Hari Ini Kami Akan Belajar Kata Kerja

download Hari Ini Kami Akan Belajar Kata Kerja

of 1

Transcript of Hari Ini Kami Akan Belajar Kata Kerja

  • 8/17/2019 Hari Ini Kami Akan Belajar Kata Kerja

    1/1

    Hari ini kami akan belajar kata kerja. Apakah itu kata kerja? Kata kerja ialah

    perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama

    ada oleh manusia, haiwan, atau benda. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu kata

    kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya. Iamemerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

    Ayat contoh

    Ayah mencuci !kata kerja transitif" kereta !objek".

    Ibu memotong !kata kerja transitif" buah tembikai !objek".

    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk

    melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.

    Ayat contoh

    #ia berenang !kata kerja tak transitif".

    Adik menangis !kata kerja tak transitif".

    Kesalahan umum yang dibuat oleh pelajar ialah tidak menambah imbuhan pada

    awalan kata kerja. $etiap awalan kata kerja mesti disertai dengan imbuhan ber%,

    men%, atau ter%. Ayat tersebut dikira tidak lengkap jika tiada imbuhan pada

    awalan kata kerja.

    Ayat contoh

    A&a dan Aisya sedang ulang kaji palajaran di bilik mereka. !$A'AH"

    A&a dan Aisya sedang sedang mengulang kaji pelajaran di bilik mereka. !()T*'"

    $elain itu, pelajar juga diingati supaya meletakkan objek selepas kata kerja

    transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perkataan yang lain.Ayat contoh

    Ibu memeluk dengan erat adik. !$A'AH"

    Ibu memeluk adik dengan erat. !()T*'"