Hard Copy - Copy

18
TAKAFUL DAN PELABURAN ISLAM Nama Kumpulam : Al- Mujahidin 1

description

Takaful

Transcript of Hard Copy - Copy

Page 1: Hard Copy - Copy

TAKAFUL DAN PELABURAN ISLAM

Nama Kumpulam : Al- Mujahidin

1

Page 2: Hard Copy - Copy

BI

L

KANDUNGAN M/SURAT

1 TAKAFUL 3

2 PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURAN

KONVENSIONAL

5

3CIRI-CIRI TAKAFUL

7

4 PELABURAN ( MUDHARABAH ) 11

5 HIKMAH ( MUDHARABAH ) 12

6 RUKUN ( MUDHARABAH ) 13

7 RUJUKAN 14

2

Page 3: Hard Copy - Copy

TAKAFUL

Pengertian Takaful :

• Takaful berasal dari kalimah kafala yang bererti “jaminan atau memberikan jaminan”.

Setiap peserta takaful menjamin keperluan peserta lain. Apabila berlaku sesuatu

musibah pada mana-mana peserta, wang Premium daripada peserta-peserta yang

terkumpul itulah yang menjadi penjamin untuk membantu peserta yang ditimpa

musibah. Di samping itu, wang Premium yang terkumpul itu dilaburkan mengikut

sistem mudarabah.

Insuran yang diharuskan di dalam Islam :

1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (Ta’awini @ Ijtima’ie) iaitu suatu jenis insuran

termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabarru’at) yang diikat untuk

mencapai matlamat bantu membantu diantara individu masyarakat yang menghadapi

musibah dan demi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Dalil keharusannya :

Hadith Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya al-’Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan

peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mereka di

Madinah. Maka dikumpulkan apa yang terdapat dari kalangan mereka

dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka. Mereka

adalah dari kami dan kami adalah dari mereka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa ia diharuskan :

a) Ia tidak bertujuan mengaut keuntungan

b) Ia tidak berbentuk perniagaan, malah berbentuk sumbangan derma kepada

individu malang dalam proses dan seliaan organisasi dan pengurusan tertentu

3

Page 4: Hard Copy - Copy

c) Ia tidak dikira ‘uqud mu’awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan) tetapi

hanyalah ‘uqud Tabarru’at (kontrak derma dan sumbangan). Dengan perbezaan

kontrak ini, segala riba, Gharar, perjudian yang wujud pada insuran konvensional

terhapus kerana ia bukan lagi jual beli yang terikat dengan syarat-syaratnya.

Kontrak Tabaru’at tiada syarat seperti syarat jual beli.

2. Insuran yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat.

i- Hukumnya harus.

ii- Diibaratkan sebagai insuran wajib oleh kerajaan kepada rakyat.

iii- Kerajaan bertindak sebagai badan yang mengurus bukan syarikat Insuran

Perniagaan tertentu.

iv- Ibarat seperti membayar cukai.

v- Perlaksanaannya haruslah selari dengan syara’.

vi- Kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan rakyatnya dibantu apabila berada

dalam kesusahan.

Insuran Konvensional :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran

Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar

jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau

musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar

tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :

1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak

perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab dan qabul.

2. Pihak yang memberi insuran ; iaitu pihak syarikat Insuran.

4

Page 5: Hard Copy - Copy

3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian

dengan syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Bahaya atau musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah atau kemalangan yang diandaikan, yang

ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-

lain. Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh,

Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain),

Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURAN KONVENSIONAL

INSURAN TAKAFUL

Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli)

antara penanggung insurans dengan pihak

yang diinsurankan

Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan )

yang disertakan dengan pelaburan.

Pemegang polisi membayar premium kepada

penanggung insuran

Peserta membuat caruman ke dalam skim.

Peserta saling menjamin sesama sendiri di

bawah skim.

Penanggung insuran bertanggung jawab

membayar manfaat insuran seperti dijanjikan

daripada asetnya (kumpulan wang insuran

dan kumpulan wang pemegang saham)

• Pengendali Takaful bertindak sebagai

pentadbir skim dan membayar

Takaful daripada kumpulan wang

takaful.

