HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…....

30
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK ‘ELECTROLYSIS OF AQUEOUS SOLUTION’ KIMIA TINGKATAN EMPAT HAMIDAH BINTI MARSIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…....

Page 1: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN

MOODLE BAGI TAJUK ‘ELECTROLYSIS OF AQUEOUS

SOLUTION’ KIMIA TINGKATAN EMPAT

HAMIDAH BINTI MARSIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,
Page 3: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

PENGAKUAN

“ Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan:

Nama penyelia: TUAN HAJI MUSIM BIN JONID

Tarikh: 26 MAC 2009

Page 4: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

i  

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN

MOODLE BAGI TAJUK ‘ELECTROLYSIS OF AQUEOUS

SOLUTION’ KIMIA TINGKATAN EMPAT

HAMIDAH BINTI MARSIDI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

saya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan:

Nama Penulis: HAMIDAH BINTI MARSIDI

Tarikh: 26 MAC 2009

Page 6: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

iii

DEDIKASI

Ibu, ayah, terima kasih atas curahan kasih sayangmu,

Budimu tidak akan pernah terbalas,

Namun dirimu akan ku perjuangkan dan inilah hasil pengorbananmu,

Aku akan terus berusaha, ibu dan ayah…..

Kakak, abang dan adik-adik, terima kasih atas keperihatinanmu,dan panduan yang

diberikan,

Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku….

Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu,

Aku akan terus berusaha, teman-temanku…..

Moga cahaya yang kutemui menunjukkan jalanku kepada-Mu, ya Allah….

Page 7: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

iv

PENGHARGAAN

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. akhirnya saya berjaya menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Haji

Muslim Bin Jonid selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2, yang telah banyak mencurahkan

ilmu, tunjuk ajar dan memberi panduan kepada saya.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, dan

rakan-rakan web portal yang lain yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bantuan

dalam menyiapkan projek ini. Jasa kalian amat saya hargai.

Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Page 8: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web semakin kerap diaplikasikan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembangunan web portal bagi tajuk

„Electrochemistry‟ ini menggunakan Sistem Pengurusan Kursus MOODLE, adalah satu

langkah yang sesuai untuk menambahkan lagi bilangan bahan pembelajaran secara

dalam talian. Sejajar dengan itu, web portal ini dibangunkan dalam versi Bahasa

Inggeris demi menyahut cabaran negara menjayakan visi negara dalam inisiatif dasar

P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Interaksi antara para pelajar dan guru menjadi faktor utama menjadikan proses P&P

berlaku dalam suasana Konstruktivisme sosial. Pelbagai bahan kursus yang dibangunkan

iaitu bahan kursus statik, bahan kursus interaktif yang merangkumi „Lesson. Quiz,

Assignment,dan Choices’, dan bahan kursus sosial yang merangkumi „Forum dan Chat’

yang dapat melengkapkan proses P&P yang berlaku. Nota-nota dan aktiviti yang

disediakan adalah menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint sebagai platform

utama untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan menggabungkan elemen-elemen

multimedia yang luas. Projek ini menggunakan pendekatan bersistem model ASSURE

yang merangkumi 6 fasa iaitu Analisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah,

Media dan Bahan, Mengguna Media dan Bahan, Penglibatan Pelajar, dan Menilai dan

Mengulang Kaji.

Page 9: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

vi

ABSTRACT

Web based learning is becoming frequently applied in Teaching and Learning

process. A web portal entitled „Electrochemistry‟ was developed using the Leaning

Management System of MOODLE, is an applicable step to increase the number of

resources that can be used online. It is also to respond to nation‟s vision challenge in

applying English language in Science and Mathematics subject. Interaction among

students and teachers are required in order for the Teaching and Learning to occur in

Constructivisme Social environment. The resources produced are categorised into three

types, which are Static Course Material, Interactive Course Materials that cover the

„Lesson, Quiz, Assignment, and Choices‟, and also Social Course Material that cover the

Forum and Chat. The notes and activity produced are using the Microsoft PowerPoint as

the main platform in conveying the content with the combination of wide multimedia

elements. The projects using Instruction System ASSURE consist of 6 phase which are

Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Utilize Media

and Materials, Require Learner Participation and Evaluate and Revise.

