - wajaran 40%b) Kertas 2 - Lukisan - Praktikal - wajaran 25%c) Kertas 3 - Projek Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%

Jika diperhatikan dari jadual di atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%. Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.

Selain daripada itu, Kertas 3 Projek Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi. Sehingga hari ini, cikgu hanya tahu bahawa satu-satunya subjek STPM yang ada kerja kursus ADALAH SENI VISUAL!.

Bagi Kertas 2 Lukisan pula, latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.

Daripada pengalaman cikgu, ramai pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini membuat yang terbaik untuk Kertas 1

Page 30: KERTAS 3 STPM

Teori Seni Visual dan mendapat A untuk Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.

BAGAIMANA MATA PELAJARAN SENI VISUAL MEMBANTU SAYA MASUK UNIVERSITI?

Posted by Noraida Radot at Friday, February 19, 2010 0 comments Links to this post

Monday, February 15, 2010

Kesantunan

Soalan 2 Pengkaryaan Seni Visual STPM Tahun 2010

Jika anda memilih soalan ini, perkara penting yang anda perlu ambil tahu ialah anda diminta menghasilkan KARYA, bukannya KRAF. Dalam menghasilkan karya, aspek makna harus diberi penekanan, bukannya fungsi. Bagi memastikan anda tidak menghasilkan kraf, sila baca dan fahami panduan di bawah ini.

PENGHASILAN FOLIO

Page 31: KERTAS 3 STPM

Langkah 1. Semak kamus Dewan, Bestari atau wikipedia definisi santun, kesantunan. Buat kajian dengan mencari bahan yang ada kaitan dengan kesantunan.

Contohnya bahan sastera seperti pantun, seloka, peribahasa dan lain-lain. Mungkin juga ada peribahasa atau pantun yang melambangkan

kesantunan dan berkait pula dengan budaya kita? Mesti la ada... cari sendiri.

Mungkin anda patut mengkaji kaitan peribahasa atau pantun dengan sifat orang Melayu atau minda orang Melayu yang berkait rapat dengan tema kesantunan itu sendiri.

Contohnya, mungkin juga peribahasa dan pantun orang-orang Melayu yang telah wujud sejak sekian lama (tetapi makin dilupakan) adalah sebenarnya mencerminkan kesantunan orang Melayu. Hal demikian ini kerana orang-orang Melayu dahulu apabila hendak bercakap atau menegur orang lain, akan menggunakan pelbagai bentuk kiasan seperti peribahasa dan pantun supaya bunyinya lebih enak didengar dan tidak menyakiti hati orang lain. Bukankah ianya merupakan kesantunan?

Ambil contoh beberapa peribahasa Melayu lama. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok boleh bergoyang Bicarakan rumput di laman orang, di laman sendiri rumput sampai ke kaki tangga

Dua buah peribahasa tersebut adalah contoh di mana orang Melayu yang santun mahu menegur orang lain. Gariskan perkataan yang boleh dijadikan hal benda (suject matter); iaitu pokok bergoyang, rumput, laman , rumput sampai ke kaki tangga dan lain-lain

Perkataan tersebut merupakan benda-benda maujud dan tersurat. Apa lagi, carilah gambar-gambar benda-benda tersebut dari internet, makalah, suratkhabar, . Dalam konteks seni, anda boleh dapatkan juga gambar-gambar laman yang cantik dan ada pokok-pokok, dan jangan lupa tangga rumah Melayu Melaka! Tentu cantik dan indah dengan adanya corak-corak pada tangga tersebut yang mencerminkan KEBUDAYAAN KEBANGSAAN! (Rujuk Soalan).

Perbincangan makin menarik... Seterusnya, anda hendaklah mengumpul maklumat mengenai karya-

karya pelukis terkenal yang menggunakan (i) teknik batik atau (ii) yang membicarakan kesantunan atau (iii) kebudayaan kebangsaan. Dapatkan ketiga-tiga genre tersebut. (PENTING).

Semua dapatan seperti rencana sama ada dari internet atau media konvensional mengenai definisi santun, budaya kebangsaan dan peribahasa, anda tampal di dalam folio di bawah tajuk PERMASALAHAN IDEA.

Semua gambar-gambar yang anda ambil dari internet dan media konvensional, atau rakam sendiri, anda tampal dalam folio di bawah tajuk LAMPIRAN.

Page 32: KERTAS 3 STPM

Langkah 2 dan seterusnya. Seterusnya, di bawah tajuk SUMBER ILHAM atau 'HAL BENDA' (subject

matter - masa cikgu belajar dulu) , anda boleh mula menghasilkan lakaran dan lukisan .

