Harimau Yang Bodoh

2
Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin dan hadirat sekalian. Berdirinya saya di sini ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Harimau Yang Bodoh.” Dalam sebuah hutan terdapat sebatang sungai. Airnya sejuk dan jernih. Seekor kura-kura tinggal di situ. Pada suatu pagi, ketika kura-kura sedang asyik makan, datang seekor harimau. Ia mengaum dengan kuatnya. Kura-kura menggigil ketakutan. “Ke mana kamu nak pergi? Saya nak makan kamu!” kata harimau. Kura-kura terus berjalan. Tiba-tiba badannya dicengkam. Kura-kura ketakutan. Harimau terus menekan badannya. “Mengapa kamu nak makan saya? Badan saya kecil, daging pun sedikit sahaja,” kata kura-kura. “Saya tak peduli,” kata harimau. Ia terus membuka mulutnya dengan luas. Kura-kura bertambah bimbang dan berkata, “Eh, harimau, kamu mesti pecahkan cengkerang saya dulu. “Ya, nanti saya balingkan kamu pada batu itu. Tentu cengkerang kamu boleh pecah,” kata harimau. “Harimau, cengkerang saya tak pecah tapi batu itu yang pecah nanti,” kata kura-kura cuba menakutkan harimau. Harimau berfikir lagi. Ia memandang sekeliling. “Kali ini saya tentu boleh makan kmau,” kata harimau dengan penuh yakin. “Cakaplah apa sahaja. Saya tak takut.” Balas kura-kura sambil tersenyum. “Saya akan campakkan kamu ke dalam sungai,” kata harimau. Kura- kura terperanjat. “Harimau, janganlah campakkan saya ke dalam sungai,” pinta kura-kura. Kura-kura menangis teresak-esak. Harimau tersenyum melihatnya. “Sekarang, bersedialah untuk jadi makanan saya,” kata harimau dengan bangga. “Tolonglah, jangan bunuh saya,” rayu kura-kura. Harimau tidak menghiraukannya. Harimau terus mencampakkan kura-kura ke dalam sungai. “Hei, kura-kura, mengapa kamu ketawa?” Tanya harimau dengan garang. Kura-kura terus berenang. Harimau terpinga-pinga.

description

cerita haiwan

Transcript of Harimau Yang Bodoh

Page 1: Harimau Yang Bodoh

Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin dan hadirat sekalian. Berdirinya saya di sini ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Harimau Yang Bodoh.”

Dalam sebuah hutan terdapat sebatang sungai. Airnya sejuk dan jernih. Seekor kura-kura tinggal di situ.

Pada suatu pagi, ketika kura-kura sedang asyik makan, datang seekor harimau. Ia mengaum dengan kuatnya. Kura-kura menggigil ketakutan. “Ke mana kamu nak pergi? Saya nak makan kamu!” kata harimau. Kura-kura terus berjalan.

Tiba-tiba badannya dicengkam. Kura-kura ketakutan. Harimau terus menekan badannya. “Mengapa kamu nak makan saya? Badan saya kecil, daging pun sedikit sahaja,” kata kura-kura.

“Saya tak peduli,” kata harimau. Ia terus membuka mulutnya dengan luas. Kura-kura bertambah bimbang dan berkata, “Eh, harimau, kamu mesti pecahkan cengkerang saya dulu.

“Ya, nanti saya balingkan kamu pada batu itu. Tentu cengkerang kamu boleh pecah,” kata harimau. “Harimau, cengkerang saya tak pecah tapi batu itu yang pecah nanti,” kata kura-kura cuba menakutkan harimau.

Harimau berfikir lagi. Ia memandang sekeliling. “Kali ini saya tentu boleh makan kmau,” kata harimau dengan penuh yakin. “Cakaplah apa sahaja. Saya tak takut.” Balas kura-kura sambil tersenyum.

“Saya akan campakkan kamu ke dalam sungai,” kata harimau. Kura-kura terperanjat. “Harimau, janganlah campakkan saya ke dalam sungai,” pinta kura-kura.

Kura-kura menangis teresak-esak. Harimau tersenyum melihatnya. “Sekarang, bersedialah untuk jadi makanan saya,” kata harimau dengan bangga.

“Tolonglah, jangan bunuh saya,” rayu kura-kura. Harimau tidak menghiraukannya. Harimau terus mencampakkan kura-kura ke dalam sungai.

“Hei, kura-kura, mengapa kamu ketawa?” Tanya harimau dengan garang. Kura-kura terus berenang. Harimau terpinga-pinga.

“Harimau, terima kasihlah kerana telah menghantar saya pulang,” kata kura-kura sambil melambai-lambaikan tangan. Harimau kembali ke dalam hutan dengan kesal. Perutnya masih kosong.

Pengajaran yang diperoleh daripada cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kepada orang yang lemah daripada kita. Sesungguhnya, orang yang lemah kadang-kadang lebih bijak daripada orang yang kuat.