Page 10: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.5.1 Pengajar (Guru) 6

1.5.2 Pelajar 7

Page 11: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

viii

1.5.3 Ibu Bapa 7

1.5.4 Masyarakat 7

1.6 Skop Projek 8

1.6.1 Bahan Pembelajaran 8

1.6.2 Kuiz (Quiz) 8

1.6.3 Tugasan (Assignment) 9

1.6.4 Penilaian 9

1.6.5 Forum (Forum) 10

1.6.6 Pautan (Link) 10

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 10

1.8 Kerangka Teori Projek 12

1.9 Definisi Istilah 14

1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 14

1.9.2 PBK 14

1.9.3 E-Pembelajaran 14

1.9.4 Web Portal 15

1.9.5 E-Buku (E-Book) 15

1.9.6 MOODLE 16

1.10 Penutup 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Bahan Bantu Mengajar 17

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 19

2.3.1 Konsep PBK 19

2.3.2 Kelebihan PBK 20

2.3.3 Multimedia dan Elemen-elemennya 21

2.3.3.1 Teks 22

Page 12: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

ix

2.3.3.2 Grafik 22

2.3.3.3 Video 22

2.3.3.4 Animasi 23

2.3.3.5 Audio 23

2.3.3.6 Hipermedia 23

2.4 E-Pembelajaran 23

2.4.1 Portal Pendidikan 24

2.4.2 Portal Pengurusan Pengetahuan 25

2.4.3 Potensi E-Pembelajaran 26

2.5 E-Buku 27

2.5.1 Kelebihan E-Buku 28

2.5.2 Kelemahan E-Buku 29

2.6 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic

Learning Environment) 29

2.6.1 Reka BEntuk MOODLE 30

2.6.2 Ciri-ciri MOODLE 30

2.6.3 Kelebihan MOODLE 31

2.7 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme

dalam Pengajaran Berasaskan Web 32

2.8 Penutup 33

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Pemilihan Media Dalam Pengajaran 34