Lukis semula gambar-gambar di dalam LAMPIRAN. Lakaran atau lukisan hendaklah dapat menjelaskan kemahiran Seni Visual anda. Dalam perkataan lain, tunjukkan skil melukis anda. Kagumkan pemeriksa. Lebih banyak lukisan yang cantik-cantik lagi bagus.

Seterusnya, anda hasilkan PERKEMBANGAN IDEA. Cikgu tak dapat jelaskan lebih lanjut bagaimana seharusnya berlaku proses Perkembanan Idea tersebut, tetapi cikgu akan upload contoh kerja guru-guru yang menghadiri Taklimat Pengendalian Kertas 3 Seni Visual STPM pada 13 - 15 Januari lalu di Quality Hotel . (Terima kasih kepada guru-guru tersebut and nice to meet you)

Anda boleh dapatkan bahan tersebut di http://www.scribd.com/. Tajuk ini juga dibincangkan di

http://senivisual2.blogspot.com/2010/02/stpm-soalan-2.html

PENGHASILAN KARYA

Karya akhir anda hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh soalan. Oleh kerana ini adalah soalan pengkaryaan, Kajian Media dan Teknik perlu dititikberatkan selain daripada kajian komposisi dan kajian warna. Anda perlu membuat beberapa (banyak) eksperimentasi bahan dan teknik BATIK itu sendiri. Buat dalam saiz A4 supaya mudah untuk ditampal hasil eksperimen tersebut dalam folio.

Pilih hasil eksperimen, kajian komposisi dan kajian warna yang paling berjaya dan barulah proceed Karya Akhir.

Good Luck.

Posted by Noraida Radot at Monday, February 15, 2010 0 comments Links to this

post

Sunday, February 14, 2010

Teknologi Digital dan Kemanusiaan

Soalan 1 Pengkaryaan

1. Kalau anda pilih soalan ni, cikgu nak bagi beberapa petunjuk macam mana nak mula buat kerja kursus Seni Visual STPM ni. Pertama sekali, fahamkan tema. 'Teknologi digital dan kemanusiaan'. Buka kamus Dewan , kamus Bestari, kamus wikipedia.Cari:a. makna teknologi dan digitalb. makna kemanusiaan

Page 33: KERTAS 3 STPM

c. buat rumusan permasalahan idea. Maksudnya, apa yang kita nak sampaikan melalui tema tersebut.

2. Tanya diri sendiri. Bina hipotesis. Teknologi digital tu bawa kesan positif atau negatif dalam hidup anda, hidup orang lain; atau pada pandangan anda. Jika kesan positif, apa dia dan bagaimana. Contohnya, melalui hal benda (subject matter) telefon bimbit, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, kasih sayang, keselamatan anak-anak, hidup lebih terurus, menjimatkan masa dan lain-lain (hal-hal kemanusiaan)Jika anda berpendapat telefon bimbit sebagai alat teknologi digital membawa kesan negatif, huraikan. Contoh, keruntuhan akhlak remaja melalui telefon bimbit, punca pelajaran merosot, isu penceraian sms dan lain-lain lagi.

3. Bila dah buat hipotesis, buat penyelidikan melalui media massa dan elektronik atau yang mudahnya, internet. Dapatkan rencana-rencana, berita-berita atau karya sastera seperti cerpen, novel dan sajak oleh sasterawan terkenal yang menyokong pandangan ada. Anda hendaklah membuat salinan terhadap semua dapatan ini dan masukkan ke dalam folio di bawah tajuk LAMPIRAN.

4. Katakanlah, anda telah membuat keputusan untuk menghasilkan catan yang membicarakan isu penyalahgunaan telefon bimbit. Anda perlu tentukan pengaruh atau gaya catan yang anda ingin hasilkan. Untuk itu, dapatkan maklumat dari internet (lebih mudah) siapakah pelukis yang gaya dan aliran yang dibawanya, sesuai dengan mesej anda. Caranya, anda pergi ke enjin carian yahoo atau google, taip saja perkataan 'digital technology and humanity painting', klik 'images'dan bukan 'web'. Nah,! Sekarang ada banyak contoh painting yang dapat anda ikut. Anda perlu klik pada gambar yang anda pilih, besarkan, dan kemudian save. Ulang langkah ini untuk seberapa banyak gambar yang anda mahu.

5. Selain daripada itu, anda juga boleh rujuk gaya-gaya pelukis Malaysia dari laman web Balai Senilukis Negara atau dari buku-buku Seni Visual. Di bawah ini, cikgu tampilkan beberapa contoh karya yang berkaitan dengan tema.

