HARAPAN ANAK MUDA

download HARAPAN ANAK MUDA

of 6

Transcript of HARAPAN ANAK MUDA

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    1/6

    Allah SWT berfirman (bermaksud), Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah

    SWT kepada kamu di negeri akhirat, dan janganlah kamu lupa habuan kamu dari dunia, dan

    hendaklah kamu berbuat baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah

    kamu membuat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang

    membuat kerosakan

    (Surah Al-Qasas : 77)

    YAB Dato Seri,

    Bersempena pembentangan bajet tahunan yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 ini,

    Generasi Anak Muda Malaysia (GEMA) ingin menyenaraikan 10 Harapan Anak Muda

    Terhadap Bajet 2011 yang berteraskan kepada ekonomi bersepadu yang berpaksikan kepada

    penerapan nilai akhlak dan pembangunan kemajuan Malaysia selari dengan usianya yang

    telah melangkaui separuh abad ini.

    Secara prinsipnya, Islam telah menggariskan ciri-ciri ekonomi yang mampu menjamin

    kepentingan hidup manusia disamping menuju kepada kegemilangan hidup yang sebenar.GEMA optimis bahawa ciri-ciri berikut mesti diaplikasikan dalam perangkaan perancangan

    ekonomi, skop pengurusan dan pengagihan kekayaan negara, penggunaan dan pembangunan

    kebendaan. Ciri-cirinya adalah ketuhanan, kemanusiaan, akhlak dan keseimbangan atau

    kesederhanaan.

    YAB Dato Seri,

    Sepanjang dipertanggungjawabkan untuk menerajui pentadbiran negara Malaysia sejak April

    2009, rakyat sebagai amanah dan pembayar cukai serta majikan dalam konsep demokrasi hari

    ini telah mula menilai pentadbiran kabinet Malaysia bersandarkan kepada beberapa fakta yang

    dikemukakan oleh agensi kerajaan, penganalisis, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan

    pihak-pihak yang lain.

    Antaranya,

    Pertama mengenai integriti pentadbiran yang rapuh. Pada awal Januari 2010, Timbalan Ketua

    Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa bahawa gejala rasuah dalam sektor

    pembinaan terutamanya projek-projek besar, mewah dan bernilai tinggi di negara ini telah

    berada dalam situasi yang serius. Kegagalan projek-projek kerajaan termasuk kelewatan,

    terbengkalai dan kemerosotan kualiti adalah asas indikator yang membuktikan berlakunya

    amalan rasuah sehingga ia menjejaskan kepentingan umum dan memburukkan imej negara.

    Selain itu, Dewan Negara juga telah dimaklumkan pada bulan Julai yang lalu bahawa terdapat

    seramai 190 penjawat awam yang ditangkap kerana rasuah atau 38 peratus daripada jumlah

    keseluruhan yang dilakukan oleh SPRM pada tahun 2009.

    Malah yang terbaru, kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang

    mendakwa terdapat campur tangan politik dalam struktur pentadbiran dan arahan pihak polis

    sehingga merencatkan operasi mereka. Ini dikhuatiri akan berlakunya pendakwaan kes-kes

    terpilih untuk melindungi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.

    Kedua, perbelanjaan dan penggunaan kerajaan yang tidak pruden sepertimana yang

    dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan media-media perdana membuktikanbahawa kerajaan tidak menitikberatkan mengenai konsep integriti, penjimatan dan berhemah.

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    2/6

    Contohnya, Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh yang telah

    mengalami kerugian sebanyak RM 1.14 bilion, pembelian pokok dan tanaman seni oleh

    Kementerian Pelajaran untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan

    menerusi pembelian terus daripada pembekal tempatan yang bernilai RM 4,550 bagi 13 pokok

    kemboja dan RM 9,000 bagi 12 pokok pinang merah. Sedangkan, ia boleh dibeli denganharga yang jauh lebih murah dalam pasaran sedia ada. Begitu juga pembelian sebuah

    komputer riba oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau, Pulau Pinang berharga RM

    42,320 bagi seunit.

    Ketiga, kenaikan harga barang-barang keperluan yang terus menghimpit rakyat. Ia dikenal

    pasti telah bermula pada awal tahun 2010 apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga

    gula sebanyak RM 0.20 daripada RM 1.45 sen sekilo kepada RM 1.65 sen di Semenanjung

    Malaysia. Kemudian, ia disusuli dengan kenaikan sekali lagi pada bulan Julai yang lalu

    sebanyak RM 0.25 sen sekilo. Harga petrol juga turut dinaikkan bersama sebanyak RM 0.05

    sen seliter dan begitu juga minyak LPG turut sama dinaikkan pada kadar RM 0.10 sen sekilo.

