Hanyutan genetik

download Hanyutan genetik

of 2

Transcript of Hanyutan genetik

  • 7/23/2019 Hanyutan genetik

    1/2

    Hanyutan genetik

    Hanyutan genetik menerangkan bagaimana proses evolusi terdedah kepada pengaruh

    luar biasa daripada peluang rawak, tetapi hanya jika bilangan sesejenis hidupan agak

    kecil. Mekanisme asas hanyutan ini adalah bahawa kelainan genetik dikurangkan oleh

    peluang rawak tersebut, menjadikan hidupan individu lebih seiras sesama sendiri, oleh

    itu daya kemandiriannya makin terjejas.

    1. Hanyutan genetik mengurangkan variasi genetik dalam populasi, oleh itu boleh

    membantutkan keupayaan populasi untuk mengharungi tekanan pemilihan yang

    baru.

    2. Hanyutan genetik bertindak lebih cepat dan meninggalkan kesan yang lebih

    drastik dalam populasi yang lebih kecil yang selalunya berada di ambang

    kepupusan.

    3. Hanyutan genetik boleh menyumbang kepada penspesiesan, jika kelompok kecil

    tersebut dapat bertahan.

    4. Peristiwa jejalan: apabila sesebuah populasi besar dengan tiba-tibanya

    dikurangkan bilangannya secara mendadak akibat suatu peristiwa,terutamanya

    sekali jangkitan wabak dan perubahan iklim mendadak, maka semakin

    berkurangan juga variasi genetiknya. Adakalanya, kemasukan spesies baru ke

    dalam persekitaran di mana daya saingannya mengatasi spesies tempatan tidak

    kurang hebat kesan buruknya. Misalnya, banyak sekali spesies marsupial

    Australia yang terjatuh dalam kancah kepupusan akibat kemasukan spesies

    asing.

    o Pada 1880/90-an, kegiatan memburu mengurangkan bilangan anjing laut

    gajah Utara menjadi 20 ekor sahaja. Biarpun bilangannya kembali

    meningkat, namun kevarianan genetiknya agak berkurangan berbanding

    anjing laut gajah Selatan.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hanyutan_genetik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Australiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepupusanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Utara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Utara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Selatan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Selatan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Utara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_laut_gajah_Utara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepupusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Australiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hanyutan_genetik&action=edit&redlink=1
  • 7/23/2019 Hanyutan genetik

    2/2

    1. Cheetah pula sangat sedikit sekali variasinya. Boleh dikatakan bahawa suatu

    ketika dahulu, bilangan spesies ini pernah jatuh dengan amat mendadak.

    Disebabkan kurangnya variasi genetik, maka cheetah terdedah kepada ancaman

    penyakit berjangkit. Peristiwa pengasas: ini berlaku apabila sekelompok kecil

    berpecah lalu hidup berasingan daripada populasi yang lebih besar, misalnya

    spesies manusia sendiri, apabila meninggalkan benua Afrika untuk bertempat di

    rantau lain (rujuk evolusi manusia). Nampaknya, manusia tidak menikmati variasi

    yang secukupnya seperti yang diharapkan daripada kesan taburan sedunia.

    Begitu juga dengan kelompok-kelompok yang tiba di kepulauan yang agak jauh

    dari tanah besar, tetapi disebabkan bilangannya yang kecil, tidak dapatlah

    membawa sekali seluruh alel yang terdapat dalam populasi induknya.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Cheetahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Evolusi_manusiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Alel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Alel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Evolusi_manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cheetah