3.3 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem

dalam Pembangunan Perisian Bersistem 35

3.3.1 Analyze Learner (Analisis Pelajar) 35

3.3.1.1 Kumpulan Sasaran 35

Page 13: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

x

3.3.1.2 Penentuan Tajuk dan Skop 36

3.3.2 State Objectives (Menyatakan Objektif) 36

3.3.2.1 Objektif Pengajaran 37

3.3.3 Select Methods, Media And Materials

(Memilih Kaedah, Media dan Bahan) 37

3.3.3.1 Rasional Pemilihan Media 37

3.3.3.2 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 38

3.3.3.2.1 Pengumpulan Bahan 38

3.3.3.2.2 Penjanaan Idea 39

3.3.3.3 Isi Kandungan Pelajaran 39

3.3.4 Utilize Media and Materials

(Mengguna Medai dan Bahan) 40

3.3.4.1 Persekitaran Penggunaan 40

3.3.5 Require Learner Participation

(Penglibatan Pelajar) 41

3.3.5.1 Ruang Forum dan „Chat‟ 41

3.3.5.2 Soalan / Penilaian Pencapaian 41

3.3.6 Evaluate And Revise (Menilai dan Mengulang) 43

3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 43

3.4.1 Kelebihan Microsoft PowerPoint 44

3.4.2 Perisian Multimedia 45

3.5 Perkakasan Pembangunan 46

3.6 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 47

4 HASIL PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Web Portal „Electrochemistry’ 48

4.2.1 Penyusunan dan Struktur Penyampaian

Page 14: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xi

Bahan Pembelajaran pada Web Portal 52

4.2.1.1 Ruang „Introduction‟ 52

4.2.1.2 Ruang „Lesson‟ 52

4.2.1.3 Ruang „La…La…‟ 53

4.2.1.4 Ruang „Move Your Hand‟ 53

4.2.1.5 Ruang „Share Your World‟ 53

4.3 Hasil Projek Bahan di Web Portal 55

4.3.1 Bahan Kursus Statik 55

4.3.2 Bahan Kursus Interaktif 57

4.3.2.1 „Assignment‟ 58

4.3.2.2 „Choices‟ 58

4.3.2.3 „Quiz‟ 59

4.3.2.4 „Lesson‟ 61

4.3.2.4.1 Bahan Kursus „Lesson‟ menggunakan

sumber „Add Activity‟

pada MOODLE 61

4.3.2.4.2 Bahan Kursus „Lesson‟

Menggunakan Microsoft PowerPoint 62

4.3.2.5 Journal‟ 63

4.3.2.6 Aktiviti Pembelajaran 64

4.3.3 Bahan Kursus Sosial 65

4.3.3.1 „Forum‟ 66

4.3.3.2 „Chat‟ 67

4.4 Penilaian Web Portal 67

4.5 Penutup 67

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

Page 15: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xii

5.2 Perbincangan Projek 69

5.3 Masalah yang dihadapi semasa Pembangunan

Web Portal „Electrochemistry‟ 70

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 70

5.3.2 Kekangan Masa 70

5.3.3 Masalah Teknikal 71

5.4 Kekuatan dan Kelemahan Projek 70

5.4.1 Kelebihan Perisian 71

5.4.2 Kelemahan Perisian 72

5.4.3 Kelebihan Web Portal „Electrochemistry‟ 73

5.5 Cadangan Projek Lanjutan 74

5.6 Kesimpulan 75

RUJUKAN 76

LAMPIRAN PERKARA

MUKA SURAT

LAMPIRAN A PENGESAHAN PELAJAR UTM

UNTUK PEMILIHAN TAJUK.

PEMILIHAN TAJUK OLEH

GURU YANG

BERPENGALAMAN

82

LAMPIRAN B PENGESAHAN PELAJAR UTM

UNTUK PENILAIAN WEB

PORTAL KEPADA GURU

BIDANG.

PENILAIAN WEB PORTAL

OLEH GURU.

86

Page 16: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Format Spesifikasi Isi Kandungan 42

3.2 Perisian Pembangunan Web Portal 45

Page 17: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

4.1 Paparan Antaramuka Awal 49

4.2 Paparan Mendaftar „login‟ 50

4.3 Paparan Mendaftar Akaun Baru 50

4.4 Paparan Menu Utama web portal Kimia 51

4.5 Paparan Web Portal Utama Pembangun 51

4.6 Paparan Pengkategorian Ruang 54

4.7 Paparan Subtopik 54

4.8 Paparan „Text Page‟ Web Portal Utama 55

4.8 Paparan „Text Page’ Resources Summary’ 56

4.9 Paparan „Web Page‟ Nota ringkas. 57

4.10 Paparan „Assignment‟ (Tugasan) 58

4.11 Paparan „Choices‟ 59

4.12 Paparan Soalan Aneka Pilihan 59

4.13 Paparan Maklum balas Jawapan yang betul 4. 60

4.14 Paparan Maklum balas bagi jawapan yang

salah 60

4.15 Paparan „Lesson‟ 61

4.15(a) Paparan Lesson 1 62

Page 18: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xv

4.15 (b) Paparan Lesson 2 62

4.15 (c) Paparan Lesson 3 63

4.16 Paparan „Journal 64

4 .17(a) Paparan Teka Silang Kata 65

4 .17(b) Paparan Isi Tempat Kosong 65

4.18 Paparan „Forum‟ 66

4.19

Paparan ‘Chat’ 67

Page 19: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic learning

Environment

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris

ICT - Information, Communication and Technology

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

ABM - Alat Bantu Mengajar

CAL - Computer Assisted Learning

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

JPEG - Joint Photographic Experts Group

GIF - Graphics Interchange Format

BMP - bitmap

.avi - Audio Video Interleave

.mov - QuickTime file format

.wave - Waveform Audio File Format

.swa - Shockwave Audio

.ram - RealMedia

LAN - Local Area Network

WAN - Wide Area Network

GNU - GNU's Not Unix

Page 20: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Rasional Pemilihan Tajuk daripada

