HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

18
SMK METHODIST NIBONG TEBAL TEKS JURUACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2014 TARIKH 18 MAC 2015 (SABTU) MASA 7.30 – 12.00 TENGAH HARI TEMPAT ILP JALAN BUKIT PANCHOR ATUR CARA MAJLIS - Pendaftaran waris dan penerima-penerima anugerah - Persembahan Multimedia / Raptai Penerima hadiah - 09.00 pagi - Ketibaan Tetamu Khas - Nyanyian Lagu NegaraKu - Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang - Bacaan Doa - Ucapan alu-aluan NYDP PIBG - Ucapan Pengetua - Ucapan Perasmi - Persembahan 1 - Penyampaian Hadiah 1 - Penyampaian Hadiah 2 - Persembahan 2 - Penyampaian Hadiah 3 - Penyampaian Hadiah 4 - Penyampaian Cenderahati - Penutup - Nyanyian Lagu NegaraKu 1

Transcript of HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Page 1: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

 SMK METHODIST NIBONG TEBAL

TEKS JURUACARAMAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

TAHUN 2014

TARIKH18 MAC 2015

(SABTU)

MASA7.30 – 12.00 TENGAH HARI

TEMPATILP JALAN BUKIT PANCHOR

ATUR CARA MAJLIS

- Pendaftaran waris dan penerima-penerima anugerah- Persembahan Multimedia / Raptai Penerima hadiah- 09.00 pagi- Ketibaan Tetamu Khas- Nyanyian Lagu NegaraKu- Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang- Bacaan Doa- Ucapan alu-aluan NYDP PIBG- Ucapan Pengetua- Ucapan Perasmi- Persembahan 1- Penyampaian Hadiah 1- Penyampaian Hadiah 2- Persembahan 2- Penyampaian Hadiah 3- Penyampaian Hadiah 4- Penyampaian Cenderahati- Penutup- Nyanyian Lagu NegaraKu- Jamuan- Bersurai

SEBELUM MAJLIS BERMULA

1

Page 2: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

MOHON PERHATIAN!

Assalamu’alaikum WRT WBT dan salam sejahtera;

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini, Majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian.

PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap atau dimatikan.

Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan dimohon berdiri ketika Tetamu Khas berjalan masuk ke Auditorium ini dan terus berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang yang akan dialunkan sejurus selepas ketibaan Tetamu Khas.

Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima Kasih.

CUE TEKS CATATANKETIBAAN PERASMI /

TETAMU KHAS

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,

Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin SaadTimbalan Pegawai Pendidikan Daerah,

diiringi oleh Pengetua SMK Methodist, Naib Yang DiPertua PIBG, Pentadbir sekolah, dan dif-dif jemputan masuk ke auditorium.

Para hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN LAGU

NEGARAKU & NEGERI

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang. Dif-dif jemputan dan para hadirin diminta terus berdiri.

NYANYIAN

Para Hadirin dipersilakan duduk

2

Page 3: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

SALUTASI / ALUAN MC

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin SaadTimbalan Pegawai Pendidikan Daerah SPS

Yang Berusaha,En. Ramli Bin OthmanPegawai PROSA SMK Methodist

Yang Berusaha,En. Mahaganapathy Dass………………………………………..

Yang Berusaha,Pn. Hjh Aini Bt Mohamad YacobPengetua SMK Methodist

Yang Berusaha Tuan _________________________________Ketua Polis Daerah __________________

Yang Dihormati,En. Nagalingam A/L NadarajanNaib Yang Dipertua PIBG SMK Methodist,Para Pengetua dan Guru BesarSekolah-sekolah Daerah SPS,Dif-dif jemputan.

Yang Dihormati,Barisan Kepimpinan PIBGBarisan Penolong Kanan SMK MethodistBarisan Guru Kanan Mata PelajaranPara GuruPara ibu bapaPara Penerima Anugerah yang diraikan danHadirin hadirat Sekalian

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

3

Page 4: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Jejaran mengkudu berbias kesuma, Di celah angsana di Bandaraya; Ucapan Aluan pembuka bicara, Di auditorium indah kita bersua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian ke Auditorium Arumugam Pillai, ILP Nibong Tebal.

Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk kita sama-sama berkumpul di auditorium ini dalam majlis gilang gemilang iaitu majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist bagi tahun 2014. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, En. Mahamad Fauzi Bin Saad, kerana sudi hadir dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan lebih berseri dan bermakna.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

BACAAN DOA Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat dariNya. Untuk itu, majlis mempersilakan Alfadil Ustaz Khairul Haffiz Bin Azizan bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

******************** Bacaan Doa**************************

Amin, amin ya-rabbal ‘alamin……

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alfadil Ustaz Khairul Haffiz Bin Azizan atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

4

Page 5: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

UCAPAN ALUAN NYDP

Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati;

Ucapan sebagai alu-aluan,Mari tuan sama-sama amati.