Page 34: KERTAS 3 STPM

Gambar A

Catan ini membawa mesej bagaimana teknologi digital membawa kepada peperangan dan kesengsaraan. Antara pelukis yang membawa gaya ini ialah Nirmala Shanmulingam (Malaysia) dan Robert Rauschenberg.

Gambar B

Catan ini menggunakan simbol-simbol dari alat digital dan teknologi untuk memberi mesej kemanusiaan dengan imej Santa Claus. Anda boleh kaji karya-karya Pop Art untuk karya Gambar B hingga D.

Page 35: KERTAS 3 STPM

Gambar C

Lihat saja bagaimana pengaruh teknologi kepada kemanusiaan. Adakah kita mahu anak-anak bangsa kita hilang jati diri akibat pengaruh dan kesan teknologi?

Gambar D

Kaji apa kaitan imej patung Liberty dengan kemanusiaan? Teknologi digital ditonjolkan melalui imej skrin komputer.

Page 36: KERTAS 3 STPM

Gambar E

Karya agung pelukis dari Malaysia, Ibrahim Hussein bertajuk 'My Father and Astronaut'. Beliau telahpun memperkatakan soal teknologi digital dan kemanusiaan sejak 1960-an lagi. Pertembungan teknologi digital dan pengekalan tradisi. Karya seperti ini boleh digolongkan kepada aliran pasca-modenisme.

6. Anda hendaklah juga membuat kajian mengenai gaya/aliran karya yang anda hasilkan. Taip semula nota mengenai aliran tersebut dan contoh-contoh karya. Nota ini hendaklah dimasukkan ke dalam folio anda di bawah tajuk PERMASALAHAN TEMA dan tajuk kecilnya ialah Kajian Gaya/Aliran Seni Visual.

7. Sambil-sambil anda menaip, membuat penyelidikan maklumat, anda perlulah mula menghasilkan penyelidikan dalam bentuk lakaran-lakaran. Contohnya, seperti yang dibincangkan di atas, subjek anda ialah telefon bimbit dan juga mengenai keruntuhan akhlak remaja. Jadinya, ada dua jenis lakaran yang perlu anda hasilkan. i. beberapa jenis telefon bimbit daripada telefon jenis lama hingga sekarang.ii. figura dengan aktiviti keruntuhan akhlak (contoh pergaulan bebas berleluasa), remaja berfesyen punk yang menggunakan telefon bimbit, telefon bimbit yang ada tertulis sms penceraian dan lain-lain. (sekadar beberapa contoh).

8. Lakaran-lakaran yang anda perlu hasilkan tersebut, cuma ambil gambar-gambarnya dari internet. Banyak! Jangan buang masa menyelak sehelai demi sehelai surat khabar. Kalau kebetulan terjumpa, oklah.

9. Semasa anda menghasilkan lakaran, mulakan dengan lakaran ringkas 2 atau 3 helaian saja. Kemudiannya, buatlah kajian-kajian terperinci dengan teknik-teknik melukis dan mewarna yang dapat memukau pemeriksa!. Inilah masanya nak tunjukkan skill Seni Visual anda. Tiru semula gambar-gambar yang anda dapat dari internet atau anda ambil sendiri semasa merayau-rayau di pekan

Page 37: KERTAS 3 STPM

mencari bahan. Jangan lupa buat catatan tarikh, masa dan sedikit penerangan mengenai lakaran menggunakan pensil/ pen hitam.

10. Seterusnya, anda mula menghasilkan PERKEMBANGAN IDEA . Dalam perkembangan idea, anda perlu mengolah lakaran-lakaran di atas kepada bentuk-bentuk baru. Agak susah cikgu nak jelaskan di sini. Cuba lihat contoh-contoh folio pelajar tahun lalu di http://www.scribd.com/ .

11. Ada dua cara olahan idea :a. Anda buat lakaran transformasi bentuk sedikit demi sedikit. Contoh, jika anda lihat robot transformer bertukar dari kereta ke robot, haa .. anda pula kena lukis perubahan yang berlaku.b. Anda senaraikan sebanyak-banyak lakaran pelbagai bentuk. Contoh, dalam konteks robot transformer tadi, anda lukis je banyak-banyak pelbagai jenis robot.

Kedua-dua cara di atas boleh digunakan dalam folio anda. (lebih baik).