5

Page 6: Hard Copy - Copy

• Sekiranya berlaku kekurangan dalam

kumpulan wang takaful, pengendali

Takaful akan menyediakan (Qardhul

Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk

menampung kekurangan berkenaan.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa

sebarang kekangan syari’ah

Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh

dilaburkan dalam instrumen yang selari

dengan syari’ah.

Wang pelanggan dianggap wang syarikat

insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar

oleh pelanggan.

Wang pencarum tidak di kira sebagai wang

syarikat malah ia diasingkan dan tidak

dimiliki oleh pengendali

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan

wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya

oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama

syarikat insuran.

Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan

wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat

kecuali nisbah yang disumbang dari wang

syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah

milik tabung kumpulan wang pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat

sebarang bahagian dari 'surplus'

Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh

tabung untuk dibahagikan semula kepada

pencarum.

6

Page 7: Hard Copy - Copy

Ciri-ciri Takaful

Sistem Islam

Sumbangan At-Tabarru'at

Pelaburan halal

Majlis Pengawasan Syariah

Tiada unsur riba

Tiada unsur maisir (Judi)

Tiada unsur gharar (Tidak jelas)

Al-mudharabah (Perkonsian untung)

 

Sistem Islam

Berbalik kepada konsep takaful iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu

golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong

diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa

dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah

satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful

mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu

sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang

7

Page 8: Hard Copy - Copy

lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka

ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma

sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana

ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi

keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar

maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan

diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan ;

Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).

Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).

Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).

Harta bangunan.

Pembiayaan perumahan.

Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

 

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan

bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang

perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang

8

Page 9: Hard Copy - Copy

tidak diluluskan".

Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan

digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana

tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham

yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan

konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang

ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman

ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang

membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang

Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika

sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada.

Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar

jumlahnya.

Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event)

tidak berlaku.

9

Page 10: Hard Copy - Copy

Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium

yang diterima.

 

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh

menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan

Tidak diketahui kadar bayarannya

Tidak diketahui bila masanya

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.

Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan

Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh = Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

10

Page 11: Hard Copy - Copy

PELABURAN ( MUDHARABAH )

Pengertian Mudharabah:

Akad kerjasama antara pemilik dana (shahibul maal) dengan pengusaha (mudharib) untuk

melakukan suatu usaha bersama. Keuntungan yang diperolehi akan dibagi antara keduanya

dengan perbandingan nisbah yang disepakati sebelumnya. 

Dari sudut bahasa Mudharabah bermaksud keluar dan pergi untuk bermusafir dan

berniaga atau melakukan urusan perdagangan. Dari sudut istilah pula bermaksud pelaburan,

iaitu suatu akad yang dibuat oleh dua pihak yang mana satu pihak mengeluarkan wang atau

modal kepada satu pihak lagi untuk diniagakan dan untung yang diperolehi akan dibahagikan

antara mereka mengikut kadar sebagaimana yang dipersetujui semasa akad.

Mudharabah juga ialah perniagaan dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk

menanggung untung dan rugi bersama-sama, di mana pemodal menanggung kerugian dari

segi modal dan pengusaha menanggung kerugian dari segi usaha. Oleh itu, masing-masing

haruslah sanggup menanggung risiko hasil daripada perniagaan yang dijalankan, yang mana

sebelah pihak sanggup berkorban mengeluarkan wang sebagai modal dan sebelah pihak lagi

mestilah amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

Pembahagian Mudharabah :

• Mudharabah Mutlaqah : Dimana pemilik dana (shahibul maal) memberikan

kekuasaan penuh kepada pengusaha (mudharib) untuk mempergunakan dana tersebut

dalam usaha yang dianggapnya baik dan menguntungkan. Namun pengusaha tetap

bertanggung jawab untuk melakukan pengelolaan sesuai dengan kebiasaan normal

yang sihat (‘uruf)

11

Page 12: Hard Copy - Copy

• Mudharabah Muqayyadah : Dimana pemilik dana menentukan syarat dan pembatasan

kepada pengusaha dalam menggunakan dana tersebut dengan jangka waktu, tempat,

jenis usaha dan sebagainya.