Majlis di teruskan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Dihormati, En.

Nagalingam A/L Nadarajan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK

Methodist. Untuk itu, majlis mempersilakan.

********************ucapan aluan***********************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Dihormati En. Nagalingam A/L Nadarajan (NYDP PIBG SMKM) . Pihak Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA Para Hadirin sekalian;

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob, Pengetua SMK Methodist. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*************** ucapan pengetua **********************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad Yacob atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERASMI HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kami

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin Saad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************ucapan perasmi ********************

5

Page 6: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, atas ucapan perasmian beliau itu tadi.

PERSEMBAHAN PELAJAR 1

Dari Kedah ke Kuala PerlisSinggah bersantai di tepi jeti

Persembahan pembukaan memeriahkan majlisSemoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, majlis mempersilakan, Kirthekka A/P Balachandran dan Kirthika Naidu A/P Thanapall Naidu mempersembahkan sebuah tarian tradisional India iaitu Tarian Bharathanatyam. Dipersilakan.

*****************(tarian tamat)****************************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Kirthekka A/P Balachandran dan Kirthika Naidu A/P Thanapall Naidu Atas Persembahan tarian yang cukup menarik sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis anugerah kecemerlangan ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2014, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. Semoga pengiktirafan ini menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

PENYAMPAIAN HADIAH 1: PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 1, 2 & 3

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan para pelajar iaitu upacara penyampaian hadiah kepada para pelajar. Sesungguhnya, pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian anak-anak didik kami yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang mereka duduki.

Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas, Kedudukan Dalam Tingkatan dan Terbaik Mata Pelajaran bagi pelajar Tingkatan 1, 2, & 3.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Dihormati En. Karumanethi A/L Ariputhri, Penolong Kanan HEM SMK Methodist mengiringi Yang Dihormati, En. Nagalingam A/L Nadarajan, NYDP PIBG SMK Methodist ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

*********membaca senarai penerima anugerah***************

RUJUK LAMPIRAN

6

Page 7: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati, En. Nagalingam A/L Nadarajan, atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada pelajar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH 2: PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

Sidang hadirin yang Dihormati sekalian,

Acara Penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas, Kedudukan Dalam Tingkatan dan Terbaik Mata Pelajaran bagi pelajar Tingkatan 4 & 5.

Justeru, Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn. Zawiyah Bt Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Methodist mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob, Pengetua SMK Methodist ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan..

********* membaca senarai penerima anugerah ***************

RUJUK LAMPIRAN

7

Page 8: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 2

Hadirin sekalian,

Acara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan berhenti seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar.

Adat tuan adat berserahMari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarahUntuk tuan kami sembahkan

Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan choral speaking dari pelajar-pelajar SMK Methodist dengan tajuknya The Young and The Restless.

Majlis mempersilakan.

*************** Persembahan Pelajar *********************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu bersemangat sebentar tadi. Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn. Raymala A/P Raman.

3. PENYAMPAIAN HADIAH (PT3 & SPM):ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PT3 TAHUN 2014

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2014ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK SPM TAHUN 2014

Hadirin sekalian,

Anugerah berikutnya adalah Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik PT3 dan Pelajar Terbaik SPM bagi tahun 2014.

Untuk itu, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin Saad , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, diiringi Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt. Mohamad Yacob ke atas pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan…

8

Page 9: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

*Anugerah Pelajar Terbaik PT3 Tahun 2014

Dengan pencapaian (8A 1B), dipersilakan KIRTHEKKA A/P BALACHANDRAN untuk menerima anugerah sebagai Pelajar Terbaik PT3 bagi Tahun 2014.

*Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2014

Seterusnya, bagi Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2014 Dipersilakan:

1. Tan Keh Chin dengan pencapaian (2A+, 6A, 1A-)2. Shobana A/P Mahendran dengan pencapaian (2A+, 6A, 2A-)3. Hng Lip Phong dengan pencapaian (4A+, 4A, 1A-)4. Dhiipagesan A/L Muniandy dengan pencapaian (5A+, 3A, 1A-)5. Kesvinaa A/P Gunusagaran dengan pencapaian (8A+, 1A, 1A-)

Saudari Kesvinaa turut menerima ____________________ yang disumbangkan oleh En. Mahaganapathi Dass atas keputusan SPM beliau yang cemerlang.

*Anugerah Pencapaian Terbaik SPM Tahun 2014

Dengan Pencapaian cemerlang (10A+), Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2014 diberi kepada YEOH SAN MEI. Dengan itu, Dipersilakan Yeoh San Mei untuk naik ke atas pentas bagi menerima hadiah. Beliau turut menerima ____________________________ yang disumbangkan oleh En. Mahaganapathi Dass atas keputusan SPM beliau yang cemerlang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah sebentar tadi. Semoga kalian lebih berjaya pada masa akan datang.

Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pelajar Terbaik PT3 dan SPM 2014. Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan menjemput Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob dan En. Mahamad Fauzi bin Saad untuk duduk ditempat yang disediakan di atas pentas bagi menyaksikan tayangan multimedia dan seterusnya menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah Khas.

4. PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS:ANUGERAH PELAJAR SAHSIAH TERPUJI TAHUN 2014

ANUGERAH TOKOH MURID TAHUN 2014Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian cemerlang para pelajarnya yang gigih berusaha untuk mengharumkan nama sekolah. Kejayaan anak-anak didik kami ini terus menyuntik semangat kami para guru untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan pada masa akan datang.

9

Page 10: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Kini, kita semakin menghampiri ke acara kemuncak majlis iaitu penganugerahan Pelajar Sahsiah Terpuji Tahun 2014 dan Anugerah Tokoh Murid Tahun 2014.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En.Ishlahuddin Bin Zakariah bagi membacakan biodata Pelajar Sahsiah Terpuji dan Tokoh Murid.

***** Bacaan Biodata Pelajar Sahsiah Terpuji 2014 *******

Majlis menjemput Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi Bin Saad, diiringi Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt. Mohamad Yacob untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.

Seterusnya, majlis dengan penuh sukacitanya mengumumkan Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji tahun 2014, dinobatkan kepada _______________________________________. Dengan itu, dijemput _______________________ bersama ibu bapa/waris ke atas pentas untuk menerima hadiah. Hadiah merupakan jambangan bunga, plak dan sijil pengiktirafan.

Tahniah diucapkan kepada ______________________________

Majlis diteruskan dengan bacaan BIODATA TOKOH PELAJAR 2014

***** Bacaan Biodata Tokoh Pelajar 2014 *******

Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin Saad, diiringi Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt. Mohamad Yacob untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.

Seterusnya, diumumkan sekali lagi Anugerah Tokoh Murid Tahun 2014 dinobatkan kepada __________________________________. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan _____________________________ bersama ibu bapa/waris naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. Hadiah merupakan jambangan bunga, plak dan sijil pengiktirafan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada _____________________.

10

Page 11: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian;

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati;

MAJLIS menjemput Yang Berusaha Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad Yacob, Pengetua SMK Methodist untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi Bin Saad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi Bin Saad untuk menerima cenderahati.

Dipersilakan…

***********

Demikianlah adat kehidupan,Orang berbudi kita berbahasa. Tidak mungkin terbalas budi, Walau emas sebungkus diberi. Cuma harapan di dalam dada,

Tanda mata sudi di terima,Tanda ingatan Moga kekal selama.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad Yacob atas kesudian menyempurnakan penyampaian cenderahati sebentar tadi. Dan majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi bin Saad , atas kesudian beliau merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist serta menyempurnakan upacara penyampaian anugerah sebentar tadi.

PENUTUPSidang hadirin sekalian,

Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya;

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Penerima -penerima Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2014 serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan atas usaha dan komitmen yang dicurahkan bagi menjayakan Majlis ini. Pihak Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

11

Page 12: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kami,Pengacara Majlis Pada Pagi Ini Selesai Sudah Tugas Diberi,Di Lain Masa Bersua Lagi.

SEKIAN TERIMA KASIH.

WASSALAMU’ALAYKOM WRT WBT.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Majlis akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

Para hadirin di mohon berdiri. untuk menyanyikan lagu Negaraku.

JAMUAN Pihak Majis Berbesar Hati Menjemput Tetamu Jemputan, Dan Para Hadirin Serta Pelajar Sekalian Ke Kafeteria Untuk Menikmati Sedikit Jamuan.

BERSURAI

12

Page 13: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SMKM.doc

PLAN APenyampai Diiring Oleh

Penyampaian Hadiah 1 En. Nagalingam A/L En. Karumanethi A/L AriputhriPenyampaian Hadiah 2 Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob Pn.Zawiyah Bt YusoffPenyampaian Hadiah 3 En. Mahaganapathi Dass Pn. Hjh Aini Bt Mohamad YacobPenyampaian Hadiah 4 Tuan Timbalan Peg. Pendidikan

DaerahEn. Nagalingam A/LPn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob

PELAN BPenyampaian Hadiah 1

En. Nagalingam A/L En. Karumanethi A/L AriputhriPenyampaian Hadiah 2Penyampaian Hadiah 3 Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob Pn.Zawiyah Bt YusoffPenyampaian Hadiah 4 Tuan Timbalan Peg. Pendidikan

DaerahEn. Nagalingam A/LPn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob

13