Hari Wesak

7
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha . Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India , Vesak di Singapura , Visakha Bucha di Thailand , dan Wesak di Sri Lanka . Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata. Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam

description

SAMBUTAN HARI WESAK

Transcript of Hari Wesak

Page 1: Hari Wesak

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari

Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima

di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan

oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata.

Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada

perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama

Buddha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya

pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.

Page 2: Hari Wesak

3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Page 3: Hari Wesak

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi -

1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pes

anan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di

dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat

menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci

oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Page 4: Hari Wesak

Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus

Christ telah dihidupkan kembali. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir

Page 5: Hari Wesak

bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur),

menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ‘Holy Week’ disambut oleh mereka dan

pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.

Pada Ahad Palma ‘Palm Sunday’ yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap

penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi

merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan

musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan

musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.