Guru Berpengalaman 82

B Penilaian Web Portal daripada Guru

Berpengalaman 85

Page 21: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan TAHUN 2007 cukup bersejarah dalam perkembangan pendidikan di negara

ini. Malaysia telah memasuki fasa negara maju dengan pendidikan mendahului

sektor lain. Malah Malaysia ternyata bergerak lebih pantas dan merancang dengan

lebih baik berbanding negara lain - malah negara maju sekalipun - dari segi

kesejahteraan dan kesaksamaan ekuiti pendidikan apabila mengisytiharkan

pendidikan percuma untuk semua. Kementerian juga telah mencanangkan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menjayakan visi

negara dalam inisiatif dasar pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Manakala, hasrat Kementerian Pelajaran untuk membestarikan kesemua

10,000 buah sekolah dan 300,000 orang guru menjelang 2010 (Menteri Pelajaran,

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005) bakal tercapai apabila telah banyak

langkah yang dilakukan untuk mencapai impian ini. Antaranya ialah, guru-guru

dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD dan pelbagai prasarana lain, talian

Internet kepada 250 sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak dinaikkan taraf di

bawah perhubungan maya, untuk mengatasi masalah kedudukan geografi dan

perhubungan, teknologi rangkaian dalaman tanpa wayar dan Telefoni IP

diperkenalkan, dan pada masa yang sama semua sekolah dilengkapi makmal

komputer. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Mohamed Zakaria Mohd

Noor, (2005) berkata pelbagai maklumat terkini boleh diperolehi melalui Internet dan

Page 22: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

2

 

ia perlu diperluaskan di peringkat sekolah. SMK Raja Permaisuri Bainun,Perak telah

menggunakan kemudahan HotSpot iaitu suatu kaedah capaian rangkaian ke Internet

secara wireless di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dalam kawasan

sekolah. Dengan adanya kemudahan ini guru boleh mengakses ke Internet (portal-

portal pendidikan) di dalam kelas masing-masing ketika mengajar mahupun semasa

merancang pengajaran di bilik guru dengan menggunakan komputer riba. Ini

menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan pembelajaran berdasarkan Internet

semakin penting dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. Kini dengan kehadiran

E-Pembelajaran, iaitu pembelajaran berasaskan Internet sebagai contoh, dapat

membantu dan meningkatkan motivasi pelajar dan guru dalam mencari maklumat

dan berinteraksi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Menurut Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003) kehadiran komputer

serta teknologi moden yang berkaitan dengannya dalam bidang pendidikan mampu

membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam di dalam

pembelajaran tradisi. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas akan

menjadi semakin menarik kerana isi pengajaran yang panjang diringkaskan dan

dipersembahkan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik dan lebih

bersifat dinamik; dan merangsang pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan ini

menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar itu sendiri.

Walaupun begitu, keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran masih

bergantung kepada faktor manusia, teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke

arah mempercepatkan proses keberkesanannya, tetapi kemahiran dari aspek psikologi

diperlukan. Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek

pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Menurut Ismail

Zain (2002), pengintegrasian pedagogi, psikologi dan teknologi diperlukan melalui

satu reka bentuk pengajaran ke arah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran

berkesan.

Page 23: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

3

 

Namun begitu, di sini penekanan lebih kepada aspek teknologi yang akan

membentuk satu sistem penyampaian. Aplikasi multimedia dengan pelbagai kaedah,

teknik dan aktiviti harus mampu menyediakan satu persekitaran pengajaran yang

mantap, menyeronokkan serta mampu menyokong dua aspek yang lain. Baharuddin

Aris, Noraffandy Yahya, et al (2000) mengatakan dua deria yang paling

mempengaruhi penggunaannya dalam pembelajaran ialah mata dan telinga. Ini

menunjukkan faedah perkembangan teknologi dalam bidang multimedia yang

merujuk pelbagai media termasuk teks, grafik, audio, video dan animasi berbentuk

digital yang melibatkan kedua-dua deria kebanyakannya, harus diaplikasikan secara

optimum agar dapat mendatangkan kesan yang mendalam pada proses pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah

memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan Kemahiran

Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Sejak tahun 1994 usaha tersebut telah dijalankan dengan giatnya di

peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah.

Maka, untuk merealisasikan perkembangan ini dikalangan pelajar dan para

guru, penggunaan ABM yang komprehensif adalah sangat perlu. ABM yang

berasaskan komputer memiliki ciri-ciri yang menarik dan mudah dikendalikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran daripada teknologi berasaskan

komputer dikatakan begitu efisien dan berpusat pelajar (Kong N.W. 2002).