Hikmah Mudharabah :

Islam mengharuskan mudharabah untuk memberi kemudahan dan faedah tertentu kepada

umat manusia, antaranya ialah :

i- Untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada manusia.

ii- Terdapat sesetengah manusia yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak

tahu bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan hartanya. Oleh itu, ia boleh

dilaksanakan dengan cara mudharabah.

iii- Terdapat juga sesetengahgolongan yang tidak mempunyai harta yang banyak

tetapi mempunyai kemampuan dan kuasa untuk menjalankan perniagaan serta

berkeinginan. Ini juga boleh diusahakan dengan cara mudharabah , iaitu berusaha

dengan modal orang lain.

iv- Dapat membentuk kerjasama yang baik dan penggunaan harta serta tenaga yang

disatukan untuk menghasilkan wang yang banyak dengan mencari keuntungan

yang berlipat ganda.

v- Pemilik wang akan memperoleh manfaat daripada kemahiran orang yang

menguruskan kewangannya dan orang yang bekerja dengan wang yang diberikan

kepadanya dapat menikmati faedah daripada harta tersebut.

vi- Dapat membantu mereka yang kesempitan hidup dan menyuburkan sifat saling

bantu membantu sesama manusia.

vii- Membiasakan diri dengan sifat amanah dan jujur dalam menjalankan

tanggungjawab terutama berkaitan dengan harta yang diamanahkan.

12

Page 13: Hard Copy - Copy

Rukun Mudharabah :

Mudharabah mempunyai 6 rukun iaitu :

i- Pemodal

ii- Pengusaha (Peniaga)

iii- Modal (harta yang dijadikan modal)

iv- Pekerjaan

v- Keuntungan

vi- Sighah iaitu lafaz Ijab dan qabul

vii- Bagaimana hendak bermula?

Ianya bermula dengan matlamat dalam hidup. Pengalaman kami berbincang dan membantu

pelanggan untuk mencari tujuan asal melabur dalam emas dapat disimpulkan seperti berikut:

1)      Harta Pusaka – Pelanggan kami yang berusia di antara 50 hingga 60 tahun melabur

emas sebagai harta pusaka untuk generasinya.

2)      Politik, Ekonomi dan Sosial – Manakala pelanggan kami terutamanya dari kalangan

masyarakat cina pula amat prihatin tentang aspek ekonomi masa hadapan. Mereka melabur

emas untuk sebagai asset untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan. 

3)      Modal Perniagaan – Ada di kalangan pelanggan kami terdiri daripada kontraktor

pembinaan, perkapalan dan percetakan memerlukan modal pusingan yang cepat. Maka emas

yang dibeli mereka boleh dilabur utuk digunakan sebagai menambah modal perniagaan.

4)      Kekayaan dan Kemewahan – Pelanggan kami yang berumur di antara 20an sehingga

40 an mahu melabur emas sebagai kaedah untuk mengumpul harta kekayaan. Ada yang ingin

bersara awal dari kerja mereka dan menikmati kehidupan hasil pendapatan pasif dari

pelaburan emas.

13

Page 14: Hard Copy - Copy

5)      Beramal – Mereka ini merupakan pelanggan spesifik kami yang ingin beramal.

Membeli emas dan kemudiannya melabur dalam saham akhirat dengan mewaqafkan emas

tersebut kepada institusi tertentu.

RUJUKAN

BUKU ILMIAH

1. ABDULLAH SULAIMAN, AHMAD SHARIFUDDIN MUSTAFA,

HUSSAIN OTHMAN, MUHAMAD SABRI ISMAIL, NIK KAMAL NIK

MUHAMID, SYED MUHAMAD DAWILAH AL-EDRUS, SHAKILA

AHMAD, SHARIFAH KHADIJAH SYED ABU BAKAR (2010) .

PANDUAN HIDUP MANUSIA(PENGAJIAN ISLAM)

2. http://takafulislam.blogspot.com/2005/05/konsep-takaful.html 3. http://nizamprubsn.com/index.php?

option=com_content&view=article&id=55&Itemid=704. http://pemudaumnokuantan.com/tinigold_my/?page_id=83

14