    Keempat, kebejatan gejala sosial yang terlalu membimbangkan. Mengikut Ketua Pengarah

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah

    Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu

    meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 pula, seramai 16,541 anak luar

    nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

    Selain itu, berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula telah

    melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak

    tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

    Pemasalahan ini tertakluk kepada beberapa institusi sosial yang jelas semakin runtuh untuk

    menangani kerencaman kehidupan rakyat pada hari ini. Pihak polis, institusi keluarga,

    sekolah, institusi agama seolah-olah gagal membentuk keperibadian masyarakat pada hari ini.

    Tidak dapat dinafikan, antara faktor utama berlakunya perkara ini adalah berpunca daripada

    kemelaratan hidup, kesempitan kewangan dan kekosongan jiwa.

    10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011

    1. Mendesak kerajaan supaya urus tadbir yang dilakukan mesti berpandukan kepada

    amalan terbaik, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi supaya seluruh urusan negara dapat

    dijalankan dengan penuh tanggungjawab, adil dan berkebajikan.

    Perkara ini dapat dicapai menerusi penghayatan terhadap Islam yang baik, mendaulatkan

    undang-undang negara, penerapan akhlak mulia disamping pemulihan terhadap polisi yang

    lain seperti memperkasakan amalan pemisahan kuasa, pindaan atau pemansuhan terhadap

    akta-akta zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti

    dan Kolej Universiti, Akta Percetakan dan Penerbitan serta Akta Polis.

    Pemimpin-pemimpin kabinet negara yang dilantik menerusi sistem pilihanraya di Malaysia

    ataupun melalui pelantikan daripada Dewan Negara mestilah bebas dan bersih daripada

    sebarang krisis moral, dakwaan korupsi dan sebarang unsur negatif yang boleh menjejaskan

    penghormatan dan imej negara di mata rakyat dan peringkat antarabangsa.

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    3/6

    2. Meletakkan prioriti pembangunan dan pelaburan atas neraca yang adil selaras dengan

    keperluan rakyat supaya perbelanjaan negara tepat kepada golongan sasaran, mengelakkan

    pembaziran, tidak menindas rakyat serta memberikan kesan gandaan yang positif.

    Ini bagi memastikan bahawa kek ekonomi negara dapat diseimbangkan antara kos

    perbelanjaan pembangunan dan kos perbelanjaan pengurusan. Penelitian semula ataupenjimatan terhadap kos perbelanjaan pengurusan mampu meningkatkan perbelanjaan dalam

    pembangunan supaya ia mampu melonjakkan rangsangan ekonomi negara. Kerajaan juga

    disarankan supaya meningkatkan dana simpanan negara bagi menghadapi tamparan unjuran

    krisis ekonomi yang semakin kritikal diperingkat global serta memberikan keselesaan

    terhadap generasi negara akan datang.

    3. Menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan terhadap utiliti asas rakyat

    seperti eletrik dan air supaya tidak berlaku peningkatan tarif yang tidak releven disamping

    mengekalkan subsidi bagi meringankan beban rakyat.

    Ini termasuk juga memastikan penggunaan yang pruden terhadap khazanah yang diperolehnegara contohnya daripada institusi Petronas seperti dividen, royalti dan cukai supaya tidak

    berlaku inflasi yang keterlaluan dalam harga petrol, diesel dan barang-barang keperluan yang

    lain. Sementara itu, perkara yang sama turut ditekankan dalam konsesi yang ditandatangani

    antara pihak kerajaan dan swasta mengenai puluhan lebuhraya di Malaysia supaya kadar-

    kadar tol yang membebankan dapat dihapuskan secara berperingkat.

    4. Mengkaji semula sistem cukai yang diamalkan oleh negara ini dari aspek keperluan

    pelaksanaannya, kadar penetapan cukai (jika perlu), serta golongan yang dituntut untuk

    membayar cukai. Kerajaan seharusnya memiliki keazaman dalam memastikan rakyat di

    negara ini tidak terbeban dengan penetapan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Ini

    termasuk mendesak kerajaan supaya Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan

    ditarik semula yang dijangka akan dibahas dan diwartakan dalam sesi mesyuarat ketiga

    Parlimen sepanjang Oktober hingga Disember ini.