Pendekatan tradisional yang terlalu menekankan pelajar belajar bawah arahan

menjadikan guru lebih memberi tumpuan kepada kemahiran penghafalan dan ingatan

kembali konsep-konsep, teorem-teorem dan formula-formula sains (Ibrahim Mohd

Ali 2000). Tambahan pula instruksi berformat cetakan berkekalan sehingga kini

sehingga negara mengalami dilema lebihan teks bercetak dan pemeliharaannya

walaupun umumnya penggunaan sumber berbentuk teks lebih selesa (Kong N.W.

2002).

Page 24: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

4

 

George Bodner (1986), dalam perbincangannya tentang pendekatan

Konstruktif ke dalam Pendidikan Kimia mengatakan pengetahuan tidak semudah

menyampaikannya daripada pengajar kepada pelajar tetapi pelajar hendaklah

membina pengetahuan itu secara aktif dengan mengaitkan pengetahuan baru dengan

pengetahuan sedia ada. Selain proses membina pengetahuan, perkembangan

metakognitif juga dipentingkan juga di mana pelajar perlu belajar merancang,

menilai dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka (Baharudin Aris dan

Rakan, 2002). Oleh itu adalah penting untuk guru menyediakan sumber pengajaran

yang sesuai semasa mengajar sesuatu konsep untuk memastikan pembelajaran

berlaku dengan memastikan berlakunya perubahan dan perkembangan idea dalam

diri pelajar dengan betul.

Sistem pendidikan negara telah mengalami pengubahsuaian untuk melibatkan

teknologi yang lebih baru iaitu memperkenalkan ICT. ICT tidak lagi dilihat sebagai

inisiatif, tetapi sesuatu yang mempunyai pendekatan sepadu untuk melahirkan

amalan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Percantuman

teknologi jaringan komunikasi digital dan teknologi antara muka telah membenarkan

pelbagai sistem penyampaian instruksi, dan pada masa yang sama, membenarkan

pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah (Kong N.W. 2002).

Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi berbentuk di bawah arahan

tetapi lebih aktif dengan penggunaan komputer yang mengintegrasikan video, audio,

telefoni, simulasi dan juga capaian interaktif kepada maklumat multimedia melalui

kemudahan jalur lebar yang semakin diperluas di seluruh sekolah-sekolah di

Malaysia.

Untuk mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, alat bantu

mengajar, ABM yang berasaskan komputer adalah sesuai pada masa kini kerana

sifatnya yang komprehensif dan mudah dikendalikan apabila digunakan untuk proses

pengajaran di dalam kelas. Sesuai dengan perkembangan teknologi, pembelajaran

yang berbantukan komputer menjadi semakin menarik dan berkesan dengan

gabungan elemen-elemen multimedia yang semakin canggih. Di samping itu

pendekatan ini yang selari dengan reka bentuk bagi teknologi yang ada pada aplikasi

Page 25: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

5

 

MOODLE sebagai contoh, E-Pembelajaran, menjadikan proses pembelajaran lebih

menarik dan berorientasikan pembelajaran kendiri sekaligus dapat mendorong

pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan satu-satu masalah.

Sistem pengurusan sekolah seharusnya seiring dengan perkembangan

teknologi komunikasi maklumat (ICT) dunia. Oleh itu untuk mencapai pengurusan

sekolah yang sistematik, pembestarian sekolah adalah wajar diikuti dengan

memperkenalkan E-Pembelajaran. Ini kerana E-Pembelajaran melalui web

berpotensi dalam membantu, menambah baik serta sebagai satu alternatif bagi

menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Tan Sri Murad Mohd Nor,

(2005) bekas Tokoh Pendidik memberi pandangan bahawa sekolah kebangsaan yang

telah diperkasa (Sekolah Bestari) mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-

ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan kokurikulum yang baik.