12. Di antara kajian yang perlu dihasilkan di bawah tajuk Perkembangan Idea ialah:a. Olahan Hal-benda (nota no.11)b. Kajian Komposisi - iaitu reka letak motif. Hasilkan sekurang-kurangnya 4 komposisi berlainan.c. Kajian Warna - pilih satu komposisi terbaik, dan hasilkan sekurang-kurangnya 4 kajian warna berbezad. Kajian Media dan teknik - Berdasarkan komposisi dan kajian warna yang dipilih, buat kajian pelbagai media dan teknik dalam penghasilan catan atau cetakan.

13. Hasilkan karya akhir di atas kertas lukisan, sebelum anda mulakan penghasilan karya di atas kanvas.

14. Semua aktiviti anda sepanjang proses penghasilan folio hendaklah dimasukkan ke dalam folio mengikut tajuk atau Bab. Sila rujuk contoh folio pelajar tahun lalu. (http://www.scribd.com/ ).

15. Penting! Jangan lupa ambil gambar proses penghasilan karya akhir selang 10% langkah.

16. Bahan rujukan lain yang boleh didapati di http://www.scribd.com/ ialah:a. Carta aliran kerja soalan ini (lebih ringkas dan padat)b. Borang Proses Kerja Calon (guru perlu beri komen dan tandatangan pengesahan setiap aktiviti)c. Soalan 1 hingga 4 Seni Visual Projek Penghasilan Karya STPM 2010.

Page 38: KERTAS 3 STPM

Contoh-contoh teknik lakaran/lukisan yang boleh diaplikasi dalam folio.

Berikut adalah beberapa contoh-contoh teknik lukisan yang anda boleh aplikasi dalam folio. Ada banyak teknik melukis, contohnya teknik titik-titik, teknik garis silang atau ''çross-hatching'', guna warna air, teknik campuran dan sebagainya. Teknik-teknik melukis ini anda boleh rujuk dalam buku-buku rujukan seni dan internet.

Lukisan di bawah merupakan contoh-contoh lakaran yang dihasilkan oleh guru-guru seni dari Wilayah Persekutan. Lakaran ini adalah contoh untuk folio SPM tahun 2007 kalau cikgu tak salah.Terima kasih cikgu-cikgu...

Page 40: KERTAS 3 STPM

Kenapa kajian subject matter (hal benda-di bawah Bab 2 : Kajian Hal Benda.)penting? Contohnya subject matter anda adalah bunga mawar untuk soalan 2 Kesantunan. Kaji beberapa jenis bunga mawar, bahagian-bahagian bunga dan lain-lain. Buat catatan dari aspek saintifik, kaitannya dengan kesantunan dan lain-lain. Bermakna, kena buka ensiklopedia, kena cari rencana atau cerita yang ada sebut kaitan bunga tersebut dengan kesantunan.

Lakaran di atas merupakan kajian anatomi tubuh badan manusia. Seni Visual berfungsi sebagai alat menyampaikan maklumat yang tepat. Justeru, perlu ada

Page 41: KERTAS 3 STPM

catatan pada lukisan anda.

Anda mengkaji objek teknologi untuk soalan 1: Teknologi Digital dan Kemanusiaan. Gambar-gambar berikut merupakan contoh lakaran untuk objek teknologi.

Page 42: KERTAS 3 STPM

Gambar-gambar di bawah cikgu dapat dari laman Balai Senilukis Negara. Ada pautannya di sebelah - Kajian Pengaruh Karya BSLN. Dari laman BSLN itu, anda klik pada AWAM, dan klik Koleksi Tetap. Ada banyak contoh karya akhir yang boleh dijadikan asas idea untuk hasilkan final kerja kursus.

Page 43: KERTAS 3 STPM

Fadzil Idris, Langit dan Bumi

BSLN 2006.190(H)

Buah-buahan-Datuk Syed Ahmad Jamal

Page 44: KERTAS 3 STPM

Abdul Halim mat

Mungkin anda rasa lukisan di atas agak sukar untuk dijadikan contoh. Lukisan di atas dihasilkan oleh professional seni. Jika ingin lihat contoh lukisan

tahap sederhana, lihatlah contoh-contoh folio pelajar cikgu di bawah tajuk Contoh folio Arca tema WAJA. Di laman web scribd pun cikgu ada upload

contoh-contoh folio pelajar tapi sekarang cikgu tak dapat buat pautannya. Di bawah tajuk Teknologi Digital dan Kemanusiaan ada pautan ke scribd . Cari

di situ yaa. . Ada dari kalangan pelajar-pelajar ini pada awalnya mengadu tidak mahir melukis, tetapi mereka rajin berusaha dan cuba buat yang terbaik.