    Pihak GEMA juga menyarankan agar pihak kerajaan dapat menilai kebarangkalian

    menyelaras pelaksanaan sistem kutipan zakat dan pengurusan baitulmal di peringkat negeri-

    negeri supaya usaha membantu golongan sasar atau asnaf dapat diuruskan dengan lebih

    efektif dan efisyen. Disamping itu, kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Negeri-

    Negeri juga seharusnya lebih proaktif untuk memperkasakan konsep wakaf kerana didapati ia

    banyak memberikan manfaat kepada rakyat serta mampu mengislamisasikan ruang dan

    bandar seperti pembinaan kota wakaf.

    5. Menggesa kerajaan agar dapat menguruskan termasuk memelihara dan memulihara

    sumber alam seperti perhutanan, tanah, pasir, sungai, laut, lombong, minyak, gas dan lain-lain

    dengan baik supaya ia dapat menampung aset negara disamping mengekalkan warisan untuk

    generasi akan datang. Tragedi bencana yang berlaku di Pakistan, China, Ireland dan Indonesia

    akhir-akhir ini seharusnya dijadikan iktibar penting supaya langkah pencegahan dan persiapan

    menghadapi bencana alam dapat diuruskan dengan sistematik.

    Pihak GEMA menyambut baik usaha teknologi hijau yang telah dibangunkan sebelum ini

    bagi menangani ancaman pemanasan global, krisis makanan dan bencana alam. Manakala,

    peningkatan produktiviti yang bersandarkan kepada penggunaan bahan kimia yang

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    4/6

    keterlaluan mestilah dipantau dan diambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung

    masalah kesihatan, manipulasi pasaran dan keuntungan sesetengah pihak semata-mata.

    6. Ekoran daripada krisis kewangan global yang melanda Eropah dan khususnya Amerika

    Syarikat sebelum ini, Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan mengurangkan

    kebergantungan kepada ekonomi dan hubungan perdagangan dengan negara-negara tersebut.Tambahan pula, polisi luar mereka cenderung menyokong operasi kerajaan haram Israel

    membantai umat Islam dan rakyat Palestin sehingga ke hari ini. Malah, Amerika Syarikat juga

    dilihat agresif memberikan tekanan kepada negara-negara umat Islam seperti Iran dan Iraq.

    Sebaliknya, pemilihan rakan strategik perdagangan harus diluaskan kepada negara-negara

    sedang membangun seperti di negara Timur Tengah, ASIA dan ASEAN bagi membentuk

    rangkaian kuasa ekonomi yang baru di dunia. Disamping itu, kerajaan harus melipatgandakan

    kajian dan meningkatkan kehendak politik untuk melaksanakan sistem matawang dunia baru

    yang lebih baik dan berpotensi seperti dinar emas.

    7. Melihat kepada kerisauan rakyat terhadap jatidiri dan peribadi golongan muda yangsemakin kritikal, GEMA menggesa agar peruntukan terhadap sektor pendidikan dan

    pembinaan modal insan dikekalkan sebagai antara penerima peruntukan yang terbesar dalam

    Bajet 2011 kelak. Peruntukan tersebut tidak seharusnya dibelanjakan bagi pembinaan

    infrastruktur dan materialistik semata-mata, sebaliknya diseimbangkan dengan perbelanjaan

    terhadap aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar.

    Pengagihan peruntukan antara institusi pendidikan terutamanya diperingkat sekolah

    seharusnya dilakukan dengan lebih adil supaya ia memenuhi tuntutan semasa demografi

    rakyat yang berbilang agama dan bangsa. Begitu juga prasarana sekolah-sekolah di kawasan

    pendalaman Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan dari

    masa ke semasa supaya jurang kepada akses pendidikan dapat dikurangkan jika dibandingkan

    di kawasan bandar dan pinggir bandar.

    Diperingkat pengajian tinggi pula, pihak GEMA masih optimis bahawa pinjaman pendidikan

    seperti PTPTN boleh dikurangkan malah dihapuskan dan diberikan biasiswa secara percuma.

    Golongan graduan tidak seharusnya dibebankan dengan pinjaman hutang yang secara

    puratanya mencecah RM 20,000 selepas tamat belajar dan mula membina kehidupan yang

    baru. Inilah kesulitan hidup yang dialami oleh golongan mahasiswa yang diburu dengan

    bayangan hutang selepas graduasi meskipun baru berjinak-jinak dalam dunia kerjaya dan

    keluarga yang sebenar. Oleh sebab itu, pihak GEMA juga bertegas supaya pihak kerajaan

    dapat mengkaji semula cadangan PTPTN untuk mengenakan potongan wajib daripada gajimenerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri baru-baru ini.

