Hazard dan risiko

16
HAZARD DAN RISIKO TAKRIF HAZARD DAN RISIKO Pengenalan Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima. Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya. Takrif Hazard Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS

description

 

Transcript of Hazard dan risiko

Page 1: Hazard dan risiko

HAZARD DAN RISIKO

TAKRIF HAZARD DAN RISIKO

Pengenalan

Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia

memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat

hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi

berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak

kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan

diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya.

Takrif

Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu

mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang

mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health

Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard

sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam

konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran

tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak

selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.

Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat

sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan

faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan

Page 2: Hazard dan risiko

tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat

perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang

sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan

seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Perhubungan di antaras hazard, risiko dan bahaya

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan

contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang

berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada

sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak

memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet

asid dengan hidroklorik dengan mulut.

SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus

risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu

ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka

pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan

saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan

risiko bermula dengan peringkat:

a)Mengenalpasti hazard

b)Menilai risiko

c)Mengawal risiko

d)Mengukur pencapaian

Page 3: Hazard dan risiko

Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di

dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif

dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau

sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di

tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima

dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segala

perubahan kawalan yang lebih sesuaian.

JENIS-JENIS HAZARD

Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh

ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard

ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut

atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh

hanya yang berikut:

(i) hazard fizikal

(ii) hazard kimia

(iii) hazard biologikal

(iv) hazard ergonomik

(i)Hazard fizikal.

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan.

Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:

a)Direka tidak selamat dan tidak sempurna

b)Tidak diselenggara dengan baik

c)Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih

d)Digunakan bukan untuk kerja sebenar

e)Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza

f)Ditukar/dipinda secara haram

g)Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

Page 4: Hazard dan risiko

(ii) Hazard Kimia

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan

kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan

kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut,

simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil

langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.

Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan

tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akan

meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata,

hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah

bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan

kimia.

iii)Hazard Biologikal

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada jangkitan

penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:

a)sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit

b)laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

c)ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:

a)penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui

kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar

b)inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana

agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.

c)Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit

kuku dan makan tanpa mencuci tangan

d)Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,

Page 5: Hazard dan risiko

pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.

iv)Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia

selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja

memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam

keadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel

Syndrome’ dan sakit belakang.

MENGENALPASTI HAZARD

Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazard

dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard boleh

dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh timbul

kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.

Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja

Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan

menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di dalam

analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin

dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai

kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard

ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan

kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja

dan sebagainya.

Pemerhatian dan Rujukan

Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan

Page 6: Hazard dan risiko

prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta,

peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard

yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan

sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.

Penggunaan kelengkapan khas

Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itu

pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukan

kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro,

sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.

Aduan/laporan/cadangan

Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dan

kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semua

hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh

timbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat

seorang pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.

PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD

Terdapat dua punca utama hazard iaitu:

a)Keadaan di tempat kerja:

i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak

ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.

iii)lantai yang tidak rata dan licin

iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna

v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna

Page 7: Hazard dan risiko

b)Pelakuan pekerja:

i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan

kesihatan

ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan

selamat

iii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahaya

dengan selamat dan menjejaskan kesihatan

iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul

v) tidak berbincang dengan majikan

vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan

perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh

kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan

kasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 4.1 menunjukkan beberapa jenis Kelengkapan

Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan

ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting

kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang

berkesan.

Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih secara

terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum serta

had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang

ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi

dengan cekap dan berkesan apabila digunakan.

Page 8: Hazard dan risiko

Cermin Perlindungan dan “goggle’

Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang

beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan

penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata dari

partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh

diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.

Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianya

melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.

Page 9: Hazard dan risiko

Pelindung dan topi kaledar

Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali digunakan

bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung penuh muka digunakan

apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar pula

digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di

kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap.

Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan

gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan

juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

Pemilihan Kasut dan but keselamatan

Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda mengetahui ada

perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan penguatan keluli merupakan

kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris

atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau

bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan

kimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti

percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril

digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap atau

menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan

Page 10: Hazard dan risiko

yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrik

direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

Pemilihan Sarung tangan pelindung

Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya mengamalkan

cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan pekerja bekerja

dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila

menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa

digunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:

a)Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan

dari kesan gatal

b)Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam

dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi

tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.

c)Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau

pengeseran pada permukaan kasar.

d)Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.

Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

Page 11: Hazard dan risiko
Page 12: Hazard dan risiko

KOTA BHARU — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM) kini sedang berusaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kemalangan di tempat kerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Dr. Johari Basri berkata, walaupun sudah ada kesedaran dalam kalangan mereka tetapi usaha ke arah itu perlu ditingkatkan kerana masih banyak kemalangan di tempat kerja berlaku di seluruh negara.

"Sikap tidak mengambil berat tentang menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja menyebabkan kadar kemalangan di tempat kerja terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan 2012 anjuran JKKPM peringkat Negeri di sini hari ini.

Dr. Johari kesal kerana ada pekerja yang tidak mengindahkan peraturan yang ditetapkan majikan ketika bekerja seperti pemakaian topi, jaket dan kasut keselamatan di kawasan kilang atau projek pembinaan.

Menurutnya, JKKPM sebagai peneraju kepada keselamatan dan kesihatan negara terus komited melaksanakan tiga tanggungjawab utama iaitu penyediaan standard, penguatkuasaan dan promosi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terjamin. — BERNAMA