 

1.3 Penyataan Masalah Pembelajaran Kimia yang abstrak menjadikan subjek ini antara subjek yang

sukar dipelajari bagi pelajar (Taber, 2002). Terdapat 3 tahap yang perlu

diintegrasikan supaya pembelajaran Kimia dapat difahami konsepnya dengan lebih

jelas dan lebih baik iaitu tahap makroskopik, tahap mikroskopik dan tahap pemberian

simbol (Johnstone (1984, 1991). Konsep Kimia yang abstrak seperti ‘Electrolysis of

Aqueous Solution’ boleh dipermudahkan dengan salah satu caranya mengaplikasikan

dunia teknologi maklumat ke dalam subjek ini. Guru harus mampu untuk meneroka

potensi yang ada dalam teknologi kini untuk di aplikasikan ke dalam proses P&P ke

arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Justeru pembangunan

web portal ‘Electrochemistry’ Tingkatan 4 ini adalah sebagai salah satu alternatif

yang mempunyai bahan pembelajaran pelajar seperti nota, perbincangan kelas, kuiz,

tugasan, dan permainan yang menggabungkan elemen-elemen multimedia, dapat

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Usaha

penyediaan sumber maklumat seperti pembangunan web portal ini boleh membantu

Page 26: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

6

 

pelajar dalam memahami isi pelajaran dan dapat memberikan pengukuhan kepada

para pelajar. Pembangunan web portal ini juga adalah untuk menambah bilangan

sumber P&P yang terhad.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini ialah: Membangunkan web portal berasaskan MOODLE bertajuk ‘Electrolysis of

Aqueous Solution’ dengan bercirikan:

i. Bahan E-Pembelajaran menggunakan Microsoft Office PowerPoint sebagai

platform utama.

ii. Mempunyai elemen-elemen multimedia yang luas.

1.5 Kepentingan Projek Pembangunan dan pengisian web portal ini secara umumnya dibina sebagai

media sokongan kepada guru-guru dan para pelajar yang sekaligus dapat mengatasi

kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelemahan yang terdapat pada

media yang berasaskan media cetak semata-mata.

1.5.1 Pengajar (Guru) Sebagai seorang pengajar di zaman teknologi maklumat ini, guru harus

mampu mengendalikan perkakasan yang serba canggih dan menyampaikannya

dalam proses pengajaran dengan sempurna untuk memberi kesan terhadap

Page 27: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

7

 

pembelajaran pelajar-pelajar. Projek ini diharap dapat membantu guru merancang

pengajaran menjadi lebih menarik dengan bahan rujukan yang mengandungi elemen

multimedia yang meluas sesuai untuk menarik minat perhatian pelajar

1.5.2 Pelajar

Para pelajar di harap dapat memahami konsep `elektrolisis larutan akueus’

dengan betul dan tepat serta dapat menjelaskan kembali dengan menyelesaikan

masalah yang disediakan dan melakukan perbincangan melalui web portal ini.

Diharap dengan berlakunya interaksi sosial di kalangan pelajar dengan guru atau

dengan pelajar sendiri, pembelajaran dapat berlaku.

1.5.3 Ibu Bapa Pembelajaran web berasaskan MOODLE ini memberi peluang kepada ibu

bapa memantau prestasi anak-anak mereka dari semasa ke semasa di mana sahaja

dengan hanya mempunyai kemudahan jalur lebar. Dengan ini ibu bapa lebih prihatin

terhadap pencapaian anak mereka di samping melibatkan juga peranan ibu bapa

dalam pembelajaran anak-anak mereka.

1.5.4 Masyarakat Projek ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan

pentingnya aspek pendidikan bagi membentuk masyarakat celik IT yang mampu

berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Masyarakat yang maju

akan dapat membanggakan negara dengan melakukan inovasi-inovasi yang

berkualiti.

Page 28: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

8

 

1.6 Skop Projek Skop-skop projek ini adalah menghasilkan web portal yang menyediakan

nota–nota dan latihan yang menggunakan elemen multimedia yang luas kepada para

pelajar tingkatan Empat meliputi topik “Electrolysis in Aqueous Solution” selaras

dengan sukatan pelajaran Kurikulum KBSM Tingkatan Empat menggunakan modul-

modul pembelajaran berikut:

1.6.1 Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran dipersembahkan secara linear seperti persembahan slaid

dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint. Di samping itu semasa

pembelajaran berjalan menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan, pelajar

dibantu dengan penyediaan arahan pengemudian. Skop bagi bahan pembelajaran

ialah:

(i) Pengenalan

(ii) Faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis larutan akueus

i. Jenis elektrod

ii. Kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia

iii. Kehadiran kation dan anion dalam larutan akueus.