    Sementara itu, kerajaan juga harus menitik beratkan terhadap pembinaan syakhsiyah jatidiri

    mahasiswa disamping mengejar tuntutan serta kehendak industri. Dalam soal ini, penghayatan

    terhadap falsafah pendidikan negara seharusnya disegarkan semula agar rakyat yang

    dilahirkan daripada sistem pendidikan negara ini memenuhi aspirasi falsafah tersebut.

    8. Berdasarkan kepada wabak penyakit yang semakin kritikal seperti Influenza A (H1N1),

    demam denggi, chikungkunya, meliodosis dan leptospirosis akhir-akhir ini, GEMA menggesa

    agar pihak kerajaan dapat menyediakan pre-emptive plan bagi menangani penularan wabak

    penyakit tersebut.

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    5/6

    Sistem pengesanan wabak dapat dikemaskinikan dengan baik disamping peruntukan yang

    besar dapat disediakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan penemuan kajian-kajian

    terbaru. Begitu juga negara Malaysia tidak sewajarnya kehilangan tenaga-tenaga pakar supaya

    tenaga atau nisbah seorang doktor dan rakyat dapat dijarakkan. Pelaburan yang besar mesti

    diperuntukkan agar keperluan terhadap tenaga pakar tempatan sentiasa ada dan sekaligus

    dapat mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

    Selain itu, memandangkan isu kesihatan adalah isu asasi yang penting, GEMA mendesak agar

    sebarang bentuk penswastaan terhadap perkhidmatan kesihatan dan hospital mestilah

    dimansuh dan ditolak. Malah, kerajaan seharusnya membiayai perkhidmatan kesihatan untuk

    golongan kanak-kanak, pelajar dan ibu mengandung.

    9. Pihak GEMA menyokong penuh sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk

    mengurangkan kadar pengangguran semasa iaitu 3.3 peratus (Julai 2010) kepada tahap paling

    minima. Jika merujuk kepada perangkaan kadar pengangguran dikalangan mahasiswa pula,

    pada tahun 2008 ia telah mencatatkan kira-kira 80,000 orang ataupun 13% daripada jumlah

    keseluruhan kadar pengangguran di Malaysia.

    Bagi memastikan kepentingan golongan pekerja terutamanya daripada golongan anak muda

    ini terbela, pihak GEMA mendesak supaya kerajaan segera menetapkan kadar gaji minimum

    bagi mencukupkan mereka memenuhi keperluan asas dan menikmati taraf hidup yang adil.

    10. Persekitaraan kehidupan yang materialistik menjerat kebanyakan golongan muda

    sehingga ramai dikalangan mereka berstatus muflis. Menurut kenyataan daripada Jabatan

    Insolvensi baru-baru ini, golongan muda yang berumur 25 tahun hingga 44 tahun adalah

    paling ramai yang diisytiharkan bangkrap iaitu sejumlah 38,357 orang sejak 65 bulan yang

    lalu. Trend ini dipengaruhi dengan kehendak mereka yang gemar berhutang menggunakan

    instrumen kad kredit, pinjaman pembelian kenderaan dan pinjaman peribadi.

    Pergantungan golongan muda terhadap kemudahan kredit oleh institusi kewangan amat

    membimbangkan. Mereka akan terlibat samada dengan transaksi riba dan credit rating

    rendah yang akhirnya menzalimi mereka ataupun kontrak perbankan Islam yang bersifat

    sebaliknya. Oleh yang demikian, GEMA menyarankan agar pihak kerajaan dan Bank Negara

    Malaysia dapat sentiasa meneliti semula kontrak-kontrak perbankan Islam supaya ruh

    pinjaman dan perniagaan menurut perspektif Islam selari dengan maslahah yang dijamin

    kepada rakyat.

    Disamping itu, pihak GEMA berpendapat kadar pembelian aset hartanah dan perumahan dinegara ini terutamanya di kawasan Lembah Klang terlalu tinggi sehingga telah menyukarkan

    golongan muda untuk memilikinya. Maka, satu mekanisme yang bersepadu perlu dibentuk

    dan digarap supaya keperluan terhadap pemilikan perumahan oleh golongan muda dapat

    dibantu dan dipermudahkan.

    Penutup

    Allah SWT berfirman (bermaksud), Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu

    bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang (Al-

    Quran), adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada

    agamaNya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan limpahankurniaNya, dan menunjukkan mereka jalan yang lurus (Surah An-Nisa : 174-175)

  • 8/8/2019 HARAPAN ANAK MUDA

    6/6