(iii) Penyelesaian masalah

(iv) Eksperimen

1.6.2 Kuiz (Quiz)

Kuiz disediakan bagi setiap topik untuk menguji kefahaman para pelajar

mengenai topik yang telah mereka pelajari melalui Aktiviti Pembelajaran. Soalan-

soalan kuiz yang disediakan adalah berdasar tahap kesukaran kognitif (Bloom

Page 29: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

9

 

Taksonomi). Kuiz dapat dilakukan berulang kali, dan dapat menunjukkan respons

sama ada apabila pelajar dapat menjawab dengan betul atau tidak. Kemudian

pemberian markah dan gred diberikan secara automatik. Antara bentuk kuiz yang

dapat dipersembahkan seperti soalan aneka pilihan, soalan berstruktur, soalan betul-

salah, soalan padanan, soalan melibatkan nombor, pada akhir soalan, jawapan serta

penjelasan kepada setiap jawapan akan diberikan.

1.6.3 Tugasan (Assignment)

Pemberian tugasan dapat disertakan butir-butir seperti tarikh dan masa untuk

menghantar tugasan, dan peratus pemberian markah tugasan. Kemudian pelajar dapat

menghantar tugasan yang telah siap dalam apa-apa bentuk format yang dikehendaki

ke pelayan untuk memudahkan guru menilai di samping mengelakkan timbunan hasil

kerja daripada pelajar. Penghantaran tugasan yang lewat masih dapat dilakukan tetapi

kelewatan mereka adalah direkod untuk pemberian markah penalti. Kemudian guru

dapat memberikan respons dan gred bagi setiap tugasan yang dihantar dalam paparan

yang sama.

1.6.4 Penilaian

Ciri ini membolehkan pencapaian pelajar diukur apabila pelajar selesai

melakukan suatu kuiz atau menghantar tugasan yang telah diberikan, penilaian dapat

diberikan dengan segera dengan memberikan markah dan gred.

Page 30: HAMIDAH BINTI MARSIDI - fp.utm.my · Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…. Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu, Aku akan terus berusaha,

10

 

1.6.5 Forum (Forum)

Forum memberi ruang kepada pelajar untuk berbincang yang merangkumi

pelbagai topik atau tajuk perbincangan. Terdapat pelbagai forum yang dapat

dijalankan seperti forum bagi guru sahaja, forum pemberitahuan kursus, dan forum

yang terbuka kepada semua. Pelajar boleh memilih tajuk perbincangan sekiranya

wujud lebih daripada satu tajuk. Semua pandangan yang diberikan oleh murid akan

disertakan bersama gambar pelajar berkenaan. Perbincangan yang dijalankan,

dipantau dan dipamerkan secara seluruh, atau waktu perbincangan sama ada lama

atau baru. Bagi pemberitahuan oleh guru, guru boleh membenarkan untuk tidak

membenarkan respons daripada murid.

1.6.6 Pautan (Link)

Modul ini menyediakan pautan kepada laman-laman yang berkaitan dengan

topik yang dibangunkan untuk menambahkan lagi sumber pengajaran dan juga

sebagai ilmu tambahan kepada pelajar. Pautan ini juga dapat membantu pelajar

supaya pelajar belajar dengan lebih mudah dan terarah.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan dan di masukkan ke dalam perisian

MODLE di dalam projek ini ialah “Electrolysis in Aqueous Solution” , bagi mata

pelajaran Kimia Tingkatan Empat KBSM. Berdasarkan pengalaman Puan Chow Wai

Mun yang mengajar mata pelajaran ini selama 5 tahun di Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Selayang, Selangor, mendapati tajuk Elektrokimia adalah sukar

untuk difahami oleh pelajar (Lampiran A). Satu tinjauan guru-pelajar yang

dilakukan oleh Johnstone (1980); Finley, Stewart & Yarroch (1982) mendapati

bahawa pelajar sukar memahami tajuk Elektrokimia.